viewers

Wednesday, September 7, 2011

Inilah Aku : Kumenunggu

Sebuah lagu yang menjadi saya. Dalam lelap yang mungkin akan tiba, ialah pengganti paling sempurna.






KUMENUNGGU
Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza/Aidit Alfian/Habsah Hassan
Prasasti Seni

Ku begini seperti selalu,
Membilang waktu berlalu,
Entah berapa lama aku tak sedarinya,
Berapa lama harus menunggu.

Aku mimpikan suram cahaya,
Bertukar cahaya indah,
Semoga tiba hari bersinar ruang hati,
Menyuluh arah jalan kembali.

Kutunggu angin perubahan,
Barat, utara, timur, selatan,
Meniti doa malam dan siang,
Teranyamnya semula ikatan.

Sayang semua hanyalah mimpi,
Kenyataannya langit dan bumi,
Aku di sini, engkau di sana,
Sayup jauh terpisah.

Entahkan kerana sayangku,
Ataupun kerana sabarku,
Kumenunggu.

Air mata dan senyuman,
Antara mimpi dan harapan,
Adalah rindu semilu menghiris kalbu,
Terlalu menyayangi di akhirnya terkorban diri,
Menyedari itu aku putuskan,
Pasrah segala pada Tuhan.

Kutunggu angin perubahan,
Barat, utara, timur, selatan,
Meniti doa malam dan siang,
Teranyam semula ikatan.

Sayang semuanya hanyalah mimpi,
Kenyataannya langit dan bumi,
Aku di sini, engkau di sana,
Sayup jauh terpisah.

Entahkan kerana sayangku,
Ataupun kerana sabarku,
Kumenunggu.

Masih lagi seperti selalu,
Membilang waktu berlalu,
Semoga tiba hari bersinar ruang hati,
Menyuluh arah agar kembali.

Tuesday, September 6, 2011

Hati Kecil : Ketiadaanku


Silence, is golden. So I just need a little more silver.


Saya mengambil keputusan untuk berhenti berehat. Ada cakap-cakap kecil cuba mencelah. Mereka bilang watak saya terlalu banyak dalam cerita mereka. Saya congak semula, dalam rasa terkilan atau tersentak dek tajamnya kata-kata mereka, saya sedar, kalam yang banyak ditulis terkadang mendatangkan nista dan hina yang tak selayaknya tertimpa di laman hidup mereka yang tak berkenaan. Sayangnya, baik Facebook mahupun Twitter, masing-masing tak mudah digunakan untuk memilih jalan cerita yang tertulis di dinding sesawang kita.

Benar, saya ambil masa. Ambil masa untuk berfikir, ambil masa untuk membuat keputusan, malah lebih payah, mengambil masa untuk mengerjakan tindakan ini. Berhenti. Saya berjanji ianya hanya seketika, tetapi seketika mana saya tidak pasti. Namun saya percaya, tempat saya masih ada, cuma dalam dua muka surat itu, cerita saya tak cukup halamannya. Helaian mereka sudah tamat untuk kisah saya yang masih panjang.

Saya suka bercerita. Saya suka berkongsi. Saya kira itu bermakna merasai rempah hidup sama rata. Pedas dan manis, pahit dan kelat dicecah bersama-sama. Saya fikir, itulah maknanya laman sosial. Perkongsian segala cara. Malah injuksi globalisasi merentas sempadan terkadang lebih jauh perginya daripada pengertian sendiri. Berbanding saya yang berkongsi cerita biasa, atau berita serius dalam negara, atau juga khabar-khabar pemikiran seorang manusia, ada lebih ramai manusia yang berkongsi secara salah. Yang haram dan berapi diadun bersama yang harus dan minyaknya. Terbakar haq itu tidak dipandang, malah isi saya dikupas begitu dalam. Keji barangkali suara sumbang saya.

Sudah seminggu berdiam diri. Berteleku dalam ralit muhasabah yang tidak cetek, ada hamba Allah yang mula bertanya khabar. Atas sebab apa, saya jawabkan dengan senyuman. Dalam seminggu menghilangkan bayang-bayang sendiri, ada juga yang tersedar ketiadaan saya. Nyatanya ia ganjil. Kerana saya fikir, tidak akan ada yang pasti. Atau menyedari. Sejujurnya saya bersyukur, masih ada yang sudi mencari kehilangan saya. Dalam legap suram malam, masih ada yang sudi pasangkan kandil pelitanya. Terima kasih teman yang bertanya.

Saya betul dalam beberapa perkara. Banyak yang biar daripada inkuiri. Banyak yang tak endah daripada peduli. Saya tak mencari mereka. Tetapi tatkala ada yang cuba menemui hati seni ini, sekurang-kurangnya khutbah saya demi Tuhan, ada yang sudi mendengar. Yang sudi ambil pengajaran. Paling menyedihkan, teman yang saya namakan sejati, tiada khabar sehingga mati. Meski keputusan ini saya ambil bagi menghormati kehendak hati mereka. Saya bersyukur, dan juga lega, akhirnya langkah ini menjadikan mereka ceria dan gembira. Teman sejati, katanya.

Ada beberapa perkara saya akui amat payah. Menghabiskan masa menggali cerita namun isinya ditelan tak dapat diluah. Umpama kehilangan akhbar tika berita peristiwa bertitik-titik di perjalanan masa. Amat payah membunuh masa yang begitu ruang. Kebosanan menyelimuti tiap detik masa yang ada. Kadang-kadang saya ubati dengan lagu dan muzik. Atau terkadang sentuhan kalbu. Ada juga tatkala ilham memenuhi dada, lakar-lakar gambar saya cantikkan. Atau ada kalanya, inspirasi yang singgah menemani, saya ukir menjadi puisi isi hati.

Menulis di laman ini. Itulah antara masa yang cuba saya isi. Ada juga rasa terputus sudah, daripada kehidupan yang selama ini ditempa. Bahkan juga, saya sendiri mengambil kira, merehatkan juga beberapa hubungan daripada teman rapat. Cukup untuk satu ketika, saya berasa perlu semula untuk bersuara. Bersuara dengan alun yang lebih dihargai, lebih dirindui.

Apa jadinya dunia yang satu lagi? Saya sendiri tidak pasti. Buat yang masih berteka-teki, anggaplah kepergian ini suratan Ilahi. Satu wakaf pada perjalanan hidup yang berlari. Suatu langkah, dalam ribuan cara untuk saya melarikan diri. Daripada jalur-jalur yang memenjarakan akal budi. Saya anggap ini suatu keperluan untuk kita belajar supaya lebih menghargai mereka di sisi. Di sisi saya sendiri.



Saya cuma ingin melarikan diri. Dalam baris-baris yang cuba menyempadankan hati.

::shout box!::

"masing-masing Kami anugerahkan mereka itu dan mereka ini pun dengan pemberian Tuhanmu. Pemberian Tuhanmu tiada terlarang (kepada sesiapa jua pun)"