viewers

Friday, May 15, 2009

Selamat Tinggal Hanam!

esok i'll left bumi UKM. tak tahu sedih atau gembira. sebab UKM ada duka yang nak kuakhirkan dan suka yang nak aku abadikan. banyak salah dan banyak perkara yang berlaku membuatkan saat akhir ini perasaan aku berbaur. tak semua pun sedih bila aku pergi. mungkinkah ada? ada beberapa perkara yang aku rasa macam nak nangis je bila nak bertolak balik nanti. mungkin satu sebabnya aku tahu aku takkan jumpa semua orang lagi. hidup ini indah dan aku tak mahu ia berhenti.

Selamat tinggal UKM, kerana kenanganku dan air mataku ada banyak tertumpah di situ:

SELAMAT TINGGAL, SEMUA!


Izzul, Hisham, Madno, Faliq, Fared, Kudin, Tajudin, Nuar, Zahid, Azhar, Hafiz, Idham, Rizal, Ridwan, Saiful, Halim, Majid, Kiat, Nami, Ila, Jannah, Shida, Fiza, Uja, Mahirah, Azie, Linda, Yati, Jiha, Yusrene, Dila, Lin, Sida, Harihan, Solihen, Amin, Fahmy, Farid, Diyana, Dayang Min, Nadiah, Yatie,
dan semuanya--

Thursday, May 14, 2009

Hujan



Setelah kepanasan dalam beberapa hari ni..hujan akhirnya turun menjengah bumi Tuhan ni. Pagi rabu aku berdoa, petangnya masa nak pergu jumpa Dr.Ismanizan, awan gelap. Balik daripada fakulti, hujan melebat. Dan aku terus berjalan. Dalam hujan, aku berjalan perlahan. Menghayati Jawapan Di Persimpangan (Lagu tema untuk Meredah Hujan) dan Melawan Kesepian. Hujan melabelkan segar pada memori otakku. Biarpun sendiri, aku gembira. Pokok ada tumbang di hadapan jalanku. Aku terus berjalan dalam hujan dan menadah gerimis sendiri. Hujan adalah Hanam dan Hanam adalah Hujan. Pagi ini, ketika entry ini ditulis, hujan baru muncul menyapa lebat. Alhamdulillah!




Friday, May 8, 2009

UKM: Usia, Kenangan dan Memori.

Pagi semalam aku dan Izzul bersiar-siar sekeliling UKM. Naik DAT 5810 Nouvo. Sepatutnya kitorg jumpe Dr.Ismanizan sebab nak minta tolong tengokkan slaid VIVA kitorg tapi dia busy plak. Masa nak balik, aku tibe2 bersuara..

"Zue (dgn panggilan lebih manja, Abg Tiri yang disygi), jom pusing2 UKM jom. Lalu Keris Mas, EiMAS, INBIOSIS ke. Jom"

Izzul gelak.

"Nak jalan-jalan la tu. Jom. Jom"

(sambil wat lawak pelik dia)

Kami pusing-pusing Makmal Bioteknologi Tumbuhan (tengok pokok tomato),
pastu lalu ladang roselle Prof. Mad (yg masuk TV jumpe 3varieti baru roselle),
pusing INBIOSIS (xlalu sbnrnya pn),
tmpt kitorg acccident dulu (ak ade kutuk dia tp Izzul ckp: "alaa..dulu tayar botak, skrg x arr"), lalu rumah2 pkerja (ada budak2 duk main badminton slalu),
Keris Mas, sampaila ke Kajai balik.

Pastu ak bgtau Izzul:
"Nanti kita pusing lagi ek. Bawak kamera. Pusing habis-habisan"

Izzul gelak:
"Laa..lupe ko nk EiMas. Nak ke?"

Aku menambah:
"Xpe2..nanti kita pusing lagi arr."
"Eh Zue, ko pernah gi FUU?"

Dia jawab:
"xpernah. nape?"

Aku pun mengakulah:
"Spjg aku duk UKM, xpernah g FUU. Kalau org tanya malula xtau FUU kat ne. Mase kes 'Bas Hantu' dulu org tanya FUU kat ne, ak jwb -- 'jauh dlm hutan' je"

Izzul gelak lagi:
"Dah naik Ibu Zain?"

Aku pon berkata:
"Blom. Tula...Ibu Zain pun xpnah g. Ko dh g?"

Izzul pulak wat confession:
"Belom gak. Hehee.."


Dalam usia ak hampir tiga tahun kat UKM ni, byk lagi tmpt dan pengalaman yg aku xrase dan xalami. Banyak lagi kenangan yg aku nak kumpul. Dan memori yang ada akan aku semadikan baik.

Aku akan ingat..
  • Waktu 3M (orientasi: Minggu Mesra Mahasiswa), bila aku berkenalan ngan Hisham sbb spupu dia tuh besfren ak (Fizry) dan mase aku mule2 tgur Izzul yg sombong gileerrrrr (mamat kerek--)
  • Waktu mendekorasikan Dinner Kajai ngn kak Izza. Memang terbaeklah kakak ku itu. Ayat favourite dia.."Boleh jerr"
  • Waktu sibuk aku jadi Pengarah MEDiK (Penerbitan) dan Pengarah PAKA (Program)
  • Waktu aku berjalan dalam hujan ke kelas dan balik kelas, lagi2 mase jln sorg2.
  • Waktu bertungkus-lumus prepare program sulung kelab Biotek = Temasya Hari Keluarga 2008
  • Waktu aku berjalan mendaki bukit ke Makmal Biotek Tumbuhan sama ada nk gi kelas mahupun ke lab tesis aku, lagi2 mase balik nk bukak pose (dh pukul enam lebey lak tu)--
  • Waktu menghabiskan mase sehari suntuk di CGAT sebab lab TDR, yg xde kafe kt situ dan shingga sume budak terpaksa berebut bei nasi lemak yg diletakkn kt stu.
  • Waktu kuar ngn budak2 ni. especially incident bukak pose kt Sate Kajang dlm ujan..haha
  • Waktu g jumpe Dino dan Gajah dan Pigeot kat Putrajaya ngn Sham
  • Waktu nek keta g umah Fiza tuh..huhu
  • Waktu member2 SAS lepak kt bilik aku: Fizry, Haziq, Zul, Acap..
  • Waktu g ngeteh ngn Din and Azhar kat mapley
  • Waktu mule2 blajar maen DOTA ngn sifu MAdno
  • Waktu naek bas balik umah dan balik ukm balik ngn Izzul..
  • Waktu gi basuh baju kat UO or kat mapley ngn Izzul, Sham, Fared n Faliq..
  • Waktu Madno dgn baeknya bg pinjam PC die utk wat tesis sbb laptop ak rosak..
  • Waktu gi makan kat San Francissco yg mane Mdno je suke..yg len tensen..haha
  • Waktu LI kat Mint, tumpang Idham gi BAB, ANM. Makan ramai2 wktu lunch. Jmpe Cik Affrida.
  • Waktu maen bowling ngn Nana, Dyg, dan laen2 (especially bila Sepul melompat suke ati dpt strike..and mase Dyg blnje haha)
  • Waktu gi mkn Sate Kajang setiap kali bukak pose ngn Fizry
  • Waktu gi tgk wayang (especially National Treasure2 and Ghost Rider)
  • Waktu bergaduh individu2 tertentu..
  • Waktu aku menangis, ketawa, marah, tensen, gembira, happy nak mampus, berlaparan, kesakitan, dan sbgnya..akan aku INGAT!

UKM, aku akan nyanyikan lagu "Varsiti Kita" serta "Ilmu, Mutu dan Budi" untuk kita.

Thursday, May 7, 2009

Menulis Tentang Diri






Pukul 450pagi. Dah dekat seminggu lebih aku tidur lambat. Banyak sebabnya. Exam dan kerja bersekali, selain hiburan internet lagi. Bahkan, kalau tidur pun, sejam dua aku tersedar sendiri. Mata pun payahlah nak pejam nanti. Apalah nak jadi-- Malam ni sambung buat slaid untuk presentation tesis a.k.a VIVA. Buat separuh, dosa malas menghempap bahu. Apa daya, buka Facebook jap. Yah, ada mesej daripada Zamri. Haha..Siti Nurhaliza things-- Harus aku link-kan kat blog sini (fan.Ct dan Kak RozyEe). Nantilah.

Polygonum minus a.k.a Kesum, Sampel tesis aku!

Habis study kat UKM ni, lama sket baru boleh update blog ni. InsyaAllah nanti kita ketemu lagi. Sekarang aku fikirkan kerja-kerja yang aku nak buat sepanjang cuti dah lepas grad nanti. Buat masa tu ingat nak sambung menulis. Banyak skrip terbengkalai. InsyaAllah, Seputeh Salju siap nanti.

Bercakap pasal menulis, cerita diri sendiri masih belum sempurna. CAHAYA agaknya bila boleh aku sambung. Mungkin tiada yang istimewa tentang aku, tapi banyak keistimewaan dalam Cahaya kerana watak selain aku. Emm..Cahaya pulak-- Ada beberapa cerita belum aku siapkan. Simile dan Kesetiaan belum ada penyudah. Adik, Lelaki dan Meredah Hujan belum siap bikin. Itulah, kadang-kadang bila banyak sangat ilham, tak fokus jadinya. Aku nak cari ilham pada pandangan ketiga. Mungkin ada antara kita yang tahu beberapa idea cerita yang baik, silalah kongsi-kongsikan. Dan, mungkin ada beberapa babak yang aku nak korang carikan idea sedikit macam mana nak buat:

SATU: Novel Simile
Watak "Aku" dimunculkan dalam babak ini sebagai tribute kepada penulis. "Aku" merupakan sepupu kepada Eva, ibu kepada Ina dan Izza serta kakak kepada Amy dan Iera. Dalam babak ini, Izza pulang bersama seorang lelaki (bodyguard kepada 'majikan' Izza) dengan memeluk adiknya, Ina masuk ke rumah. Ina sedang menangis teresak-esak dengan baju yang kotor dan koyak-rabak. Lelaki yang asing itu kelihatan berpeluh dan ada kesan-kesan pergaduhan. Semua watak lain (Amy, Iera dan Eva) tersentak dengan keadaan Ina dan meluru ke arahnya. Mereka bertanya akan kenapa Ina berkeadaan sebegitu, tetapi baik Ina, Izza mahupun lelaki asing itu diam tidak berkata apa. Penulis menceritakan seolah-seolah Ina dirogol oleh seseorang, atau sesuatu yang buruk telah berlaku. Dalam keadaan Aku, Eva, Iera dan Amy tidak tahu apa-apa, malah bimbang untuk meneka kemungkinan Ina dirogol, bagaimanakah watak "Aku" perlu hadir ntuk menenangkan Ina dan bertanyakan akibat keadaannya, tanpa menimbulkan kejanggalan..?


DUA: Novel Seputeh Salju
Faez, abang tiri kepada Harith menyimpan dendam kepada adiknya itu kerana merasakan ibu mereka bercerai dengan ayahnya disebabkan ayah Harith. Faez diwasiatkan ibunya agar menjaga Harith setelah kematiannya memandangkan kedua-dua mereka tidak mempunyai saudara lain. Dalam babak ini, Faez masih memendam rasa bencinya kepada Harith meski pun mereka tinggal bersama mengikut wasiat ibu mereka. Faez ketika itu dikejutkan dengan perubahan sikap Harith yang senyap dan muram (berbeza dengan sebelumnya sebagai lelaki yang periang meski pun Faez tidak melayannya dengan baik). Ketika Faez masuk ke bilik Harith, dia ternampak sehelai kertas pengesahan doktor bahawa Harith menghidap barah otak. Kaget dengan berita itu, Faez memandang adik tirinya yang dibenci itu, sedang duduk menangis teresak-esak di atas katilnya. Apakah seharusnya tindakan yang wajar Faez ambil?
Selamat memberi idea!

Wednesday, May 6, 2009

I'm just doing my best to be kind--

May be, it's true that life is balanced with two sort of energies--good and evil. You can't be in neither part of it but to accept both. You're not an angel, neither an evil demon. So that, you have nothing to be as good as you think or try something that might let you be a pure evil.

Every single times in my life, I wish I'm a good, kind person. Wish to do all my best of being a kind-hearted man. But, honestly, such a thing is never exist.

No matter how good you are, people will never think like as what you're deserve to have/be--

Live well, and play nice.

Sunday, May 3, 2009

Greetings to myself!

GOOD LUCK
for last exam paper 4hb Mei..
Puisi Melayu

VIVA 11hb Mei (ye ker?)
mati laaaa---



ENJOY YOUR PARTY

Jamuan Tahun Akhir 9hb Mei
nk prepare ape??



HAPPY HOLIDAY

balik umah 15hb Mei..
tket xbeli lagi..nk terbang ke?



SELAMAT BERGRADUASI
Ogos
Datanglah ramai-ramai



i'll miss all my frens no matter who u are, what u've done--

Saturday, May 2, 2009

It's Mom's Birthday

Selamat Hari Lahir kepada
Puan Zainu Hussin
Ke 51
1 Mei 2009

Semoga diberkati Allah selalu!

Thanks for being such a great mom in the world!

Friday, May 1, 2009

Kenapa Liverpool?

Honestly, kaki bangku is my middle name. Minat bola is just impossible. My history in playing bola sepak started with paksaan daripada Cikgu PJ (Pendidikan Jasmani) sekolah rendah dengan membuka baju. Huh~~

To whom yang ada kat padang tu mungkin masih ingat aku nangis sebab tak nak buka baju (Mak pesan nampak aurat dosa--). Sejak hari tu aku benci PJ. Bright side, aku jadi rajin belajar. Haha!

Benci tu tak melibatkan bola sepak secara directly. Petang-petang aku main juga bola. Tapi aku main ngan budak perempuan gak. Sebab kat rumah aku wanita dominasi children council.

Lepas tu, semakin otak aku ligat, makin malas main bola. Lagi pula aku trauma bila tiap kali musim bola Abah aku suka tengok bola malam-malam. Dua perkara:
  • Abah aku tengok kat ruang tamu di mana aku tidur. So setiap malam aku tidur dengan lullaby maki hamun Abah aku sebab pasukan dia sokong kalah.
  • Kalau aku tengah citer best, Abah aku mesti potong line. (Salah satu sbb lain aku benci WWF/WWE)
Aku pikir betul-betul, kenapa la orang suka sangat berjaga malam tengok bola sehingga pagi esoknya lambat gi kerja/sekolah. Pastu ngantuk lak. Dah tu, berjaga-jaga resut macam hampeh! Buat tambah dosa pergi mencarut-carut kat pemain. Ada pulak yang gaduh-gaduh sebab lain-lain fahaman kebola sepakan ini. Yang menang tuh pun bukan peminat dapat elaun ke gaji ke, buat habis air liur je besorak. Kena bayar teh tarik ngan roti canai lagi..hehe--

Aku mula minat bola masa FIFA World Cup kat Korea tuh. Masa tu aku kat matriks. Aku tak stay up pun..hanya tengok result kat paper je. Balik rumah baru aku layan sebab Abah aku tgk. Aku buat teman je. Favourite team aku: ENGLAND dan juga Portugal. Kenapa? Entahla.

Pastu, aku try develop inner side yg minat bola ni. Bukan apa, bila orang borak pasal bola aku tiba-tiba terpause pulak. Haha..so just cari topik nak borak. Sebab minat ENGLAND, aku tiba-tiba try minat team2 club pulak. Mula-mula aku minat MU, tapi jap je. Pastu aku join fanclub LIVERPOOL..haha..sebenarnya aku pun tak berapa pasti kenapa--

TRIVIA
  1. Walaupun ada yg ckp aku minat Liverpool sebab pemain2nya kacak, aku pun tak pasti sbb aku suka-suki je pilih Liverpool. Lagi pun first pemain aku minat adalah Roberto Carlos (hensem ke?). Aku minat Carlos sbb dia pemain pertama aku kenal mase main game kat rumah kecik2 dulu.
  2. Aku paling minat Steven Gerrard yang mana sorang kawan aku pernah tersebut nama Gerrard sebagai Stephen Steven mase dia interview. Haha..
  3. Steven Gerrard ada dalam Liverpool dan England. Sebab tu aku suka gila. Besh ape dia main!
  4. Aku yang tak minat bola ni kali pertama menjerit "Goal" dengan kuat mase Gerrard score utk Liverpool. Aku tak ingat bila..
  5. Rupa-rupanya Siti Nurhaliza pun peminat Liverpool. Aku tak tiru dia ok!!
  6. Aku suka Liverpool nyer moto: "You'll never walk alone!"
  7. Aku pernah sadis bile Portugal bertembung England mase FIFA kat Korea tuh..malamnya aku tak tgk sbb frust--(pelik sungguh)
  8. Mase aku start nak minat aku tanya macam2 ngn member aku..check kt tenet psl bola..member aku ada cakap..tak semestinya tak pndai main bola tak ley minat bola..kn??

Favourite Player:
  1. Steven Gerrard
  2. Frank Lampard
  3. Fernando Torress
  4. Xabi Alonso
  5. Roberto Carlos



::shout box!::

"masing-masing Kami anugerahkan mereka itu dan mereka ini pun dengan pemberian Tuhanmu. Pemberian Tuhanmu tiada terlarang (kepada sesiapa jua pun)"