viewers

Tuesday, January 24, 2012

Nota Kaki: Sepanjang Perjalanan Ini


Sepanjang Perjalanan Ini...





Saya sentiasa percaya, kita ini musafir yang mengembara dalam sebuah perjalanan yang kita tidak pernah pasti sejauh mana jaraknya ke destinasi itu. Masing-masing kita menuju ke arah yang sama, namun sentiasa memilih jalan yang berbeza. Pilihan itu yang membezakan kita antara satu dengan yang lain.

20.01.2012:
  1. Saya dikejutkan dengan pemergian nenek saudara yang kebetulan tinggal bersebelahan dengan rumah saya di kampung. Perginya memberi kejutan, bukan kerana usianya yang kalau dikira sudah melampau separuh abad; malah lebih hampir kepadanya, namun kerana perginya didahulukan dengan sakit yang sekejap cuma. Baru sejam dua Bonda menelefon bercerita tentangnya yang ditimpa sakit tenat secara tiba-tiba, dalam sehari dua sebelumnya, tiba-tiba berita segera timbul menyatakan Allahyarhamah sudah tiada lagi. Pun begitu, saya melewati hari dengan syukur kerana nazaknya tidak lama. Saya segera pulang bersama kakak dan bakal abang ipar. Al-Fatihah...
  2. Kepergian arwah nenek saudara bukan satu-satunya berita yang mengejutkan. Malaysia juga dikejutkan dengan kisah sedih terhentinya perjalanan hidup seorang insan seni, artis yang agak baru dalam bidang muzik, Izwan Pilus yang terkenal menerusi lagu Indah Lelapku. Lebih sadis, penyanyi yang masih muda dan bertenaga ini juga pergi dengan mengejut setelah disahkan dijangkiti kuman. Dan hasil penelitian saya, arwah didakwa terkena jangkitan kuman kencing tikus. Takziah.

23.01.2012:
  1. Gong Xi Fa Chai. Tahun baru cina, tahun naga. Ini bermakna, sudah 24tahun saya meneruskan kembara saya di muka bumi Allah ini. Persoalannya, selama hampir 24tahun menjalani kembara ini, berapa banyak sudah pencapaian yang telah saya gapai dan dakapi? Saya mungkin boleh mendabik dada dengan sedikit kelebihan mendahului zaman kanak-kanak dengan cemerlang, menjadi pelajar pertama di sekolah rendah lulus PTS, berjaya menjejakkan kaki ke Sekolah Alam Shah, mengekalkan prestasi ke medan PMR, dan berjaya mengharungi pahit maung di sekolah itu. Tampil teguh di matrikulasi, masuk ke universiti terkenal tanah air, lulus dengan baik, dan beroleh kerja meskipun masih secara kontrak. Tapi itu dulu, dan kini tidak seperti dulu.
  2. Masih sangat banyak harapan dan impian yang perlu saya realisasikan. Masih rindu pada bau kejayaan mendirikan rumah impian, serta melabuhkan langit harapan. Dan perjalanan ini ditempa penuh cekal dan sabar, dengan doa bertali arus mengharap pada rahmat kurniaanNya. Masih sangat banyak.
  3. Sayangnya, kita tidak pernah menduga sejauh mana lagi kita mampu menyusuri denai hidup yang misteri ini. Sepanjang liku dan onak yang merintangi, kita masih diseka dengan duka dan derita yang disembunyikan. Kita perlu sentiasa berusaha membina latar impian kita, sebelum kita terlewat menyaksikannya terbentang megah. Jika kita leka waimapun seketika, barangkali kita telah teranjak jauh daripada peluang yang ada.

Hari ini:
  1. Saya menulis hari ini dengan berbekal sedikit harapan dan impian yang tinggal. Perasaan untuk kita sama-sama menilai perjalanan kita sejauh ini kita langkaui. Sedikit ingatan supaya kita tidak mudah jatuh dan menyerah kalah. Amaran lembut agar kita tidak menafikan pengajaran di hadapan kita. Pesanan ikhlas buat kita kembali menghargai setiap titik-titik masa yang bersambung membentuk garis laluan hidup kita.
  2. Andai kita selama ini lupa, biarlah kita kembali ingat perjalanan yang sudah kita lalui dengan langkah yang gigih hingga kita mampu berdiri di sini hari ini. Biarkan sedikit rasa bangga dan yakin akan kebolehan kita bisa menyelinap masuk ke sedikit ruang di antara sel-sel hati kita. Tepuklah tangan. Berdiri, dan tepuklah dada tanda bangganya kita untuk masih kekal hidup di sini.
  3. Mari kita congak perjalanan ke luar sana. Jalan bagaimana yang mungkin menanti. Kisah yang bagaimana yang kita cari. Bersedialah menghadapinya, kerana percayalah, kesediaan memastikan kita tetap di tempat kita berdiri. Mengharap kepada tiada apa-apa pun selain hikmah dan ketentuanNya. Biar kita mampu berlari, daripada sekadar terus berjalan kaki.
  4. Panjatkan doa. Siang dan malam jangan sesekali berhenti. Teruskan berdoa mengharungi perjalanan hidup yang tidak pasti.
  5. Ingatlah, apabila masih direntap gelora, hidup yang terumbang-ambing atau hanyut hilang dalam taufan dugaan, sentiasalah teguh dan berusaha melawan kesakitan hidup. Kerana yang paling utama, hidup ini bukan milik kita, sebetulnya ia milik Allah, dan kerana itu kita harus sentiasa menjaga hak milikNya.

Berjalanlah Walau Dalam Hujan Yang Melebat.


p/s:
  1. Selamat Tahun Baru Cina. It's a dragon year!
  2. Always looking for the chances to do whatever you wish to do for yourself! Be happy to whatever comes into your life!
  3. I'm going to spend more times with friends and reaching out for the better life of mine!
  4. I'll be spend more time to enjoy vacations!
  5. Do pray, I must have a permanent job this year! Own car if possible!
  6. Selamat mengharungi hidup semua! ALWAYS evaluate your everything, sepanjang perjalanan ini!






Thursday, January 12, 2012

Inilah Aku : 12 Januari 2012

Thanks to Hanafi Zaini for his lovely pic!

Eh, hari ini dah 12 Januari 2012? Cepatnya masa berlalu, bukan? It has been 2 years and another 2 days since I worked here.

10 Januari 2012 bermaksud juga genap umur Siti Nurhaliza 21 tahun kan? Eh, 21 ke?
10 Januari 2012 ialah ulangtahun kedua menjadi perkerja yang rajin dan berdedikasi kan? Heh.
10 Januari 2012 means dah genap setahun titik hitam itu berlaku kepada seseorang.
10 Januari 2012 ialah tarikh gempa bumi sekali lagi melanda Banda Acheh, Indonesia. It's 7.6 at 2.36 am.
10 Januari 2012 bermakna dah sepuluh hari kita menempuhi tahun baru 2012
10 Januari 2012 juga tanda aras genap sepuluh hari kita mencuba dan menyelaras azam baru kita
10 Januari 2012 sebenarnya sepuluh hari, selepas kita didakyahkan kiamat 2012 menghampiri kita.
Bererti, sepuluh hari sebelas bulan lagi untuk tarikh keramat itu.

Tapi hari ini bukan lagi 10 Januari 2012. Hari ini 12 Januari 2012.
Bermaksud sudah dua hari berlalu untuk kita bergerak setapak dua melebihi 10 Januari 2012.
Bermakna juga sudah sampai masanya untuk kita memandang ke depan dan terus hidup dengan lebih baik.

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat:
“Bilakah masa datangnya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut.” Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. 
(al-A’raaf: 187).

p/s: Hiduplah. Seperti kita akan hidup selama-lamanya. It's weird to sing 11 Januari today...

Tuesday, January 3, 2012

Nota Kaki : Misi 2012, Melewati 2011.

Put all the pain aside. Gather the new strength together, and strike for the best!

May be the best achievement of 2011? India Trip was the best memory ever!


Cerita 2011:
  1. It has been two years of gaining experiences at my workplace. When it reaches the January 10th, 2012. Heads up!
  2. Mission #11 accomplished! Bermusafir dengan rakan-rakan baik. India was such an experiences! Adventurous, yet too much to really felt it at once!
  3. Mission #21 accomplished! Ada orang sudah berpunya. Married in March 2012. (Obviously not me!
  4. Mission #6 failed! Makin kerengga la pulak! It's 40+ still.
  5. Lesson is learned very much well now. So much bijak menangani isu-isu sensitif kepada diri. Heh..
  6. Mission #17 accomplished! I am a registered voter for Malaysian's future.
  7. I did wrote in my blog much frequent now on.

Misi 2012:
  1. Permanent job! Berkhidmat untuk negara!
  2. Own car, with its license of course!
  3. Gain weight! At least 50kg! (berkobar-kobar!)
  4. Another trip menjejaki bumi Tuhan! (Yes, it's definitely Krabi!)
  5. Family trip! Nak tak nak, kena gak bercuti with family this year! Mano ajo eh?
  6. Keep on writing. Finish the story in Kisah Penglipur Lara, and may be publish them out somewhere else than just in blog or FB.
  7. I really wanna do something for me. Something that might motivate me to live and be happy. Something that make me glad of being myself. Something which might imply the fact that I deserve it. Simply to appreciate my own work hard.

Apa azam baru anda?





::shout box!::

"masing-masing Kami anugerahkan mereka itu dan mereka ini pun dengan pemberian Tuhanmu. Pemberian Tuhanmu tiada terlarang (kepada sesiapa jua pun)"