viewers

Thursday, May 7, 2009

Menulis Tentang Diri






Pukul 450pagi. Dah dekat seminggu lebih aku tidur lambat. Banyak sebabnya. Exam dan kerja bersekali, selain hiburan internet lagi. Bahkan, kalau tidur pun, sejam dua aku tersedar sendiri. Mata pun payahlah nak pejam nanti. Apalah nak jadi-- Malam ni sambung buat slaid untuk presentation tesis a.k.a VIVA. Buat separuh, dosa malas menghempap bahu. Apa daya, buka Facebook jap. Yah, ada mesej daripada Zamri. Haha..Siti Nurhaliza things-- Harus aku link-kan kat blog sini (fan.Ct dan Kak RozyEe). Nantilah.

Polygonum minus a.k.a Kesum, Sampel tesis aku!

Habis study kat UKM ni, lama sket baru boleh update blog ni. InsyaAllah nanti kita ketemu lagi. Sekarang aku fikirkan kerja-kerja yang aku nak buat sepanjang cuti dah lepas grad nanti. Buat masa tu ingat nak sambung menulis. Banyak skrip terbengkalai. InsyaAllah, Seputeh Salju siap nanti.

Bercakap pasal menulis, cerita diri sendiri masih belum sempurna. CAHAYA agaknya bila boleh aku sambung. Mungkin tiada yang istimewa tentang aku, tapi banyak keistimewaan dalam Cahaya kerana watak selain aku. Emm..Cahaya pulak-- Ada beberapa cerita belum aku siapkan. Simile dan Kesetiaan belum ada penyudah. Adik, Lelaki dan Meredah Hujan belum siap bikin. Itulah, kadang-kadang bila banyak sangat ilham, tak fokus jadinya. Aku nak cari ilham pada pandangan ketiga. Mungkin ada antara kita yang tahu beberapa idea cerita yang baik, silalah kongsi-kongsikan. Dan, mungkin ada beberapa babak yang aku nak korang carikan idea sedikit macam mana nak buat:

SATU: Novel Simile
Watak "Aku" dimunculkan dalam babak ini sebagai tribute kepada penulis. "Aku" merupakan sepupu kepada Eva, ibu kepada Ina dan Izza serta kakak kepada Amy dan Iera. Dalam babak ini, Izza pulang bersama seorang lelaki (bodyguard kepada 'majikan' Izza) dengan memeluk adiknya, Ina masuk ke rumah. Ina sedang menangis teresak-esak dengan baju yang kotor dan koyak-rabak. Lelaki yang asing itu kelihatan berpeluh dan ada kesan-kesan pergaduhan. Semua watak lain (Amy, Iera dan Eva) tersentak dengan keadaan Ina dan meluru ke arahnya. Mereka bertanya akan kenapa Ina berkeadaan sebegitu, tetapi baik Ina, Izza mahupun lelaki asing itu diam tidak berkata apa. Penulis menceritakan seolah-seolah Ina dirogol oleh seseorang, atau sesuatu yang buruk telah berlaku. Dalam keadaan Aku, Eva, Iera dan Amy tidak tahu apa-apa, malah bimbang untuk meneka kemungkinan Ina dirogol, bagaimanakah watak "Aku" perlu hadir ntuk menenangkan Ina dan bertanyakan akibat keadaannya, tanpa menimbulkan kejanggalan..?


DUA: Novel Seputeh Salju
Faez, abang tiri kepada Harith menyimpan dendam kepada adiknya itu kerana merasakan ibu mereka bercerai dengan ayahnya disebabkan ayah Harith. Faez diwasiatkan ibunya agar menjaga Harith setelah kematiannya memandangkan kedua-dua mereka tidak mempunyai saudara lain. Dalam babak ini, Faez masih memendam rasa bencinya kepada Harith meski pun mereka tinggal bersama mengikut wasiat ibu mereka. Faez ketika itu dikejutkan dengan perubahan sikap Harith yang senyap dan muram (berbeza dengan sebelumnya sebagai lelaki yang periang meski pun Faez tidak melayannya dengan baik). Ketika Faez masuk ke bilik Harith, dia ternampak sehelai kertas pengesahan doktor bahawa Harith menghidap barah otak. Kaget dengan berita itu, Faez memandang adik tirinya yang dibenci itu, sedang duduk menangis teresak-esak di atas katilnya. Apakah seharusnya tindakan yang wajar Faez ambil?
Selamat memberi idea!

2 comments:

MoHd HaZiQ said...

meredah hujan?

mic in my earphones said...

meredah hujan mengisahkan sepasang suami isteri yg mengembaram ke kuala lumpur bagi merawat penyakit si isteri...menariknya perjalanan mereka diiringi pelbagai kisah yang membuka hati masing-masing tentang kehidupan di dunia ini

::shout box!::

"masing-masing Kami anugerahkan mereka itu dan mereka ini pun dengan pemberian Tuhanmu. Pemberian Tuhanmu tiada terlarang (kepada sesiapa jua pun)"