viewers

Friday, October 28, 2011

Inilah Aku : Jujur Dalam Berkata-kata



Yes. I am kinda an outspoken person. I guess. I really thought it's what we called as honest. But yeah, it could be the same. You see, the point is, I said what I meant. But it doesn't mean that I have to say everything.

Kadang-kadang saya sendiri sedar. Kata-kata saya terlalu lurus. Saya kata Ya atau Tidak dengan jelas tanpa selindung. Saya tak akan kata Ok kalau saya tak rasa sesuatu itu Ok. Saya akan kata Ok kalau saya rasa Ok. Atau Tak Ok kalau saya rasa sesuatu itu Tak Ok. Terutamanya bila ditanya, saya beranggapan mereka bertanya sejujurnya dan bukan mengharap saya berkata sebaliknya atau sekadar menyedapkan hati mereka.

"Jujur pun perlu bertempat", kata seorang kenalan. Dia bilang kita kena pandai bermanis mulut. Biarpun jelek, katakan sahaja cantik. Aduhnya, saya tak pandai bermain kata. Kalau ditanya, saya jawablah apa yang terlintas. Kalau tak enak barangkali untuk didengar, saya cuma letak beralas. Kerana saya percaya, bukan isi yang jadi perhatian, cuma cara yang kadangnya melukakan. Saya, sebaiknya cuba berlembut. Kata yang salah tak boleh saya katakan benar. Cuma bila ditanya, sekali lagi saya menyusun ayat berkata semolek-molek mungkin. Biar maksudnya tepat, caranya hemat.

Kalau tidak ditanya, masakan saya berhabis air liur menempelak orang. Baik sahaja saya mengulum senyum. Diam, tapi faham. Iyalah, tak ramai sudi ditegur. Kalau salah caranya bermusuh sehabis masa. Tapi kalau sudah lama dipendam, esok lusa saya menghambur. Sikit-sikit kritikan tertabur. Mulalah, masing-masing menawarkan kelat di hati. Cara saya, katalah sebetulnya yang kita rasa. Berlaku jujur lebih lagi kepada diri sendiri. Tapi sentiasalah bijak menutur kata. Jangan semua ingin mencerca. Gunalah sinis dan sindir sebagai bahasa. Biar cukup semua rasa.

Teman kata kita kena bermanis mulut. Saya kira bukan pada tipu kata-kata, tetapi helah dalam bersuara. Tipsnya, hadirkan senyum dalam muka. Elak kata-kata menjadi peluru tak bermata. Sekadar menembak tak tentu hala. Nada disusun merendah sentiasa. Sematkan ilmu dalam isinya.

Betul, saya tak pandai mengolah bicara. Kadang-kadang telus saya menjadi salah. Mereka terasa di lubuk raga. Saya juga rasa bersalah. Tak bijak bermanis kata. Jadi hari ini, untuk semua, saya pohonkan rasa rendah jiwa. Mohon ampun, maaf dipinta. Saya harap bila saya berkata-kata, jujur saya tak disalah sangka. Lawak saya tak dibezakan makna. Sinis saya tak memakan jiwa. Sindir saya tak menikam jiwa.

Saya benar-benar minta maaf. Hendaknya, kita berkata benar. Bijak dan benar. Bukan benar semata-mata. Dan saya sedar, kadang kala emosi saya seperti musim yang tak menentu. Andai bicara saya menjadi kilat yang membelah bumi rasa, maafkanlah saya. Mungkin juga, lama sangat 'cara' anda beruntaian di kotak minda saya, hingga gunung berapi meletus bukan dengan bijak. Maaf.

Hate me. For the truth that I kept saying and honesty that you can't tolerate. Hate me. And tell everyone else to hate me. Ask everyone to take their turns to hate me. Because I know that you never knew when it's your turn to be hated. 

p/s:
Bila berkata yang kurang elok tentang hari ini. Lupakan ia untuk hari esok.

Thursday, October 27, 2011

Hati Kecil : Terasa Sensitif?

Everyone could be overly sensitive. Everyone should


Being sensitive is not an option. It just happen when it has to. It's not due to your period days of your month, or for the effect of being mad of, or even when you're just having the bad or worst day of your life. Like I said, being sensitive is not an option. It happens whether we want it to happen or not. It could happen every time, everyday in your routine.

You could be overly sensitive one day, just after you're undeniable sporting. You could get sensitive for one stupid joke or a silly reason. And of course, for something even worse. But that's not the point of being sensitive is supposed to happen. Sensitivity is a very subjective way our mind handling insults and threats. Or in a good way, the role of being sympathetic and empathic person. This is a part of being human. A real human.

No one should get mad at you if you're being sensitive. Reasons are unwelcome deal. You can always be sensitive. And it's always accepted. Life owes you that right to respond to any kind of doings that may harm you in anyway. Sensitivity is a must. It's necessary for a lot more reasons than its causes.

One day, your husband told you how inappropriate the new Jimmy Choo's on your foot, and you're somehow dealing it with calmness and acceptance. But the next day your friends told you the exact critics upon that pair of shoes, you're furious!

It's not that the reason of why you were angry for, or to those it might concern. But the fact that you're being sensitive without any reason's needed. It happened. And that's it.

A single tip that may help you: just let yourself to be sensitive but when it happened, the very next day, get over it already. Remember to let the bygones be bygones. Just the way you let the sensitivity being itself. What makes it such that. Never let it drags you over ways.

Being sensitive? It makes you human. Means you have a functional heart to feel. Congratulations!
But then, moving on. Stop thinking about something that can hold you back.

Yes, you should be sensitive. It's not an option to choose.

Thursday, October 20, 2011

Hati Kecil : Sambut. Seluas-luasnya.



Hidup tak selalunya terletak mengikut susunan perancangan kita. Kita hanya merancang, dan seperti selalunya, kita diberitahu Tuhanlah penentu segalanya. Kadang-kadang, sekuat mana pun kita berusaha, merancang masa depan yang lebih baik di hadapan kita, keputusan boleh jadi sangat berlainan.

Kita boleh menganggap, seperti katanya cendekiawan Tuhan itu Maha Mengetahui. Lebih tahu yang terbaik untuk kita. Sebahagian juga memujuk kita redha. Menerima ketentuanNya dengan tenang dan pasrah. Malah, sebaiknya kita menyelimutkan diri dengan zuhud. Berusaha sebaiknya dan berserah segalanya kepada Ilahi. Tawakal.

Apa yang harus kita pelajari? Barangkali benar, apa rancangan kita mungkin bukan yang terbaik untuk kita. Atau ada perancangan Tuhan yang lebih baik di hadapan kita. Atau bukan rezeki kita merasai nikmat Tuhan yang ini. Lain kali, mungkin.

Sebenarnya, kita patut mengerti. Perjalanan kita benar-benar satu ruang yang menguji. Di kiri kanan kita akan sentiasa diuji. Baik yang membahagiakan atau yang mendukacitakan, kita tetap berada dalam ujianNya. Ujian yang memeriksa hati kita supaya berserah diri sebulat-bulatnya kepada Yang Maha Menciptakan. Serta mengenal erti syukur dan berterima kasih.

Tuhan itu Maha Penyayang. Dia memberikan kita masa untuk berbahagia supaya kita seringkali sedar akan kasih sayangNya yang tak kunjung malap. Namun Dia juga sediakan dugaan untuk kita agar apabila tiba masanya, kita kenal diri kita ini lemah dan memerlukan tempat bergantung harap. Dan sebaik-baik tempat bergantung adalah Dia yang Maha Teguh.

Cuba fikirkan seketika, berapa ramai antara kita yang tahu mengenal erti syukur dan mengingati Sang Pencipta apabila terlalu selesa di tempat yang serupa? Sesungguhnya setiap peristiwa yang menimpa kita punya hikmah untuk kita sentiasa menilik sebaik-baiknya.


Tuesday, October 11, 2011

Review : All Your Love is mine!




I have been waiting for centuries! After a few years, no, it's 16 years of being one great awesome diva, Datuk Siti Nurhaliza is then giving a try to produce an English album. And it's a total hell one nice try, Siti!


Bukan percubaan yang mudah buat Siti apatah lagi bahasa Inggeris beliau bukan sesuatu keistimewaan yang terbaik. Bahkan ia seringkali dicanang sebagai kelemahan paling utama beliau. Baik sebutan atau makna bahasa itu sendiri, ada sahaja cerita yang dihitamkan khalayak buat Siti. Pun begitu, percubaan lagu-lagu Inggeris terdahulu telah mengangkat Siti cukup tinggi untuk mendabik dada selain membuktikan batas muzik melampaui sempadan bahasa dan budaya. Dengar sahaja kemampuan Don't Put My Heart On Hold (Beradu Di Khayalan) dan We'll Be As One (Satu Cinta Dua Jiwa) yang ditulis khas untuk beliau. Malah We'll Be As One tersenarai dalam 'Top 40 for International Song' di 'South Pacific International Song and Singing Competition 1999' di Australia. Beliau turut merangkul anugerah dalam kategori pop di pertandingan tersebut.





Melangkau lebih daripada sedekad, Siti Nurhaliza akhirnya muncul mencabar rentaknya sendiri. Irama yang segar dengan campuran R&B dan Pop, muziknya diadun merancakkan ritma suaranya. Merdu suara Siti bukan lagi perkara biasa yang perlu dipuji, malah percubaan berani beliau seharusnya diberi galakkan yang melambung. Percubaan ini juga mengerah pengorbanan yang sedikit. Siti yang cukup terkenal dengan keinginan yang sentiasa mahu mencuba perkara baru dalam muziknya turut beralih syarikat rakaman dan penerbit daripada kebiasaannya. Dengan bantuan komposer terkenal, Bryan Buoro dan Christian Alexanda serta dibawah naungan What's Up Entertainment milik anak tirinya, Adib Khalid, album Inggerisnya yang pertama, All Your Love akhirnya berjaya dilancarkan pada 26 September yang lepas.

Selain single pertamnya, "Falling In Love" yang mula memenuhi corong-corong radio tempatan, Siti turut menyampaikan lagu-lagu berentak balada seperti "Cry Out" dan "Stand Up". Secara peribadi, "Stand Up" merupakan antara sentuhan paling sempurna dalam album ini apatah lagi Siti kian benar 'memasukkan' kecekalan beliau sebagai wanita dan pejuang seni di dalam lagu-lagu beliau seperti "Wanita" yang dimuatkan dalam album "Hadiah Daripada Hati".

 
Lagu pilihan saya, barangkali tertumpu kepada lagu duet beliau bersama Sean Kingston, "Remember You". Asasnya, lagu tersebut mempunyai tarikan tersendiri untuk bersekali di dalam carta lagu-lagu Inggeris daripada luar negara. Tambahan pula, kehadiran Sean Kingston yang menyumbang suara dirasakan sebati dengan muzik Siti. Turut sama mencuri deria dengar saya, lagu "Tonight" yang tak kurang rancaknya dengan lagu-lagu lain. Sebutan Siti bahasa /inggeris juga cukup baik. Lagu yang rasanya segar dan bertenaga. Catchy dan senang tangkap.




Antara lagu lain, ialah "All Your Love", "Noboby Else", "All Over Again", "I'll Wait Forever" feat. Christian Alexanda, serta lagu senuansa "Fight This Love" milik Cheryl Cole, "Fight For Love".


Thanks to Carl Samsuddin for the photos. Most of them.

Suara yang lunak. Lagu yang segar. Sebuah hasil kerja yang sempurna. 
4 Bintang buat All Your Love!

::shout box!::

"masing-masing Kami anugerahkan mereka itu dan mereka ini pun dengan pemberian Tuhanmu. Pemberian Tuhanmu tiada terlarang (kepada sesiapa jua pun)"