viewers

Wednesday, February 17, 2010

Tanda Tanya dalam Kepala--


Entri kali ini ditulis ringkas sekadar memenuhi permintaan seseorang yang kononnya sudah lama menanti bingkisan cerita saya yang entah di mana indahnya. Lama menyepi bukan bererti riwayat hidup ini sudah terhenti, tetapi akal ilham umpama mati. Seketika menulis, kebuntuan lama termeteri. Jadi, biarlah entri kali ini ada sekadar pengubat rindu diri sendiri yang mahu ada coretan tertulis di sini.

Wajah baru? Hitam dan putih menjadi pilihan. Harapnya ramai yang membaca tidak terkabus anak mata. Pengisian masih pelbagai. Cuma kali ini, bukan kisah politik atau ngomelan biasa yang ingin dikupas. Bukan gosip artis menjadi taruhan. Cukuplah sebuah bingkisan ikhlas buat semua.

Saya punya persoalan yang mahukan jawapan segera. Tiada syarat khusus untuk menjawabnya. Mungkin ketelusan dan keikhlasan berkongsi menjadi peniti. Kawan-kawan yang mungkin punyai banyak pengalaman, saya merayu perkongsian ilmu. Ilmu itu kasih yang saya dahulukan dengan jutaan penghargaan. Terima kasih.

Saya sebenarnya buntu dan keliru. Apabila kadang-kadangnya, ada sebilangan teman saya tiba-tiba dihurung sugul dan muram. Entah apa masalahnya sukar saya tafsirkan. Terkadang saya bimbang jika ada punca berakar umbi daripada tindak-tanduk atau kata-kata saya. Bila ditanya, tak berjawab. Malah, kadang-kadang juga, saya pula dihempuk perkataan yang bernada tinggi, bermaksud menyakitkan hati. Bila diam menjadi pilihan, keadaan menjadi genting. Sehingga kadang-kadang lagi, hubungan kami bagai diracun sebab yang tak diketahui.

Sesetengah sahabat saya berpandangan bahawa saya terlalu kisah atau concern tentangsi fulan. Ada juga berkata saya terlalu sensitif mentafsir keadaan. Tak kurang yang berasa saya jualah puncanya.


Jujur, entah, saya juga tidak pasti. Saya benar-benar terbuka mendengar pandangan anda yang membaca untuk berkongsi kata-kata. Perkara sebegini betul mengganggu hidup saya. Saya cuba mendekati seseorang yang mungkin tak suka didekati saya, kah? Atau saya bukan orang yang sesuai menjadi teman mereka sebegini?

Saya over-react? Pada saya, saya seolah didikriminasi tanpa sebab. Alasannya, saya selalu melihat mereka yang sebegini mampu tersenyum dan bergurau senda dengan orang lain, tetapi tidak saya. Orang lain boleh bertegur dan bertanya tetapi tidak saya. Orang lain boleh bersebelahan dengan saya, kenapa tidak saya? Bukankah kita dahulu begitu akrab, kenapa perlu ada jurang kini?

Apa yang harus saya lakukan??

No comments:

::shout box!::

"masing-masing Kami anugerahkan mereka itu dan mereka ini pun dengan pemberian Tuhanmu. Pemberian Tuhanmu tiada terlarang (kepada sesiapa jua pun)"