viewers

Thursday, January 15, 2009

I'm so SORRY and I wish I'll be a BETTER person~~




It's 357am, on January 15th when I woke up from a terrifying, horrible nightmare. Something ridiculous but of all, it's about how bad I've been and it's so-so-so frightening to wake up from this kind of dream. As I woke up, all I said is apologize and another apologize. I hate of being myself to be such an un-mannered individual. I wanna cry and ask forgiveness from all of people I made my mistakes to. I'm so sorry and I wish that I can make it better next times. To all of the ones that I've done something worse to, I'm really sorry and I'm really sorry. It's like my soul is punished for doing something bad like that towards some other people. I feel so bad and just hoping that I could do something on it while I know that I could not do so- I'm sorry and I hope I could turn the time back and then everything is never happen. I'm so sorry!


"Lalu bangunlah ia daripada mimpi yang amat gerun. Menangis dan mengongoi kesedihan dan ketakutan akan kesilapan yang dilakukannya. Lalu muncul rasa sedar akan kelemahan dan kekurangan dirinya sebagai manusia. Berharaplah ia menjadi seorang yang lebih baik dan memohon ampunlah dia daripada tipu muslihat yang bersarang dalam perjanjiannya. "

To those which were specifically there in my dreams and 'told' me how bad I've been, I'm so sorry.
One of them, my 'brother', himself.

Sunday, January 11, 2009

JUST A REMINDER


Just hoping that you'll keep this thought in your mind for always. Read and understand it well.

How long it has been since the last time you contact your family or friends just to say at least hi?
Have you ever thinking of what they're doing now?
Is anything happen to them now that you should know but you don't?
How are they doing now?


A little thing you should NEVER take for granted ever in your life, is free yourself to do so. At least drop by and say hi, how are you today, are you doing fine, something like that.

There's something I want to share with you about APPRECIATION. Let call this week as the APPRECIATION WEEK for yourself deliver your respect and thankfulness to the people you love and care about.

What should you do?


Call or text them and say hi. Thanks them.


Give them a gift. It could be anything and give it for no reason but just to appreciate them for being exist in your life.


Ask them how could you help them on something you might. To show your gratitude may be.


Make them smile. Make them laugh and happy.


Make their problems solved if you could.


Write something honest and meaningful like poem or word spell or something.


Simply tell them how great your life is to have them in it.











Take your time to thanks and appreciate them before it's too late. Your days or theirs are never guaranteed to remains forever. So, spill it now!

Friday, January 9, 2009

Apa yang lebih penting?

Macam-macam! Pening dibuatnya. Kadang-kadang sakit kepala ni macam terlebih-lebih. Maklumlah, exposure terhadap pelbagai jenis chemical and makanan kureeng khasiatnya memang banyak. Memang sakit kepala! Macam nak pecah jadinya. Lagi pula kaki kiri ni selalu lenguh. Mula-mula rasanya kat betis je. Kemudian lutut. Akhir sekali, peha pun turut berjangkit. My kidney might be in problem as well. Sakit. Dan yang paling tak tahan, of course this head. So witched! I'm cursed or what?! Must be strong! Ada banyak benda nak dibuat. Gosh~~



And..sedikit cerita politik. Hari ini penamaan calon untuk pilihanraya kampus. Really..these people need to think wisely. Either you're kerajaan or pembangkang side, me as the people, the warga kampus, only see to what you can do, not to what you promise to do. Oh..tiba-tiba pasal politik ni melantun keluar daripada otak sedarku ini sebab ada yang request. So, I don't really mind you're at which party or group of political background. Yang penting, semua bakal-bakal pemimpin ni kena ada rasa dan usaha nak jaga kebajikan warga kolej. Speaking of politic things ni, samalah juga our political parties di Malaysia. Fikir sangat untuk menang pilihanraya sampai sanggup buat apa lah sahaja yang mampu. Canang itu ini, sembur itu ini,kenapalah mereka yang bijak pandai ni tak fikir, yang pentingnya kebajikan dan usaha membangunkan negara. Tutuplah kes-kes yang pelbagai tu. Kami senyap saja. Maka, selamat berjaya kepada semua yang bertanding dan be honest. Stop doing silly things and focus to give your best for the students!! Cukuplah. Ini tidak, setiap penggal, every group yang pegang jawatan macam orang bisu. Mana suara yang memekik dan melalak suruh undi dulu bila kami, warga kampus ini mahu menyampaikan aduan atau tertimpa dek masalah di UKM (Un. Kaut Money--memetik kata-kata seorang hamba Allah ni). So, All The Best!

Lagi, cuba jawab sikit, ada tak siapa-siapa yang anda tak tegur sekarang nih? Gaduh ke? Atau ada selisih faham? Ni nak cerita pasal kes-kes selisih faham or tiba-tiba tak menegur nih. Kadang-kadang kan kita tak tahu pun kenapa boleh gaduh tiba-tiba ni. Lagi-lagi kes silent mode--tiba-tiba je tak menegur. Diam. Masam. Tak bercakap. Bagai dibutakan mata, dipekakkan telinga dan dibisukan mulut. Amat menyakitkan hati. Lagilah bila kita dah cuba yang terbaik nak berbaik and at the same time try our best nak tebus kesalahan kita (yang actually tak tahu pun apa kesnya), dia buat "deeekkk" je. Nak ajak borak, not 'my style' la pulak kononnya. Ceih, amat menyakitkan jiwa raga! My advices are:

--Firstly, IGNORE!
-----bukannya tak sayang member or berasa banyak sangat pahala nak sambung pertelingkahan, tetapi, kalau seseorang sebegini payah wujud kat dunia, dan sering kali meng'IGNORE'kan kewujudan kita, seriously, you need break and just shut up and ignore him/her! Banyak kelebihannya. Satunya, taklah kita membazir masa terhegeh-hegeh mengharap untuk berkawan dengan orang yang tak nak kawan dengan kita. Don't be offended ok!!!I'm a very good friend. I can gerenti lah. MiC ni kawan je dengan semua jenis orang, janji don't put me as what you're. I'm as what I'm.



--Second, DON'T GET INVOLVE!
-----cuba jangan selalu sangat terlibat dengan sesuatu berkaitan orang tersebut. Kalau dia in some place that you're, feel free to be AWAY of him/her. Kalau boleh la, janganla sampai solat dalam masjid yang sama pun nak keluar. Tengok keadaan. Alasannya, kalau dia ada, semakin meningkatlah darah tinggi dan migrain melihat karenah dan muncung panjangnya. Kalau pasti dia memang tak dapat diselamatkan lagi, bolehlah putuskan hubungan terus melalui segala jenis perhubungan moden atau pun konvensional supaya terpisah jauhlah. Kalau degil juga, nanti bersiap sedialah ditahan di wad sakit mental 5tahun! Tak pun nanti rasa macam tempat tu dipenuhi warna hitam. Oit..mana dinding? Gelap!!



--Third, STRONG and LEARN
-----strong=maksudnya kuat. Segala kemungkinan adalah pasti. Ada sesetengah kes yag dilaporkan, orang-orang sebegini sanggup hasut kawan-kawan rapat kita supaya kita tak ada teman dah. Ya Allah. Kenapalah manusia ini kejam sangat! Apa-apa terjadi, kena kuat semangat dan pandai sesuaikan diri. Kena percaya setajam mana pun senjata yang digunakan, hati dan semangat kita tak lut punya! Biarlah apa yang dicanang berulang, kita kena tetap percaya yang ikhlas dan niat baik kita akan mengukuhkan apa yang ditetak tu. Apa-apalah!


-----learn=maksudnya kena belajar. Setiap manusia ni, sebagus mana pun dia kena belajar sesuatu yang lebih daripada yang mereka tahu supaya dapat hidup. Bila terjadinya kes-kes sebegini kita kena belajar benyak perkara:
(SATU)elakkan pertelingkahan sebegini terjadi lagi tak kisah lah dengan siapa-siapa pun..hormat dan hargai apa yang dimiliki.

(DUA)grab the opportunities sebaiknya. Yakinkan setiap teman anda tentang keikhlasan anda. Jangan sampai individu-individu tertentu memanipulasikan keadaan.

(TIGA)be thankful. Mungkin kita kehilangan seorang teman, tetapi dalam masa yang sama kita masih punyai teman yang lain. Janganlah duk fikir sangat pasal yang dah lepas tuh.

(EMPAT)jangan jadikan sikap yang tersebut itu anda aplikasikan dalam kehidupan seharian. Sebab anda pun akan kehilangan kawan nanti. Sebagai mana sakitnya anda rasa, sebegitu juga mereka akan rasa. Jadi, kawal sikap anda!
-sebenarnya, apa yang lebih penting adalah USAHA dan DOA. Jika niat kita betul-betul nak berkawan dan memang orang dah tak nak. Biar je lah. Setiap hari, setiap kali habis solat doa supaya Allah bukakan pintu hati orang itu. Atau pun paling tidak pintu hati anda sendiri dibuka supaya nampak salah silapnya. Dah usaha, biarlah DIA yang tentukan. Tak perlu salahkan sesiapa. Satu lagi, jangan terlalu desak diri sebab sebaik mana pun kita nak kawan-kawan kita suka berkawan dengan kita, lagi penting hati dan perasaan kita sendiri. Kawan yang baik tahu menjaga hati kita juga. Tahu hargai dan hormati kita juga. Samalah kita hormat, hargai dan jaga hati mereka. Tahu?

Maka, apa yang lebih penting?

Doakan bumi Palestin dilindungi Malikirrahman daripada kekejaman rejim Zionis


Friday, January 2, 2009

::EMOSi::TEMAN::HIDUP

akU iNgiN mEnyANyi dALaM rUaNg nAFaS yAnG kiAn hAbiS iNi..
mEsKi akAN mEnEngGeLAmkAn sUaRa yAnG rAMai iTu..
aKu mAhU mEnAnGiS dAn tErEsaK2 dALaM kEkoSOnGaN dAN dERitA iNi..
mEsKi aKaN mEngEJutKaN tEmAn2kU dALam LeNa mEReKa yAnG sEnyAp itU..
kErnA tiAdA aPa pUn LaGi yAnG tErtiNgGAL UtKkU..
kEcUALi sEoRAnG tEmAn yAnG iNi--

-PENGHUJUNG by Hanam Hamid

EMOSI--ialah gambaran yang paling benar dan yang paling ikhlas tentang apa yang kita rasa dan apa yang kita alami. EMOSI ialah perkataan yang dungkapkan tanpa ada suara yang perlu wujud. EMOSI ialah gerak diri dan naluri yang bangkit tanpa perlu difahami dan dihayati. EMOSI ialah cerminan dan bayangan yang tidak perlu didengari atau diperhati. EMOSI ialah cebisan perasaan yang lahir kerana sesuatu yang berharga seseorang itu miliki. EMOSI ialah suara yang tiada madah, hati yang tiada salah, dan akal yang tiada helah. EMOSI ialah diri ini sendiri.

cUkUp bERaNikAh aKu mEnGhAdApi mAtAhARi tUhAn?
mEniti bArA hidUp dEnGAn tAbAh,
mELoNtAr mAtA hAti dALaM eRti hidUp,
mEnAbAhkAn jiWa,
mEnGhAdAnG aiR mAtA dARipAdA tUmpAh,
mEnErUSkAn LaNgkAh tiKa kAkiKu LuMpUh,
mEnOLaK bAtA-bAtA tEmbOk di hAdApAnKU,
mAmPukAh?

-CIPTAAN TERULUNG by Hanam Hamid



TEMAN--ialah nama atau gelaran bagi seseorang atau sesuatu yang ada dan sentiasa ada di samping kita. TEMAN ialah kelengkapan bagi yang ada dan yang kurang kepada yang kurang dan yang ada. TEMAN ialah bilangan yang sedikit atau pun yang banyak dan tidak berkurang keadaannya sama ada berubah atau pun tidak bilangan yang bertentangan ciri dan sikapnya. TEMAN ialah cahaya yang mengisi kekosongan dan kegelapan. TEMAN ialah suatu bentuk yang kekal dan teguh abadi pada tempatnya. TEMAN ialah jasad yang akan tertinggal apabila jasad yang lain hancur dan luluh. TEMAN ialah jiwa yang tiada dalam diri kita, hati yang tidak kita miliki, roh yang tidak mengemudi kita, dan anggota yang tidak akan bercerai daripada kita. TEMAN ialah dia atau pun mereka yang ada di sisi kita tatkala ini.

jALaN hidUp yAnG sEbEnAr,
adA oNaK dAn onAr mELiNgkAri di hAdApAn kitA,
adA LoRoNg-LOrOnG bEnGkOK mEnANti kitA,
AdA kEGeLaPAn mEnEMaNi sEpAnJaNG pERjALaNan kitA,
aDa kErUNgSiNgAn yANg mEnyELiMUti kEMbArA kitA,
adA bEcAk dAn LEcAh bErSeMbUNyi di bAwAh kAki kitA,
ADa kEriKiL-kEriKiL tAjAm yANg mEmERhAti LaNGkAh LeWA kitA,
adA ribUAn aRaL mENuNgGu,
sEnyAp dAn LiCik.

-JALAN HIDUP by Hanam Hamid


HIDUP--ialah riwayat atau kisah yang bermula dengan permulaan dan berakhir dengan penutupnya. HIDUP ialah suatu plot cerita yang punyai konflik dan peleraian. HIDUP ialah udara kepada nafas yang dihela. HIDUP ialah sekolah kepada pelajar-pelajarnya. HIDUP ialah kuah dalam gulai, tumisan dalam sambal, isi dalam kuih, dan air dalam minuman. HIDUP ialah ombak kepada pantai, yang berhempas dirasakan kuat, tetapi wujud untuk menjadikan pantai itu berpasir. HIDUP ialah gelas yang berisi air atau pun kosong. HIDUP ialah jalan yang tidak kita nampak penghujungnya. HIDUP ialah naskah yang hanya boleh dibaca daripada depan ke belakang dan daripada sini ke depan semula, tetapi tidak dapat dibaca akhirnya tanpa dibaca awalnya. HIDUP ialah hutan yang bermula di tengah dan berakhir dalam mana-mana arah. HIDUP ialah teman yang paling setia selagi kita hidup dan bernyawa. HIDUP ialah rumah di mana kita menghuni dan tak dapat kita jauhi. HIDUP ialah tempat di mana kita kini berdiri.

cAhAyA yANg adA kitA gELitAkAn,
kEnApA pErLu kitA sENgkEtA?
kEnApA pERLu kitA pAdAMkAn pELitA?
adAkAH kErAna,
kitA sUdAh sEdiA mEnANti,
mENtARi tErbit di sEbALiK bArAt?

-GELODAK by Hanam Hamid

Thursday, January 1, 2009

LANTERA TIMUR: Siti Nurhaliza, Harmoni dan Irama Kita!



Bagai ada kurangnya. Dibandingkan album yang berbentuk serupa, masih ada sedikit rencah yang tak digaul sebati dalam album Lantera Timur ini. Bahkan, aura yang dibangkitkan Siti Nurhaliza, pemilik suara unik nusantara ini dalam Sanggar Mustika tidak begitu ketara dalam album ini.

Namun, muzik yang digarap dalam album ini serasi dengan motif kontemporari. Jika dilihat pada kulit albumnya, bagai ada kecelaruan tema yang dibawa tetapi akhirnya terjawab sebaik selesai menghayati komposisi album ini. Variasi irama dan lagu yang dimainkan seiring dengan lenggok suara penyanyinya begitu menjadi. Keberanian Siti dan hasil produknya harus dipuji. Malah kekaguman sifu M.Nasir akan usaha Siti dalam Lantera Timur berada pada tempatnya. Lihat saja pada kepelbagaian dan keunikan setiap lagu yang dipilih. Ada sentuhan oriental dalam Ada Masa Mata, ada ala-ala lagu rakyat dalam Bintang Malam, ada jiwa sentimental klasik dalam Bulan Yang Mesra, ada rentak etnik kontemporari dalam Cinta Ini, ada rencah ghazal dan balada dalam Kayangan Kita, ada sulaman samrah dalam Di Taman Teman, ada irama padang pasir yang unik dalam Jelmakan Ayumu, ada gaya pop zapin yang rancak diiring dalam Senyum Minang Manis, ada gaulan seloka dan irama tradisional yang kemas dalam Seloka Budi, ada perisa joget dalam Joget Menanti Kasih dan irama Melayu dalam Rasa Antara Kita.

ari segi vokal, Siti kekal terbaik. Lenggok yang kemas dan cantik. Nota rendah dan tinggi yang tepat letaknya serta mainan emosi yang sempurna.
Pilihan saya, hampir semuanya melekat baik di halwa telinga. Sedap dan cantik. Di Taman Teman, nukilan Fauzi Marzuki dan Hairul Anuar Harun merupakan pilihan yang baik. Serta lagu ciptaan Katon Bagaskara, Cinta Ini dan Jelmakan Ayumu (Pak Ngah). Juga, Bintang Malam (Johan Nawawi/Amran Omar), Senyum Minang Manis (Zul Mahat/Abot), Seloka Budi(Adnan Abu Hassan/Azam Dungun) & Joget Menanti Kasih (S.Atan/Habsah Hassan).

Bagi merangkul Anugerah Album Etnik Terbaik, Lantera Timur sudahpun menempah tempat. Tahniah Siti, tahniah SNP!

::shout box!::

"masing-masing Kami anugerahkan mereka itu dan mereka ini pun dengan pemberian Tuhanmu. Pemberian Tuhanmu tiada terlarang (kepada sesiapa jua pun)"