viewers

Monday, December 21, 2009

JOURNEY OF LIFE: SYARAT MENJADI SEORANG SAHABAT

Saya bakal catatkan sebanyak mungkin perasaan saya dalam entry kali ini. Lebih lama saya lalui hari-hari, semakin banyak terpendam cerita yang mahu saya kongsikan. Bagi yang mungkin sudah letih membaca, entry kali ini mungkin bukan pilihan terbaik untuk dibaca kerna saya bimbang ia bakal memejamkan mata anda yang sudah sedia letih. Namun, bagi yang sudi meneliti ruang lingkup hidup saya, saya kira, inilah antara entry yang harus anda baca dan hayati sebaik-baiknya sehingga ke penghabisannya.

Saya mulakan misi saya menjejak kerjaya bagi memastikan kemandirian hidup saya dan keluarga. Di tahap ini, saya mahu anda semua faham dan mengerti bahwa saya bukan dalam kalangan manusia berada dan mudah membukitkan duit. Jadi, rentas kerjaya diselit pengorbanan dan kerendahan maruah diri yang tak dapat saya bayangkan. Saya jelas malas bercerita lebih, namun kisahnya, desakan jiran dan saudara yang kononnya pandai membaca hidup saya telah memaksa emak dan abah menyeru saya ke bandar. Kuala Lumpur lubuk rezeki. Maka, berhempas pulaslah saya berlari ke KL tanpa rasa suka dalam hati bagi mencari pekerjaan.

Dengan anggapan dan 'tiket' lisan rakan-rakan yang sudah sedia menetap di KL, saya tebalkan muka menumpang tinggal bersama mereka dalam penggal saya mencari kerja ini. Gaji yang sedikit saya simpan ketika kerja di kampung saya jadikan alas hidup di KL. Saya tekankan di sini bahawa gaji saya memang tidak cukup menampung hidup di KL. Atas ihsan teman-teman, saya menetap secara percuma. Hanya tinggal makan dan pengangkutan yang saya perlu biaya. Malah, lebih merintihkan jiwa saya adalah keadaan saya yang tidak punya pengangkutan dan bergantung sepenuuhnya kepada teman-teman yang punya kelebihan untuk bergerak makan, ke kedai serta mencari kerja.

Saya akui kelemahan saya ini yang bagainya pengemis yang hina dan dina diludah orang sekeliling. Saya juga berterima kasih sebanyak-banyaknya pada mereka yang begitu baik. Cuma, sebagai manusia yang bertanda teman, say juga punya maruah apabila tidak putus-putus saya direndah-rendahkan. Mungkin umumnya tak sesiapa peduli dan sedar, namun bagi empunya badan, rungutan bertali arus mengungkit perihal duit dan kebaziran mereka seolah-olah hanya saya saja yang menjadi puncanya mengguriskan hati kecil saya sedalamnya.

Kecil hati saya, saya pendamkan agar tak nampak. Tebalkan muka dan berpeluk tubuh. Kian disepikan, watak saya daripada kawan bagai berubah haluan. Meski letaknya sebagai kawan itu diakui, namun saya tercari-cari kebaikan teman saya yang kini di'double standard'kan untuk saya. Terkadangnya, saya berasa begitu kesit dan terpencil sekali walaupun di tengah ramai. Saya kerap memarahi diri akan perasaan ini yang lahir daripada perbuatan dan cara saya sendiri, namun hakikat tempat saya tak lebih daripada keterpaksaan dan kemestian yang membebankan.

Kembara saya menyusur satu impian melawat kota Melaka berada di hadapan muka. Dalam hati saya lebat keraguan seperti mana perjalanan ke KL membadai. Dengan ongkos yang begitu terhad, saya kuatkan diri mengikut teman yang pastinya menolak perkataan tidak daripada saya. Perjalanannya bagai direstu Tuhan apabila saya dilimpahi rasa riang dan gembira. Sehinggalah gerimis rahmat berhenti seketika. Teman-teman punyai agenda yang tak dapat saya penuhi. Jujur saya katakan, duit saya idak seberapa apatah lagi RM40 digunakan sekaligus sedang dengan nilai serupa saya boleh gunakan untuk makan dan ke tempat lain.

Sekali lagi saya dihambat rasa bersalah. Saya gagahkan diri menolak tegas. Saya tidak mahu dibayar atau berhutang untuk itu. Saya punya maruah yang saya kira sudah banyak tercalar dek terhutang budi mereka. Dan untuk satu pengorbanan yang saya tak perlukan, saya keras menolak. Mereka pasrah dengan marah. Biarlah semanis mana mereka berlembut akhirnya, tapi saya bukan bodoh untuk tidak memahami kebencian yang bersarang di hati mereka. Apa saja yang berlaku akhirnya bertukar tragis dalam kamar hati saya. Satu dan lebih titik hitam telah terlukis kekal. Sekali lagi setelah berkali-kali terjadi.

Saya masih ingat apabila ada teman-teman mengajak ke Anugerah Bintang Popular, ke Genting Highlands, ke mana-mana saja tempat berseronok, tinggalnya saya tidak punya wang untuk turut serta. Sama ada mereka pergi dengan saya tidak bersekali, atau pun mereka tinggal dengan benci membukit, tiada beza antara keduanya. Acap kali, saya percaya alasan saya tidak berminat serta tak perlu mengajak saya bersama terlinta di benak dan lisan teman-teman saya.

Hakikatnya saya sedar tempat saya. Sebaik mana pun setiap teman saya, saya dan mungkin mereka juga takkan sanggup membiarkan wang dikongsi untuk saya apatah lagi melibatkan jumlah yang banyak. Saya perlu jauhkan diri daripada mereka. Sebagai manusia, disisih teman hanya kerana sesuatu perkara yang tidak dapat lakukan adalah keperitan yang tak mungkin dapat diubati. Dan dalam masa yang sama mempunyai seseorang yang mengganggu impian dan peuang kita bukan juga sesuatu yang boleh diterima hati.

Jadi kini, saya mengerti. Sebagai penganggur, anak orang kampung yang papa kedana, yang buruk fizikalnya, yang dihambat ketakutan hitam silamnya, tidak layak berkawan dan bersahabat yang punya wang, yang punya kerjaya, yang punya kereta, yang punya rupa, yang punya kekuatan dan kebijaksanaan, yang punya glamor dan humor, yang punya segala-galanya tanpa saya miliki. Sebetulnya tidak semua perkara dapat saya ubah. Saya akui dan betul-betul mengerti hayat saya yang begitu bergalas di pundak orang lain. Kelemahan saya yang dicanang dan dilatakan.

Seorang lelaki kerdil seperti saya, tidak punya syarat menjadi sahabat kepada teman-teman saya yang begitu sempurna ini. Seorang sahabat seperti saya jelas sekali tidak sanggup mendengar sahabatnya membandingkan dia dengan yang lain dan mengutuk terus kewujudannya dalam hidup mereka seolah-olah kehinaan yang tidak dapat dinyatakan.

Saya ingin bersahabat sebaiknya dengan sesiapa yang sudi tanpa ada syarat untuk saya penuhi kecuali keikhlasan dan ketelusan--adakah seseorang bagi saya untuk itu?

Wednesday, December 16, 2009

MACAM-MACAM KAWAN

KADANG-KADANG kita rasa bersalah apabila dengar kawan2 kita merungut pasal masalah depa. Memanglah rasa bersalah sebab kita tak mampu nak tolong mereka. Yeala, sebagai kawan memang patutlah kita tolong kawan yang duk ditimpa masalah. Lagilah kalau masalah tu ada sangkut pautnya dengan kita. Bertambah banyaklah rasa bersalah menebal dalam diri kita. Maklum sahaja, kita ni mengemis di rantau orang. Orang dah cukup baik kita menumpang bertani di sawah mereka, takkan lah padi mereka tak jadi kita tak boleh tolong walaupun hakikatnya padi kita cuma segenggam..

ADA pula kalau kita teringat, masa kita ada kesempatan rezeki daripada Tuhan, maka mulalah kita membahagi-bahagikan sikit supaya kawan kita ini dapat rasa. Sayangnya, mereka menolak. Takut ada yang dengki, bimbang menyusahkan diri sendirilah, tak kurang juga takut kita santau masuk ubat guna-guna. Kita pelawa ke rumah kita bila kita selalu merempat di rumah mereka kononnya nak balas budi. Mereka nahas kita berkira. Kata tak payah. Anggap kita berlebihan dan segalanya alasan ditabur.

TUT..tut..suatu hari kita dihimpit kesempitan. Kawan ni juga sedang lemas. Selemas-lemas dia kita dan jadi nazak. Lalu sepatah katanya susah, sejuta kali kesusahan itu menghuni banak kita. Kita buat-buat diam. Dalam hati kita menangis kuat. Berdoalah kita bertanya pada Yang Maha Mengetahui: "Kenapa dia sempit waktu aku sempit. Aku senang dia senang. Bila dia masih senang, aku mula menyempit. Kenapa aku sempit?"

AGAKnya Allah mambalas:
"Aku Tuhan dan Aku Yang Maha Mengetahui. Maka setiap yang aku ciptakan terdiri dan dibangunkan di atas tempatnya yang sepatutnya"

Renung-renungkan lah KAWAN-kawanku sekalian.

p/s: Aku suka seseorang biarpun dia tak sukakan aku. Aku akan tetap sukakan kawan aku biarpun dia tak suka kat aku.

Sunday, December 13, 2009

DRAMA YANG MEMANGUNG IDOLA KECIL

Saya merupakan antara peminat IDOLA KECIL 02 yang kini sudah 7 episod ditayangkan di TV9. Melihat si cilik berdansa dan mengalun suara mereka di pentas, saya tidak menjangkakan sesempurna Datuk Siti Nurhaliza mahupun Jamal Abdillah. Namun masing-masing jelas menonjolkan keunikan dan kemampuan masing-masing dalam bersaing tempat merebut gelaran Idola Kecil 02.

Saya punyai pilihan tersendiri apabila adik-adik kecil ini melontar suara mengiring irama lagu yang berkumandang. Tampil matang dan berkarakter, Dayana membawa pentas tempatnya berdiri seolah-olah dimiliki artis terkenal tanah air. Kebijaksanaannya bermain dengan nada suara serta sentuhan seni dalam lagunya begitu menambat hati. Lihat sahaja lagu Ayat-ayat Cinta dan Ku Tak Percaya Cinta yang pernah disampaikannya, begitu pesona aura seumpama penyanyi terkenal yang meliputi pentasnya.

Sama seperti Dayana, peserta rock chick Ain juga menunjukkan kematangan dan kehebatan menghibur penonton seperti profesional. Lagaknya tidak dibuat-buat serta tidak pula diberika terlebih-lebih. Tona suara dan alunannya begitu kena sekali dengan persembahan beliau apabila berdendang di pentas.

Keunikan vokal serta tona Fienaz merupakan aset terpenting saya menonton. Puteri daripada Selangor yang memiliki raut wajah cantik molek ini mempunyai bakat yang paling cerah untuk digilap. Suka atau tidak, tona suara adalah harta paling berharga setiap penyanyi bagi suaranya sering didengar merdu dan lunak. Halwa telinga yang cukup sempurna bila diasah dengan teknik dan persembahan yang baik. Sayangnya, selepas menonton episod pertama yang mana saya begitu terpesona dengan alunan "Dan Sebenarnya" Fienaz, saya bagai tercari-cari ke mana hilangnya kekuatan dan ketajaman vokal unik beliau dalam konsert yang seterus-seterusnya. Sama ada lagu yang dipilih tidak tepat atau ilmu yang ada tidak dipadatkan, entahlah. Biarpun begitu, saya percaya Cikgu Dally selaku guru vokal telah penuh menyumbang komitmen dan berkongsi ilmu.

Minggu ini akhirnya penyudah kepada ketekunan saya menonton TV9 saban minggu. Fienaz diundi keluar oleh juri setelah tujuh episod bersama Idola Kecil. Kecewa saya katakan apabila komen juri menunjukkan nilai-nilai positif selain Atilia sedikit mengulang semula nasihat agar suara Fienaz dijaga daripada tergugat dek kegembiraan aktiviti petang. Jika diteliti semula, ayat "lagu ini tidak mencabar" serta "biasa sahaja" seolah-olah memukul Fienaz pada malam itu apabila telah diumumkan tersingkit daripada IK02.

Ketika hati saya bernada sedih dan kecewa, ketabahan Fienaz menjadi paksi yang kuat sekali membuktikan kematangannya. Sesudah Sam yang merelakan diri tersingkir awal gara-gara bimbang rakan-rakannya terkeluar dahulu, Fienaz pula menjadi caturan kali ini. Bermula drama air mata hasil kemudian Aliff Satar, Fienaz mula menampakkan rasa cuaknya apabila namanya dipanggil. Saat Arill dihantar semula pulang ke barisan, mahupun ketika Jiha berulang-ulang kali menyatakan enggan memegang cek yang harus diberikan kepada yang tersingkir, Fienaz yang tinggal bersendiri dan begitu rapat dengan Aliff sudah jelas riak tangisnya.

Garau suaranya begitu bulat tanda gementarnya. Dan apabila namanya dipaparkan ke kamera, sementelah sebutan "Fienaz" oleh Jiha, Fienaz sudahpun tabah mengumpulkan kekuatan menerima dengan redha keputusan tersebut. Riak wajah dan suaranya yang begitu tenang barangkali tidak menampakkan hakikat hatinya yang dirundum kecewa berpisah daripada rakan-rakan sertalah lagi gagal meneruskan perjuangannya. "Takpe" dan "Sudahlah" kerap membasahi bibirnya tika menenangkan rakan-rakan yang sedang hujan air mata. Malah, ketika lagu nyanyian terakhirnya dimainkan semula, Fienaz sempat menegur lembut sahabat karibnya, Dayana agar meneruskan duet mereka. Dayana yang menghamburkan air mata akhirnya berpadu bersama-sama teman lain menyampaikan lagu terakhir buat Fienaz. Selamat tinggal Fienaz.

Terimalah, Bila Aku Sudah Tiada Fienaz...


Monday, November 30, 2009

ANGGAPANMU

Anggapan kita, itulah yang kita suka dengar.

Sebelum memulakan lembaran kali ini, saya suka menyentuh beberapa perkara dahulu memandangkan terlalu banyak perkara yang saya kumpulkan sejak minggu lepas.Justify Full
Siapa sangka, seminggu lebih ini terlalu banyak insiden yang tertimpa. Termasuk yang baik-baik juga.

Baiklah, saya mulakan dengan kekesalan saya terhadap pasukan gergasi England, Liverpool. Saya sangat kecewa dengan prestasi mereka meskipun perlawanan akhir mereka melawan Debrecen membuahkan kemenangan 1-0.
Namun hakikatnya, mereka telah pun menempah tiket selaku penonton berbanding pemain yang sepatutnya. Lepaskan dahulu kekecewaan ini. Biar kita cepat beralih kepada cerita seterusnya.

Sedikit catatan harian saya. Bagi yang sudah khatam membaca kisah penganugerahan saya pada entry yang lepas, mungkin ada sedikit tertanya-tanya tentang keputusan temuduga saya. Barangkali, adalah kan?
Apa yang saya boleh kongsikan, pengalaman tersebut begitu berharga meskipun persediaan bagi saya tersekat dek masa yang singkat. Sejujurnya, saya bersyukur Alhamdulillah dengan persembahan saya. Segalanya baik dan bagi pengalaman pertama, saya mampu berinteraksi cukup baik dan selesa bersama penemuduga sekalian. Mereka juga banyak bertanya dan memberi respon jika dibandingkan apa yang calon lain alami. Alhamdulillah.
Keluar daripada tempat temuduga tersebut, hujan yang masih sendu menangis bagai rahmat buat saya. Ayah menelefon saudara yang rapat dengan PPD Besut bercerita tentang perjalanan kami hari itu. Sedar dia boleh membantu, setakat yang mampu, dia menelefon rakannya bertanyakan prestasi saya.
Mungkin nampak tidak begitu adil bagi anda yang membaca, namun apa yang saya persembahkan ialah sebuah keyakinan yang berbalut pengorbanan yang tinggi. Apa yang mungkin menyebelahi saya ialah saya beroleh keputusan yang lebih awal daripada calon lain. Saya maklum bahawa Mac merupakan masa kami akan dipanggil untuk temuduga kedua. Baiknya, saya telah disahkan berjaya di tahap ini. Alhamdulillah tak terkira. Masih ada yang kedua. Mudah-mudahan yang terbaik untuk saya sudah Dia sediakan.
Niat saya cuma satu, ibu bapa didahulukan, kehidupan diutamakan. Allah itu ada.

Oh ya, itu masih muqadimmah. Ini sebermulanya intipati entry saya pada kali ini. Politikus jadi sentuhan. Mungkin banyak yang kita dengar dan baca di dada-dada akhbar dan kaca TV berkenaan politikus negara. Apa yang saya mahu anda fokuskan adalah asas berita-berita ini ditulis atau dilaporkan. Mari kita mulakan.
Ilhamnya dikurniakan Tuhan ketika saya dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa menjemput kakak pulang daripada Kuala Lumpur. Saya terpandang satu papan tanda bergambar Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan beberapa tokoh politik Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Pada papan tanda tersebut tertulis perkataan "Bertani itu Ibadah".
Saya cuba meneliti maksud kata-kata itu dan cuba menyelongkar akal memori saya pada ayat yang seumpamanya pernah saya dengar. "Pertanian itu Perniagaan". Pernah terjumpa di mana-mana?
Selaku individu yang masih neutral dan seimbang, saya mencari pendekatan kedua-dua parti dalam menggalakkan rakyat menyokong industri pertanian negara. Liberalisme, modenisasi dan pengkomersilan menjadi teras dalam kata-kata seruan Parti Kerajaan. Tepat dengan fokus mereka yang mahu rakyat sekaliannya menggembleng tenaga memajukan industri pertanian. Plain and directive.
Sebaliknya apabila saya meneliti dan mendalami maksud dan ertikata slogan oleh PAS, saya terfokus pada dasar Islamisasi dan bergerak lebih rapat dan personal kepada kehidupan rakyat. Bagi saya yang hidup pada zaman millenium ini, kata-kata begitu kurang efektif memandangkan tiada nilai komersil dan jaminan pulangan yang berharga. Parti Kerajaan contohnya, menekankan persamaan petanian itu dengan satu bentuk pelaburan yang membuahkan pulangan kewangan yang semestinya sangat-sangat diperlukan pada era ini.
Apabila akal ini menggali lebih dalam maksud "Bertani itu Ibadah", saya tertumpu pula pada penggunaan perkataan "Pertanian" dan "Bertani" yang jelas ada bezanya antara kedua parti. Bagai ada anggapan yang lahir daripada benak saya, Pertanian menunjukkan kata nama yang begitu umum dalam menunjukkan segala yang berpautan dengan aktiviti bertani, sedangkan bertani begitu khusus menjelaskan mereka yang menjalankan aktiviti itu sendiri.
Baiknya pula, "ibadah" yang digunakan PAS selain menunjukkan rapatnya mereka dalam memujuk rakyat kembali melihat segala aktiviti itu adalah nawaitu kepada Allah, mereka menggunakan perkataan yang jelas tiada unsur materialistik dan "kebajikan" semata-mata kepada Allah serta menekankan kepada anggota masyarakat bahawa aktiviti mereka ini akan mendapat berkat daripada Allah tanpa mengira sebaik mana mereka perolehi daripada hasil aktiviti itu.
Mudahnya saya katakan, bagi mereka yang berfikiran telus, dalam dan konservatif, menjalankan aktiviti bertani itu ialah ibadah yang dimuliakan Allah, lalu mereka terpanggil untuk mengerjakan ibadah itu dengan berserah segala-galanya kepada Allah serta dengan sebaik-baik yang termampu. Dan apabila beroleh baik atau pun tidak hasil aktiviti mereka, mereka yang berpegang pada kata-kata itu akan melihat terus bahawa itulah kurnian Tuhan. Sikit atau banyak hasilnya, mereka bersyukur dengan pemberian Ilahi serta percaya dengan hikmah dan ketentuan Tuhan buat mereka.
Bagi mereka yang punya pemikiran sedikit berbaur kebendaan, slogan "Pertanian itu Perniagaan" mungkin lebih efektif. Pun begitu, bagi saya, pencarian yang lebih tajam dan dalam memungkinkan kita sedar bahawa istilah "perniagaan" itu bukanlah bersifat material semata-mata, sebaliknya masih dalam ruang lingkup ibadah. Bezanya ianya lebih terarah dan tertumpu, agar keberkesanannya terletak pada era ini. Jika anda faham segala maksud saya.
Selesai hujah saya yang berbelit-belit ini, mungkin antara anda yang mula membuat anggapan apa yang terlintas di fikiran saya. Baik anda setuju atau tidak, akal anda mulalah berhujah sendiri dan membangkang isi saya.

Sedar ataupun tidak, anda terleka pada tajuk sebenar entry ini apabila disogok beberapa kisah yang ada antaranya lari begitu jauh daripada jalan topik kita. Baca semula entry ini serta yang sebelumnya (jika perlu) dan perhatikan berapa banyak perkataan "mungkin" saya telah gunakan.
Seperti anda, saya dan mungkin juga pelapor-pelapor dalam kalangan media di luar sana sebenarnya menyiasat, meneliti, mengulas dan melaporkan sesuatu isu berdasarkan anggapan mereka atau "ketua" mereka semata. Apa yang yang saya gariskan di sini bukanlah apa yang mereka laporkan salah atau pun tidak beretika.
Kerana ada antara laporan isu tersebut masih elok dibaca dan didengari. Bezanya, anggapan itu mungkin berunsur fitnah ataupun tipu muslihat. Fahamkan di sini.
Umpamanya, apabila seseorang itu mula tinggal berjauhan dengan isterinya, maka kita mula memaksa akal kita membuat anggapan bahawa rumah tangga mereka kini dilanda musibah. Ada salah faham atau pertelingkahan yang muncul dan membawa kepada penceraian mereka.
Lalu kita mula menyiasat pada asas ini, dan setiap maklumat yang kita perolehi, awalnya kita masukkan sebaik mungkin supaya sama pada jalan cerita yang kita rekakan. Jika punya persamaan, kita ulaskan pula supaya lebih terang bahawa mereka sedang bergaduhan dan berceraian. Lebih buruk, apabila pembaca yang membaca kisah ini mentafsirkan sesuatu yang lebih buruk.
Sama seperti konsep "Telefon Buruk" yang mungkin anda sudah ketahui dalam program-program berunsur motivasi, anggapan ini memungkinkan kita menghasilkan sebuah kisah yang besar fitnahnya. Apabila yang kita dengar menjadi lain, apa yang kita ceritakan semula mungkin menjadi lebih lain di telinga orang lain.
Natijahnya, anggapan-anggapan yang sudah ada hujung ceritanya membawa unsur-unsur penganggapan itu dalam cerita yang kita laporkan. Musababnya, kerana apa yang kita anggapkan adalah hakikat bagaimana kita inginkan. Apa yang kita suka dengar. Baik yang tertulis, baiklah cerminan akal kita. Buruk yang tergambar, begitulah juga cara kita berfikir. Jadi, fikir-fikirkanlah.

Tuntasnya, segala cerita yang kita dengari atau kita baca, perlu diselitkan sedikit rasa timbang rasa dan ruang agar kita sedia menerimanya dalam pelbagai bentuk. Sentiasa bersedia mengubah cerita tersebut dalam akal kita. Jangan sampaikan sebegitu tetapi luahkan dalam bentuk yang seimbang dan telus. Apa yang kita dengari kita jelaskan kebenarannya sahaja. Manakala apa yang kita fikirkan, kita terangkan sebagai anggapan kita sahaja.
Baik buruk di tanganNya jua.


Terkenang lagu Anggapanmu oleh Ziana Zain.

Monday, November 16, 2009

Hadiah Pertama Daripada Tuhan

Pertama sekali, sila teliti rajah berikut:


Kalau mata kurang nampak, biar saya terangkan.

Sebermula kisah, saya mengikut galakan ibu serta saudara yang sedang bertugas di MRSM agar mengisi borang permohonan sebagai Pensyarah/Guru di Kolej MARA. Hasil selidik kakak, akhirnya saya dapatlah mengisi peluang yang ada.

Menjengah masa yang ditetapkan bagi senarai permohonan yang telah diterima untuk ditemuduga akhirnya keluar. Dua saudara yang turut mengisi borang menerima khabar baik apabila kedua-duanya berjaya disenarai pendek ke temuduga micro teaching di Perak.

Nasibnya, saya bukan salah seorang yang tersenarai. Rezeki pemberian Tuhan mahu saya bersabar. Ada satu pengumuman yang tertera di laman sesawang MARA menyatakan bagi subjek Biologi, tarikh pemberitahuan adalah seminggu lebih lewat. Maka, dengan niat menenangkan hati yang rungsing serta menjaga harapan ibu yang membukit, saya sabarkan hati untuk seminggu lagi.

Seminggu kemudian, laman sesawang yang serupa saya layari lagi. Kali ini, keputusan yang sama saya perolehi. Berkali-kali nombor mykad saya, saya isikan. Sahlah saya gagal. Niat saya matikan. Harapan saya kuburkan. Impian yang ada menjadi pusara. Cukuplah. Cuba yang lain pula.

Suatu hari, telefon saya menerima panggilan yang tidak dapat saya kenalpastikan daripada siapa. Tidak sempat saya jawab. Saya menghantar mesej bertanya. Senyap. Tiada balasan saya terima.

Terkemudian hari, nombor telefon yang serupa menghantarkan mesejnya buat saya. Penting, katanya. Rujukan www.mara.com.my disertakan. Ada tarikh 18 November tertera. Ada istilah micro teaching juga diselit bersama.

Keputusannya? Telah anda jangkakan. Tuhan hantarkan hadiah ini agak lambat buat saya daripada insan lain yang menerimanya. Adalah hikmahnya itu. Biarpun profesyen ini bukan nombor satu dalam senarai impian saya, namun saya bersyukur sebesar-besarnya atas kurniaan Ilahi ini. Alhamdulillah Ya Rabbi, Ya Allah! Gembiranya tak tertanggung sehingga malamnya saya tak dapat tidur. Berusaha sedaya boleh!

Mungkin ada benarnya kata-kata mereka pada saya apabila saya ngomelkan status pengangguran saya ini:

"Biarlah Ne (Hanam). Bukan rezeki Ne lagi. Lambat cepat yah Tuhan nak beri."


Buat mereka senasib saya, berpeganglah pada kata-kata ini dan sentiasalah percaya rezeki dan kasih sayangNya.


"masing-masing Kami anugerahkan mereka itu dan mereka ini pun dengan pemberian Tuhanmu. Pemberian Tuhanmu tiada terlarang (kepada sesiapa jua pun)"

- Al Isyrak, 21







Saturday, November 14, 2009

KOPITIAM : Konflik Hidup Sang Penglipur Lara

Hari ini lengkaplah semula gelaran Penganggur Sepenuh Masa saya. Rasminya saya bukan lagi pekerja sambAlign Centerilan di Restoren Ayam Kampung Lubuk Jong.Bukan saja-saja berhenti tapi saya ambil masa ini untuk berehat dan tenangkan ketegangan minda. Ada konflik cuba menyimpul di rantaian hidup saya ini. Aduh! Letih merasuk ruang diri.

Jujurnya, malas saya nak bercerita panjang tentang konflik ini. Cukuplah anda yang sedang membaca tinta ini tahu bahawa ianya sebuah kisah sesorang yang cuba menegur seseorang tapi tidak secara berhemah. Modus operandinya menyerang semua pihak samada punya kaitan mahupun tidak dalam hal itu serta meleret-leretkan daripada satu kisah ke kisah lain sehingga akhirnya hujahnya memakan diri.

Singkatkan cerita, kita ini sentiasa berada di tengah-tengah perkara. Maknanya, kita tak pernah sentiasa di atas ataupun sentiasa di bawah dalam segala perkara. Apabila kita terlalu lama di sesuatu kedudkan sehingga berasa begitu selesa memangku tempat, kita mungkin terlupa atas dan bawah tempat duduk kita. Kelekaan ini menyebabkan kita lupa asas berharmoni, lalai akan kemungkinan kita juga berbuat kesilapan. Lalu natijah yang menjengah ialah peluru yang sama menikam ke pedal hati kita.

Tuntasnya, kita apabila melihat sesuatu keburukan dan mencuba untuk menegurnya, baiklah kita menegur dengan penuh hemah dan berkira. Perlu ada toleransi dan timbang rasa. Jangan membabi buta kerana perkataannya sahaja sudah jelas haram. Babi-lah katakan. Jadi, mengkritik biar biajak. Ada asas dan dasar. Dalam ruang lingkup yang terbuka dan tidak berbaur kebusukan. Hati-hati menujukan sasaran. Tersalah sasar MAUT padahnya. Belajarlah daripada Puisi Melayu yang berunsur sinis dan sipi. Bukan melulu dan terang benderang. Puisi kita jika diteliti mementingkan unsur perumpamaan dan silih selindung agar mesej dan nasihat yang ditujukan tidaklah tajam dan melukakan. Gunakan ilmu yang kita ada dengan ulasan perkataan yang cermat dan halus. Kehalusan bahasa bisa menembusi lubang yang kecil dan tidak dalam menikam hati seni manusia.

Hukumnya, keikhlasan dan kejujuran perlu dilapikkan ilmu dan kehalusan berbahasa. Barulah jadi sebuah nasihat yang sempurna. Amin.

Monday, November 2, 2009

KOPITIAM : LAYAR OKTOBER PENGLIPUR LARA


Kalau ada yang masih teringat kisah sejadah berdiri beberapa minggu lepas, mungkin sudah juga menyedari cerita sebenar di sebalik kejadian tersebut. Bak pujangga bersyair, usah diterbangkan layang-layang kalau anginnya belum bertiup. Kali ini, ada beberapa kisah lain ingin saya kongsikan bersama. Baiknya ada pelbagai genre yang bergaulan. Kita mulakan kisah tragedi Oktober yang saya tonton sendiri di hadapan kedua mata yang celik ini.

Tragedi Oktober.

Malam sebelum hari kejadian, saya bermimpi sesuatu yang aneh. Bagaimana plotnya tak dapat saya jelaskan secara terperinci, namun isinya saya melihat seakan-akan dunia ini bakal kiamat. Maka, pada malam itu, saya terbangun dalam resah dan penuh rasa keinsafan. Paginya, seperti biasa saya menurut jadual harian saya ke tempat kerja di hadapan Masjid Lubuk Jong, Pasir Mas.

Hari itu cuaca terik sang Suria menghembuskan nafasnya membahang. Pada pukul 2 ke 3 dalam perkiraan saya, tiba-tiba bunyi seperti ‘pop corn’ masak kedengaran. Asap tebal berkepul-kepul dilihat keluar daripada celah landskap hutan di hadapan kedai tempat saya bekerja, di hadapan masjid kampung kami. Segenap individu terpaku memandang ke langit seolah-olah disolek asap hitam tersebut. Lama memerhati, akhirnya saya ternampak marak api daripada pangkal asap itu. Apinya menjengah ke kanopi pohon durian berdekatan tingginya. Sah, ada rumah yang dimamah api!

Majikan saya yang bersama-sama puluhan pelanggan yang sedang kaget menonton santapan api itu segera menelefon anggota bomba berdekatan. Anggota bomba yang bertugas menyatakan akan menghantar kereta bomba apabila laporan tersebut disahkan. Jadi tunggulah kami menyaksikan kelahapan api membobrok rumah kayu milik Mama Dah yang juga berniaga di restoran di hadapan rumahnya. Jauh di lubuk hati saya, ada kutukan singgah pada penguasa bomba yang masih belum tiba meski enam panggilan sebelumnya telah dibuat.

Api yang marak akhirnya reda. Rumah yang dijilat hanya tinggal arang dan abu yang berterbangan. Siren bomba membingit telinga tiba apabila tiada lagi api yang boleh mereka padamkan. Hasil siasatan mereka menemui punca kebakaran adalah disebabkan cucu kepada pemilik rumah tersebut yang bermain api sehingga terbakar rumah berkenaan. Difahamkan juga, si kecil bermain sendiri apabila ahli keluarganya yang lain sedang sibuk berniaga di hadapan rumah. Si anak kecil datang mengadu “takut api” apabila yang kecil kawan itu sudah besar menjadi lawan. Takziah.

Tahukah engkau apa itu neraka Hutamah? (Iaitu) api Allah yang bernyala-nyala.”

-surah al-Humazah; ayat 5-6

Hujung Peluang.

Masalah kerja sememangnya keutamaan saya sekarang. Apa-apapun yang saya harapkan cuma beroleh suatu pekerjaan yang mampu menampung perjalanan hidup singkat saya ini. Berusaha sudah sehabis baik. Sayangnya tiap kali peluang datang semuanya jauh daripada capaian tangan. Ketika RISDA membuka peluang, informasinya saya terima pada hari terakhir permohonan dibuka. Sekali lagi berita baik datang daripada seorang sahabat di KL, jawatan Pegawai Sains di UPM. Malangnya, sekali lagi saya dimaklumkan pada hujung permohonan. Terus memohon meskipun peluangnya bagai tertutup terus.

Hampa. Lebih lagi, musim ini berduyun-duyun saudara mara berangkat ke Tanah Suci meninggalkan Mak dan Abah yang saya kasihi ini kekal di Malaysia. Saya selalu berdoa agar saya sempat membiayai mereka ke sana. Berapapun ongkosnya. Tapi entahlah. Dengan gaji 120 seminggu hasil kerja sambilan sekarang, paling tidak saya hanya mampu meringankan beban Abah membeli barangan dapur atau sekali-sekali belikan baju dan beg tangan murah buat Mak. Teruslah berdoa.

Kemenangan Red Warriors dan Kekalahan The Reds

Bola sepak bukan kegilaan saya. Sekadar suka-suka, saya mula berjinak-jinak meminati pasukan tertentu dalam aksi liga yang tertentu. Liverpool misalannya, menjadi pasukan pertama saya gemari selepas England. Kejutan demi kejutan dipaut mereka dulu kian hambar dalam Liga Juara-juara pada musim ini. Apalah sebabnya, saya buntu. Mungkin bukan lagi pertaruhan yang baik. Sokongan saya masih pada mereka meskipun tersungkur 3-1 dek penangan Fulham. The Reds perlu mara lebih garang!

Bercerita tentang 3-1, angka sama menjulang Red Warriors ke perlawanan akhir bertemu Negeri Sembilan Sabtu nanti. Bayangkan selama 39 tahun selepas jatuh dari zaman kegemilangannya, pasukan Kelantan kini mencipta sejarah kembali berentap di perlawanan akhir. Biar apapun kata orang dan ‘kes-kes’ yang menyulam musim ini, Kelantan patut dipuji kemampuan mereka pada musim ini.

Kalah menang hujung minggu nanti bukan lagi persoalan kerana mereka telah membuktikan mereka lebih baik daripada sebelumnya. Melihat kepada kemampuan Negeri Sembilan, saya sedikit gugup bersama Kelantan. Namun, pasukan Kelantan harus bernas dan lincah pada aksi akhir nanti memandangkan mereka mungkin tidak dapat bertanding pada musim depan setelah kes-kes lepas yang menyulitkan mereka. Apa-apapun, Gomo Kelate Gomo!

Mengumpulkan syiling luar negara.

Bergiat dalam pertanian.

Terus gagah melakarkan pena di lembarannya.

Wednesday, October 21, 2009

KOPITIAM:Kisah Penglipur Lara (Setiap Hari adalah Cerita)

Masih berkerja di Restoran Ayam Kampung Lubuk Jong. Setiap hari ada cerita yang saya baca.
Semalam kecih apabila sejadah sebanyak 36 termasuk satu yang menjadi 'imam' sedang bersolat di madrasah Sek. Keb. To' Sangkut berdekatan kampung saya. Hebahnya begitu besar hingga TV9 dan TV3 membuat liputan. Belum habis cerita semalam, hari ini saya dengar lagi. Kali ini tiga di Kota Bharu, satu di Rantau Panjang dan satu lagi di Kedah. Masing-masing ada bilangan tersendiri.
Keliru. Percaya atau tidak dan kerja siapa menjadi persoalan. Hanya mampu mendengar dan memuji namaNya. Sesungguhnya hanya Dia yang Maha Mengetahui. Lagi juga, kisahnya mungkin timbul daripada hasil kerja manusia. Kisahnya sebelum kejadian di SK To' Sangkut, pernah ada rumah di mana sejadahnya sedang solat. Sama gaya. Entahlah. Apa yang menjengah minda anda?

Ada heboh apabila masjid yang dibina kali kedua keretakan dan kian musnah. Isinya kosong tanpa sebab. Salah siapa kami tak pasti. Bila niat mendekati Islam, bukankah diajar kita bersabar. Toleransi jadi hiasan. Pemaaf itu tandanya kita tahu kelemahan diri. Kita juga hambaNya yang hina. Ada dosa dan berbuat salah. Jadi hendaklah kita duduk bertenang. Jadikan hemah Islam sebagai teladan. Mendengar dan berbincang dengan hemah. Berfikir dan bertanya pendapat. Barulah mengikat kata pemutus. Kena perkara halal yang paling dibenci Allah ini kita jadikan jalan sebelum bertemu penghujungnya?

Kemalangan. Seseorang yang baru pulang daripada menyelamat puluhan nyawa terlibat dalam sebuah kemalangan. Keretanya terbalik daripada atas ke bawah. Sayangnya, tak ramai yang suka membantu. Mujur ada insan yang sudi. Syukur, si Misi selamat nampaknya. Doa kita agar beliau selamat. Kali ini dan lain kali. Ada baik juga kita mula terfikir, kenapa yang tak sudi memberi pertolongan kepada mereka yang sering memberi pertolongan.

Kerja. Masih lagi mencari. Cubaan kali ini mungkin ke kota. Menunggu lampu hijau daripada yang punya hak. Yang sedang berlaku akan diteruskan. Cuma mungkin masalah yang sedang membadai perlu saya fikirkan. Masa bilakah baik saya segera berhenti. Ada kerja lain secara sambilan. Minat dan peluang jadi sulaman. Jari menari menjahit manik. Moga Tuhan berikan jalan. Ada juga yang masih mencuba. Suka menulis dan bijak memerhati. Jauh kupandang ke dalam diri. Mana yang baik saya teraskan, yang buruk saya kupaskan. DAP menanya sebagai penulis. Mungkinkah suatu masa, saya terbit selaku penulis artikel? Berdoalah agar saya kecapi yan terbaik. Amiiinn--

Masih belum mendapat berita daripada teman-teman. Sepi sekali.

Monday, October 5, 2009

MEREKA YANG MENGGANYANG MALAYSIA?



Ketika isu Ganyang Malaysia dicanang semula beberapa minggu lalu, saya terimbau semula istilah yang sama digunakan puluhan tahun dulu semasa pembentukan Persekutuan Malaysia 1963. Bezanya cuma, konfrontasi Indonesia yang menentang penubuhan gagasan Malaysia yang dilancarkan pada 20 Januari 1963 itu didasari kuasa tertinggi Indonesia yang didokong fahaman Parti Komunis Indonesia.

Meneliti semula sejarah Konfrontasi Indonesia yang membimbangi pengaruh komunisme di Asia Tenggara terjejas akibat persekutuan Malaysia ini, kerajaan Indonesia akhirnya melancarkan penentangan secara terbuka keoada penubuhan gagasan Malaysia pada Februari 1963. Kencaman Ganyang Malaysia tidak lahir sekadar perarakan tidak puas hati sahaja, malah kian diperhebatkan selepas penubuhan Malaysia 16 September 1963 dengan serangan hendap tentera Indonesia mulai November 1963 hingga 1964 yang mana tentera-tentera Indonesia mula mendarat di sekitar Pontian, Labis, Muar dan Kota Tinggi, Johor pada 1964. Pengintip-pengintip daripada Indonesia juga dihantar untuk menubuhkan pertubuhan sulit bagi menggulingkan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Malah, pertubuhan ini membangkitkan sensitiviti Melayu-Cina bagi merombak kesepaduan rakyat Malaysia.

Tidak tahan dengan kedegilan dan keegoan Indonesia mengecam gagasan Malaysia, kerajaan kita menyatakan bantahan rasmi kepada Setiausaha Agung PBB mengenai campur tangan Indonesia ini melalui Menteri Dalam Negeri tatkala itu, Dato’ Dr. Ismail Abdul Rahman. Malah, kerisauan Malaysia terhadap pencerobohan tentera Indonesia di Malaysia membawa kepada penubuhan Pasukan Pertahanan Tempatan (PPT) yang juga dikenali sebagai Askar Wataniah yang ditubuhkan pada akhir 1963 dan awal 1964 bagi menangkis serangan gerila Indonesia.

Melihat tekanan daripada kerajaan Persekutuan Malaysia, Indonesia memburuk-burukkan pula gagasan ini di mata negara-negara dunia ketiga dan Afro-Asia. Malaysia membalas dengan menghantar pula perwakilan di bawah Dato’ Abdul Razak ke negara-negara Afrika bagi menjelaskan kedudukan penubuhan Malaysia serta memperbaik semula nama gagasan ini. Serangan tanpa patah daripada dasar Ganyang Malaysia memberi kata dua kepada Malaysia sehingga bantuan ketenteraan dari Britain, Australia, Kanada dan New Zealand digunakan bagi melindungi negara tercinta daripada mereka yang cuba menodai kedaulatan Malaysia.

Konfrontasi Ganyang Malaysia ini berterusan sehinggalah Jeneral Suharto menggulingkan Parti Komunis Indonesia pimpinan Sukarno pada tahun 1965. Suharto yang menjadi Presiden Indonesia hasil rampasan kuasa itu dilihat positif terhadap hubungan diplomatik dengan gagasan Malaysia sehingga Menteri Luarnya, Adam Malek berusaha keras berdamai dengan Malaysia. Maka, perjanjian damai akhirnya ditanda tangani pada Jun 1966 yang turut melibatkan Filipina dibawah pimpinan Presiden Ferdinand Marcos ketika itu.

Balik pada ketika dan saat ini, Ganyang Malaysia sekali lagi dilaungkan disebabkan satu asset budaya Indonesia yang kononnya dicabuli oleh Malaysia dengan menjadikannya hak Malaysia. Ini bukan kali pertama sejarah berulang. Sebaliknya, beberapa tahun dahulu Ganyang Malaysia pernah dijadikan kalung azimat Indonesia sehingga ada yang berpendapat Datuk Siti Nurhaliza perlu tampil menjadi srikandi. Alasan yang juga masih belum kuat untuk memutuskan hubungan rumpun nusantara ini.

Tergelak juga saya apabila ada golongan tertentu yang mengeluarkan sepanduk ‘Sapu Malaysia di Indonesia’. Hemah saya, mungkin terlalu ramai tukang sapu warga Indonesia di Malaysia, maka mereka berpendapat mahu menyapu keluar orang-orang kita di tempat mereka tanpa mereka mengenang kembali ribuan jasad yang mengerumuni lombong rezeki kita di sini yang mana jutaan rakyat Malaysia tidak pernah senang dengan mereka. Selain memberi saingan dalam bidang pekerjaan, turut menjangkitkan jenayah budaya yang menggerunkan.

Tindakan mereka bukan sahaja mengepung kedutaan kita di Indonesia, malah kononnya ingin terbang ke Malaysia memberi kata ancaman. Bisakah mereka? Kiranya warga Indonesia yang dilihat berkempen bagai pilihanraya umum itu punyai duit jutaan Rupiah menaiki kapal terbang ke Malaysia dan tinggal di sini waimapun Padang sedang menggeletar ditimpa musibah.

Paling menyedihkan saya, dalam begitu banyak sokongan kita hulurkan, daripada bantuan kemanusiaan Padang dan Banda Acheh, industri hiburan mereka yang begitu meletup di Malaysia meski artis kita sendiri mengemis menanak nasi di periuk berpasir mereka, serta puluhan program serumpun dilaksanakan saban tahun, isu ini dinampakkan sebegitu ekstrem di mata mereka walaupun jelas salah faham ini telah didedahkan mana salah betulnya. Bersyukurlah semua.

Jelasnya, Indonesia bagai berdiri memijak kita. Lihatlah reaksi mereka terhadap isu yang sudah terang lagi bersuluh tempatnya. Malah, jika diteliti ketidak toleransian mereka kepada industri kita termasuklah hiburan yang begitu payah menjejak ke sana sedangkan mereka begitu mudah meng’ganti’kan tempat kita di tanah air kita sendiri. Ketika Padang dihurung kebimbangan juga, anak-anak kita dikejar kembali secepat mungkin tanpa jaminan diberikan. Jika tidak, bayarlah mereka dengan ongkos yang bukan murah. Ada juga yang sanggup memerah darah mereka apabila tragedi ini menimpa sehingga bantuan yang dihulurkan berbaur bayaran.

Namun, kita sebagai penama Malaysia yang ingin diganyang dan disapu ini masih bermurah hati menerima mereka dan membantu mereka. Tidakkah ada di antara kita yang berhajat memberi sedikit peringatan buat mereka, betapa mereka itu tidak berpijak di bumi yang nyata. Betapa ramai antara mereka yang mengais di bumi kita tanpa izin kita. Mungkin juga kita perlu mengambil langkah seperti mana Konfrontasi Indonesia mengambil tempat tahun 1963 dahulu dengan berpadu kukuh antara kita dan menunjukkan bahawa kita bukan bodoh dan lemah. Bukan berdendam, sekadar memberi pengajaran. Jika ada yang masih buta, celiklah seluas-luasnya, sekarang! Kita tidak mahu pisang berbuah dua kali. Percayalah!

Thursday, September 10, 2009

Another Tribute to The Angels of Six


A Brand New Blog of Mine and Friends
www.angelswhosavetheworld.blogspot.com

Tuesday, August 18, 2009

Souvenir--

this entry is dedicated especially to those friends at UKM in conjunction of my lovely day of convocation day:


Member Kajai--


Member Biotek--


Member MEDiK--


Member KONVO--


Member MT BIOTEK--

Dear my Lovely, Sweet Friends and Foes,
It's nice to put your pictures in my frames of life and to watch you guys alive eternally within it.
I would like to congratulate all of you for finishing your study here, and with me.

Those who will further your study, keep working hard and good luck!
Whereas to those who are looking for job and may be there are some of us already own one, good luck and 'welcome' to a whole new world!

Dear Beloved People,
I wanna give you guys lot-lot-lot and continuous prayer from the deepest part of my heart that you will find your way rightfully in this world.
Don't forget to keep in touch. Friends forever and evermore---

I'll love to keep something or anything or any part of what you own as a souvenir.
Don't forget to sign your contact number and home address via my e-mail:
in_shahieras_prince@yahoo.com
(Subjected to UKM CONTACT)
and receive a beautiful 'gift' from me too, as a reply.

Selamat Bergraduasi,
Selamat Berpuasa
dan
Selamat Menempuh Hari-hari yang Mendatang!


Monday, August 17, 2009

Film Review: The Proposal


Margaret Tate (Sandra Bullock) is the executive editor-in-chief of a book publishing company, Colden Books, who forces her assistant Andrew Paxton (Ryan Reynolds) to marry her in order to avoid being deported to Canada. He grudgingly accepts, under the condition that he is promoted to the position of editor. When the government investigates, the two are forced to spend the weekend with his parents in Alaska in order to sell the lie. The family suggest they could marry the same weekend, and they reluctantly accept. They start to fall genuinely in love as they spend more and more time together. Because of this, during the wedding ceremony, Margaret decides she cannot do this to Andrew and confesses the business arrangement in front of everyone--including the immigration officer handling their case. She is then told that she has 24 hours to get back to Canada, and thus goes back to New York to pack her things. Upon doing so, however, Andrew shows up at the office and confesses his love for her in front of the entire office staff, proposing marriage all over again.

When high-powered book editor Margaret faces deportation to her native Canada, the quick-thinking exec declares that she's actually engaged to her unsuspecting put-upon assistant Andrew, who she's tormented for years. He agrees to participate in the charade, but with a few conditions of his own. The unlikely couple heads to Alaska to meet his quirky family and the always-in-control city girl finds herself in one comedic fish-out-of-water situation after another. With an impromptu wedding in the works and an immigration official on their tails, Margaret and Andrew reluctantly vow to stick to the plan despite the precarious consequences.

4****

Friday, August 14, 2009

Erti Yang Terakhir



saya tahu banyak sebab kenapa kita perlu menghargai setiap detik dan masa bila bersama seseorang yang kita prihatin dan kasihi. mungkin ramai yang tak nak ambil tahu atau sekadar membiarkan sahaja bila kesempatan berada di hadapan mata. sebahagian kita sentiasa percaya ada jalan lain di hadapan jalan yang kita pilih pada hari ini sehingga kita terlupa untuk berhati-hati pada hari ini. natijah keyakinan diri suatu hari kita punya peluang untuk mengubah keputusan yang kita buat hari ini menyebabkan kita leka dan ambil mudah pilihan yang kita putuskan pada hari ini tanpa ada pemikiran lanjut.

kita tidak pernah terfikir akan terjadinya perkara terakhir dalam setiap perkara pertama seperti mana wujudnya perpisahan buat peristiwa yang bernama pertemuan. bila kita punya masa bersama, kita sia-siakan dan berharap akan ada peluang kedua dan seterusnya untuk membuat pembetulan akibat perbuatan kita hari ini. saya tak bermaksud sekali kita terleka selamanya kita menderita. atau mungkin jalan yang dipilih adalah kekal tanpa ada jalan pulang. ertinya yang sebenar telaahan saya, setiap pilihan yang dibuat akan kekal dan menjadi kekal dalam ingatan kita apatah lagi jika kita sengaja membiarkan peluang yang ada disia-siakan. saat bila dan waktu bila pilihan dan jalan itu adalah yang terakhir kita tidak pernah tahu. jadi, pokoknya setiap jalan atau pilihan yang kita buat perlu diselidiki dan difikirkan sedalamnya sebelum langkah kita atur ke arahnya. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

bayangkan,
apabila ibu kita menegur, kita murka dan mencela tanpa kita tahu adakah itu teguran terakhir ibu buat kita,
apabila kita sama-sama bertukar cerita, kita endah tak endah ceritanya sedangkan kita mungkin tidak tahu itulah cerita terakhir yang mungkin kita dengar daripadanya.
apabila kita terpaksa melupakan hiburan demi studi kita, kita enggan korbankan masa gembira itu dalam keadaan kita tidak pasti mungkinkah itu kali terakhir kita dapat studi dan beroleh pahala jihad.
apabila kita bersolat, bersedekah, berzikir dan bertasbih, berpuasa meniti ramadhan, bertawaf di masjidil haram, kita lalai menghayati detiknya tanpa kita sedari apakah akan ada peluang kedua?
bersolat sekali lagi yang terakhir dan diterima Allah,
bersedekah sekali lagi dengan ikhlas dan diterima Allah,
berzikir dan bertasbih buat kali terakhir dan didengari Allah,
berpuasa di Ramadhan tahun hadapan dengan berkat Allah,
bertawaf sekali lagi dengan payung Allah di atas kita..

akar bicara saya,
hargailah masa yang mengiringi kita di jalan terakhir ini meniti ke akhirat--

jadi salahkah saya berharap
bertemu sekali lagi dengan sahabat-sahabat saya,
bersama-sama meraikan hari gembira saya,
berbuka puasa dan membaca Yassin bersama-sama,
makan bersama-sama,
dan ketawa bersama-sama,
sebelum ianya adalah yang terakhir.

Tuesday, August 11, 2009

saya seorang Graduan!

8 hari lagi saya akan dpt title graduan.
apalah besh sgt gelaran tu kalau kerja kat kedai mkn je.
gaji 20ringgit sehari.
diherdik dan dimaki.

kata ada cita-cita,
sayang saya tak cukup usaha,
minat berniaga,
risiko takut dirasa.
mahu makan gaji,
takut lari daripada kehendak hati,
berjinak-jinak dengan menulis,
peluang pula tak tertulis--

berazamlah.
ilmu bitek dan tumuhan setia dipangku,
kerja bidang apa saya tak ambil tahu,
janji halal dan lumayan,
maklumlah hidup ini banyak peningkatan,
akal yang ada orang tak nampak,
bijak mengajar tiada tempat menapak,
kreativiti yang ada disia melepak--

seputeh salju
kian laju,
setiap hari
muka suratnya berlari,
siap nanti
mahu dikongsi,
siapa sudi
alamat anda silalah beri--

azamku sebelum 1 jan 2010 siap selengkapnya!



Sunday, August 2, 2009

AKU PUNYA MISTIK, AKU AJAIB


INIKAH NAMANYA PSIKIK?

"Banyak kajian serta eksperimental psikologi membuktikan kewujudan 'kuasa luar biasa' yang dikenali sebagai 'psikik'.
Jika ada yang pernah mengetahui 'kuasa-kuasa minda' seperti telepati (telepathy - kebolehan berinteraksi/berkomunikasi dengan menggunakan minda tanpa isyarat suara dan badan) serta 'empati' (empathy - kebolehan merasa/mengalami perasaan orang lain),
mungkin terkejut dengan fakta penyelidikan bidang psikologi bahawa adalah mungkin bagi sesuatu gerak hati, fikiran serta perasaan dikongsi sama ada sebagai penerima, penghantar atau kedua-duanya; pada suatu masa yang sama mahupun berbeza.
Bidang psikologi menerima secara umum akan kebolehan luar biasa ini dengan kebergantungan terhadap kekuatan minda seseorang itu.
Fakta ini disokong dengan keputusan optimis dalam eksperimen terhadap keupayaan otak atau minda menghantar gelombang tertentu yang membawa gerak hati, fikiran serta perasaan yang dilintas pada litar ganglia otak.
Isyarat yang dihantar melalui gelombang minda ini tercetus daripada sesuatu peristiwa atau fikiran berat seseorang individu sama ada di bawah minda sedar, minda separa sedar mahu pun minda tidak sedar individu tersebut.
Bagi individu dalam kelompok penerima, kepercayaan dan memori berpengalaman menjadi penguat kepada keupayaan memahami isyarat yang diterima.
Manakala bagi individu dalam kelompok penghantar, tahap inkuiri menjadi daya pencetus gelombang dan sering kali menjadi seolah-olah suatu realiti yang berkebetulan seperti mana tika 'de javu' menyerang apabila individu penerima seakan mengerti fikiran, gerak hati mahupun perasaannya tanpa isyarat ekstrinsik (luaran) dinyatakan.
Maka, wujudkah kenyataan kuasa telepati dan empati ini?
Yang pasti, gelombang yang dipancar perlu inteprentasi secara optimistik sebagai pembentuk komunikasi sihat.
Malah, pengawal minda, sama ada sebagai penerima atau penghantar adalah satu-satunya perkara terpenting berbanding bagaimana ianya terjadi."

Pernahkah aku membaca apa yang kau fikir?
Merasa apa yang kau rasa?
Seolah-olah mendengarnya begitu jelas dalam benakku?
Yang datangnya daripada akal dan suara hatimu sendiri?

Pernahkah engkau terbaca apa yang aku fikir?
Merasa apa yang aku rasa?
Seolah-olah mendengarnya begitu jelas dalam benakmu?
Yang datangnya daripada akal dan suara hatiku sendiri?

Aku mistik, punya keistimewaan.
Dan kita ajaib!

Saturday, July 11, 2009

s.m.s

very short--
19 ogos waktu konvo..
nanti update lagi!

Friday, May 15, 2009

Selamat Tinggal Hanam!

esok i'll left bumi UKM. tak tahu sedih atau gembira. sebab UKM ada duka yang nak kuakhirkan dan suka yang nak aku abadikan. banyak salah dan banyak perkara yang berlaku membuatkan saat akhir ini perasaan aku berbaur. tak semua pun sedih bila aku pergi. mungkinkah ada? ada beberapa perkara yang aku rasa macam nak nangis je bila nak bertolak balik nanti. mungkin satu sebabnya aku tahu aku takkan jumpa semua orang lagi. hidup ini indah dan aku tak mahu ia berhenti.

Selamat tinggal UKM, kerana kenanganku dan air mataku ada banyak tertumpah di situ:

SELAMAT TINGGAL, SEMUA!


Izzul, Hisham, Madno, Faliq, Fared, Kudin, Tajudin, Nuar, Zahid, Azhar, Hafiz, Idham, Rizal, Ridwan, Saiful, Halim, Majid, Kiat, Nami, Ila, Jannah, Shida, Fiza, Uja, Mahirah, Azie, Linda, Yati, Jiha, Yusrene, Dila, Lin, Sida, Harihan, Solihen, Amin, Fahmy, Farid, Diyana, Dayang Min, Nadiah, Yatie,
dan semuanya--

Thursday, May 14, 2009

Hujan



Setelah kepanasan dalam beberapa hari ni..hujan akhirnya turun menjengah bumi Tuhan ni. Pagi rabu aku berdoa, petangnya masa nak pergu jumpa Dr.Ismanizan, awan gelap. Balik daripada fakulti, hujan melebat. Dan aku terus berjalan. Dalam hujan, aku berjalan perlahan. Menghayati Jawapan Di Persimpangan (Lagu tema untuk Meredah Hujan) dan Melawan Kesepian. Hujan melabelkan segar pada memori otakku. Biarpun sendiri, aku gembira. Pokok ada tumbang di hadapan jalanku. Aku terus berjalan dalam hujan dan menadah gerimis sendiri. Hujan adalah Hanam dan Hanam adalah Hujan. Pagi ini, ketika entry ini ditulis, hujan baru muncul menyapa lebat. Alhamdulillah!




Friday, May 8, 2009

UKM: Usia, Kenangan dan Memori.

Pagi semalam aku dan Izzul bersiar-siar sekeliling UKM. Naik DAT 5810 Nouvo. Sepatutnya kitorg jumpe Dr.Ismanizan sebab nak minta tolong tengokkan slaid VIVA kitorg tapi dia busy plak. Masa nak balik, aku tibe2 bersuara..

"Zue (dgn panggilan lebih manja, Abg Tiri yang disygi), jom pusing2 UKM jom. Lalu Keris Mas, EiMAS, INBIOSIS ke. Jom"

Izzul gelak.

"Nak jalan-jalan la tu. Jom. Jom"

(sambil wat lawak pelik dia)

Kami pusing-pusing Makmal Bioteknologi Tumbuhan (tengok pokok tomato),
pastu lalu ladang roselle Prof. Mad (yg masuk TV jumpe 3varieti baru roselle),
pusing INBIOSIS (xlalu sbnrnya pn),
tmpt kitorg acccident dulu (ak ade kutuk dia tp Izzul ckp: "alaa..dulu tayar botak, skrg x arr"), lalu rumah2 pkerja (ada budak2 duk main badminton slalu),
Keris Mas, sampaila ke Kajai balik.

Pastu ak bgtau Izzul:
"Nanti kita pusing lagi ek. Bawak kamera. Pusing habis-habisan"

Izzul gelak:
"Laa..lupe ko nk EiMas. Nak ke?"

Aku menambah:
"Xpe2..nanti kita pusing lagi arr."
"Eh Zue, ko pernah gi FUU?"

Dia jawab:
"xpernah. nape?"

Aku pun mengakulah:
"Spjg aku duk UKM, xpernah g FUU. Kalau org tanya malula xtau FUU kat ne. Mase kes 'Bas Hantu' dulu org tanya FUU kat ne, ak jwb -- 'jauh dlm hutan' je"

Izzul gelak lagi:
"Dah naik Ibu Zain?"

Aku pon berkata:
"Blom. Tula...Ibu Zain pun xpnah g. Ko dh g?"

Izzul pulak wat confession:
"Belom gak. Hehee.."


Dalam usia ak hampir tiga tahun kat UKM ni, byk lagi tmpt dan pengalaman yg aku xrase dan xalami. Banyak lagi kenangan yg aku nak kumpul. Dan memori yang ada akan aku semadikan baik.

Aku akan ingat..
  • Waktu 3M (orientasi: Minggu Mesra Mahasiswa), bila aku berkenalan ngan Hisham sbb spupu dia tuh besfren ak (Fizry) dan mase aku mule2 tgur Izzul yg sombong gileerrrrr (mamat kerek--)
  • Waktu mendekorasikan Dinner Kajai ngn kak Izza. Memang terbaeklah kakak ku itu. Ayat favourite dia.."Boleh jerr"
  • Waktu sibuk aku jadi Pengarah MEDiK (Penerbitan) dan Pengarah PAKA (Program)
  • Waktu aku berjalan dalam hujan ke kelas dan balik kelas, lagi2 mase jln sorg2.
  • Waktu bertungkus-lumus prepare program sulung kelab Biotek = Temasya Hari Keluarga 2008
  • Waktu aku berjalan mendaki bukit ke Makmal Biotek Tumbuhan sama ada nk gi kelas mahupun ke lab tesis aku, lagi2 mase balik nk bukak pose (dh pukul enam lebey lak tu)--
  • Waktu menghabiskan mase sehari suntuk di CGAT sebab lab TDR, yg xde kafe kt situ dan shingga sume budak terpaksa berebut bei nasi lemak yg diletakkn kt stu.
  • Waktu kuar ngn budak2 ni. especially incident bukak pose kt Sate Kajang dlm ujan..haha
  • Waktu g jumpe Dino dan Gajah dan Pigeot kat Putrajaya ngn Sham
  • Waktu nek keta g umah Fiza tuh..huhu
  • Waktu member2 SAS lepak kt bilik aku: Fizry, Haziq, Zul, Acap..
  • Waktu g ngeteh ngn Din and Azhar kat mapley
  • Waktu mule2 blajar maen DOTA ngn sifu MAdno
  • Waktu naek bas balik umah dan balik ukm balik ngn Izzul..
  • Waktu gi basuh baju kat UO or kat mapley ngn Izzul, Sham, Fared n Faliq..
  • Waktu Madno dgn baeknya bg pinjam PC die utk wat tesis sbb laptop ak rosak..
  • Waktu gi makan kat San Francissco yg mane Mdno je suke..yg len tensen..haha
  • Waktu LI kat Mint, tumpang Idham gi BAB, ANM. Makan ramai2 wktu lunch. Jmpe Cik Affrida.
  • Waktu maen bowling ngn Nana, Dyg, dan laen2 (especially bila Sepul melompat suke ati dpt strike..and mase Dyg blnje haha)
  • Waktu gi mkn Sate Kajang setiap kali bukak pose ngn Fizry
  • Waktu gi tgk wayang (especially National Treasure2 and Ghost Rider)
  • Waktu bergaduh individu2 tertentu..
  • Waktu aku menangis, ketawa, marah, tensen, gembira, happy nak mampus, berlaparan, kesakitan, dan sbgnya..akan aku INGAT!

UKM, aku akan nyanyikan lagu "Varsiti Kita" serta "Ilmu, Mutu dan Budi" untuk kita.

::shout box!::

"masing-masing Kami anugerahkan mereka itu dan mereka ini pun dengan pemberian Tuhanmu. Pemberian Tuhanmu tiada terlarang (kepada sesiapa jua pun)"