viewers

Friday, January 9, 2009

Apa yang lebih penting?

Macam-macam! Pening dibuatnya. Kadang-kadang sakit kepala ni macam terlebih-lebih. Maklumlah, exposure terhadap pelbagai jenis chemical and makanan kureeng khasiatnya memang banyak. Memang sakit kepala! Macam nak pecah jadinya. Lagi pula kaki kiri ni selalu lenguh. Mula-mula rasanya kat betis je. Kemudian lutut. Akhir sekali, peha pun turut berjangkit. My kidney might be in problem as well. Sakit. Dan yang paling tak tahan, of course this head. So witched! I'm cursed or what?! Must be strong! Ada banyak benda nak dibuat. Gosh~~



And..sedikit cerita politik. Hari ini penamaan calon untuk pilihanraya kampus. Really..these people need to think wisely. Either you're kerajaan or pembangkang side, me as the people, the warga kampus, only see to what you can do, not to what you promise to do. Oh..tiba-tiba pasal politik ni melantun keluar daripada otak sedarku ini sebab ada yang request. So, I don't really mind you're at which party or group of political background. Yang penting, semua bakal-bakal pemimpin ni kena ada rasa dan usaha nak jaga kebajikan warga kolej. Speaking of politic things ni, samalah juga our political parties di Malaysia. Fikir sangat untuk menang pilihanraya sampai sanggup buat apa lah sahaja yang mampu. Canang itu ini, sembur itu ini,kenapalah mereka yang bijak pandai ni tak fikir, yang pentingnya kebajikan dan usaha membangunkan negara. Tutuplah kes-kes yang pelbagai tu. Kami senyap saja. Maka, selamat berjaya kepada semua yang bertanding dan be honest. Stop doing silly things and focus to give your best for the students!! Cukuplah. Ini tidak, setiap penggal, every group yang pegang jawatan macam orang bisu. Mana suara yang memekik dan melalak suruh undi dulu bila kami, warga kampus ini mahu menyampaikan aduan atau tertimpa dek masalah di UKM (Un. Kaut Money--memetik kata-kata seorang hamba Allah ni). So, All The Best!

Lagi, cuba jawab sikit, ada tak siapa-siapa yang anda tak tegur sekarang nih? Gaduh ke? Atau ada selisih faham? Ni nak cerita pasal kes-kes selisih faham or tiba-tiba tak menegur nih. Kadang-kadang kan kita tak tahu pun kenapa boleh gaduh tiba-tiba ni. Lagi-lagi kes silent mode--tiba-tiba je tak menegur. Diam. Masam. Tak bercakap. Bagai dibutakan mata, dipekakkan telinga dan dibisukan mulut. Amat menyakitkan hati. Lagilah bila kita dah cuba yang terbaik nak berbaik and at the same time try our best nak tebus kesalahan kita (yang actually tak tahu pun apa kesnya), dia buat "deeekkk" je. Nak ajak borak, not 'my style' la pulak kononnya. Ceih, amat menyakitkan jiwa raga! My advices are:

--Firstly, IGNORE!
-----bukannya tak sayang member or berasa banyak sangat pahala nak sambung pertelingkahan, tetapi, kalau seseorang sebegini payah wujud kat dunia, dan sering kali meng'IGNORE'kan kewujudan kita, seriously, you need break and just shut up and ignore him/her! Banyak kelebihannya. Satunya, taklah kita membazir masa terhegeh-hegeh mengharap untuk berkawan dengan orang yang tak nak kawan dengan kita. Don't be offended ok!!!I'm a very good friend. I can gerenti lah. MiC ni kawan je dengan semua jenis orang, janji don't put me as what you're. I'm as what I'm.



--Second, DON'T GET INVOLVE!
-----cuba jangan selalu sangat terlibat dengan sesuatu berkaitan orang tersebut. Kalau dia in some place that you're, feel free to be AWAY of him/her. Kalau boleh la, janganla sampai solat dalam masjid yang sama pun nak keluar. Tengok keadaan. Alasannya, kalau dia ada, semakin meningkatlah darah tinggi dan migrain melihat karenah dan muncung panjangnya. Kalau pasti dia memang tak dapat diselamatkan lagi, bolehlah putuskan hubungan terus melalui segala jenis perhubungan moden atau pun konvensional supaya terpisah jauhlah. Kalau degil juga, nanti bersiap sedialah ditahan di wad sakit mental 5tahun! Tak pun nanti rasa macam tempat tu dipenuhi warna hitam. Oit..mana dinding? Gelap!!



--Third, STRONG and LEARN
-----strong=maksudnya kuat. Segala kemungkinan adalah pasti. Ada sesetengah kes yag dilaporkan, orang-orang sebegini sanggup hasut kawan-kawan rapat kita supaya kita tak ada teman dah. Ya Allah. Kenapalah manusia ini kejam sangat! Apa-apa terjadi, kena kuat semangat dan pandai sesuaikan diri. Kena percaya setajam mana pun senjata yang digunakan, hati dan semangat kita tak lut punya! Biarlah apa yang dicanang berulang, kita kena tetap percaya yang ikhlas dan niat baik kita akan mengukuhkan apa yang ditetak tu. Apa-apalah!


-----learn=maksudnya kena belajar. Setiap manusia ni, sebagus mana pun dia kena belajar sesuatu yang lebih daripada yang mereka tahu supaya dapat hidup. Bila terjadinya kes-kes sebegini kita kena belajar benyak perkara:
(SATU)elakkan pertelingkahan sebegini terjadi lagi tak kisah lah dengan siapa-siapa pun..hormat dan hargai apa yang dimiliki.

(DUA)grab the opportunities sebaiknya. Yakinkan setiap teman anda tentang keikhlasan anda. Jangan sampai individu-individu tertentu memanipulasikan keadaan.

(TIGA)be thankful. Mungkin kita kehilangan seorang teman, tetapi dalam masa yang sama kita masih punyai teman yang lain. Janganlah duk fikir sangat pasal yang dah lepas tuh.

(EMPAT)jangan jadikan sikap yang tersebut itu anda aplikasikan dalam kehidupan seharian. Sebab anda pun akan kehilangan kawan nanti. Sebagai mana sakitnya anda rasa, sebegitu juga mereka akan rasa. Jadi, kawal sikap anda!
-sebenarnya, apa yang lebih penting adalah USAHA dan DOA. Jika niat kita betul-betul nak berkawan dan memang orang dah tak nak. Biar je lah. Setiap hari, setiap kali habis solat doa supaya Allah bukakan pintu hati orang itu. Atau pun paling tidak pintu hati anda sendiri dibuka supaya nampak salah silapnya. Dah usaha, biarlah DIA yang tentukan. Tak perlu salahkan sesiapa. Satu lagi, jangan terlalu desak diri sebab sebaik mana pun kita nak kawan-kawan kita suka berkawan dengan kita, lagi penting hati dan perasaan kita sendiri. Kawan yang baik tahu menjaga hati kita juga. Tahu hargai dan hormati kita juga. Samalah kita hormat, hargai dan jaga hati mereka. Tahu?

Maka, apa yang lebih penting?

Doakan bumi Palestin dilindungi Malikirrahman daripada kekejaman rejim Zionis


No comments:

::shout box!::

"masing-masing Kami anugerahkan mereka itu dan mereka ini pun dengan pemberian Tuhanmu. Pemberian Tuhanmu tiada terlarang (kepada sesiapa jua pun)"