viewers

Saturday, April 25, 2009

Sebenarnya Aku Letih, dan Aku Sunyi!

Aku jujur dan benar. Aku memang penat dengan semua perkara ni. Aku tahulah sekarang ni semua orang pun tengah bajet. Aku tak salahkan siapa-siapa. Tapi aku letih sendiri. Kadang-kadang aku skip juga lunch dan dinner sebab selain niat nak bajet duit, aku letih makan sorang-sorang. Mana kawan-kawan aku?
Setiap kali makan, banyak kali aku makan sorang-sorang. Aku rasa sunyi juga. Sekali sekala aku faham, tetapi kalau dah selalu makan sorang-sorang. Penatlah aku!

"Makan?"

"Tak kut. Takde duit la"
"Nak tengok cerita/anime, kau gi la dulu"
"Takpelah, nak baca manga"
"Dah makan"
"Aku makan ngan awek aku kut hari ni"
"Tak makan hari ni. Esok kot"

Aku tak kisah sangat. Tapi jika difikirkan, beberapa perkara di atas adalah lebih penting daripada teman member makan. Kadang-kadang aku setuju ngan Fizry, kita kadang-kadang baik sangat ngan member tapi member tak pernah hargai kita. Banyak kali juga aku sanggupkan diri teman member makan walaupun ada kerja nak dibuat atau aku dah makan. Sebab aku tak nak member sunyi makan sorang-sorang. Tapi sampai turn aku, manakah insan-insan tadi?

Bajet? Ala..aku pun pernah takde duit. Selalu. Tapi taklah aku skip setiap kali makan. Kalau tengok wayang laju jah. Wayang ngan makan, mana satu keperluan untuk kemandirian spesis? Tak belajar sains ka? Adik aku darjah 3 dah belajarlah makanan penting untuk survival taw!

Kadang-kadang aku protes gak. Masuk bilik, kunci pintu. Duk sorang-sorang layan internet. Orang selalu je komplen. Masuk bilik, kunci. Masuk bilik, kunci pintu! Tapi aku jawab dalam hati:

"Aku memang dipilih untuk melakukan segala perkara sorang-sorang kut...."

Kadang-kadang aku terfikir, kalaulah aku mati kelaparan, atau apa-apa terjadi kat aku, lima belas minggu baru orang perasan kut? Huh..aku tak mahu mati kelaparan sorang-sorang!

Ada sesetengah individu suka banding-bandingkan aku dengan member aku yang beberapa ni.
"Sikit-sikit Fizry"
"Sikit-sikit Haziq"
"Sikit-sikit Zamri"

Halo! Nilah member yang tak tinggalkan member tahu?! Well, tak la selalu. But the thing is diorang will not leave me if I'm alone and hungry. (Would you?). Macam hari tu, Fizry datang dan ajak makan sekali. Mula-mula dia cancel sebab sepupu dia tak makan. Tapi bila dia tahu aku selalu makan sorang-sorang atau tak makan langsung kalau sepupunya itu tak ajak makan, dia pun ajaklah makan sekali (alang-alang). Some words like...
"Siannya.."
"Takpe..."
"Jom.."
"Sekali.."
is kinda sweet even if it sounds hipokrit kadang-kadang (you know why guys..)

Pastu adalah yang bangkitkan suara..
"Alaa..bukan aku tak pernah ajak pun"
"Laa..asal tak bagi tahu aku"

Yo~~~berbuih kut mulut aku! Perut berkeroncong irama senandung semalam pun ada korang dengar? Tak cukup jujurkah aku?? Tak nampakkah mata kuyu, tubuh layu dan muka pucatku??

Jadi, jangan salahkan aku! And one more thing, setiap kali anda ajak aku makan, tak bermakna korang dah jadi tuan aku. Don't like when you say..
"Kalau lapar je cari aku! Lapar cari aku!"
"Mamat ni lah yang baik hati bawa ko makan tahu?!"

Kenapa? Aku tak bersyukur sangatkah??Tak pandai hargai orang?Tak tahu bersyukur? Do you really need reward for saving my masa-masa sunyi dan bersendiri?? Aku akan teman if you do need me..as a repay of what you do (if you think it's necessary) but never..I repeat, never make me feel that I owe you da world for that. I'll thank you for that but there's a limit.

Save me from my self!

Don't you know?
Masa kecik-kecik dulu aku selalu skip lunch and dinner. Sekarang aku dah gastrik. Setiap kali aku skip makan mesti sakit perut. Tu tak cerita lagi kakak aku punya cerita--
Sekarang ni aku tak nak skip lagi. So I beg you to help me!

Macam-Macam, Sebab anda perlu baca dan Rupa-rupanya


"I beg to the power of the heaven's light,
To unite us both through thought and heart,
Bind us and our soul to each other,
And unbreak it for now until forever."



Ada beberapa perkara yang saya nak kongsi dengan anda sebelum saya me'relevansasi'kan maksud spell di atas---

satu:
Exam start 24April yang lepas: Ekologi Asas. Banyak kekurangan, lebih penyesalan.
Terlupa Nephentes sp. hampir menggantikannya dengan Garcinia sp.
Interaksi Mikrob-Tumbuhan 27April--bagaimana lah!?

dua:
Kadang-kadang kita terlupa, bila kita jujur bersuara, kita sakitkan hati orang lain. Kita sangka tak mengapa, kerana kononnya mereka bersifat terbuka, kita pula melazer terus bukan main.
Jujur kita tak cukup bijak, seringkali bersifat memijak. Teman yang bijak menjadi gerun, nanti mereka takut kerumun.
Kita bercakap ikut sedap kata, sampai marah kita kononnya biasa saja, sedang yang mendengar sakitnya telinga, namun kerna kawan, mereka buat dek saja.
Yang tinggikan satu cerita, yang jujur sangat lain pula kisahnya. Tak masuk lagi yang suka mengata, teman sendiri dia mencela.
Nasihat saya mudah sahaja, kawan-kawan juga manusia, punya hati yang boleh merasa, bila kita bersuara, bukannya berdosa, cuma biarlah indah kata dan bicara.

tiga:
Cuti dan graduasi. Sikit sahaja lagi. Teringin juga habiskan masa-masa yang barangkali yang terakhir ini dengan teman-teman rapat. Kisahnya ada seorang teman ini terasa hati. Semakin dekat nak berpisah, makin sensitif jadinya. Selalu kawannya asyik buat-buat lupa. Kalau meminta bantuan, dialah orangnya. Bila berhibur, manakah namanya??
Kadang-kadang terlalu baik dan bimbangkan orang lain buat kita terkecil hati. Baik yang dicurah dengan keikhlasan, dibalas benci tak berakhiran. Saya juga manusia. Tahu rasanya. Biarlah mereka. Kita ada teman lain.
"Aku pun ada"

Saya juga mula bergembira. Niat di hati tak nak kekal lama. Kalau sakit saya simpan saja. Kalau terkurang saya senyap saja. Tak mahu ingat. Tak nak jadi memori pahit.
"cukup-cukuplah".

Dengan kawan-kawan saya mula seloroh. Biar masing-masing jadi mesra. Sebab saya percaya, mereka takkan lama. Esok lusa mereka lupa. Jadi, biarkan ia menjadi yang terakhir dan teristimewa.

Teringin vacation dengan Fizry, Haziq dan Hisham ke Melaka.
Teringin keluar lagi dengan Zahid, Harihan dan Izzul.




HEART-BINDING SPELL
Spell ini majas saya, saya ciptakan untuk eratkan dua hati.
Sesuai sangat untuk kasih tidak terberhanti.
Cubalah!

Sunday, April 19, 2009

There are only SiX AnGELs in this world!


special tribute to all da six angel-angel penyelamat dunia:
here we are..


(sume yg anda duk bace ni adalah rekaan dan imaginasi penulis sahaja..jadi tidak perlulah mengambil alih tugas reporter duk propa benda alah ini atau tibe2 jiwa tersentap nk menggunakan khidmat lawyer pulak--)






SATU..
Dia ni lahir 31 Mac 1987..
Budak bijak yang terrer bagai nak mampuss--
Seorang yang protective dan suka tolong orang--
Jenis tak berapa nak kesah org ckp ape2 pasal dia..tp still melenting kalau tak kena gaya--







DUA..
Lahir 27 Mei 1987..
Hot and warm..dua2 pun ada--
Jenis ceria nak mampusssssssss--

Lawak ala-ala pelik skit--
Lagi suka tolong orang dan mudah simpati--







TIGA..
Lahir 2 Julai 1987..
Jenis yang mudah panik..tapi kerja sistematik..
Pendiam dan tak suka menonjol--
Ala-ala kiut-miut gitu--

Jangan cuba-cuba..nanti menyesal!






EMPAT..
Lahir 8 September 1987..
Seorang yang bersemangat tinggi dan hardworking--

Suka fun-fun..

Kreatif--







LIMA..
Lahir 5 Januari 1988..
Bijak dan smart--
Sedikit keras kepala..
self-dependent yang tinggi--

Seswai jadi calon president Amerika ke 101--
Love to learn something new--






ENAM..
Lahir 12 Mac 1988..
Naive..huh?
Protective..yet emotional--

Kreatif dan imaginatif--

Good intuition believer---



..here they're to save another day of urs...





Saturday, April 18, 2009

Bile Lawak yang Menghiburkan Hati menjadi Lawak yang Menyakitkan Hati!



12 April yang lepas..ramaila yang duk nonton tv3 sebab tgk Anugerah Bintang Popular kn? selaen ada yg nk tgk mak cik Siti nyanyi lagu Di Taman Teman or tgh gubra nk taw sape yg menang..(especially yg dh melanggan berita harian utk pangkah vote..mcm tunggu kna nombor ekor pun ada)..semua pun mesti melekatlah kat kaca tv tuh kn? ako tgk kt bilik member--since kt hostel ni tv bukan properties yg suke2 ati kite nk tukar channel, lgpun mber aku tu ada tv card..so ako pon yakinkan diri g lepak bilik die n mengganggu mase busynye dgn assgment dgn anugerah ini lak--

cut da crap--tutup menang ABP keseluruhan adalah bkn Siti (xkesah..dh bajet)..and Mawi pun tersungkur (YESSSSS!!)..Nabil lah plak punye turn--- tahniah la cik nabil..ramai pminat diee--dulu pun mase tgh LI kt MINT..adala sorg mamat ni minat gile ngn lawak si Nabil..siap bg gerenti lg Nabil ni bakal tiptopla! samela ada sorg mamat yg len kt kolej ako ni g dunload sgala video pasal lawak si Nabil--minat punye pasal!

aku ni bkn minat sgt..tgkla entri ako sblm ni..vote zizan pe--huhu..jgn mare!

nak dijadikan cerita..masa ABP tuh Jamal menang anugerah khas pencapaian spjg hayat..dia pun ala-ala wat dialog besh rr..walaupun ako sendirik rasa cm drop je--xbrape nk mnjadi..tp ok la..ada la nk tmbh unsir2 sedey dan segalanya tuh.. pas award jamal..Nabil lak yg nek pntas terima award Bintang Paling Popular..mase tuh taw la Nabil tu excited..shock..kaget..terkesima..1st time..lawak..lucu..tp bile dialog die tuh..amatla menyakitkan hati---!

org dh feel ngn Jamal nyer speech..dia ajuk speech Jamal lak ngn lawak bodoh die..sedeyla org gini..pelawak nak wat lawak jgn sampai suke-suki je sentap qalbu org len...yoooo~~

tgk mase Saiful Apek menang dulu..skrip ucapan kekagetan dia penuh makna..siap dpt thumb-up dari Datin Seri Jac lagi!



ni bkn skali lawak si Nabil mengguris hati org..mase rancangan Ketuk-ketuk Ramadhan ngan Sheila Rusley dulu pun si Nabil pnah wat lawak 'sedekahkn al-Fatihah' buat makcik yang sedekahkan kueh kt die..dahla org tu minat die..dia wat lawak la! mase tu aku pikir al-Fatihah ok je..xsemestinya utk org mati kn? tp gaya dia..memang la!!!
pape pun..lawak pun lawak juga..hati mesti mau jaga!

Sunday, April 12, 2009

ANTOLOGI PUISI



ANTOLOGI ANUGERAH


"Masing-masing Kami anugerahkan mereka ini dan mereka itupun dengan pemberian Tuhanmu.

Pemberian Tuhanmu tidak terlarang (kepada sesiapa juapun)!"--al-Isyrak (20)


Suara Hati:

Aku berdoa, memohon dan merayu CIPTAAN TERULUNGMu,

Lalu kuLUKISkan EMOSIku sebegini,

Kosong, Kesit, Sunyi, Serabut, Gelap, Kelam

Dan di PENGHUJUNGnya,

Engkau kurniakan jawapanMu dalam Anugerah Hidup ini.


satu

Aku di sini, berdiri,

berpijak di atas jemari kakiku sendiri,

memegang pada paksi yang tegak berdiri,

berdiri dengan teguh dan tegak,

memandang ke langit,

dengan tetap,

dan mata yang terpejam.


dua

Cukup beranikah aku menghadapi matahari Tuhan?

Meniti bara hidup dengan tabah,

melontar mata hati dalam erti hidup,

menabahkan jiwa,

menghadang air mata daripada tumpah,

meneruskan langkah tika kakiku lumpuh,

menolak bata-bata tembok di hadapanku,

mampukah?


tiga

Tiada hujung sana mahupun hujung yang sini,

Pelukis emosi ini perlu terus melakar,

menggaris-garis emosi manusia,

tentang apa yang engkau rasa,

tentang apa yang engkau bicara,

dan tentang apa yang engkau nyatakan.


empat

Aku ingin menyanyi,

dalam ruang nafas yang kian habis ini,

meski akan menenggelamkan suara yang ramai itu,

aku mahu menangis dan teresak-esak,

dalam kekosongan dan derita ini,

meski akan mengejutkan teman-temanku,

dalam lena mereka yang senyap itu,

kerna tiada apa pun lagi yang tertinggal untukku,

kecuali seorang teman yang ini.



lima

Dan pelukis emosi ini,

Punyai watak tersendiri yang perlu dimainkan,

menjadi pelakon dalam drama pentas dunia,

menjadi penyanyi dalam lagu sayembara kita,

menjadi guru kepada anak-anak bangsa,

menjadi telinga dan menjadi suara,

kepada si tuli dan si bisu,

menjadi mata kepada si buta,

menjadi manusia dan seorang manusia,

manjadi jiwa dan sekeping jiwa,

menjadi kehidupan di mana kitalah isinya.


enam

Dan kekosongan inilah,

yang mengharuskan aku mengisi ruangnya,

menggenapkan kekurangan diri,

memenuhkan keruncingan hati,

pada kehendak Ilahi,

Bersoraklah, Bertasbihlah dan Menjeritlah!

Laungkan perasaanmu,

zahirkan akal fikirmu,

engkau takut dan engkau bimbang,

menemui suratan sekali ini,

dan engkau letih yang amat,

melalui jalan-jalan Tuhan,

menghadapi liku-likunya.


tujuh

Lalu kupohonkan doa,

pada Tuhan yang Maha Kuasa,

Pada Al-Khaliq,

agar Dia ciptakan seseorang untukku,

untuk mendorong,

dan menemani kembara ini.


lapan

Sesungguhnya di mana engkau berdiri,

saat dan ketika ini,

pedih yang bersarang,

sekian lama dihuni kekosongan,

lalu kau sampai kepadaNya,

dalam sujud yang panjang,

di atas tikar tempat kau bersembahyang,

kau temui kasih sesuci nian,

sebuah penderitaan dan nyawa,

di suatu tempat,

bernama penghujung.


Nukilan: Hanam Hamid

Petikan Puisi:

Ciptaan Terulung (Koleksi Puisi Anugerah),

Pelukis Emosi (Koleksi Puisi Jiwa dan Emosi) dan

Penghujung (Koleksi Puisi Langit Yang Menangis)

Saturday, April 11, 2009

KISS (Because I'm A Girl)

Aku suka ini!




Apa kata anda?

Faymes-kah?

ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2009!

semua pun mengaku fofular..setiap tahun aku ngan geng2 memang sentiasa melekat di kaca tV menonton rancangan ni..tahun ni..agak2 sape menang?aku bajet...dan aku rasa akan menang...adalah..

1. Pengacara TV Lelaki Popular

1. AC Mizal
2. Ally Iskandar
3. Aznil Haji Nawawi
4. Faizal Ismail
5. Faizal Tahir

Aku pilih: Ally Iskandar (sbb nak pembaharuan..hehe)
Aku rasa yang menang: Aznil Haji Nawawi lagi kot..



2. Pengacara TV Wanita Popular

1. Abby Fana
2. Cheryl Samad
3. Fara Fauzana
4. Juliana Evans
5. Nurul Alis

Aku pilih: Fara Fauzana (macam org len xterkenal sgt kot)
Aku rasa yang menang: Fara Fauzana gak



3. Penyampai Radio Lelaki Popular

1. AG
2. Aznil Nawawi
3. Faizal Ismail
4. Kieran
5. Khairil Rashid

Aku pilih: Faizal Ismail..sbb besh dan lawak
Aku rasa yang menang: susah gak ni..Khairil Rashid kot..



4. Penyampai Radio Wanita Popular

1. Abby Fana
2. Fara Fauzana
3. Leeya
4. Linda Onn
5. Nana

Aku pilih: Fara Fauzana gak
Aku rasa yang menang: Fara Fauzana nyer la--kompom!


5. Artis Komedi Lelaki Popular

1. AC Mizal
2. Afdlin Shauki
3. Nabil
4. Saiful Apek
5. Zizan

Aku pilih: susah gak ni..tapi aku pilih Zizan
Aku rasa yang menang: memang paling sengit la..Nabil kot menang..tgh zaman die kan..


6. Artis Komedi Wanita Popular

1. Amyza Adnan
2. Kenchana Dewi
3. Noorkhiriah
4. Ruminah Sidek
5. Sheila Mambo

Aku pilih: macam sume pun tak..hehe..Noorkhiriah la..
Aku rasa yang menang: Ruminah Sidek..hahha


7. Artis Baru Lelaki Popular

1. Aiman
2. Fizzow Omar
3. Nabil
4. Nubhan
5. Riz

Aku pilih: Nabil la..
Aku rasa yang menang: memang Nabil kot..


8. Artis Baru Wanita Popular

1. Ayu OIAM
2. Lisa Surihani
3. Sari Yanti
4. Scha
5. Stacy

Aku pilih: Banyak pilihan nih..Stacy la kot
Aku rasa yang menang: Macam Stacy je akan menang


9. Penyanyi/Artis Nasyid Popular

1. Aiman
2. Akhil Hayy
3. Hijjaz
4. Rabbani
5. Raihan

Aku pilih: Akhil Hayy la..
Aku rasa yang menang: Rabbani lagi kot


10. Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular

1. Estranged
2. Fabulous Cats
3. Hujan
4. M. Nasir & Malique
5. Meet Uncle Hussain

Aku pilih: MUC la..
Aku rasa yang menang: MUC gak kot..Estranged pun boleh jadi..xpon Hujan..x..x.x..MUC..sure!


11. Penyanyi Lelaki Popular

1. Adam
2. Aizat
3. Amy Search
4. Mawi
5. Nubhan

Aku pilih: Aizat la..ok pe..
Aku rasa yang menang: Mestila mamat Mawi tu lagi kan???


12. Penyanyi Wanita Popular

1. Elyana
2. Jaclyn Victor
3. Mila
4. Siti Nurhaliza
5. Stacy

Aku pilih: tanpa ragu..SITI NURHALIZA TARUDDIN!!!
Aku rasa yang menang: perlukah orang lain lagi yang menang???SITI NURHALIZA la!!

13. Pelakon Filem Lelaki Popular

1. Farid Kamil
2. Que Haidar
3. Rosyam Nor
4. Rusdi Ramli
5. Saiful Apek

Aku pilih: Que Haidar..xminat pon..
Aku rasa yang menang: entah arr..Rosyam Noor?

14. Pelakon Filem Wanita Popular

1. Erra Fazira
2. Liyana Jasmay
3. Maya Karin
4. Sharifah Amani
5. Vanidah Imran

Aku pilih: Vanidah Imran..Amani ok..tp nk vote Vanidah lah..
Aku rasa yang menang: Erra Fazira kerr???

15. Pelakon TV Lelaki Popular

1. Aaron Aziz
2. Aqasha
3. Ashraf Muslim
4. Fahrin Ahmad
5. Rosyam Nor

Aku pilih: Aaron Azizla plak..sume pon ok pe..
Aku rasa yang menang: Rosyam Noor lagi kot..

16. Pelakon TV Wanita Popular

1. Abby Abadi
2. Diana Danielle
3. Dynas
4. Fasha Sandha
5. Rita Rudaini

Aku pilih: Rita Rudaini!
Aku rasa yang menang: macam Dynas nyer turn lak ke?

ANUGERAH BINTANG POPULAR 2008 akan disiarkan secara langsung di TV3 pada 12 APRIL 2009. Sama-samala kita tgk nanti.. (^^)

Saturday, April 4, 2009

Inikah Dugaanku ?


Bukan sekadar terkesan dengan lagu Ning Baizura yang berpuluh tahun dulu kita semua duk dengar. Walaupun selalu jugak la aku melayan lagu itu, siap tulis lirik dia dan adala jugak dalam telefon untuk dengar kalau-kalau kebosanan datang menjenguk kan?

Tapi hari ini bukan cerita lagu tu, tapi lagu lain (ala-ala orang Kelate and Utara berdialek taw!)--
Lagu sentimental and melancholy gitu. Kisahnya--

Aku ni agakla environment lover kan. Sampai dalam bilik aku bertimbun tin-tin kosong and botol air untuk kitar semula. Depan pintu ada je notis-notis tampal sendiri (dan buat sendiri) pasal kitar semula dan sayangi bumi ni.

Tapi ditakdirkan Tuhan, masa Earth Hour duk busy2 kat Malaysia nih, lagu Ning tadi masuk rentak. Mana tidaknya, laptop aku yang mengandungi data2 terpenting kegradan dari UKM ni nanti, telah ditimpa nasib malang!

Beberapa hari sebelum itu, laptop aku memang dah mula menunjukkan diserang asma. Kejap2 restart, kejap2 restart. Pastu malam sebelum kes Earth Hour ni, aku try buka..wah! menjeritlah hati kecilku sebab dah ok dah cik laptop kesayanganku ini. Lalu bergegaslah aku menaip tesis kan--

Pas dgr azan maghrib aku gi mandi la and mestila kena solat kan. Lepas tu aku gi lepak jap bilik sebelah. Tengok jam, alamak..dah kol 830malam! Earth Hour rakan2! Earth Hour! dengan yakinnya aku menjerit nak gi tutup lampu bilik (sedangkan laptop aku masih buka matanya yang cerah itu).

Belum sempat aku tutup, dengan penuh magik dan ajaibnya, seluruh lampu dan alat2 elektronik yang menggunakan elektrik terpadam dengan sendiri.

Dan malam tu, selain mendengar carut-marut dan suara jeritan manusia yang tensen ngan sistem automatik sesuke hati menutup generator, aku terpaksa mendengar suara hati sendiri yang asyik duk nangis daripada 830malam ari tue...sampaila saat dan ketika artikel ni dituleh----(TT)-

...kesimpulannya, aku meletakkan jawatan sebagai pencinta bumi sebab kebahalulan individu yang tak paham maksud "vote for Earth Hour", aku terpaksa meminjam dan mengemis serta mengharap belas orang lain untuk siapkan tesis, report lab, assignment interaksi mikrob tumbuhan serta perbentangannya--

kalaulah aku kena bayar lebih rm200 untuk baiki laptop aku tuh, yang mana maksudnya baki bank aku tinggal rm10, aku berjanji untuk menyaman kerajaan Dunia!!hahahaha!!!

::shout box!::

"masing-masing Kami anugerahkan mereka itu dan mereka ini pun dengan pemberian Tuhanmu. Pemberian Tuhanmu tiada terlarang (kepada sesiapa jua pun)"