viewers

Thursday, December 30, 2010

it's 2011 ahead!

Pertama, sebelum saya memulakan tulisan ini, biar saya ingatkan diri saya sendiri, akan azam tahun 2010 saya, setahun yang lalu. Sudah tercapai ke belum?

A.Z.A.M.S.A.Y.A

by Hanam Hamid on Thursday, December 31, 2009 at 7:21pm
A.ku nak cari kerja and duit byk2.mcm biase nk tunaikn satu impian aku yang xpernah tertunai--
Z.ahir dan batin mahu lurus.nak sentiasa dekat dan ingat Dia.insyaAllah--
A.da kawan-kawan yang perlu dibalas budinya.kena kekalkan sikap mahu balas budi sebab itu sikap yang baik--
M.ahu uruskan kehidupan dengan lebih teratur dan tabah.meneima segala berita dengan redha--

S.emaikan ketelusan dan kasih sayang dalam setiap hubungan--
A.kan sentiasa memberi sebelum menerima.banyakkan sedekah yang tertangguh--
Y.akinkan diri dengan hikmahNya.percaya kasih sayangNya maha Luas--
A.jari diri tentang diri sendiri.tahu berkongsi.sentiasa ceria dan tenang--

<adaptasi:link>


A=
Andai kerja dan duit menjadi perbualan. kerjanya masih merangkak namun masih bergerak. InsyaAllah adalah masanya nanti. Menunaikan impian bukannya galak. Perlu masa lebih setahun. Adapun begitu, sudah ada yang dapat dirasa oleh lidah keinginan. [kerja kontrak di MARDI sebagai Graduated Research Assistant. Gaji bolehlaa]

Z=
Zahir mahupun Batin, senantiasa dicuba untuk dilurut agar lurus. Tuhan sentiasa hampir dan mendekati. Namun hakikatnya, hati masih merasa rindu kerana jauh tetap ada dalam kehampiran itu. [kadang-kadang rasa tak pernah cukup untuk mendekatinya. setiap masa akan mencuba untuk mendekatiNya!]

A=
Ada masa dan peluang, hati sentiasa belajar untuk menabur kasih dan budi. Lebih lagi kepada mereka yang sentiasa tampil menghulur tangan bila aku lemah dihempas kelemasan. Ada cara, ada ketika, menjadi racun yang membunuh jiwa. Berpada-padalah. [Insya-Allah, sedikit sebanyak telah cuba memberi upaya bagi menghargai jasa yang diberi. Terkadang, belajar juga usah berlebihan. Terkadang juga, mereka menolak, malah membantah. Keras]

M=
Mahu menerima, mahu redha dan mahu menyusun hidup dengan lebih sempurna? Bukankah Tuhan itu sebaik-baik perancang? Sebaik-baik penentu? Adakalanya saya lemah, ujian Tuhan berat dan membebankan. Tapi insyaallah, saya belajar untuk hidup hari ini, kala ini. [Pernah tersungkur berkali-kali. Terasa mengungkit dengan pemberian Ilahi. Lemah jiwa tak berdaya lagi. Namun kasihNya melebihi segala. Lalu aku bangkit berdiri lagi! Terima kasih, Allah!]

S=
Setiap tali yang menghubungkan, mengikat erat persaudaraan dan perhubungan, sentiasa disiram kasih dan sayang serta ketelusan yang berlimpah. Namun, jiwa yang biasa tak pernah puas. Ada tajamnya mulut manusia meratah daging kita. Ada yang berharap pilihan kita bukan sentiasa putih. Biarlah hitam, sekali sekala. [Cuba, malah berjaya. Namun pilihan ini jelas bukan yang terbaik. Ada masa, biarlah kita menjadi hadapan, dan mereka terkebelakang]

A=
Alhamdulillah, dalam menerima, sentiasa ada memberi. Ada sedekah yang masih istiqamah. Bukan bangga atau riak. Namun rasa puas dan senang membangkit. Insyaallah akan terus berterusan. [Alhamdulillah]

Y=
Yang Pengasih dan Yang Penyayang begitu tinggi tempatnya. Rasa percaya ada, rasa yakin ada. Cuma masih buta apabila derita menghentam. Hilang tempat melihat Yang Maha Bijak. Semoga lebih tabah dan tenang. [Ada ketika merasa benci diduga Tuhan. Sehingga lupa tempat kita, tempat Dia. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui dan Berkehendak.]

A=
Aku yang mahu berkongsi, mahu ceria dan mahu tenang. Cuma keadaan tak sentiasa begitu. Tidak menyalahkan sesiapa atau apa-apa. Masih mencuba untuk mengenal diri. [Ada cuba yang baik, masih perlu terus berusaha. Semoga keadaan lebih mudah didatangi]

2010. Bakal pergi. dan takkan kembali, selain memori.
2011. Akan hadir. menggantikan hari ini, untuk masa hadapan.

(Azam 2011..apakah?)



Wednesday, December 8, 2010

Salam Maal Hijrah..

Pejam celik, pejam celik, tahun baru berganti lagi. Kadang-kadang tu tak pejam tak celik pun hari masih berlalu pergi. Regardless what we're actually doing right now, the time keeps on moving. Always on schedule.
Maal Hijrah kembali. Tahun baru Hijriah menjengah ke ruang masa. Dan satu Muharram bertamu (kini sudah 2 Muharram). Dan begitulah masa terus berlari meninggalkan kita ketika kita masih belajar merangkak.
Apa azam kita bagi tahun baru ni yea? Di sebalik Doa Akhir Tahun yang dibaca bagi memohon keampunan atas dosa setahun yang lalu dan mensyukuri nikmat yang diberi Tuhan yang Maha Sempurna, serta Doa Awal Tahun bagi memohon perlindungan daripadaNya termasuk meminta rahmatNya agar tak kunjung malap, memudahkan jalan yang bakal dilalui sepanjang tahun yang bakal mendatangi, masih ada keperluan bagi diri sendiri meletakkan rasa kehendak masing-masing. Seharusnya, setiap laku dan impian harus bermula daripada kita sendiri!
Jadi, apa gamaknya ingin kita bagi tahun baru ini? Apa sudah ditemu impian yang saban hari kita kejari? Atau masih kita leka mengemudi layar ke arah yang serupa? Atau mungkin kita sudah jauh tersesat daripada tanah semenanjung?
Kononnya azam berhenti merokok, tapi mungkin setiap hari sebatang dua rokok bertambah daripada biasa. Atau mula berjimat memboroskan wang yang diperoleh, namun semakin banyak barang yang tak diperlu kita beli. Ingin itu dan ini, ke situ dan ke sini, namun masih mendakap hidup yang serupa. Masih berdiri di takuk yang sama.
Kita tak boleh lari daripada sesuatu yang menjadi kita. Memang susah berfikir mencapai langit bila kaki yang terjengket dan tangan yang menggapai seinci cuma, namun tak salah kita cuba berlari ke langit. Pokoknya, setiap hari jadilah diri sendiri. Diri sendiri yang lebih baik.
Moga tahun ini, Hanam bisa melindungi Hanam di dalam Hanam. Daripada segenap segi, daripada setiap senjata yang tajam menghunus. Semoga setiap hari, Hanam dapat laluinya dengan merasa kehadiran rahmat daripada Ilahi. Semoga setiap hari, Hanam beroleh pencapaian yang boleh Hanam banggakan, tanpa mengira perhitungan orang lain.
Untuk anda dan saya sendiri, bersama-sama kita mencari kasih sayangNya, dalam hidup ini.
Salam Maal Hijrah, semua.

Wednesday, October 20, 2010

Harap Mak Tak Berkecil Hati

Saya tahu benar sifat Mak. Macam ibu-ibu lain di dunia ni, Mak sentiasa harap anak-anaknya ada di sisi. Lagi-lagi bila lama tak ketemu. Tambahan pula bagi saya, sudah lebih 10tahun saya memegang status perantau. Anak dagang yang bermusafir. Jadi, sentiasalah saya diharap pulang selalu ke tempat asal saya. Jauh di sudut hati Mak, saya faham dia mahu saya seperti anak sepupu saya yang hampir setiap minggu pulang ke kampung. Saya pula, jarang-jarang sekali. Maklumlah, ketika belajar, ongkos sentiasa kurang daripada bajetnya.



Kali ini, saya sudahpun bekerja. Tinggal pula serumah dengan kakak sulung saya. Masing-masing kami sentiasa menelefon Mak di kampung. Kakak memang anak yang baik. Setiap kalipun dialah yang selalu menelefon Mak. Saya pula, selalunya menyedeng di sisi, sekali-sekala bersuara dan tergelak dengan Mak dan kakak. Jarang sedikit berbual panjang dengan Mak berbanding kakak.



Kisahnya meruntun tika kami berpakat menyambut Aidiladha yang bakal menjelang November ini. Sebagai anak jati Pantai Timur, Aidiladha sentiasa dianggap penting terutamanya bila ada kenduri kendara yang dilangsungkan. Tambahan pula, tahun ini, saya berbesar hati menyembelih lembu korban untu keluarga. Jadi, susun atur jadual saya dan kakak segerakan. Cadangnya, bakal pulnag bersama kakak dengan cuti selama seminggu.



Kita sekadar merancang, dan bila Tuhan mahu takdirkan sebegini, saya tak mampu berbuat apa. Ketika berjumpa majikan saya, berbual tentang hal cuti seminggu itu, saya diberitahu bahawa cuti kali ini cukup untuk 2hari sahaja. Terkedu saya sebentar. Dalam hati saya sudah ada kelat berkampung.



Sebenarnya saya malu untuk minta cuti 4hari memandangkan selama ini Bos memang pemurah serta fleksibel. Selalunya apabila ada urusan terutamanya peperiksaan atau temuduga, mudah sahaja Bos beri cuti. Malah, 4hari sangat lama berbanding selama ini sekadar 2hari sekali ambil cuti. Saya bersyukur sekali. Cuma masalahnya, macam mana nak balik sama dengan kakak?



Jadi, hari itu juga saya mesej kakak bertanya tentang isu ini. Awalnya kakak suruh saya cuti tanpa gaji atau tak pergi saja kerja waktu itu, tak dapat gaji pun tak mengapa katanya, asal dapat pulang. Masalahnya, saya berstatus PKS, terikat dengan kontrak. Saya boleh mengmbil cuti mengikut keizinan majikan saya dan selama ini pun cuti saya masih bergaji. Jadi, saya kekal cuti sekadar 2hari.



Kemudiannya, bila saya susun semula jadual, mungkin saya terpaksa balik atau pulang semula dengan bas sahaja. Dan ini, tidak menjadi masalah bagi saya. Apa yang menjadi masalah sekarang, apabila mengenangkan perjalanan ke tempat kerja. Saya selalunya bersama-sama kakak menaiki keretanya. Kali ini, mungkin perlu cari alternatif lain. Senyap suara hati saya kali ini.



Malamnya, kakak menelefon Mak. Lama berbual, akhirnya kakak menyatakan masalah saya pada Mak. Yang terkesan pada hati saya apabila kakak tiba-tiba berkata:


"Entahlah dia. Suruh ambil cuti tak nak"
Dengar leter kakak, saya segera menyampuk marah sedikit dengan kakak. Saya bimbang Mak ambil hati. Kakak berdalih sedikit sebanyak, menolak tuduhan dibuatnya namun masih berdiri dalam pandangannya. Dalam tegur menegur itu, akhirnya kakak matikan perhubungan. Tegang sekejap.
Kemudian saya mencelah:
"Janganlah cakap macam tu. Bukan tak nak ambil cuti tapi dah Bos bagi banyak tu saja"
"Cuti tak bergaji sajalah"
"Mana ada istilah tu untuk PKS. Bukan upah kerja."
Diam.
"Kalau Mak terasa hati macam mana? Nanti dia ingat aku saja tak nak balik...."
Sebelum tidur, lama saya bermenung dan berfikir. Di satu sudut saya salahkan diri sendiri. Harap ada jalan lebih mudah untuk saya lalui. Apa yang lebih saya risaukan, satu-satunya harapan saya ke pejabat nanti adalah melalui teman baik saya, Fizry yang belum tentu dapat membantu saya. Bimbang ada hal pula yang melintang. Kalau menjadi pun, mungkin saya akan cuti sama hari dengannya, yang mana mungkin sebabkan saya tak dapat beraya di desa kali ini.
Saya redha. Saya tak kisah tidak balik selagi Mak dan keluarga faham. Cuma masalah yang paling besar, perjalanan saya ke pejabat memandangkan kakak bakal bawa pulang kereta. Bukan ada pengangkutan awam buat saya ke pejabat. Harap bakal ada jalan yang lebih baik buat saya.
Saya salahkan diri saya. Itu dan ini. Pun bukan membawa maksud yang baik di sini. Semoga Tuhan permudahkan jalan buat saya. Dan harap Mak tak berkecil hati..


Friday, September 24, 2010

ambil berat, salah sangka, terima kasih.

kalau dibaca tajuk entry kali ini yang sangat panjang, maaflah sebab tak ada apa yang dapat saya tajukkan bagi entry ini. apapun, kisaran entry kali ini bermaksud serupa.
mula-mula, lama betul tak menulis setelah berpindah ke rumah baru yang tiada internet. lagi pula dengan laptop berskrin biru dan tak dapat dibuka. ada blog baru lagi. kali ini untuk dipenuhkan dengan nukilan-nukilan kurang bakat saya. silalah> kisahsangpenglipurlara.blogspot.com
berbalik pada kisah kali ini, ada seorang teman yang rupa-rupanya dalam diam mengikuti gerak bahasa saya dalam micinmyearphones ni. walaupun terkadang sahaja dia menjenguk dan menceduk pengalaman dalam blog ini, saya cukup bersyukur ada yang sudi membaca.
kisahnya, dia yang katanya ambil berat tentang cerita saya ini membaca satu dua entry saya yang sebelumnya..lalu ditanya pada saya "mengapa?". rupanya, salah sangka muncul. dia sangkakan entry itu ada kisah saya yang diinterprentasikan secara negatif. seolah-olah katanya, Hanam, kenapa macam itu? jangan begitu. saya diam.
sebenarnya. entry tersebut ada pautan dengan entry sebelumnya. apabila seorang kawan baik saya, A merungut tentang kawan baik kami, B yang beralih arah dan semakin jauh dek kerana ada wanita menghuni hatinya. lalu saya suruh dia redha dan faham walaupun saya sendiri kurang setuju tindakan itu.
saya ini orang yang percaya pada persahabatan. seperti mana Abu Bakar dan Umar yang begitu setia pada Muhammad S.A.W., itulah jadinya impian saya. namun saya manusia yang bukan sempurna. kehendak hati kadang-kadang terpesong. lalu, muncul-lah sedikit demi sedikit jiwa dan ayat saya dalam entry tersebut.
niat saya cuma menyampaikan rasa si A pada B, pandangan ikhlas saya pada kami dan B serta A, nasihat saya pada teman-teman saya dan teman-teman orang lain di luar sana selain respon biasa saya. sayangnya, diri saya tak dapat lari daripada bersembunyi dalam tulisan saya. signature. itu ragamnya.
akhirnya salah faham berlarutan. saya tidak tahu berapa ramai tersalah sangka. mujurnya, si dia yang bertanya cuba bertanya saya sendiri, dengan baik dan bukan melulu. terima kasih.
saya punya amanah daripada si A agar entry tersebut neutral. seolah-olah sekadar nasihat saya buat semua. namun begini jadinya, jadi saya terangkan sedikit. dan saya berharap ia mati di sini.
nasihat saya untuk semua, rujuk "Anggapanmu".
apa-apa pun, terima kasih semua.
yang membaca, yang bertanya, serta yang berkongsi.
biarlah kita sama-sama belajar,
sebaiknya pengalaman ialah guru di sekolah hidup kita.
ikhlas,
Hanam Hamid.

Tuesday, June 22, 2010

It's OVER!

although i dunno why, but today i do really know how to feel the same feeling when "it's over" is said.
whether you like it or not, i'm pretty sure, male best friend will change when he coupled. so, nothing that i really wanna say here. it just, never believe when your best friend tell you he'll never change and remain the same when he fall in love. especially he's a man.

frusted and dissapointed.

semoga kawan-kawanku semuanya bahagia. it's better if you just forget everything and move on. fighting for friendship is just an idiot saying who wanna stay f*cking stupid!

i realize that now.

ohya, encik **, it's over!

Wednesday, June 16, 2010

redha = A line which ends in here.

"sometimes you need to tell yourself where the end of a limitation for you to stand at, are"
saya diberitahu oleh seseorang suatu masa dahulu, kadang-kadang kita sendiri perlu ingatkan diri kita di mana tempat kita patut berhenti mencuba dan menyerah kalah. ini istilah yang digunakan, secara positifnya, redha atau pasrah.
kita kadang-kadang sedar kita sangat letih mencuba. mungkin sering kali berbuat sesuatu yang kita terlalu inginkan keputusan yang terbaik. hakikatnya, penghujung membuahkan bunga yang tak harum, tak cantik. kita cuba memujuk diri dan mencuba kembali. bila serupa sahaja hasil akhirnya, kita tekad dan mencuba lagi. sekali lagi dan lagi sekali. sampai penatnya tak tertanggung.
sekejap, kita berehat dan berfikir sejenak. mana salahnya, mana silapnya. mencuba lagi berkali-kali, namun masih berada di takuk lama. cubalah lagi sehingga habis segala isi asa kita. masyaAllah. apa nak jadi ini?
buat kali terakhir, berilah ruang untuk diri sendiri. mencari dan menyelidiki hikmah Ilahi.
"pandang-pandang, alam ini sambil pandang difikiri, mana
bumbung langit tinggi, mana lantai bumi, tidak satu yang terjadi tidak
mungkin tersendiri, cuba cari jawapannya andai meragui"
jika harus ada hati, berilah masing-masing cara menghadapi. berhenti daripada benci. buang juga kasih yang suci. tinggalkan cuma takdir Ilahi. jika ada baiknya, mahuNya, biarlah terjadi. Kun fayakun daripada Ilahi, lalukan terjadi.
andai sudah tiba masanya, berhentilah menari. ikut rentak yang sudah tiada lagi. maksudnya itu petanda yang Maha Mengetahui. redhalah hati, bukan melawan kehendak diri. biarkanalah harapan itu terkubur mati.
"ada hikmahnya pasti"
(kupercayaadacinta.sitinurhalizataruddin.tahajjudcinta)

Wednesday, May 19, 2010

Nukil: Kerana Irhadah (Episod TIGA)

"Adakah sebuah kekosongan itu harus dipenuhi dengan isi dendam, ataupun kasih sayang seluas lautan?"
-KERANA IRHADAH, sebuah adaptasi
nukilan Hanam Hamid, Seputeh Salju




Petang sudah menyinsing. Ada burung yang berterbangan merentas sawah tempat dia duduk berteleku. Punggungnya terasa keras dek batu yang terselit di celah tanah tempat dia duduk. Farizz masih bermenung jauh. Ingatannya pada Abah tidak pernah luput. Meski dia tidak pernah tahu apa kaitan Farhan dalam kepemergian Abah, dia tetap meletakkan rasa salah itu padanya. Farhan penyebabnya. Dia tidak peduli mana yang benar mana yang tidak, padanya Farhanlah penyebabnya. Penyebab kepada kematian Abah, sama seperti keperitan Bunda bertahun dulu sebelum Farhan muncul dalam kemeriahan keluarga mereka. Semuanya angkara Farhan!

"Abang! Bunda panggil balik"

Suara itu muncul entah dari mana, tiba-tiba menyapa ke gegendang telinganya. Farizz mengerling sedikit ke tepi. Melihat susuk halus tubuh Farhan berdiri tegak di belakangnya. Ada sekepal sisa kelapa parut dalam besen yang dibawanya. Bergaulan bersama nasi yang kelihatan sudah basi.

"Bunda cakap maghrib-maghrib tak baik..."

"Aku tahulah. Kau pergilah bagi Jalak makan. Nanti aku balik lah."

Farizz cepat memintas sebelum sempat ayat si genit itu dihabiskan. Bagai ada riak pada permukaan wajah Farhan. Farizz masih membatu. Pandangan yang teralih sedikit ke sisi kanan dihala semula menghadap mentari yang makin mencecah ufuk bumi. Farhan tetap tegak berdiri di tempatnya. Dia membuka mulutnya semula.

"Tapi Bunda cakap.."

"Kau diamlah! Jangan sibuk. Aku tampar karang mulut kau tu!"

Senyap dan sepi ketika. Farhan masih tersentak dek tempelak Abangnya. Dia memalingkan wajahnya jauh dan segera berlari ke belakang rumah. Jalak dan keluarganya sudah berhimpun di reban mereka menanti disajikan hidangan malam itu. Farizz mengeluh perlahan. Riuh ayam bertempikan menarik arah ekor matanya ke belakang rumah. Matanya lesu memerhati Farhan yang galak menjamu ayam-ayam peliharaan mereka. Lama memerhati, dia terlihat sepasang mata lain yang turut memerhati Farhan daripada ruang dapur.

Ayam-ayam yang kelaparan mematuk-matuk manja kaki Farhan yang bertumpahan sisa kelapa. Ditambah lari-larian si anak pada kakinya membuatkan Farhan bersorak gembira. Geli hati. Bunda yang masih menetapkan pandangannya pada Farhan turut tergelak kecil. Hati kecil Farizz tiba-tiba disentuh bahagia. Bunda masih mampu tersenyum. Dia lantas bangkit menuju ke arah Farhan.

"Weih! Apa galak sangat maghrib-maghrib ni? Tadi pandai nasihatkan orang, sekarang dia pula yang lebih. Elok biar saja kau disorok hantu"

Suara Farizz mengejutkan Farhan yang leka bermain-main di situ. Bunda terdiam tanpa disedari Farhan. Farizz mengekor pandangannya ke arah Bunda sedikit. Pandangannya beralih semula kepada adik kecil yang berdiri betul-betul di hadapannya.

"Dah, cepat bagi makan. Jom masuk!"

Arahan ringkas segera dituruti Farhan. Dia berlari-lari lekas mengikut langkah panjang abangnya. Sampai di satu sudut kakinya hampir tersadung. Sebelum jatuh, tangannya disambut Farizz. Mata Farizz tepat ke dalam matanya. Farhan melontarkan anak matanya jatuh ke lantai bumi. Tangan yang menggenggam dibiarkan. Segera keduanya berjalan perlahan masuk ke dalam rumah apabila azan maghrib berkumandang.

...

Nasi yang sedikit itu disudip perlahan ke dalam setiap pinggan di hadapannya. Farhan memandang abangnya sedikit gugup. Bunda memandang Farizz dan Farhan bersilih ganti.

"Farizz, tuangkan air untuk semua."

Farizz bangun mengisi air yang berwarna putih ke dalam tiga gelas di atas dulang yang disediakan Bunda. Bunda mengangkat dua tiga bekas yang berisi lauk tengah hari tadi dan ulam yang dipetiknya di belakang rumah. Ulam-ulaman dan sayur-sayuran memang sentiasa ada di belakang rumah mereka. Abah seorang yang rajin berbudi pada tanah. Selain menjimatkan serta tidak membiarkan sahaja tanah yang lapang itu ditumbuhi belukar, Abah juga menjadikan bercucuk tanam sebagai riadah yang menguntungkan bagi mengeluarkan peluh. Hidup mesti sihat kata Abah.

Farhan yang giat menceduk nasi daripada belanga tiba-tiba terpaku sendiri. Matanya tertumpu ke atas lantai simen dapur. Farizz memandangnya hairan. Farhan diam dan bagai diselimuti cuak. Ada butir-butir nasi bertaburan di atas lantai. Farizz menjengil matanya luas.

"Kau kenapa? Apa pasal kau jatuhkan nasi? Kau ingat kita kaya sangat kah nak beli beras hah? Kau ingat beli beras pakai air liur kah? Nanti kau tak payah makan. Makan yang atas lantai tu saja!"

"Farizz! Tak baik bertelagah depan rezeki. Tak pe A'an, ambil nasi dalam pinggan Bunda. Kita kongsi. bunda pun masih kenyang makan cokodok petang tadi."

Farhan mengecilkan kepalanya. Terus dikutip nasi yang bertaburan di atas lantai. Dibuangkan sisa-sisa tadi ke bekas kecil di bawah sinki dapur. Selesai basuh tangan segera dia ke meja makan. Pinggannya masih kekurangan nasi. Bunda yang memandangnya sayu segera menceduk nasi di dalam pinggannya dan dikongsikan ke pinggan Farhan. Farizz mengetap bibir geram.

"Cukup?"

Suaranya kedengaran bengis tetapi mendatar. Farizz menahan cedukkan kedua Bunda daripada memasuki pinggan Farhan.

"Bunda pun makanlah banyak sikit"

Tangannya bertukar tempat dengan Bunda. Dikongsikan separuh nasi dalam pinggannya kepada Farhan. Matanya tetap ke arah adik yang tertunduk takut.

"Kau tu kecil. Kena makan banyak. Nanti orang buli aku tak nak tolong. Pandai-pandailah nak hidup!"

Bunda tersenyum sikit. Anak sulungnya masih punya kasih pada insan halus di hadapannya. Masih ada rasa bertanggungjawab. Dia memegang belakang anak kecilnya sambil senyum diukir manis pada alis bibirnya.

"Dah A'an. Baca doa cepat. Bunda dah lapar ni"

Farhan mendongak. Tangannya dua-dua dirapatkan dan tertadah ke langit. Semua diam dan menghayati halus suara Farhan berdoa.

"Amin.."

Tuesday, May 18, 2010

Nukil: Kerana Irhadah (Episod DUA)

"Setiap langit akan dikunjung mendung, bertukar gerimis, menjadi hujan dan beralih ke ribut. Adakah pelangi masih setia mewarnai dadanya?"
-KERANA IRHADAH, sebuah adaptasi
nukilan Hanam Hamid, Seputeh Salju

DIA buat lagi. Kali ini alasan yang berbeza. Kasihan pada tubuh kecil Farhan. Dia mendongak ke arah langit yang sudah pekat kelabu. Air matanya memberat di bibir mata. Terkedek-kedek dia berjalan. Sesekali berlari-lari anak mengelilingi blok kelas Tingkatan Satu. Kelibat Fariz masih belum menegur pandangannya. Letih berdiri, dia menunggul seketika. Penat menanti, sekali lagi beg sekolahnya dikilas ke atas pundak, berdiri dengan hujung kakinya terjinjing mengangkat badannya. Mana sahaja abangnya pergi.

Hujan mula berderaian jatuh. Air matanya masih bertahan. Dia duduk diam bersendiri. Barang kali petang sudah menjengah tiba. Kebanyakkan murid sudah pulang ke rumah masing-masing. Begitu juga guru-guru kerana tiada kelas tambahan pada hari ini seperti hari-hari biasanya. Dia kian merasa sunyi. Di parkir kereta, hanya ada sebuah kereta Proton Saga merah milik Penolong Kanan I yang tinggal. Farhan masih cuba bertahan, namun di ceruk benaknya,tangisan sudah lama berkumandangan. Setabah mana dia, budak yang baru berusia 12 tahun itu sudah melekatkan wajah mencuka di raut depannya. Teriaknya ditahan sebolehnya.

Abah dan Bunda tak juga muncul seperti biasa. Dia masih ingat, setiap kali Farizz mengamuk meninggalkan dia atau pun atas sebab kelas tambahan yang dijalaninya, sekurang-kurangnya Abah dan Bunda akan juga tiba menjemputnya pulang meski senja sudah berlabuh. Kali ini, dengan gerimis yang sudah pun bertukar ribut, tiada siapa yang peduli. Jiwa kanak-kanaknya mula berfikir jauh. Kekusutan mengaburi akal warasnya. Serasa Abah dan Bunda juga sudah tidak sayangkan dia lagi seperti mana Farizz sering nyatakan. Kolam air matanya mula gelisah. Penahannya pecah sudah. Dia nekad. Akhirnya dia mengangkat beg galasnya yang berat itu ke bahu dan berlari meredah hujan.

"Farhan! Awak nak ke mana tu?"

Satu suara garau bersilih keluar daripada dentum guruh yang kuat. Dia menoleh ke belakang. Hujan masih setia membasahi tubuh mungil Farhan. Mulutnya terkunci.

"Kenapa awak tak balik lagi? Mana abang awak? Ayah awak tak datang jemput awak?"

Bertalu soalan keluar daripada mulut Cikgu Raziff, PK I merangkap Guru Disiplin sekolah. Tangannya ternguit-nguit memanggil Farhan dekat.

"Mari cikgu hantarkan. Mari!"

Farhan berlari cepat meredah lebat hujan yang mengganas memukul bajunya lencun, menuju ke tempat Cikgu Raziff berdiri. Air matanya lesap bersama hujan yang sama membasahi muka dan kepalanya. Cikgu Raziff menggeleng kepalanya perlahan. Rasa simpati terbit tanpa diminta. Sekejap, dia masuk ke kereta Saganya mengambil sekeping tuala kecil dan diajukan kepada Farhan.

"Lap sikit kepala awak tu. Basahkan dengan air paip dulu. Nanti awak demam."

Farhan mengikut perlahan tanpa banyak suara yang keluar. Takut pada cikgu yang terkenal garangnya itu tidak pernah ada. Malah, simpati dan prihatin gurunya itu lebih kuat menghuni jiwa kecil Farhan. Seraya itu, mereka berdua masuk ke kereta dan dipandu laju oleh Cikgu Raziff ke rumahnya.

...

Sampai di rumahnya yang kecil, kelihatan orang ramai berkumpul. Ada makcik-makcik yang sering datang ke rumahnya bertaranum dan berzanji Bunda. Tapi mereka tidak memakai baju kurung putih seperti selalunya. Tidak lawa seperti biasa. Terlalu ringkas. Ada juga rakan-rakan Abah dan beberapa orang kampung duduk termangu diam di beranda depan rumah. Farhan cepat mengerling apabila melihat kelibat Farizz berdiri sendirian di bawah pokok rambutan dalam pakaian seragam. Marah Farhan singgah. Merasuk jiwanya yang telah lama memendam rasa. Dia lantas membuka pintu dan berginjak keluar.

"Terima kasih banyak-banyak, Cikgu"

Belum pun sempat ucapan itu dibalas Raziff, Farhan telah berlari meluru ke arah Farizz yang leka menghias sugul di parasnya yang mulus itu. Hujan masih suka bermain di bumi, mega masih berarak kelam.

"Sial! Kau tinggal aku! Kau tinggal aku sorang-sorang!"

Marahnya marak. Titis air hujan tak bisa memadam amarahnya. Jiwanya tak jadi sejuk. Tangannya dikepal erat memukul dada Farizz bertubi-tubi. Sakit hatinya meliar memberinya gagah membalas rasa. Farizz diam. Matanya terus menikam tubuh kecil Farhan. Tiba-tiba, kebencian terbit, Farizz menolak Farhan kasar ke tanah.

"Semua sebab kaulah sial! Kau yang bawa sial! Abah pergi sebab kau! Sama sebab ibu kau dulu!"

Farizz menengking adiknya kuat. Halilintar sendiri bagai terpaku mendengar suara Farizz yang cuba melawan deras suaranya. Orang ramai mula mencuri pandangan. Masing-masing terkesima melihat drama dua beradik itu. Cikgu Raziff yang masih dekat dengan mereka segera menerpa. Matanya membulat ke arah Farizz. Dihulurka bantuan kepada Farhan yang masih kaget di atas tanah yang sedang lecak angkara ditumbuk dek hujan yang melebat.

"Apa awak cakap ni, Farizz? Tak baik!"

Farizz murka. Dia berpaling dan terus berlari jauh daripada mereka. Farhan dibangunkan perlahan. Raziff bertambah sayu melihat anak kecil yang belum pun mengenal erti dunia. Dia masih dapat melihat kelibat Farizz yang berlalu pergi dengan langkah seribu. Pada firasatnya, Farizz juga dihimpit sedih. Dia memapah Farhan ke rumahnya. Orang ramai membuka ruang. Semuanya menumpangkan rasa sayu.

...

Tangisan Farhan terhenti. Esakannya yang perlahan termati terus. Dia melihat tepat figura di hadapannya. Ada sekujur tubuh dibaluti kain putih tak bergerak. Bunda sedang dirundum tangis. Esaknya lebih kuat daripada dia. Farhan segera berlari ke tubuh yang kaku dipeluk Bunda itu. Dia kemudiannya meraung kuat.

"Abah! Abah! Abah!"

Suram yang diwarnai kelam mendung bertambah legap. Tetangga yang hadir ikut terasa. Mak Dek, jiran sebelah rumah lekas mengangkat susuk Farhan yang erat memeluk Abahnya. Tangannya didakap lebih ketat. Dia gagahi juga melawan kudrat Mak Dek yang cuba meleraikan pelukannya. Sesekali dia menepis benci dengan tangan Mak Dek yang mengganggu.

Bunda mendekatkan mulutnya ke telinga Farhan. Dia berbisik perlahan. Lembut dan sepenuh kasih. Sambil tangannya disuakan pada bahu Farhan. Dia berjaya meleraikan Farhan. Kini, Farhan dalam dakapannya pula. Sedih bercambah lagi. Berbunga pilu.

Malas melayan keperitan yang menghukum benaknya, Bunda bangkit dengan Farhan masih melekat di sisinya. Dia memujuk Farhan perlahan. Kosong. Masih tak berginjak pergi. Sekali lagi mencuba. Masih tak berjaya. Dia berjalan perlahan. Sakitnya masih terasa, dan Farhan masih tetap enggan berpisah.

"A'an..lepaskan Bunda. Bunda nak tolong Mak Dek sediakan minuman. Kan ramai tetamu datang tu. Tak baik biar mereka dahaga."

Bunda mencari alasan. Kasih pada Farhan tetap tebal. Seperti mana janjinya pada suaminya, dia akan kekalkan begitu. Kasih sepanjang usianya.

"BAMM!" Tolakan kedua menjatuhkan Farhan sekali lagi. Kali ini lebih kuat. Tolakan beserta penumbuk besi singgah ke perutnya.

"Kau jangan nak mengada-ngada! Ini Bunda aku! Bukan kau punya! Pergi kau, sial!"

"Izz!"

Bunda menjerit perlahan menghentikan laungan Farizz yang ganas meratah Farhan. Farizz masih belum diam. Mulutnya kembali terbuka. Namun, sebelum sempat suara dibawa keluar daripada rongga tekaknya, sebelah tangan Bunda terlebih dahulu hinggap ke pipi Farizz.

Semua yang ada tersentak. Diam seluruh isi rumah kecuali ribut yang masih cuba berkuasa menawan suasana. Drama ini terlalu melampau baginya. Cukup-cukuplah! Farizz terkunci terus. Anak matanya memanah tepat ke mata Farhan.

"Aku benci kau!"

Suaranya terlekat di kerongkong. Dia berlari pergi. Farhan masih terjelepuk di lantai. Bunda pula mengeluh perlahan. Dia tunduk dan beristighfar panjang. Farhan bangun cepat. Tiada esak yang keluar. Seraya Bunda mengerling ke arahnya, Farhan berlalu ke bilik tidur yang dikongsinya bersama Farizz. Bunda berlalu ke dapur, membiarkan khalayak bersimpati dalam diam.

Mungkin hujan kian lebat malam ini..

(bersambung)

Wednesday, May 12, 2010

Nukil: Kerana Irhadah (Episod SATU)

"Mereka dicipta daripada darah yang serupa, tetapi lahir dengan jiwa yang berbeza. Mampukah ketetapan Tuhan membuahkan hikmah?"
-KERANA IRHADAH, sebuah adaptasi
nukilan Hanam Hamid, Seputeh Salju


Bukan seketika, tetapi sudah lama mereka begitu. Sudah berzaman mereka bersama. Kelihatan begitu akrab dan mesra. Namun di balik tirai itu, kedua-dua beradik itu punya jurang yang tak dapat mereka rapatkan.

Farizz dilingkari amanat Bunda tersayang memikul beban yang tak pernah dimintanya. Umpama menggalas biawak hidup, Farizz terpaksa menyambung nyawa manusia yang paling dibenci dalam hidupnya. Jika bukan kerana kasih pada Bunda yang sedang sarat melawan keperitan, tidak akan sesekali pun dia sanggup berjanji memelihara kanak-kanak kecil yang sedang mengenggam erat tangannya tatkala itu. Sesal dan benci bertumbuh menjadi dendam yang mendahsyat dalam lubuk raganya.

Dan ketika kesumat itu tertabur dalam diam terhadapnya, Farhan mengharung hidup diselubung rasa benci daripada satu-satunya insan yang tinggal dalam hidupnya. Kesilapan yang tak pernah menjadi miliknya ialah senjata yang begitu tajam membenam celah jemari kakinya dalam kembara hidup yang diredahnya. Kelahirannya menjadi punca manusia bertelagah. Kehadirannya mencambahkan benci pada insan yang dikasihinya. Kewujudannya pula menagih kehilangan mereka yang dia gelarkan Ibu dan Ayah.

Dan saat jalan kedua mereka bersambung di persimpangan itu, sebuah cerita merebak menjadi konflik yang diselindung jauh daripada mata masyarakat luar. Mereka tahu, ketetapan Ilahi menakdirkan mereka menjadi musuh yang tinggal dalam satu selimut yang sama. Di sini, bermulalah....

(bersambung..)

Tuesday, May 11, 2010

Bila Imperfect nak dijadikan Perfect--

sebelum aku diturunkan ke muka bumi ni, malaikat aku ada pesan, Allah jadikan aku manusia bermaksud aku ini lemah siti situ sana sini. aku ni tak sempurna. akan ada banyak salah dan silap bakal aku buat. tapi Dia, Penciptaku itu Maha Baik dan Maha Sempurna. Dia sentiasa beri peluang untuk aku mencuba dan terus mencuba. Dia suruh aku belajar daripada kesilapan dan buat yang lebih baik selepasnya. bila aku diciptakan tidak sempurna, tidak bermakna aku harus melukut dan tidak berusaha menjadi yang lebih baik, yang lebih sempurna. jadi diturunkan aku ke dunia sebagai tempat ujian. masanya berbeza setiap calon, dan setiap calon termasuk aku tidak pernah pasti berapa lama ujian bakal berlangsung. apa yang penting sepanjang perjalananku perlu dipenuhi dengan usaha dan tawakal.

pertama kali dalam setiap perkara, kita bermula daripada kosong. bila kita melalui jalannya, kita akan berbuat silap dan beroleh pengalaman. pengalaman akan ajar kita erti kepayahan dan kurniakan kita ganjaran. itu caranya.

it's okay. it's okay apabila media LB yang dipanaskan tiba-tiba meletup dalam microwave. it's okay apabila pour LB media menjadi terlebih-lebih. it's ok apabila buat cDNA synthesis dan PCR tak pernah menjadi-jadi. it's okay apabila BLAST gen melalui NCBI susah nak mampos. it's okay apabila pokok tobacco asyik me-layu-kan diri mereka. it's okay apabila budak-budak praktikal tanya blank tak tahu nak jawab apa. it's okay as long as kita mencuba untuk tahu dan dapatkan yang terbaik.

beritahu diri kita, kita berjanji untuk buat yang terbaik. setiap kegagalan kita tahu mana silapnya. kita cuba cari dan ubah yang lemah. kita kuat dan bersungguh. suka apa yang ada di depan kita. apa yang tidak kita ketahui, kita belajar daripada yang pertama kali ini. setiap yang pertama kali, bila hasilnya terbaik, maka kuranglah yang kita belajar. bila hasilnya kurang daripada apa yang kita mahukan, kita berusaha lagi. setiap percubaan adalah pelajaran yang terbaik. jadi jangan sesekali kita mengalah. kita akan terus mencuba sehabis daya kita. belajar setiapnya. bila kita mencuba Allah tahu. bukankah Dia yang Maha Mengetahui sedalam mana cinta dan usaha kita untuk menyempurnakan perkara itu. berilah yang terbaik dan insyaAllah, dengan kehendakNya, Dia yang Maha Sempurna akan setia membantu. itulah SifatNya yang Maha Baik--

sentiasa ingat pesanan Siti Nurhaliza,
"Apapun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti...
...nanti kita kan tahu, betapa bijaknya hidup,
..sepahit apa pun ini, pelajaran yang bererti "

-MELAWAN KESEPIAN, Hadiah daripada Hati

jadi, Hanam, jangan berhenti mencuba. berilah yang terbaik dan percayalah, Dia akan sentiasa ada membantumu--

da first time is always da hardest. especially when you know life is too short and you wanna keep everything as perfect as you might. dun give up Hanam,you'll learn from it and you'll be so much better then--

Sunday, May 9, 2010

Mom, I do love you very much!


it's mother's day.
and i just wanna wish
HAPPY MOTHER'S DAY
to all greatest moms in the world.

Puan Zainu Hussin,
you are my heart and i do love you very much.

thanks mom!

Monday, May 3, 2010

Adakah Syarat Menjadi Sahabat?

it's hard for me recently. too much to handle all at once. tapi mujur juga masih ada tempat untuk aku bergembira dan ketawa. kawan-kawan yang ada. yang masih ada, walaupun tak pernah tahu sedalam mana hubungan dengan mereka, tetap ada jalan yang baik untuk terus hidup bermutualisasi.

jumaat malamnya, aku sempat menonton Iron Man 2 bersama kawan-kawan serumah. Fizry, Hisham, Zahid dan juga Izzul. Meskipun jiwa masih kacau, aku salurkan aura sebaik mungkin malam itu. keputusannya, negatif---

esoknya, sabtu. janji aku untuk ke majlis perkahwinan anak kak Siti (RA di LAb MARDI), terpaksa dibatalkan. entah Izzul dan Syafiqi pergi atau tidak aku tidak pasti. tiada khabar daripada mereka walaupun Izzul hanya tinggal sejengkal daripada aku. namun aku sangat gembira kerana dapat ke Aquaria KLCC bersama Fizry, Hisham dan Abang Fariq (Fizry's big bro). Lama mengidam. Not bad tapi sekejap sangat. Best part of all, Fish Spa. walaupun agak mahal, tetap sangat-sangat-sangat best! Geli la depa duk gigit kaki chek...hehehe--

ahad, Fizry keluar awalnya. balik dalam pukul 5 dia ajak pergi jogging. maklumlah sudah lama aku beria benar mengajak dia. dalam pukul 6.45baru kami mula berjogging. betul, agak lewat tapi kami masih setia mengikut pelan. baiknya, Fizry tidak pernah menyangka sejauh mana kami berlari. lagi pula aku memilih jalan hutan daripada Kolej Keris Mas ke CGAT, Rumah Tumbuhan, EiMAS dan balik pula ke KKM. Berlari seketika, kami selang selikan dengan jalan kaki juga. Maklumlah, jalanny berbukit-bukau.

nak ditakdirkan Tuhan, kira-kira jam 715petang, baru kami sampai ke EiMAS. menghampiri pintu pagar EiMAS, pintunya tertutup kemas. beberapa kali kami berulang-alik namun tiada petanda pintu pagar nak dibuka. sampailah pada akhirnya, guard yang ada menunjukkan isyarat tangan yang kami tidak boleh melalui kawasan itu. melihat pada hari yang kian gelap, aku dan fizry sepakat agar tidak patah balik sebaliknya meneruskan perjalanan ke Keris Mas melalui jalan jauh. bukan apa, risau juga melalui hutan. pun begitu hati kami rungsing dengan Hisham yang menunggu sendirian di kereta di KKM. tambahan pula maghrib menjengah cepat. ya Allah. aku nampak jelas rasa bimbang dan benci Fizry.

kami berjalan laju sehingga ke kolej tun hussein onn. pada pandangan aku, meskipun cuti, KTHO selalu sahaja dibuka. mujurlah duit rm10 aku simpan di kocek seluar trek. kami berhenti beli air dan guna syiling baki untuk menelefon sham. marah betul dia. bimbang katanya. fizry tergelak besar. hahahaha--

ada petandanya apabila aku yang tak pernah berpisah daripada telefonku tiba-tiba membiarkan hisham memegangnya. duit syiling yang terjatuh daripada kasut fizry juga kami serah pada hisham. jadinya, bila kami cuba menelefon hisham, memang sangat susah. dua-dua tiada telefon, syiling pun tak ada.

bagi aku, ia pengalaman yang indah. as long as ada orang di sisi kita. terutamanya kawan baik kita yang kita percayai, tak kiralah betapa susah jalan yang kita lalui, kita pasti mampu mengharunginya.

bahkan fizry juga akui, memang dia juga beroleh pengalaman bermakna (waimapun dia enggan berjogging lagi lain kali). cuma katanya, takutlah dengan sham! hahahaha--

oh..apa tajuk kita kali ini? Syarat menjadi sahabat? sambung lain kali lah yea...


"Fizry, jom jogging lagi! Kali ni kita lalu rumah haiwan sekali!"


p/s: gambar peristiwa saya uploadkan lain kali ok---

Friday, April 30, 2010

My Unforgivable Mistakes?

aku ada pengakuan yang nak aku nyatakan sejujurnya di sini. sebenarnya, hampir setiap sejam dalam hidup aku, aku sentiasa rasa orang lain lebih baik daripada aku. aku fikir seolah-olah aku ini tiada sebarang makna kepada dunia yang ligat berputar ni. aku selalu tanya mereka yang baik dengan aku, "apakah satu kelebihan aku, yang orang lain perlukan daripada aku?"

jawapannya, tiada. aku cuma tak tahu. dan tak pernah ada individu yang cuba beritahu sejujurnya, sebetulnya. jadi aku sedar aku ini sangat lemah dan teruk lagi hina dan salah dalam segala perkara. keyakinan aku tipis. malah, aku selalu fikir aku bersalah. bergaduhlah dengan mana-mana orang, atau berlaku apa-apa salah faham, aku selalu minta maaf. kadangnya memang salah aku. aku meronta marah, namun akhirnya aku juga yang tak putus-putus memohon ampun.

tapi hari ini, aku silap. silap kerana aku sebenarnya belum cukup teruk lagi. seorang kawan aku, dengan penuh emosi memberitahu aku sejujurnya, "kau ni suka salahkan orang. kenakan orang takpe. tapi bila orang kenakan kau, kau merajuk. marah. nak suruh orang minta maaf. selalu salahkan orang. banyak sangat syarat nak kawan ngan kau."

aku fikir-fikir balik. begitu rupanya. jadi, selama ini tekanan rasa aku ni bersalah dengan orang dan rasa tak senang hati hingga nak bunuh diri sebab ada yang sakit hati dengan aku sebab aku tersalah buat apa-apa pada mereka, belum cukup lagi.

aku terfikir bahagian 'banyak sangat syarat nak kawan ngan kau'. aku fikir mungkin juga. sebab kadangnya aku rasa tak patut kawan aku pergi minum beramai-ramai tapi tinggal aku seorang. kawan aku rancang bercuti dan bersuka ria tetapi aku tak tahu. kawan yang tak kisah kita lapar atau dahaga. kawan yang itu dan ini. yang bagi aku tak sepatutnya jadi kawan.

bila aku fikir balik, apa yang aku buat pada mereka, ada la kot aku tak ajak mereka makan atau rancang apa-apa tanpa mereka atau seumpamanya. tapi itu sebab aku sendiri dah kena. i saw an obvious line between me and them. i just at my side and i'm so afraid to go off the limit they drew. aku fikir lagi.

aku rasa, satu perkara yang aku benar-benar setuju ialah aku selalu menyusahkan kawan-kawan aku. tak perlu dinyatakan. memang begitu. mungkin aku memang patut mati sebab terlalu banyak nyusahkan kawan-kawan aku.

tapi aku tak setuju dengan sesetengah bahagian. kawan aku pernah tegur aku. bila aku menjawab bagi mempertahankan pendirian aku, mereka tuduh aku degil dan tidak bisa terima nasihat. bila aku diam dan menjawab 'iye' atau 'baik', inteprentasikan pula aku sebagai merajuk.

betul aku punya salah. banyak barangkali. tapi aku tahu yang aku suka minta maaf. "sorry" dah jadi darah daging aku. setiap hari ada sahaja perkataan itu ambil tempat. mungkin belum cukup lagi. sorry kawan-kawan.

kali ini aku nak minta maaf secara terbuka. maff juga bagi mereka yang namanya ditulis tanpa selindung di sini..
untuk minggu ini sahaja,
1. aku terpukul fizry. dia gurau-gurau masa aku tengah facebooking. sorry fizry.
2. aku diam beberapa ketika ngan hisham. sorry juga. bukan niat diam diri.
3. aku terguna beberapa barang kak ayu tanpa kebenaran. sorry kak ayu.
4. aku tersentuh Farhan dengan EtBr. sorrry..
5. aku terputus silaturahim dengan Izzul Faiz. maaf.
6. sapa2 lagi. sorry.
7. aku terlupa diri aku siapa. terlupa menjaga diri sendiri. meracuni fikiran ku untuk bunuh diri. aku tidak menghormati diri sendiri. sebesar-besar sorry yang ada buat Hanam.

aku nak sampaikan satu pesanan kawan aku pada Hanam..
"Hanam, you deserve to be happy"


next story..adakah syarat menjadi kawan?

Wednesday, April 28, 2010

cerita biasa aku

dah lama tak menulis di sini. macam selalu, banyak sangat yang nak dikongsi tapi tak tahu yang mana satu nak ditulis. tengoklah ke arah mana ilham ini mencondong.

baru-baru ini aku ke klinik. sakit kepala. doktor cakap tak ada apa-apa yang membimbangkan. mungkin migrain biasa saja. lagipun tak pernah muntah-muntah seperti migrain lain yang lebih serius. pun begitu doktor agak ketandusan idea bila mengenangkan aku pernah pitam beberapa kali. doktor nasihatkan aku pergi buat blood test kat hospital kalau nak pastikan kalau-kalau aku dianugerahkan tumor atau kanser ke. tapi masih belum pergi. ubat yang diberikan doktor pun makin sikit. maklumlah setiap hari sakit kepala.

mungkin ramai kawan-kawan aku tahu, aku ni sensitif. banyak masalah. selalu juga mereka kata aku ni emosional. suka fikir benda-benda yang kecil-kecil. aku bukan suka sangat berfikir tapi dah itu yang menjadikan aku. aku rasa mungkin aku ni susah nak ubah dah. jadi minta maaflah semua. fikir-fikir balik aku rasa aku tak naklah jadi orang yang suka berkongsi ngan kawan-kawan aku pun. taknak nyusahkan mereka. lagipun aku tahu sangat mereka bukan nak dengar. mereka benci dengar masalah aku. masalah mereka pun mereka malas nak fikir, ni lagilah masalah aku.

tapi masalah aku menjadi semakin serius. pernah beberapa kali akibat terlalu down dengan situasi, aku rasa macam nak telan paracetemol yang doktor bagi tu 6biji sekali gus. aku telefon mak aku cakap aku ni dah tak kuat nak hadapi hidup ini. mak aku senyap je. dia suruh aku tenang dan kuatkan semangat. aku cakaplah aku dah letih sangat untuk hidup. aku nak mak aku pergi haji dulu sebelum aku mati. tapi aku tak tahu berapa lama lagi aku boleh bertahan. jadi aku beritahu mak aku, suruh mak aku doakan kesejahteraan aku. doakan aku sentiasa kuat dan tenang menjalani hari-hari payah aku. doa supaya kehidupan aku berjalan lancar. doa supaya aku gembira selalu. sentiasa sihat daripada penyakit. panjang umur dan murah rezeki. cepat dapat kerja untuk bayar PTPTN dan upah haji dia.

mak aku redha. dia tanya, masalah aku ni sebab kawan-kawan ke? orang-orang sekeliling ke? tu ke sebab aku migrain? aku tak tahu nak jawab. aku cakap. cukuplah mak doakan aku bahagia. kalau ditakdirkan aku mati, doakan aku sempat bawa mak gi haji. mak diam dan bersetuju.

lepas letak telefon, aku diam merenung tikar sejadah. lepas tu aku doa kepada Allah:
"permudahkan jalanku ya Allah. bahagiakan kedua ibu bapaku ya Allah. rahmatilah seluruh keluargaku ya Allah. tariklah nafasku ya Allah, jika aku tak mampu menghadapi ujianMu ya Allah"


amin.

Sunday, April 11, 2010

Soalan Cepu Perak--

lama sungguh aku tak menulis di sini. macam2 banda terasa nak tulis sampai satu hapak pun tak terfikir nak ditulis. life story dulu: aku masih kat MARDI. hidup tak berapa baik tapi suam-suam kuku la. kadang2 terasa rindu gak zaman2 bahagia 2-4bulan lepas. adala ceritanya tuh. yang pasti, cerita hari ni tak se-best dulu. oh ya, aku dapat gi exam khas masuk perkhidmatan awam gred 41. offer as PTD. samala ngan encik Fizry Azmier. tapi jauh lagi jalannya. bertapis-tapis lagi. tambah2 kalau dia nak yang hensem, confirm-la aku di-reject tanpa belas kasihan. mujurnya juga, aku dapat offer satu lagi daripada Kementerian Industri dan Asas Tani as Pegawai Sains. tapi kontrak gakla. kena gi interview dulu tengok. lain2 citer..sepupu aku Kak Long sebulan lagi dijangka ber-baby. YESSSS!! and abg aku yg sungguh2 tuh nak kahwin Jun nanti. jemputlah datang Lubuk Jong beramai2.ok?

Oh..isu apa yang nak bincang ni yea? Ada cadangan?

Malas citer politik ni. Kotor je. Lagipun sabun Lifeboey aku dah habis (--)#..
Ke-member-an? Nantikan ada yang terasa--
Ketuhanan? ya hampoonnn (bak kate fafau)..ilmu tak cukup lak..

Ginilah. kalau ada yang tengah baca blog ni, aku bagi satu soklan..korang try jawab sejujurnya ok?
Soalannya berbunyi (kalau korang baca kuat2 la) begini:
"Kalau awek korang suh korang jangan kawan ngn sorg member baek korang yg selama ini sehidup semati ngan korang...korang layan tak? Katela awek korang ni cun gilaaa arr..sweet..kaya..berbudi bahasa..bak kata aku..terbaEklah!..cmne??"

Saturday, March 13, 2010

the Friends of Mine are going for Friends-bonding, how Lovely!!

dah lama saya tunggu keluar dengan kawan-kawan saya. hampir setiap minggu sejak sebelum gaji saya perolehi. tapi semuanya tidak berhasil. cuma kali ini. sekali ini, hujung minggu saya penuh aktiviti. ada test untuk kerjaya saya dan meeting juga untuk karier saya. rupa-rupanya kawan-kawan saya sudah bercadang keluar. sedihnya saya. yang saya hajatkan berbulan, mati sahaja. bukankah saya tidak boleh menolak lagi. sudahnya pula, saya diberitahu di akhir-akhir masa. mungkin ya lah, saya tak tersenarai sebagai ahli daripada awal. jadi, what should i care?

next time? don't be ridiculous! you know how hard it is when you broke your promise.

well, it's okay. it's my birthday i want to celebrate. there are lots of other friends who care about me and want to go outing with me. so please, don't say a word when i don't even see your face when i talking or with my 'other' friends.

Tuesday, February 23, 2010

portrait of a friend

Portrait of a Friend

I can't give solutions to all of
life's problems, doubts, or fears.
But I can listen to you and
together we will search for answers.
I can't change your past with all it's heartache and pain,
nor the future with it's untold stories.
But I can be there now when you need me to care.
I can't keep your
feet from stumbling.
I can only offer my hand
that you may grasp it
and not fall.
Your joys, triumps, success,
and happiness are not mine;
Yet I can share in your laughter
Your decisions in life are not mine to make, nor to judge;
I can only support you, encourage you,
and help you when you ask.
I can't prevent you from
falling away from friendship,
from your values, from me.
I can only pray for you,
talk to you, and wait for you.
I can't give you boundaries which I have determined for you,
But I can give you the room to change, room to grow,
room to be yourself.
I can't keep your heart from breaking and hurting,
But I can cry with you and help you pick up the pieces
and put them back in place.
I can't tell you who you are.
I can only love you and be your friend.

Saturday, February 20, 2010

Tarikh Luput Seorang Kawan


Ketika leka melayan new feeds di Facebook, saya terpaku melihat satu feed daripada teman saya dahulu. Ada cerita-cerita daripada blognya yang saya begitu kagum membacanya. Jauh mendalami isi ruangannya, saya menyedari bahawa seolah-olah dia telah menjadi manusia yang lain. Tiada dia yang dulu dalam dia yang sekarang. Malah, apa yang membuatkan saya tertanya-tanya, adakah dia masih kawan saya yang dulu setelah saya sedari begitu lama kami tidak berutus khabar.

Pernah saya bertanyakan khabarnya, namun jarang sekali saya beroleh berita daripadanya. Ada juga kawan-kawan lain yang seangkatan dengan kami merungut akan sikapnya yang sudah jauh berbeza daripada masa dulu. Ada suara-suara sedih dan kecewa apabila teman ini susah benar membalas mesej yang dihantar. Apa sebenarnya yang telah terjadi?


Meniti semula kisah dulu ketika kami semua masih dalam satu geng, dia antara individu wajib yang mahu kami semua sentiasa bersama. Selalu sahaja mengajak saya dan teman-teman lain makan bersama-sama selepas kelas. Terkadang juga kami menghabiskan masa membuat kelas diskusi bersama-sama. Jujurnya, tahun berkenaan merupakan isi persahabatan yang cukup sempurna bagi saya. Teman yang sentiasa ada dan mudah bertoleransi.

Tertanya-tanya juga di benak saya apakah punca kami tidak lagi mampu berhubungan. Jika jarak dan masa menjadi penghalang, saya masih punya ramai teman yang setia berhubung meski tinggal di lain benua dan masing-masing sibuk dengan kerja seharian. Ada saja masa kami bertanya khabar. Modenisasi memberi peluang komunikasi dua hala berlaku. Mesej dan telefon,
messenger dan Facebook. Macam-macam cara boleh menjadi pilihan. Apa lagi halangan yang timbul? Sesetengah teman saya, setelah bertahun tidak pernah bersua muka, masih ada juga yang boleh berutus kata.

Pun begitu ada juga kes-kes tertentu, wujud golongan yang cuba melarikan diri daripada terus berhubung dengan kenalan mereka. Paling ajaib, ada yang bertembung dan saling kenal pun tidak ada suara menegur dan bersapaan.
Kelakar juga apabila teman saya yang baru lima bulan tak berjumpa sudah lupa nama saya. Kagetnya saya apabila perkataan "kawan kita" bertukar "kawan kamu" apabila si fulan menanyakan nama saya pada kawan kami yang lain. Hebat! Sangat hebat kawan saya yang ini. Saya berdiri dan memberi tepukan gemuruh untuknya. Dalam benak saya,
"Kalau kau nak minta tolong aku, sah aku tolong susahkan lagi kau!".
Nauzubillah! Persoalannya, mengapakah persahabatan yang dibina sekian lama dengan masing-masing saling boleh menerima antara satu sama lain, dibiarkan luput ditelan masa dan dibataskan dek jarak? Tidak sayangkah kita dengan silaturrahim ini? Atau memang setiap teman kita ada tarikh luput tertera di dahi mereka,

"setahun kawan baik, enam bulan seterusnya kawan biasa, bulan-bulan seterusnya--siapa dia?"

Bersahabatlah sampai syurga!

Wednesday, February 17, 2010

Tanda Tanya dalam Kepala--


Entri kali ini ditulis ringkas sekadar memenuhi permintaan seseorang yang kononnya sudah lama menanti bingkisan cerita saya yang entah di mana indahnya. Lama menyepi bukan bererti riwayat hidup ini sudah terhenti, tetapi akal ilham umpama mati. Seketika menulis, kebuntuan lama termeteri. Jadi, biarlah entri kali ini ada sekadar pengubat rindu diri sendiri yang mahu ada coretan tertulis di sini.

Wajah baru? Hitam dan putih menjadi pilihan. Harapnya ramai yang membaca tidak terkabus anak mata. Pengisian masih pelbagai. Cuma kali ini, bukan kisah politik atau ngomelan biasa yang ingin dikupas. Bukan gosip artis menjadi taruhan. Cukuplah sebuah bingkisan ikhlas buat semua.

Saya punya persoalan yang mahukan jawapan segera. Tiada syarat khusus untuk menjawabnya. Mungkin ketelusan dan keikhlasan berkongsi menjadi peniti. Kawan-kawan yang mungkin punyai banyak pengalaman, saya merayu perkongsian ilmu. Ilmu itu kasih yang saya dahulukan dengan jutaan penghargaan. Terima kasih.

Saya sebenarnya buntu dan keliru. Apabila kadang-kadangnya, ada sebilangan teman saya tiba-tiba dihurung sugul dan muram. Entah apa masalahnya sukar saya tafsirkan. Terkadang saya bimbang jika ada punca berakar umbi daripada tindak-tanduk atau kata-kata saya. Bila ditanya, tak berjawab. Malah, kadang-kadang juga, saya pula dihempuk perkataan yang bernada tinggi, bermaksud menyakitkan hati. Bila diam menjadi pilihan, keadaan menjadi genting. Sehingga kadang-kadang lagi, hubungan kami bagai diracun sebab yang tak diketahui.

Sesetengah sahabat saya berpandangan bahawa saya terlalu kisah atau concern tentangsi fulan. Ada juga berkata saya terlalu sensitif mentafsir keadaan. Tak kurang yang berasa saya jualah puncanya.


Jujur, entah, saya juga tidak pasti. Saya benar-benar terbuka mendengar pandangan anda yang membaca untuk berkongsi kata-kata. Perkara sebegini betul mengganggu hidup saya. Saya cuba mendekati seseorang yang mungkin tak suka didekati saya, kah? Atau saya bukan orang yang sesuai menjadi teman mereka sebegini?

Saya over-react? Pada saya, saya seolah didikriminasi tanpa sebab. Alasannya, saya selalu melihat mereka yang sebegini mampu tersenyum dan bergurau senda dengan orang lain, tetapi tidak saya. Orang lain boleh bertegur dan bertanya tetapi tidak saya. Orang lain boleh bersebelahan dengan saya, kenapa tidak saya? Bukankah kita dahulu begitu akrab, kenapa perlu ada jurang kini?

Apa yang harus saya lakukan??

Tuesday, February 9, 2010

Hitam atau Putih?




"Mengapa ada Sang Hitam,
Bila Putih menyenangkan"

Mungkin wajah hitam putih blog ini sedikit sebanyak membantu entri kali ini diilhamkan. Kita barang kali sering sahaja disogok ungkapan antara "Syurga atau Neraka" atau "Ya atau Tidak" mahupun "Kiri atau Kanan". Perkara serupa yang dibawakan adalah persoalan memilih antara dua subjek yang jelas berbeza maksudnya. Apatah lagi dalam hidup ini kita sering bergelumang dengan persimpangan yang mengharuskan kita memilih satu antaranya. Di sinilah kita diuji ke mana halanya kehidupan kita. Hitam atau Putih?



Kadang-kadang kita perlu bagi kita meneliti setiap pilihan yang ada supaya tidak menyesal di kemudian hari. Apabila sesuatu jalan dipilih, jangan pula kita senang menyangka yang baik itu berpanjangan atau yang berlopak itu akan berterusan berlopak. Setiap jalan yang dipilih ada beza panjang pendeknya, ada beza juga hala tuju destinasinya. Maka, setiap jalan hitam atau putih itu sudah jelas ada perinciannya juga.

Terus-terang, entri kali ini sebenarnya nasihat ikhlas kepada semua supaya bijak menilai antara hitam dan putih, serta pandai memilih yang sepatutnya. Berdasarkan kisah yang telah saya lalui, saya pernah beberapa kali memilih jalan yang tidak dapat saya berpatah balik memilih yang lebih baik. Jalan yang mulanya nampak putih namun dibajai hitam yang tak berkesudahan. Setiap kali saya mengerahkan keringat yang ada memutihkan keadaan, akhirnya saya bertemu semula ruang hitam yang menghalang pandangan.

Bijaklah memilih siapa orangnya, apa perkaranya dan ke mana tempatnya yang akan kamu lalui dalam jalan yang dipilih itu. Jika kamu memilih orang yang salah, maka sukarlah perjalanan kamu. Jika salah perkara yang mengisi jalanmu, maka kaburlah kembaramu. Dan jika kamu silap memilih hala tujunya, maka hilanglah arah destinasimu.

Ingatlah, saat putih menerangkan cahayanya, hitam akan tiba membutakanmu---


Jadi, Hitam atau Putih?



::shout box!::

"masing-masing Kami anugerahkan mereka itu dan mereka ini pun dengan pemberian Tuhanmu. Pemberian Tuhanmu tiada terlarang (kepada sesiapa jua pun)"