viewers

Monday, April 25, 2011

Istimewa Untukmu Bunda!



kalau anda seseorang yang bijak menulis madah atau puisi, atau sekadar ingin meluah rasa kasih pada ibu anda..atau anda seorang pemunya kamera canggih dan pandai mengambil gambar, atau sekadar ingin mengabadikan wajah ibu anda dalam potret yang anda sendiri hasilkan..dan anda ingin HADIAH untuk itu, sila beritahu saya sekarang! saya beritahu caranya!


sila baca di sini: Untukmu Bunda.



Nota Kaki : "Sepahit apa pun ini, Pelajaran yang bererti"






"I learn that life is all about learning things. It's a rainbow that painted by colors. Every week, the days change from Sunday to Monday, Monday to Tuesday, and continuously changing. Everyone is different, and responds to every little things differently. And how the world's changing, and how we respond to the changes is teaching us to learn. Learn that changing and differences are just the way the life really is."




maka, tika pahit menyentuh deria rasa, sentiasalah percaya, akan hidup ini umpama lukisan yang berhak kita lukiskan mengikut jiwa dan kreativiti kita. suatu masa, apabila tersedar cantik itu tiada padanya, ubahlah ia menjadi lebih sempurna. sesungguhnya apa yang kita lukis dan warnakan tidak mungkin seperti pelukis lain kerna tangan yang bergerak melukisnya ialah pelukis yang berbeza. belajarlah daripada lukisan sendiri. dan berubahlah bila perlu. kerana kita harus percaya, cantiknya lukisan kita, ialah kecantikan yang subjektif.


Thursday, April 21, 2011

Hati Kecil : Berbicara Bahasa Tuhan I (Ubat Hati)




Minggu ini, dan minggu mendatang barangkali mengandungi hari-hari yang sukar untuk saya. Meski benar tanggungjawab di tempat kerja tergalas di bahu, lebih daripada itu, tiada beban lain yang memberat. Hakikat hati kecil yang mula goyah imannya. Bukankah saya suka mencari dan mempelajari hikmah hidup ini? Nescaya, titik-titik kecil yang menggelapkan ruang lapang saya dek kerja yang mula menyempitkan, bukan satu alasan yang bakal saya gunakan. Anda yang mengenali saya, haruslah anda mengerti jiwa saya yang tekun meneliti tugas yang menjadi tanggungjawab.

Kadang-kadang Tuhan menduga tanpa saya sangka. Diberikan guruh dan hujan yang menggila. Mengembalikan nota memori yang menyakitkan jiwa. Teringat duka dan air mata di balik hujan yang menangis pada dada langit. Astaghfirullahalazim.

Hati kecil kerap bertanya, tika seluruh jiwa dan raga diserah sepenuhnya kepada Dia yang Maha Sempurna, sentiasa menginsafi jejak langkah yang sumbang, serta dalam rasa ikhlas yang melimpah ruah dan rias syukur atas nikmatNya yang tak terbanding, mengapa masih ada batu penghalang yang mendindingi jalan lurusku?

Berkali-kali kumohon akan keampunanNya. Dosa si hati kecil yang menafikan IrhadahNya. Serta kebesaran QudrahNya. Astaghfirullahalazim.

Hujan lebat lagi. Seperti selalunya. Dalam rintih bacaan Yassin buat hamba Allah yang kehilangan hartanya, hati kecil menangis perlahan. Saat mendayu Khatib melagukan doa ta'zim, hati kecil meratap gerun. Apakah kesuraman hati ini angkara dosa-dosaku yang amat banyak, Tuhanku?

Tatkala kamar malam semakin gelita. Kusujud di atas permaidani kasihMu. Lalu kurebah dalam peritku. Berbicara bahasa Tuhanku. Ya Allah...



Thursday, April 14, 2011

regarding 1 in 2011.

we wrote something that is so ordinary. we posted it on FB as if it's such an extraordinary findings. we claimed that God has to do something about it. then, we like it when it's liked (manually push the 'like' below) by others. and when someone said it's ridiculous and simply made of by you, you labelled them as murtad, denial about islam, secular etc. and yeah, people liked it again. so, go find some formula, statused it, and say something about God. others can't deny it. brilliant! (bila kita nak berubah? yang kecil2 kita besar2kan, yang singkat2 kita lanjut2kan..)


i dun deny the fact that God creates miracles and beauties in this world, i just disagree the fact that you formulated some simple mathematical knowledge and claimed it as the big thing we should proud of.


and, i just think, there are zillions of other miracles that He made we could focus on. well, at least we could make other people, let say the non-muslims to think it through as well. something more than just primary school students could think of.


p/s:
always keep my eyes onto the nature and life. as i try to learn from it, it'll end up to the One, The Creator of All Beings.

4 things we should know.

What should we know?
  1. The very first thing in life is to learn. And I promise you'll learn lots of things in this life.
  2. There's always answer for everything. Whenever thing goes wrong, some reasons are meant to do it right.
  3. Allah always watching over you. So, no matter what's coming to our life, all we have to do is to trust Him.
  4. We'll be fine. Only if we could accept why something hit unto us.

Wednesday, April 13, 2011

Dalam Kenangan : Yang Masih Tinggal (Buat Allahyarhamah Halimah Isa)


Yang masih tinggal, Tika deras angin meranapkan pepohon, Kerikil-kerikil kecil yang berterbangan, Di samping amuk hujan yang mengongoi sedih, Dan pada suram langit yang kemuraman. Yang masih tinggal, Saat masa berlari-lari anak, Umpama Siti Hajar mengejar logamaya, Dari paksi bumi yang berpasakkan, Tenggelam timbul dalam lautan hidup, Adanya kita berlayar kesesatan. Yang masih tinggal, Tatkala dia memejamkan matanya, Berlagu rendah suara air mata, Kolam bah bukan sekali, Berjuta jiwa berbahasa Tuhan, Mengumandangkan sayu. Yang masih tinggal, Semasa kasihnya Tuhan pada jiwa insan, Dilarikan nakhoda daripada kapalnya, Digelapkan sumbu yang lincah bercahaya, Kerana bimbang hilang halanya, Sekelip masa Dia bersuara. Yang masih tinggal, Sewaktu kita mengembara bersama, Sekejap sahaja awan berlalu, Hilang teduh panaslah cuaca, Dalam gembira kita terkesima, Datang duka singgah jua. Yang masih tinggal, Bila nyawanya dihela-hela, Sejuk rasa menyelimuti mungil tubuhnya, Berantakkan luluh seluruh rasa, Tak pernah berhenti sendu dan tangis, Dalam redha jiwa disentuh. Yang masih tinggal, Hanyalah harapan bertemu kembali, Dalam mimpi sebentar, Atau syurga nanti bila mungkin, Sekadar melepas rasa rindu, Pada dia yang telah pergi. Yang masih tinggal, Adalah kita yang masih berlayar, Mengemudi bahtera sendiri, Menanti masa akan suatu hari, Kita juga bakal kembali.

Hanam Hamid
13 April 2011 1150pagi.
(mengimbas 11 hari kepemergianmu, Halimah Isa 2 April 2011)

Wednesday, April 6, 2011

Hati Kecil : Destinasi bahagia dengan jalan derita yang sangat panjang.

the title for this entry might be quite long. but, i don't feel like writing much longer in it. so, another short note version!

1. i believe that life is short. so, i'll try to achieve most of the what-i-ever-want-in-my-life.
2. talking about how short life is, Seri Bayu, the composer and lyric writer sudah meninggal dunia. and my dearest cousin (who like my own mom) juga baru sahaja meninggal dunia last saturday, 4pm.
3. she was a great person. quite close to me myself. in fact, i did worked for her a few months before i start my current jobs. arwah memang menghidap bayak penyakit termasuk diabetes. last time i checked, dia rebah sehingga lebam-lebam dan tak dapat makan. tapi then, she was fine until the next saturday, i got the news she was gone. takziah to keluarga Halimah Isa.
4. i am a planner. i love to plan my doings. sometimes, i make decision right on, but always think that all through. i just don't like changes very much.
5. i planned to have a visit in India soon. July is great. we planned almost everything but by the time's coming, rasa macam aku telah membuat keputusan yang salah. it's not that i don't want to go there but sepanjang tempoh ini banyak sangat halangan melingkari. planning makes me headache. plus, i got to have others to help me out with lots of things, and they kinda busy right now. i mean, they don't really not into it. okay. i hope everything is just fine!
6. talking about goings, and the matters in between: selepas mendapat berita ke-meninggal-dunia-an sepupuku, i planned to go back home. esok. everything is just fine, except jumaat tu lah juga ada jamuan yang ditunggu-tunggu. and, there's someone don't want me to do that.
7. after a few crisis and another crisis, someone really want me to be by her side. yelah, kesit sorang2. but my point is, i dah mintak cuti. i dun really wanna ask another cuti for next time because some days another emergencies might just happen, and i dun really put my work aside.
8. plus, it's not me who always membiarkan anda kesit. you know it right? i just feel it's unfair! i really wanna take rest and go back home. i miss my family there. my cousins and children. and, it's suit for my late cousin, since it's 7th day after her death. yea, saya nak balik.
9. i am sorry if i've to let you be alone for these three days, but i really have to go back home!
10. if you think i'm selfish, please, think again!
11. oh, i dun really mind going to bus station tomorrow, i just need my ride to the workplace.
12. i wish life is easier than this. since, i think this is not supposed to be a huge problem.

"kurancang kembaraku ke destinasi bahagia yang kuimpikan,
namun jalan yang kulalui dipenuhi duri derita yang panjang."

Friday, April 1, 2011

Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.



بسم الله الرحمن الرحيم


109:1
109:2
109:3
109:4
109:5
109:6

109:1
Sahih International
Say, "O disbelievers, I do not worship what you worship. Nor will I be a worshiper of what you worship. Nor will you be worshipers of what I worship. For you is your religion, and for me is my religion."

Malay
Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku".

Dulu, selalu baca kat paper ada isu-isu hina islam..sekarang, kat news feed FB sendiri pun dah start pandai sentuh sensitiviti islam..kenapa kita masing-masing tak pandai nak hormat pendirian golongan lain?
kisahnya:


pasal isu ni, pernahlah terdengar-dengar pelbagai khabar dan cerita. tarian poco-poco ni memang sangat terkenal. biasanya kalau ada aktiviti cergas dan sukan, adalah tarian ni. program-program motivasi pun tak terkecuali. malah, dulu kawan-kawan PALAPES pun pernah maklumkan bahawa tarian ini 'tarian mereka'. biasa sangat buat. tak pernah datang usul mana asalnya, apa natijahnya. barangkali, masing-masing fikir tak ada salahnya tarian ini.

biasalah, perkara yang selalu kita buat, tiba-tiba diharamkan, mestilah sedikit sebanyak hati kecil kita menentang. hakikatnya, kita bukan pakar dalam hal ini. bukan daripada golongan mereka yang belajar hukum hakam Allah, syariahNya. sejauh mana ilmu kita cuba mematahkan hukum yang dibuat mereka?

seumpamanya, ketika yoga diharamkan dulu, kes lebih kurang sama diluahkan mereka yang bernama masyarakat. baik yang bukan islam, mahupun mereka yang menganuti agama Allah ini sendiri. itu tidak menyentuh isu valentines lagi. dulu sambut, tiba-tiba diharamkan. berjela-jela lah maki hamun pengikut tetap hari istimewa ini. yang setuju pun kadang-kadang nampak terpaksa. maklumlah dah sebati. masing-masing nak sabit menyabit.

menariknya isu kali ini, terpanggil saya menyentuh sedikit kelemahan yang nyata kita sebagai umat islam. terfikir juga, terkadang, kenapa hukum islam diwajarkan mengikut negeri tanpa difatwakan secara terus pada skala nasional? mana mungkin satu kawasan sesuatu itu islam haramkan, mana kala di satu tempat yang lain diharuskan. melihat kepada situasi, barangkali ya, namun halal-haram yang difatwakan negeri-negeri rasanya tidak menjadi untuk kita sebagai muslim.

bayangkan di satu tempat, amalan ini diharamkan kerana berasal daripada ajaran agama lain, mana kala di satu tempat yang lain hukumnya harus walau sabit perkara yang mengharamkan masih serupa?

persoalannya, adakah ketika saya menari poco-poco di Perak adalah diharamkan kerana menyerupai ajaran bukan islam, namun apabila menari poco-poco pada hari keluarga BT di Selangor, diharuskan pula kerana tiada sabitan demikian? jadi, apabila nafsu meronta-ronta ingin menari poco-poco saya harus keluar daripada Perak ke Selangor kerana hukumnya telah bertukar harus?

bolehkah agama kita mengeluarkan hukum halal dan haram semudah itu?

masalahnya, kita sendiri 'memecah belahkan' hukum kita kepada tempat-tempat yang tidak tepat bezanya, sehingga masyarakat kita terkeliru. tambahan, hukum haram halal ini bersabit aktiviti yang melibatkan ramai pihak, dan bersifat global.

saya sangat keliru dengan kenyataan Datuk Seri Jamil Khir Baharom tentang isu ini:

Jelas Jamil Khir, walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan poco-poco tidak haram, namun jawatankuasa negeri masing-masing boleh memutuskan keputusan sekiranya dirasakan perlu.

“Kalau Majlis Fatwa Kebangsaan kata tidak haram tapi akhirnya ia diserah kepada jawatankuasa negeri sama ada untuk haramkan atau tidak.

“Kalau kata ia haram, keputusan juga terletak kepada jawatankuasa negeri sama ada untuk gazetkan sebagai fatwa atau tidak, itu semua bergantung kepada negeri,” katanya.

bolehkah, satu mengharamkan, sebaliknya yang lain-lain menghalalkan sebegitu? maka mungkinnya benar kekhuatiran Mufti Perlis Dr Juanda Jay akan kebarangkalian penggubalan hukum islam bakal menimbulkan kekeliruan.

sebaliknya, saya bersetuju dengan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad agar isu ini dinasionalkan permuzakarahannya bagi mengelak kekeliruan berterusan.

baca lanjut disini, dan di sini.

berbalik kepada isu kita, adalah SANGAT PENTING bagi mereka yang bukan 'dalam kalangan kami' untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau kritikan atau pandangan berkaitan hukum hakam bagi 'golongan kami' kerana anda adalah bukan ahli yang mengikut hukum tersebut, bahkan lebih penting, kami sendiri masih berteka-teki sebelum memberi kewajaran buat anda berdiskusi akan hukum yang tidak anda guna pakai. pastinya, anda sendiri tidak mahu kami bingkaikan gambar anda dengan bingkai hitam, walaupun kami tidak pernah berasa salah berbuat demikian, selain menghormati apa sahaja pendirian dan peraturan 'golongan anda' selagi tidak menjadi tentangan terhadapa 'golongan kami'.

dan ya, FirmanNya bermaksud; "Bagi Kamu agama kamu, dan bagiku agamaku."

p/s: Ada ramai kawan dan kenalan bukan beragama islam, dan masih boleh saling menghormati. kenapa tidak anda?

::shout box!::

"masing-masing Kami anugerahkan mereka itu dan mereka ini pun dengan pemberian Tuhanmu. Pemberian Tuhanmu tiada terlarang (kepada sesiapa jua pun)"