viewers

Tuesday, October 11, 2011

Review : All Your Love is mine!




I have been waiting for centuries! After a few years, no, it's 16 years of being one great awesome diva, Datuk Siti Nurhaliza is then giving a try to produce an English album. And it's a total hell one nice try, Siti!


Bukan percubaan yang mudah buat Siti apatah lagi bahasa Inggeris beliau bukan sesuatu keistimewaan yang terbaik. Bahkan ia seringkali dicanang sebagai kelemahan paling utama beliau. Baik sebutan atau makna bahasa itu sendiri, ada sahaja cerita yang dihitamkan khalayak buat Siti. Pun begitu, percubaan lagu-lagu Inggeris terdahulu telah mengangkat Siti cukup tinggi untuk mendabik dada selain membuktikan batas muzik melampaui sempadan bahasa dan budaya. Dengar sahaja kemampuan Don't Put My Heart On Hold (Beradu Di Khayalan) dan We'll Be As One (Satu Cinta Dua Jiwa) yang ditulis khas untuk beliau. Malah We'll Be As One tersenarai dalam 'Top 40 for International Song' di 'South Pacific International Song and Singing Competition 1999' di Australia. Beliau turut merangkul anugerah dalam kategori pop di pertandingan tersebut.





Melangkau lebih daripada sedekad, Siti Nurhaliza akhirnya muncul mencabar rentaknya sendiri. Irama yang segar dengan campuran R&B dan Pop, muziknya diadun merancakkan ritma suaranya. Merdu suara Siti bukan lagi perkara biasa yang perlu dipuji, malah percubaan berani beliau seharusnya diberi galakkan yang melambung. Percubaan ini juga mengerah pengorbanan yang sedikit. Siti yang cukup terkenal dengan keinginan yang sentiasa mahu mencuba perkara baru dalam muziknya turut beralih syarikat rakaman dan penerbit daripada kebiasaannya. Dengan bantuan komposer terkenal, Bryan Buoro dan Christian Alexanda serta dibawah naungan What's Up Entertainment milik anak tirinya, Adib Khalid, album Inggerisnya yang pertama, All Your Love akhirnya berjaya dilancarkan pada 26 September yang lepas.

Selain single pertamnya, "Falling In Love" yang mula memenuhi corong-corong radio tempatan, Siti turut menyampaikan lagu-lagu berentak balada seperti "Cry Out" dan "Stand Up". Secara peribadi, "Stand Up" merupakan antara sentuhan paling sempurna dalam album ini apatah lagi Siti kian benar 'memasukkan' kecekalan beliau sebagai wanita dan pejuang seni di dalam lagu-lagu beliau seperti "Wanita" yang dimuatkan dalam album "Hadiah Daripada Hati".

 
Lagu pilihan saya, barangkali tertumpu kepada lagu duet beliau bersama Sean Kingston, "Remember You". Asasnya, lagu tersebut mempunyai tarikan tersendiri untuk bersekali di dalam carta lagu-lagu Inggeris daripada luar negara. Tambahan pula, kehadiran Sean Kingston yang menyumbang suara dirasakan sebati dengan muzik Siti. Turut sama mencuri deria dengar saya, lagu "Tonight" yang tak kurang rancaknya dengan lagu-lagu lain. Sebutan Siti bahasa /inggeris juga cukup baik. Lagu yang rasanya segar dan bertenaga. Catchy dan senang tangkap.




Antara lagu lain, ialah "All Your Love", "Noboby Else", "All Over Again", "I'll Wait Forever" feat. Christian Alexanda, serta lagu senuansa "Fight This Love" milik Cheryl Cole, "Fight For Love".


Thanks to Carl Samsuddin for the photos. Most of them.

Suara yang lunak. Lagu yang segar. Sebuah hasil kerja yang sempurna. 
4 Bintang buat All Your Love!

No comments:

::shout box!::

"masing-masing Kami anugerahkan mereka itu dan mereka ini pun dengan pemberian Tuhanmu. Pemberian Tuhanmu tiada terlarang (kepada sesiapa jua pun)"