viewers

Sunday, November 18, 2012

Tribute : #Peace4Palestine


 

Tiada kata-kata yang dapat digambarkan untuk menzahirkan perit payah mereka menghadapi kekejaman rejim zionis di Palestin. Buat semua Muslim di seluruh dunia, ambillah tahu, dan teruskan berdoa.





 

Hantarkan senjata kita yang paling utuh untuk memerangi kezaliman rejim Zionis, dan buat melindungi saudara-saudara kita di Palestin, serta serata dunia yang turut ditindas oleh kaum kufar.




 Serta ambil tahu kisah dan sejarahnya. Fahami, dan hayatilah.




Adakah golongan mereka sendiri menerima tindakan zalim ini?

 







 Suarakan benak anda. 
Tunjukkan sokongan, dan bersama menzahirkan tentangan terhadap rejim kejam ini.




Kongsikan. Bersama-sama memakai pakaian Muslim, lahirkan rasa kesatuan dan persaudaraan. Jadikan wajah kita, wajah yang menyokong #Peace4Gaza.




Jangan sesekali memandang enteng kekuatan suara ramai, propagasi suara yang menjadi tsunami semangat. Saya pernah membaca tiga buku berkaitan Adolf Hitler, masing- masing Valkyrie - The Plot To Kill Hitler (oleh Phillip von Boeselager); Hitler - Military Commander (nukilan Rupert Matthews); dan Mein Kampf (tulisan Adolf Hitler sendiri), yang menunjukkan betapa rempuhan psikologi ramai telah menguatkan semangat pejuang Nazi bertempur tanpa rasa takut. Semangat juang yang sama kita pelajari melalui kemarakan kamikaze tentera Jepun ketika Perang Dunia II. Inilah semangat jihad yang kita cari. Melalui rentasan globalisasi, kita sewajarnya makin bijak menggunakan peluang yang ada menunjukkan taring sebuah tubuh Muslim. Sudah tiba masanya untuk mereka sedar. 


 Kita laungkan kata seperti mana mulut kita mengaduh saat tangan dihempap beban yang memberat.


Ringkasan Ucapan Recep Tayyib Erdoğan di Cairo University sebentar tadi.
1- Bagaimana Gaza boleh dibiarkan ketika di kiri dan kanannya ada Mesir dan Turki? Ada Morsi dan Erdoğan!

2- Wahai pemuda Mesir, melalui revolusi kalian, kezaliman telah tahu bahawa mereka tidak mampu kekal. Ajalnya akan tiba di sana sini!

3- Ayat 139 dari Surah Al Imraan, Allah sudah mengingatkan kita semua agar tidak berasa lemah dan terhina selagi kita beriman.

4- Jangan lemah, jangan sedih! Di Turki dan Mesir, serta rantau ini, Medan Tahrir adalah tempat kamu mengangkat wajahmu. Penuh bangga kerana kamu Misri.

5- Kita warga rantau ini tidak akan membiarkan kesedihan dan kezaliman membelenggu kita.

6- Semua sejarah rantau ini yang menjadi kebanggaan kita. Semangat Salahuddin Al-Ayubi akan kita lakarkan kembali. Dan kita sedang melakarkannya.

7- Sempadan yang dilakar oleh pena politik tidak akan menyekat kasih sayang dan ukhuwwah kita.

8- Kita di wilayah ini dalam sejarah yang dikongsi bersama selama ini perlu berpanjangan dan berterusan.

9- Apa yang sedang berlaku hasil revolusi Mesir adalah pada mengembalikan wilayah ini ke sifat asalnya yg bertamadun tinggi dan penuh kemuliaan.

10- Apabila Turki menjadi kuat, Mesir juga akan bertambah kuat. Dan kekuatan Mesir menambahkan kekuatan Turki. Kita adalah kekuatan utama di wilayah ini.

11- Turki menyediakan seluruh keupayaan kami untuk membantu rakyat Syria di sempadan.

12- Menjadi kewajipan kemanusiaan dan.keagamaan untuk kita membantu. Termasuk Saudi, Jordan dan Negara Teluk. Mesti berganding bahu membantu.

13- Sistem yang dipakai di peringkat antarabangsa untuk mengekalkan keamanan tidak berfungsi, United Nations gagal. Turki melihat perubahan mesti dilakukan pada sistem itu, di peringkat fundamental.

14- Seluruh dunia dengan sistem itu bersidang untuk pelbagai isu, tetapi apabila tiba isu Syria dan Palestin, tiada keputusan konkrit yang terhasil.

15- Kita bercakap dalam dua bahasa yang berbeza tetapi kita saling memahami kerana bahasa hati kita adalah bahasa yang sama, kerana mengimani perkara yang sama.

Sama-sama kita doakan agar pemimpin dunia Islam bersatu menyelesaikan Isu Palestine, Syria, Rohingya dengan lebih konkrit dan bertindak seperti yang diperkatakan. Ingatlah, umat Islam itu laksana 1 badan. Andai kaki berasa sakit, 1 badan akan mengerang kesakitan. Andai Muslim Gaza menderita kesakitan, keseluruhan Muslim di seluruh dunia wajib bangkit menyatakan sokongan. Berdoalah.. Berdoalah.. Berdoalah..

Terjemahan ucapan Erdogan oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil


#PrayForGaza
 
 
 "I am telling the Zionist oppressors that if you insist on your aggressions, you will face the consequences of your mistakes, you and those who you think are p
rotecting you... I am saying to Israel stop, or you will face the anger of Egyptians... Our souls are striving for the holy lands... Everyone must know that the will and abilities of Egypt could take out the roots of evil just like it took out the roots of oppression... Read history and you would know that you will never become victorious... There will be no peace or prosperity with oppression, as the bloods of victims will be a curse on you and will move all nations against you... The Zionists shall not have power over the people of Gaza, and we are not going to leave Gaza alone." 
- President Mursi, Friday night.

IKRAM Mesir 2012
Source : Sheikh. Waleed Abdulhakeem







::shout box!::

"masing-masing Kami anugerahkan mereka itu dan mereka ini pun dengan pemberian Tuhanmu. Pemberian Tuhanmu tiada terlarang (kepada sesiapa jua pun)"