viewers

Friday, March 11, 2011

Review : Hikayat Merong Mahawangsa.


HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA.

Kehebatan filem arahan Yusry Abdul Halim ini membangkitkan keinginan menonton layar terbitan KRU Studio, Hikayat Merong Mahawangsa sehingga seawal 1200 pagi saya bersengkam mata menempah tiket di panggung. Malah, dengarnya juga, beberapa hari sebelum tayangan pertama 10 Mac, tiket sudah habis terjual sehingga dua hari tayangan. Dan, kesempatan menonton sendiri filem garapan KRU bersaudara membuka semula mata saya, menilai cerita Melayu diadun gah dengan sentuhan antarabangsa.

1. Keberanian KRU Studio menggunakan sebuah tenaga produksi yang besar, keluar daripada kepompong biasa filem Melayu harus diberikan pujian. Biarpun dalam sesetengah babak, jelas sekali pelakonnya tak seberapa. Asal kapal berpuluh, beratus, namun tenteranya yang tampil kurang daripada 300.

2. Satu-satunya suntikan yang benar-benar menarik minat saya adalah adunan muzik yang mengiringi jalan cerita yang oleh Malaysian Philharmonic Ochestra, yang pada hemat saya setanding dengan karya luar. Tepukan buat krew muzik.

3. Dan barangkali yang benar-benar menarik perhatian kita semua lebih kepada grafik dan montaj, yang saya akui sangat-sangat-sangat kreatif dan cantik. Kelebihan KRU mengadaptasi teknik CGI seperti filem-filem sudah karya mereka menjadi unsur utama dalam pembikinan filem ini. Sayangnya pada mata saya, masih banyak lingkar putih disekeliling para pelakon selain latar tempat masih seperti lukisan berdemensi 3D.

4. Awal penceritaan, suara narrator mengingatkan saya kepada filem bergenre serupa, Puteri Gunung Ledang, yang saya kira senimatografi dan susun lakon layarnya jauh lebih baik. Malah, yang memelikkan, ketidak upayaan PGL dalam meraih anugerah Filem Terbaik Festival Filem Asia suatu masa dahulu diulang semula dalam filem ini. Hang Tuah yang geraknya berorientasikan seni Kung Fu dijadikan punca kelemahan titik PGL sebagai tidak asli gerak lakonnya, sehingga terpaksa akur dengan kekuatan Filem Tae-Guk-Ki, daripada Korea.

5. Lagak aksi HMM saya hitungkan agak baik untuk sebuah filem Malaysia. Pujian buat pengarah lagak aksinya. Namun, hakikatnya masih banyak gerak geri yang kita nampak adalah terpengaruh dengan seni bela diri moden. Entahlah, barangkali mata saya sahaja.

6. Ada beberapa babak perlu dicelik mata yang mengantuk. Satu daripadanya bagaimana setiap askar musuh tiba-tiba rebah menyembah bumi apabila menara tempat Merong berdiri dirobohkan mereka. Masakan ratusan orang tiba-tiba mati berdarah sedangkan tak terdapat satu pacang kayu pun bersandar pada badan mereka?

7. Perkara paling menyedihkan dalam HMM adalah jalan ceritanya yang agak rapuh. Permulaan yang agak klise, hero muncul di gelanggang pertarungan jalanan bertutup muka, bergari dan menjadi pesalah tapi kuat perkasa melawan musuh yang berkali ganda gagahnya. Perjalanan jalan cerita juga teragak-agak, daripada Goa turun ke Semenanjung Emas, pertemuan dua Negara Rom dan China, diiring Sang Pahlawan, Merong Mahawangsa, pertemuan antara Puteri Negara China dan bakal suaminya, Putera Rom (Marcus), serangan Sang Garuda (yang rupanya bukan sekadar burung tetapi lanun sebuah kampung), firasat dan amanat Sang Dukun (Kesum), percintaan dengan gadis malang di desanya, pertarungan merebut takhta sehinggalah hujung cerita melawan semula Garuda setelah Langkasuka dibentuk. Jalan yang panjang, tetapi asasnya dapat diagak. Malah, leret cerita disingkatkan bagai setiap babak milik narrator, bukan pelakonnya.

8. Jika jalan ceritanya menjadi tempat berasa bosan, barangkali mendengar skripnya bakal lebih terhibur. Saya agak ini sebuah filem kelakar, bukan filem aksi. Kebanyakkan skripnya lemah dan pincang sana-sini. Bernada lawak dan sadis. Tutur Stephen lebih baik dalam bahasa Inggeris daripada bahasa ibunda. Malah, dubbing Puteri Maharaja China juga bagai disuluh purnama yang penuh, suaranya bukan miliknya. Selain skrip bacaan Kesum sedikit baik, namun yang lain, lebih kelakar daripada Scary Movie. Untuk kesian kalinya, kisah epik seperti PGL jauh berkali-kali baiknya berbanding HMM. Mungkin, KRU perlu lebih peka dan mengambil kira sentuhan emas skrip Mamat Khalid dalam menguntum bahasa indah dan berirama ini.

9. Menyentuh soal babak ke babak, masih banyak lakonan dan arahan, atau lakon layarnya (saya sendiri tidak pasti mana silapnya) yang perlu digubah. Persoalan bagaimana panah yang menusuk jantung tidak bisa membunuh mereka yang tidak kebal sedang yang berilmu tinggi melangit, bisa menggerak awan, menurunkan hujan sekilas pandang nyawa sudah sudah di hujung keris? Kadangnya, skrip (seperti dijelaskan tadi) yang lemah ketika Raja Merong berucap menaikan semangat tenteranya tak ubah watak Tok Penghulu atau Pak Ajis (jika tidak silap saya) dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah. Ya, kelakar. Mungkin lebih menggelikan hati apabila senjata Archimedes digunakan untuk menyerang Garuda. Yaa, sangat kartun dan kelakar. Logiknya, keupayaan senjata tersebut secara teori barang kali mampu menggugat lawan namun hakikatnya, sentuhan props yg entah apa-apa benar-benar tak ubah projek sains darjah satu. Dan, kesan senjata tersebut terhadap lawan juga sangat-sangat-sangat kelakar, serta tidak logik. Serius, kelakar!

10. Sesungguhnya, trailer dan poster HMM merupakan perkara tunggal yang bikin anda keluar ke wayang. Nasihat saya, NEVER expect too much from it. Masih filem Malaysia. Filem yang biasa.

p/s: Teman saya yang bersama-sama menonton:

“Kesian kan tayang kat Negara luar, kalaulah tak laku, kesian kan?”


my friend said: it's 2 and a half.

I'll be a little bit generous, may be 3. plus another half for a good try.

6 comments:

Carl Samsudin said...

GOOD REVIEW BRADAH!

mic in my earphones said...

tgkla sendiri nanti..
ko review plak tgk!

AkuMuzikFilem said...

bagusnya review ni. detail dan natural sifatnya

Sang Penglipur Lara said...

thanks AkuMuzikFilem..
hanya menulis apa yg terbuku di hati..

~aYeeN & SuE~ said...

awk sangat2 mengkaji secara mendalam..
share ur link in my blog..hope u dont mind..klu x ske gtau eh..

mic in my earphones said...

ayeen&sue..

sila2. i'll be honored.

thanks.

::shout box!::

"masing-masing Kami anugerahkan mereka itu dan mereka ini pun dengan pemberian Tuhanmu. Pemberian Tuhanmu tiada terlarang (kepada sesiapa jua pun)"