viewers

Wednesday, March 30, 2011

Sunyi

another short note version.

malas nak menulis. (macam mana lah nak siapkan artikel2 lepas yea...buntu!)

Just A Stick-note to date:
1. saya masih sangat sibuk. bukan rajin. nanti orang kata berlagak. cuma busy sangat dengan 'kerjaya'. bacterial infection baru mula balik. gonna take more than 3days. plus the existence workloads, adoyaiii..
2. all i need now; rest, sleep, and more me-enjoying-the-day time.
3. mana kawan2 ni? rasa lama dah tak dengar khabar. semua pun busy barangkali.
4. SUNYI. sunyi yang amat.
5. dalam hati: bilalah nak dapat kerja permanent macam orang lain nih~ (muka penat)
6. honestly, member dua org tu xde, sunyi bertambah-tambah.
7. nak menulis, tapi xde mood. seyes!
8. nak tengok citer CUN. bukan sebab remy, bukan maya. tetapi Faezah Elai. hehe--
9. eh, dgr kata member tu dh pergi interview lg. murah rezeki dia sejak berhenti kerja nih. aku? haih~
10. sunyi. sunyi sangat2.
11. bila nak gi buat passport and all nih? busy sgt BFF nih!
12. dengar khabar, ramai yang sakit dan meninggal. tak sangka2. entah2 esok lusa turn aku. ya Allah, I miss You!
13. rumah atas ni berhantu ke? bunyi2 pelik tgh2 mlm..
14. sedap gak lagu Kasih Berubah ni.
15. sunyi. kesit je. kan? cengkerik pun xde bunyi.
16. sedih tgk Desperate Housewives semalam. Alah, yg masa member dia mai ingat ditawar jadi Interior Designer, tp rupa2nya sbgai Nanny je. sian bila dua2 confess feeling msing2.
17. dalam hati: penuh dengan kekosongan.
18. Hanam The IV nak emerge dah?
19. oh ya, album Westlife The Number Ones Tour. best2! Footloose terbaek!
20. nape rasa sunyi sepi nih??
21. tak mintak banyak. cuma seorang kawan yang sentiasa ada.
22. dah letih membebel.
23. sakit. kalau dah sampai masa aku, takpe, aku redha. :)

"Hilang Dalam Ramai."

Tuesday, March 29, 2011

Hati Kecil : Unfair Silence


it's unfair when we have to be silent when people keep blaming us for something we didn't do any wrong,
because they never try to understand the situation that happens.
because they never realize it's them to be blamed but they never admit.
because they ask for the reason only they have the answer.
because they tell us today which they will always never satisfy till tomorrow.
because they think we are making mistakes, but we know that it's theirs.
because they say world changes us although they are making it differently.

it's unfair. because we choose to be silent. we have to be silent.
because we know, saying somethings out of it will make it even worse.

it's unfair, because we have to take the blame.
it's unfair because we are the only one to take the blame.
and no matter what it happens, we gotta say one only thing:
"yes, you can put the blame on me"
even when we don't really want it.

Monday, March 28, 2011

This Is A Short Notice!

Sangat busy ketika ini!
(plus malas yang bercampur-campur..)

Banyak benda nak share. Tambahan idea mencurah-curah memasuki ruang kepala:
1. Family Day last saturday..
2. Busy with current project yg kena repeat ngn bakteria baru~
3. Ada 2,3 drafts blog nak di-post-kan, tapi semua tak cukup lengkap lagi. Takut, at last xpost je..
4. Oh, kena catch up Kisah Sang Penglipur Lara lagi. Uh, idea berlambak pun xsempat!
5. Sunburn family day...damn! Mujur menang dpt no.2!
6. Oh ya, best shopping malam before Family Day ngan Hafiz Fikri. Banyak duit kopak!
7. Contract renewed! Tapi this month gaji separuh. Damn lagi!
8. Jumaat lepas, birthday party for me, and Dr. Norliza..seronok! Roti Jala 'Bunga' Raya.
9. Have I told you, dah daftar mengundi..yeah!
10. Eh, banyaknya lagi nak tulis!!! Nantilah!


I thought this is a SHORT notice!

p/s: gambar** ni aku edit balik dpd shoot last year Pesta Flora. Eh, bila nak beli DSLR niih! Please someone belanja saya!!

**gambar berkenaan xley upload since quota broadband dah penuh..hahah! another infor to be shared!lagi damn!

Wednesday, March 23, 2011

Review : NAMANYA HANYA KHALIF.



NAMANYA HANYA KHALIF.

This is a story all about him. Tiada sebab kenapa dia, selain rasa ingin berkongsi tentangnya.

Is he special?

No, he’s not. He just an ordinary person like the others.

Then, why do we write entirely about him?

Because I like to do this. It’s fun. (regardless the RM20 as he promised).

First to al, here he’s:


Who is he?

Saya kenal Khalif atau nama sebenarnya Muhammad Khalif Samsudin sebab kami sama-sama belajar satu praktikum di kolej matrikulasi dulu. Dia ok. And he likes orange colour. And number 1. Or maybe he liked them. I don’t know.

His Blog:

1. He call it Carl Samsudin. And honestly, I like it more as Khalif Samsudin than Carl Samsudin. Or Caliph, Kalip, Kalep, Carlief, any others. But this is personal right? So, nice name. Actually, how did you get that name?

2. I used to follow his blog years ago. I still remember his blog header promoting his girl and smoking behaviour. And until recently, his blog header getting much simpler and basically, less complicated doesn’t mean prettier than the before. Honestly, I like the previous one more than the later one. Except the smoking part.

3. Overall design. Ok. I love systematically built up blogs. And, design yang biasa-biasa is fine. Selagi boleh baca okla. Kemas. I like it!

4. Warna. Ok lah. Simple but nice.

5. Contents. The most important things—

a. INFORMATIF. Kebanyakkan entry-nya bersifat informative. Memberi maklumat yang kadang-kadang tak terjangkau dek akal kecil kita. Bila baca tu kadang-kadang kita terfikir sendiri: “Eh, yelah...”

> http://carlsamsudin.blogspot.com/2011/03/why-marijuana-is-illegal-but-cigarette.html

b. TIPS & PETUA. Banyak perkara dalam hidup ni, saya kira Carl Samsudin suka kongsikan bersama kita. Tips dan petua yang diberikan memang bermakna. Paling penting, petua itu datangnya daripada pengalaman beliau sendiri. Pada saya, jika seseorang mahu berkongsi sesuatu, hendaklah dia terlebih dahulu merasainya. Masakan kita tahu masam masinnya garam kalau tak tersentuh dek lidah sendiri, bukan?

> http://carlsamsudin.blogspot.com/2011/03/tips-mendapatkan-buffered-earning-from.html

c. MISTERI dan PERSOALAN. Part ni sesetengah orang suka baca sebab dah lumrah kita sukakan sesuatu yang kita tak tahu dan berfikir ke arahnya. Dia ni pun pandai yea cari tajuk! Haha..

> http://carlsamsudin.blogspot.com/2011/03/hempap-menghempap-ketika-tidur.html

d. KONTROVERSI. Selain terarah kepada public figure seperti artis (dan ahli politik?), kadang-kadang beliau suka sangat menulis isu-isu yang berkontroversi sebegini. Isu-isu yang menjadi teori2 pemikir ekstremis. Isu yang pada pandangan sesetengah kelompok sebagai remeh dan mengarut, sebaliknya sesetengah lagi mempercayai injuksi konspirasi dan “planning new world order”. Betul ke Carl? Ada siasat??

>http://carlsamsudin.blogspot.com/2011/03/sejarah-kematian-micheal-jackson-islam.html

e. FOTOGRAFI. Serius, gua suka part ni! Good job man! Minat kita yang sama. Cuma ko je lagi expert! Projek Gadis tu terbaek! Cuma gua tengah tunggu bila How I Met Your Mother nak keluar nih!!

> http://carlsamsudin.blogspot.com/search/label/Projek%20Gadis

f. DIRI SENDIRI. Banyak-banyak post dalam mana-mana blog, gua rasa having us in it is the best article ever!

>..tak perlu link! Cari sendirik!<

FAVE ARTICLES:

>>> http://carlsamsudin.blogspot.com/2011/02/readers-suka-baca-pasal-apa.html

(Cuma part yang agama tuh aku rasa len macam sket. Plus, aku suka poin nombor 4 tu. Oh, akulah antara orang yangmengarut lah ni. Lu macam mempergunakan readers lu lah. Penat readers lu linkan blog lu kat sidebar blog dia. Nak tunggu update dari lu. Tapi bila lu update tajuk nak kasi gempak. '1st nite with her'. But then bila readers lu bukak cite pasal lu pakai baju tertulis 1st nite with her. Memang nak kene penyepak satu! Lagi satu jangan lah tunjukkan diri korang tu pevert sangat dengan nak canang tajuk entry hang tu seghairah mungkin. Bodoh lah macam tu. *korang pernah perasan tak ada blogger-blogger macam ni?*”)

CONTRAS.

-Gua memang tak suka puji orang tanpa mengutuk sekali. Plus, gua memang suka kritik orang. So, awal-awal gua mau pesan, gua jujur bagitau apa gua rasa. Jangan marah naaa...

1. Facts. Sumbernya satu hal. Tapi kadang-kadang lu nyer entry sangat2 ekstrem, dan kadang-kadang gua sangat susah nak percaya. Bukan gua cakap salah, gua Cuma masih ak yakin. Dan percayalah juga, gua memang susah nak terima fakta-fakta dan stories yang luar daripada normalities dan kepraktikalan akal. Takpa, yakinkan lagi kami semua!

2. Owned. Ni pendapat peribadi gua. Gua lagi suka dalam blog lu, lu masuk banyak pendapat dan pandangan lu. Gua tahu banyak dah yang ada bahagian-bahagian gini Cuma kadang-kadang entry serius lu banyak sangat pengaruh luar. I wanna see Khalif Samsudin in each of it. Baru rasa close.

3. Too good to be true. Sebenarnya, aku suka je blog ko. Haha! Congrats bro! Aku setiap hari buka blog page ko. Sekarangla. Dulu aku xde internet. Sekarang selalu gakla....haha

TUNTAS.

Saya beri 4 bintang secara keseluruhannya. Suku lagi nak dapat separuh bintang bonus sebab effort yang bersungguh. Aku bangga and kagum dengan follower ko yg sangat ramai!!

p/s: tak pernah aku taip review sampai 3pages! And aku tak kesah ganjaran ko. Lagi2la nak suruh kau review blog2 aku, sebab aku tahu blog aku banyak kelemahan yang aku sendiri tak nak baiki. Nak banding ngan kau, macam nak bandingkan kereta kancil dengan kereta Ferrari la. So, tak yah risau reviewkan blog2 ak! Haha

PESANAN:

“Khalif, it’s not about the blog, but the man behind it (pernah dengar tak?). kalau aku boleh request, aku cuma nak baca banyak pasal kau dan pandangan kau yang lebih ‘kau’ dalamnya. Tu je.”

after all, your only name is just Khalif.

Sekian

Friday, March 18, 2011

Super Moon?

if you really read and kinda obsess upon the super moon, a critical theory of the moon closest to the earth, creating such a very powerful gravity forces which most probably affects the earth circulation and nature phenomenon, plus the global disaster that is believed responsible to the vast nature climatic havoc (including the Tsunami of Japan and so forth), try read this article first:

Clearly there's a lot of confusion about what's really a SuperMoon. I know, because I created and defined the term in an article published over 30 years ago. When I see people misrepresenting the idea, not really understanding it at all, I feel impelled - not compelled - to try and set the record straight. Words mean things, after all . . . For example, referring to the date of the last SuperMoon as 18 years ago - as several media reports are doing lately - is completely wrong. There are 4-6 SuperMoons a year on average. The one on March 19, 2011 is in fact the closest SuperMoon of the year, but it's not by any means the first one in 18 years, nor even the first extreme SuperMoon in 18 years. The truth is, March 19 will be the second SuperMoon this year, and we only have to go back to January 30, 2010 to find the last example of an extreme SuperMoon; as revealed in my tables published in the last century. There was a SuperMoon in effect February 12-21 this year in fact, which anyone who actually read my 2011 World Forecast Highlights would know. And I'm sure you're aware of the Christchurch earthquake that practically destroyed that city on the last day of that interval. (All my forecasts are in UT, which equates to February 22, 2011 New Zealand time. The Christchurch earthquake is now being called the worst in New Zealand history, a title formerly held by the Hawkes Bay earthquake of February 3, 1931 - another SuperMoon, in case you're keeping count.) I've done a few interviews on this subject already, for example on the Red Symons ABC Radio program in Melbourne, Australia; and in each and every case the contact was due to other sources writing about "supermoon" effects which do not fit within the parameters as I defined them more than three decades ago. Clearly, it's time to set the record straight. (This is a work in progress, in fact just the stub of an article I'm writing to clear up all the confusion - so check back often to get the whole story.)

SuperMoon is a word I coined in a 1979 article for Dell Publishing Company's HOROSCOPE magazine, describing a new or full moon which occurs with the Moon at or near (within 90% of) its closest approach to Earth in a given orbit. In short, Earth, Moon and Sun are all in a line, with Moon in its nearest approach to Earth. At any new or full moon, Earth and Moon and Sun are all in a line: Earth is in the middle in the full moon alignment, while the new moon happens with Moon in the middle. This coming together in an alignment is technically termed a syzygy. Sometimes - from a few times to a half-dozen times in a given year - these alignments also happen when the Moon is in its perigee, or closest approach to Earth. Astronomers call this very special alignment a perigee-syzygy. I call it a SuperMoon – which is a whole lot easier on the tongue. (My most recent print article on this subject appeared in the October-November 2007 issue of The Mountain Astrologer.)

SuperMoons are noteworthy for their close association with extreme tidal forces working in what astrologers of old used to call the sublunary world: the atmosphere, crust and oceans of our home planet - including ourselves, of course. From extreme coastal tides to severe storms to powerful earthquakes and volcanic eruptions, the entire natural world surges and spasms under the sway of the SuperMoon alignment - within three days either way of the exact syzygy, as a general rule. SuperMoon solar eclipses tend to have a wider sphere of impact, extending roughly a week before and after the actual event. And other lunar extremes (of declination, for example) can extend the geocosmic stress window by a day or two here and there in any case.

If you're interested in the history of SuperMoon alignments in connection with great storms, earthquakes and volcanic eruptions, you'll find a sampling of them in my book Interpreting Astrology (published by the American Federation of Astrologers). But a simple review of the news over the past few years should serve to get you acquainted. Take Hurricane Katrina, for example; spawned from a tropical depression formed within three days of the August 19 SuperMoon. My forecast for 2005 warned of severe storms within plus or minus three days of the day Hurricane Katrina formed, and even specified the Gulf of Mexico as one of the areas at risk in connection with that particular SuperMoon alignment. I've done this for over thirty years now, from articles in the astrology press to the online forecasts at my website, astropro. You can play along at home, using my handy tables of all 20th and 21st Century SuperMoon alignments. (You might even find that you were born under a SuperMoon.)

Examples of the SuperMoon connection with major storms and seismic events abound: the Mt. Pinatubo eruption, the largest volcanic event in the second half of the 20th Century, took place on June 15, 1991 (within three days of a SuperMoon); the October 6, 1948 Richter 7.3 earthquake that struck Ashgabat, Turkmenistan and took 110,000 lives, one of the deadliest earthquakes on record (again within three days of a SuperMoon, allowing for time zones); and the September 8, 1900 hurricane and tidal surge that struck Galveston, Texas on the day of a SuperMoon, which killed more people (8,000 dead) than any other Atlantic hurricane on record and remains the deadliest natural disaster yet to strike the United States. I'm just scratching the surface here, citing only a few historic instances in the past hundred years or so. Look a little deeper, and you'll run across literally hundreds more greater and lesser seismic and meteorological disturbances, from Hurricane Andrew in 1992 to the 1989 World Series (Loma Prieta) earthquake - just to name a couple contemporary notable examples.

More recently, there was the February 28, 2010 SuperMoon, which well illustrates the storm and seismic potential associated with this alignment. As described in my 2010 World Forecast Highlights, the geocosmic shock window associated with the February 28 SuperMoon ran "from February 25 through March 3," signaling a "newsworthy upsurge in moderate-to-severe seismic activity (including magnitude 5+ earthquakes and volcanic eruptions), plus strong storms with damaging winds and heavy precipitation; along with extreme high tides." My forecast described the alignment as "global in scope by definition," but with "special risk zones" including "west-central South America." If you don’t remember it, Google the freakish combination of a monster megathrust 8.8-magnitude earthquake in Chile, a Pacific tsunami, the “snow hurricane” in the Northeastern US, and hurricane-force killer winds in France - all happening at once on February 27.

Obviously it won't be the case that all hell will break loose all over the world within a few days either side of the SuperMoons of 2011. For most of us, the geocosmic risk raised by SuperMoon alignments will pass with little notice in our immediate vicinity. In the grand scheme of things, we may live on a little blue marble in space; but it’s still a rather roomy planet, after all. A SuperMoon is planetary in scale, being a special alignment of Earth, Sun and Moon. By the same token, it’s planetary in scope, in the sense that there's no place on Earth not subject to the tidal force of the perigee-syzygy. Of course, earthquakes and volcanic eruptions don't go wandering all over the planet. They happen in (mostly) predictable locations, like the infamous "Ring of Fire" around the Pacific plate. If you're in (or plan to be in) a place that's subject to seismic upheaval during a SuperMoon stress window, it's not hard to figure out that being prepared to the extent that you can is not a bad idea. Likewise, people on the coast should be prepared for extreme tidal surges. Severe storms on the other hand can strike just about anywhere, so it behooves us all to be ready for rough weather when a SuperMoon alignment forms. Astro-locality mapping each SuperMoon can help indicate areas of special risk, but the whole planet is in the bull’s eye when one of these geocosmic shock windows opens up. Don’t be paranoid – but don’t be complacent, either.

That said, there's no harm in making sensible preparations for this year’s SuperMoons. The worst that can happen, if the worst doesn't happen, is that you end up with a stock of fresh batteries and candles, some extra bottled water and canned goods, maybe a full tank of gas and an evacuation bag packed just in case. (The US Department of Homeland Security has a detailed evacuation kit inventory that, to quote them, "could mean the difference between life and death".) And maybe you'll think twice about being in transit and vulnerable to the weather hazards and delays that are so common during SuperMoon alignments. These are the kind of sensible precautions that can make a big difference if the worst does come to pass. It certainly will come to pass somewhere – hopefully far from you and me, but we can’t be sure of that.

If what you just read doesn’t sound anything like what you’ve been told to expect from a SuperMoon alignment, it’s because a great many people have played fast and loose with the term. I created it, I defined it, I should know. Don’t get me wrong, I’m far from the first person in history to notice the connection between lunar perigee-syzygy and powerful tides stirring up Earth’s atmosphere, crust and oceans.

Lunar perigee-syzygy was first brought to my attention in 1978, when I read Fergus Wood's Strategic Role of Perigean Spring Tides. Wood's treatise concentrates on the tide-raising power of perigee-syzygy, but upon reading it and digging into a bit of history, I quickly became convinced that this is a phenomenon of far more than tidal significance. And I also discovered that ancient astrologers and astronomers were not totally oblivious to the phenomenon. In the 2nd Century BCE, Hipparchus had noticed that the Moon appears larger at certain times of the lunar month, and reasoned that this was due to Luna being closer to Earth at such times - perigee, of course. A few hundred years later, Ptolemy focused on soli-lunar syzygies as keys to the cosmic equation: "There are certain particular consequences which result from the New and Full Moon." From Hippparchus pointing to lunar perigee and Ptolemy recognizing the importance of soli-lunar syzygy, it's a small step to putting the two together - and what you get is SuperMoon.

How much bigger does a SuperMoon full moon look, compared to a full moon that occurs with Luna at apogee (the most distant point from Earth in the Moon’s orbit)? Some critics have charged that you can’t tell the difference, which is just plain silly. A very close estimate of the difference in apparent size can be obtained from the ratio of the full moon’s distance at perigee, divided by the full moon’s distance at apogee. (The result from this method actually agrees to within less than one percent of the actual difference in apparent size as measured in pixels with a CCD.) Take for example the March 19, 2011 SuperMoon, at 356,577 km. away. Compare that to the 406,434 km. distance of the apogee full moon on October 12, 2011: 406,434/356,577 = 1.1398. This puts the Moon 13% (49,857 km.) closer to Earth on the March 19 SuperMoon than it is on the October 12, 2011 full moon. The intensity of light being the inverse square of the distance between a light source and an observer, squaring this ratio tells us how much brighter the March 19 SuperMoon appears in comparison to the October 12 apogee full moon: 1.1398^2 = 1.299, or 30% brighter.

While we’re on the subject of math, I’ve had questions from people who claim that my definition of SuperMoon is nonsensical because "the Earth-Moon distance is *always* "90% or greater of its mean closest approach". Sometimes, what appears to be nonsensical only seems so, because it's not understood. You could figure this out for yourself with a calculator, if you were so inclined. (They say it's better to light a candle than to curse the darkness, after all.) Maybe I can help.

Start with my table of lunar apogees and perigees for 2011. Notice the year's extreme apogee (406,655 km. on APR 2) and extreme perigee (356,577 on MAR 19). The difference is 50,078 km., and 90% of that difference is 45,070 km. Any syzygy which is closer than 406,655 km. - 45,070 km. = 361,585 km. qualifies as a SuperMoon, being at least 90% of the way to the closest Earth-Moon separation. Or use mean values, as given at Wikipedia: mean apogee 406,731 km. - mean perigee 364,397 km. = 42,334 km. * .9 = 38,101 km.; 406,731 km. - 38,101 km. = 368,630 km.; any lunation closer than 368,630 km. = SuperMoon.

Clearly, the Moon cannot be *always* at 90% or greater its closest mean approach, if in some cases it is less than 90% of that distance. Again, calculator time: the Moon on APR 2, being 50,078 km. farther than its closest approach to Earth of the year, is at 0% of that closest distance; while the Moon on MAR 19 is at 100% of that closest approach. (Seriously, so many of these critics are really only interested in criticizing - which they do without first bothering to know what they're talking about. But that's just the way skeptics are.)

Enter Astropro!
Richard Nolle, Certified Professional Astrologer
consultations/orders (AmEx/Discover/MasterCard/Visa) 1-800-527-8761
data/fax 480-753-6261 - email rnolle@astropro.com
Box 26599 - Tempe, AZ 85285-6599 - USA
on the World Wide Web at www.astropro.com

well, do email him for sure. it's you who speculate the idea of it.

p/s: World is much doomed already for the this kind of the-end-of-the-world disaster we love to theorize.

Monday, March 14, 2011

Happy Birthday, Hanam!


Happy Birthday, Hanam!
It's your 23rd years old on earth!
Thanks everyone!

Friday, March 11, 2011

Review : Hikayat Merong Mahawangsa.


HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA.

Kehebatan filem arahan Yusry Abdul Halim ini membangkitkan keinginan menonton layar terbitan KRU Studio, Hikayat Merong Mahawangsa sehingga seawal 1200 pagi saya bersengkam mata menempah tiket di panggung. Malah, dengarnya juga, beberapa hari sebelum tayangan pertama 10 Mac, tiket sudah habis terjual sehingga dua hari tayangan. Dan, kesempatan menonton sendiri filem garapan KRU bersaudara membuka semula mata saya, menilai cerita Melayu diadun gah dengan sentuhan antarabangsa.

1. Keberanian KRU Studio menggunakan sebuah tenaga produksi yang besar, keluar daripada kepompong biasa filem Melayu harus diberikan pujian. Biarpun dalam sesetengah babak, jelas sekali pelakonnya tak seberapa. Asal kapal berpuluh, beratus, namun tenteranya yang tampil kurang daripada 300.

2. Satu-satunya suntikan yang benar-benar menarik minat saya adalah adunan muzik yang mengiringi jalan cerita yang oleh Malaysian Philharmonic Ochestra, yang pada hemat saya setanding dengan karya luar. Tepukan buat krew muzik.

3. Dan barangkali yang benar-benar menarik perhatian kita semua lebih kepada grafik dan montaj, yang saya akui sangat-sangat-sangat kreatif dan cantik. Kelebihan KRU mengadaptasi teknik CGI seperti filem-filem sudah karya mereka menjadi unsur utama dalam pembikinan filem ini. Sayangnya pada mata saya, masih banyak lingkar putih disekeliling para pelakon selain latar tempat masih seperti lukisan berdemensi 3D.

4. Awal penceritaan, suara narrator mengingatkan saya kepada filem bergenre serupa, Puteri Gunung Ledang, yang saya kira senimatografi dan susun lakon layarnya jauh lebih baik. Malah, yang memelikkan, ketidak upayaan PGL dalam meraih anugerah Filem Terbaik Festival Filem Asia suatu masa dahulu diulang semula dalam filem ini. Hang Tuah yang geraknya berorientasikan seni Kung Fu dijadikan punca kelemahan titik PGL sebagai tidak asli gerak lakonnya, sehingga terpaksa akur dengan kekuatan Filem Tae-Guk-Ki, daripada Korea.

5. Lagak aksi HMM saya hitungkan agak baik untuk sebuah filem Malaysia. Pujian buat pengarah lagak aksinya. Namun, hakikatnya masih banyak gerak geri yang kita nampak adalah terpengaruh dengan seni bela diri moden. Entahlah, barangkali mata saya sahaja.

6. Ada beberapa babak perlu dicelik mata yang mengantuk. Satu daripadanya bagaimana setiap askar musuh tiba-tiba rebah menyembah bumi apabila menara tempat Merong berdiri dirobohkan mereka. Masakan ratusan orang tiba-tiba mati berdarah sedangkan tak terdapat satu pacang kayu pun bersandar pada badan mereka?

7. Perkara paling menyedihkan dalam HMM adalah jalan ceritanya yang agak rapuh. Permulaan yang agak klise, hero muncul di gelanggang pertarungan jalanan bertutup muka, bergari dan menjadi pesalah tapi kuat perkasa melawan musuh yang berkali ganda gagahnya. Perjalanan jalan cerita juga teragak-agak, daripada Goa turun ke Semenanjung Emas, pertemuan dua Negara Rom dan China, diiring Sang Pahlawan, Merong Mahawangsa, pertemuan antara Puteri Negara China dan bakal suaminya, Putera Rom (Marcus), serangan Sang Garuda (yang rupanya bukan sekadar burung tetapi lanun sebuah kampung), firasat dan amanat Sang Dukun (Kesum), percintaan dengan gadis malang di desanya, pertarungan merebut takhta sehinggalah hujung cerita melawan semula Garuda setelah Langkasuka dibentuk. Jalan yang panjang, tetapi asasnya dapat diagak. Malah, leret cerita disingkatkan bagai setiap babak milik narrator, bukan pelakonnya.

8. Jika jalan ceritanya menjadi tempat berasa bosan, barangkali mendengar skripnya bakal lebih terhibur. Saya agak ini sebuah filem kelakar, bukan filem aksi. Kebanyakkan skripnya lemah dan pincang sana-sini. Bernada lawak dan sadis. Tutur Stephen lebih baik dalam bahasa Inggeris daripada bahasa ibunda. Malah, dubbing Puteri Maharaja China juga bagai disuluh purnama yang penuh, suaranya bukan miliknya. Selain skrip bacaan Kesum sedikit baik, namun yang lain, lebih kelakar daripada Scary Movie. Untuk kesian kalinya, kisah epik seperti PGL jauh berkali-kali baiknya berbanding HMM. Mungkin, KRU perlu lebih peka dan mengambil kira sentuhan emas skrip Mamat Khalid dalam menguntum bahasa indah dan berirama ini.

9. Menyentuh soal babak ke babak, masih banyak lakonan dan arahan, atau lakon layarnya (saya sendiri tidak pasti mana silapnya) yang perlu digubah. Persoalan bagaimana panah yang menusuk jantung tidak bisa membunuh mereka yang tidak kebal sedang yang berilmu tinggi melangit, bisa menggerak awan, menurunkan hujan sekilas pandang nyawa sudah sudah di hujung keris? Kadangnya, skrip (seperti dijelaskan tadi) yang lemah ketika Raja Merong berucap menaikan semangat tenteranya tak ubah watak Tok Penghulu atau Pak Ajis (jika tidak silap saya) dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah. Ya, kelakar. Mungkin lebih menggelikan hati apabila senjata Archimedes digunakan untuk menyerang Garuda. Yaa, sangat kartun dan kelakar. Logiknya, keupayaan senjata tersebut secara teori barang kali mampu menggugat lawan namun hakikatnya, sentuhan props yg entah apa-apa benar-benar tak ubah projek sains darjah satu. Dan, kesan senjata tersebut terhadap lawan juga sangat-sangat-sangat kelakar, serta tidak logik. Serius, kelakar!

10. Sesungguhnya, trailer dan poster HMM merupakan perkara tunggal yang bikin anda keluar ke wayang. Nasihat saya, NEVER expect too much from it. Masih filem Malaysia. Filem yang biasa.

p/s: Teman saya yang bersama-sama menonton:

“Kesian kan tayang kat Negara luar, kalaulah tak laku, kesian kan?”


my friend said: it's 2 and a half.

I'll be a little bit generous, may be 3. plus another half for a good try.

Wednesday, March 9, 2011

#Random Story : Wanted-list!

I want:

1. DSLR Camera.

2. Old Town White Coffee.

3. New Black Leather Branded Shoes.

4. G2000 XS Shirt for work.

5. Secret Recipe's Cake.

6. Pepahat dined at Bagan Lalang.

7. Mak's Nasi Lemak!

8. Hang out with my dear friends.

Tuesday, March 8, 2011

#Random Story : Bloggers!

Ketika membaca blog di internet, tetiba..

Aku: No wonder-lah.. rupa-rupanya!

Member: Asal weih? Asal?
Aku: Kau tahu tak...

Member: Apa?Apa? Gossip terbaru ke?
Aku: Sebenarnya...

Member: Sebenarnya apa? Cepatlah weih! Suspen lak!
Aku: ...Dragonballs memang ada 7bijik la..

Member: Waadda F***! C***i la lu mat!!
Aku: Heheee..

Thursday, March 3, 2011

Cerita Hati dan Masjid

CERITA HATI DAN MASJID.

Rasanya, malu dan segan bila hati kecil meruntun, memohon artikel ini ditulis. Satu sebabnya, saya bukan seorang yang warak, pada tempatnya melontarkan hujah yang tak padan pada isi ibadat saya. Cuma yang menggamit rasa saya, adalah keinginan berkongsi ilham dan cetusan pengetahuan yang saya temui.

Lantaran kebanyakkan ceramah dan majlis ilmu yang saya hadiri, *sejujurnya, banyak yang saya maksudkan tak sebanyak mana, kerana saya sendiri bukan muslim yang setia mengikuti ceramah agama,* rata-rata penceramah sering menyatakan kerisauan akan anak-anak belia yang jarang bertamu di rumah Allah dalam menjalankan tuntutan agama dan beribadat. Fenomena yang jelasnya, bukan sekadar anak belia, malah bapa-bapa belia juga kadangnya turut menyumbang angka.

Baru-baru ini, saya terbaca sebuah artikel Majalah Solusi, di sebuah Pusat Perubatan Islam di Bangi yang terkandung isi peristiwa catatan penulis dengan pena Bilal Moden (atau Imam Moden, kalau tak silap saya), menyentuh isu mendekatkan jiwa belia dengan masjid.

Apa yang menariknya artikel berkenaan mengupas antara faktor yang menjadi jurang antara masjid dan jemaah khususnya generasi belia. Berikut antara sedutan dan rumusan yang saya perolehi daripada artikel berkenaan:

1. Panjangnya surah, panjangnya doa. Antara babak yang dikemukakan penulis adalah peristiwa kebanyakkan makmum terpaksa beratur panjang untuk bersolat di kawasan surau yang sempit dek Pak Imam yang mengemudi solat membaca surah yang terlalu panjang dan doa selepas solat berjela-jela. Natijahnya, ramai antara yang menunggu giliran bersolat di surau yang sempit seperti di kompleks membeli-belah terpaksa berkejaran dengan waktu solat yang pendek seperti waktu solat Maghrib kerana jemaah pertama pun sudah memakan masa kadang-kadang sehingga 20-30minit. Dalam artikel berkenaan turut menyebut kata-kata Imam, “Kalau beribadat nak cepat sahaja, tengok wayang tak apa pula lama-lama”. Penulis kemudian menjelaskan betapa Si Imam menggunakan isi yang hakikatnya benar tapi pada situasi yang mungkin tidak relevan. Kebimbangan penulis lebih kepada kemungkinan jemaah seterusnya terpaksa berlarian mengerjakan ibadah kerana bimbang tidak sempat memenuhkan rakaat sebelum masa tamat. Malah, dirisaukan juga jika ada yang lebih senang menolak untuk bersolat dek risau tidak sempat melakukan aktiviti tertentu walaupun pada asalnya cuba mengerjakan solat.

2. Mesra warga emas dan tak bekerja, bukan anak muda dan orang yang kerja. Mesra yang dimaksudkannya lebih kepada isi ceramah dan ketetapan masa. Penulis bercerita tentang kebanyakkan isu yang dikupas dalam ceramah kadangnya terarah kepada ‘pak cik-pak cik’ dan ‘mak cik-mak cik’ serta skop yang terlalu sempit. Penulis turut menyampaikan keinginan belia yang biasanya lebih meminati isi ceramah yang berkaitan dengan hidup mereka dan berbentuk lebih kebelianan. Ada juga dinyatakan jadual sesuatu ceramah itu tidak sesuai dan memakan masa yang terlalu lama sehingga golongan yang sibuk dan mereka yang bekerja mengikut masa terpaksa meninggalkan majlis. Lama-lama, mereka menjadi tawar hati untuk menghadiri ceramah kerana sering kali terlepas mengikuti setiap perjalanan ceramah. Mungkin, ada selang masa yang boleh dimanfaatkan bagi menyampaikan ceramah seketika sejurus sebelum solat Jumaat contohnya, biarpun Cuma sekejap, namun isi yang padat pasti mampu menawan hati jemaah.

3. Berbentuk kritikan, sindiran dan kutukan. Barangkali ada betulnya isi ini kerana apabila mnyentuh sesuatu isu, kumpulan sasaran yang dikutuk dan dipersalah selalunya adalah anak muda. Setiap salah dan kelemahan dijadikan alasan jutaan hinaan dihujankan. Saya sendiri sentiasa berada dalam kelompok demikian. Setiap kali gejala moral disentuh, bergemalah suara, “apa nak jadi dengan budak-budak sekarang! Macam orang tak ada ilmu pengetahuan, lembu kadang-kadang lagi bijak...”. Pelbagai bentuk ayat lain sering diutarakan yang jelas menyalahkan belia semata-mata sehingga kadang-kadang kita lupa, belia, mahupun golongan tertentu adalah manusia biasa yang tidak sempurna dan mungkin terlalu baru menghirup udara dunia. Seharusnya golongan yang silap jalannya didekati dengan baik dan ditunjukkan jalannya, bukan dihina dan dikeji sebegitu rupa. Andai saya sendiri dihina sedemikian rupa, mungkinkah saya tega pergi ke rumah Allah yang dijanjikan ketenteraman jiwa, hanya untuk terus dimaki dan dikeji sedang saya masih boleh beribadat di rumah? Walaupun hakikatnya mengimarahkan rumah Allah itu lagi dituntut Islam? Pendekatan yang baik sepatutnya mendekatkan, bukan menjauhkan.

4. Sikap jemaah lain. Peristiwa yang nyatakan penulis ini, saya percaya antara kejadian yang pernah juga kita alami terutamanya ketika solat jemaah. Pertama, selalu juga apabila kita sampai awal di Masjid, meletakkan kenderaan pada tempatnya, dan apabila ingin pulang, ada sebuah kereta lain menghalang jalan kita. Lebih haru, kita perlu bergegas pulang ke pejabat, pemilik kenderaan yang tidak pernah kita kenal, lama pula beriktikaf dan bersolat sunat. Penulis ada mengajukan persoalan, betapakah perlu kita yang mengejar ibadat sunat, sedang ada antara jemaah lain kita susahkan, selain ratusan maki hamun mengalungi kita? Sama-sama kita fikirkan. Ada juga pada hemah saya, sesetengah antara kita yang kerap mencuri selipar jemaah yang lambat keluar kerana bersolat sunat. Bukankah sikap ini menjadikan kita yang suka bersolat sunat selepas fardhu, terasa juga sedikit bimbang dan tidak tenteram untuk lama di rumah Ilahi? Biarpun hanya sepasang selipar, kita yang mungkin berjalan kaki jauh daripada rumah tidak sanggup berkaki ayam balik.

Tuntasnya, bukan cuba menyalahkan sesiapa atau mencari seribu alasan menghunikan hati dengan rumah Allah, tetapi sekadar meluahkan rasa betapa perlunya kita mengurangkan faktor-faktor remeh sebegini daripada menjunamkan keinginan memajliskan masjid. Jika kita antara yang berkuasa atau menjadi faktornya, baik juga kita menjadi lebih mesra, ramah dan bertoleransi dengan jemaah masjid kita. Jika mampu, ambil teladan sikap Rasul Allah yang mempercepat dan memendekkan bacaan apabila jemaah sedang menggelisah atau terdengar anak kecil menangis. Malah, Nabi Muhammad SAW juga senantiasa peka dengan keadaan jemaah yang kurang mampu lama berdiri atau sedang sakit. Bukankah baginda sebaik-baik ikutan?

Kadang kala, kita perlu memikirkan, bukan sahaja mencari jalan mendekatkan hati jemaah atau belia dengan masjid, tetapi mendekatkan juga hati masjid kepada golongan jemaah.

p/s:

Percaya Islam itu memudahkan.
Percaya Masjid itu rumah yang sempurna dan menyempurnakan.

::shout box!::

"masing-masing Kami anugerahkan mereka itu dan mereka ini pun dengan pemberian Tuhanmu. Pemberian Tuhanmu tiada terlarang (kepada sesiapa jua pun)"