viewers

Sunday, June 26, 2011

Kebebasan Bersuara : Usah Benci Kelantan.


Kebebasan Bersuara : Usah Benci Kelantan.

Baru seketika, saya dikejutkan dengan satu berita tentang seorang bloger gadis muda berumur lebih kurang 17 tahun akan luahan perasaannya betapa dia membenci orang-orang Pantai Timur, khususnya orang Kelantan. Sabitan usul itu tidak jelas kenapa dan apa relevannya. Namun jelas isu ini dimainkan secara besar-besaran apabila entrinya terpampang di wall Facebook Kelantan The RedWarrior. Perkara ini berikutan kelantangan suara beliau mengkeji dan menyatakan kebencian terhadap penyokong-penyokong Red Warrior yang pasti kebanyakannya berasal dari Kelantan.

Jika diteliti setiap entri beliau, agak keterlaluan dengan luahan perasaan sebegitu rupa. Apatah lagi bukan satu entri tetapi terdiri daripada beberapa entri lain yang turut meluahkan rasa tidak senang dengan kelompok orang Pantai Timur, lebih lagi orang Kelantan. Antara petikan kata beliau adalah “budak-budak Kelantan jahat”, “tak suka mereka”, malah beliau sanggup membuat pendirian untuk tidak sesekali menjejakkan kaki di negeri Kelantan semata-mata rasa benci yang meluap-luap itu.

Menariknya, tindakan beliau memberi respon yang sangat memberangsangkan. Kebanyakan yang menulis merupakan mereka yang kurang senang dengan entri beliau malah ramai antara mereka menyumpah seranah serta mendoakan sesuatu yang tidak baik untuk beliau. Mereka yang menulis bukan sahaja mereka yang berasal dari Kelantan, malah turut sama disertai oleh rakyat Terengganu (yang disokong oleh bloger ini berdasarkan perlawanan akhir Piala FA baru-baru ini), serta Selangor dan Negeri Sembilan (kedua-dua negeri ini merupakan pilihan bloger dalam perlawanan FA).

Respon negatif sebegini sememangnya telah diduga terutamanya apabila seseorang menyentuh isu sensitif dan berupaya mencemar maruah mereka. Namun, di sebalik itu, turut ada antara mereka yang menyokong dengan tiket kebebasan bersuara. Hal ini benar-benar merisaukan saya apatah lagi hak asasi ini digunakan sewenang-wenangnya untuk menghina dan menghukum golongan lain tanpa diawasi poin-poin yang berilmu serta relevan. Bukankah hak ini seharusnya memberi ruang agar sesuatu isu itu dapat diperbaik? Jika disandarkan pada hak asasi, tindakan bloger ini juga boleh dikira sebagai menyalahi hak asasi manusia apabila cuba mendiskriminasikan sesuatu bangsa berdasarkan kenegerian mereka. Di manakan Nelson Mandela di saat kami memerlukan beliau?

Saya secara jujur, sebagai anak jati negeri Kelantan ini sangat kesal dengan apa yang berlaku. Hak kebebasan yang diberikan ini sedikit melampau apabila berniat mencetuskan rasa benci terhadap sesuatu kelompok masyarakat, sehingga nama-nama tertentu turut dimain peranankan, termasuklah Datuk Bentara Luar Nik Aziz Nik Mat selaku Menteri Besarnya. Saya berpendapat, tindakan responden adalah wajar dalam mempertahankan maruah dan jati diri mereka selain turut menjaga keharmonian antara negeri-negeri. Waima dalam usul dan cara kebanyakan mereka jelas terlampau dan keterlaluan dalam beberapa perkara. Masih, alasan mereka adalah kukuh.

Jauh di sudut hati saya, timbul rasa kasihan pada pemilik blog tersebut. Selain sifat beliau sendiri yang kurang matang, respon mereka yang menulis juga menakutkan saya. Bayangkan apabila gambar gadis ini yang jelas terpampang di bahagian tepi blog ini dikenal pasti dan diapa-apakan. Dengan sedikit biodata beliau yang turut disertakan, segala kemungkinan boleh terjadi.

Atas sebab itu, dengan sedikit bantuan, saya mengambil inisiatif tersendiri dengan menghubungi keluarga beliau. Bukan niat mengapa-apakan beliau atau maksud yang jahat, namun berharap biarlah kedua ibu bapa beliau yang mengambil tindakan yang lebih wajar dan menasihati beliau daripada nanti beliau dihukum oleh mereka yang obsesif terhadap isu ini. Dengan rendah diri dan rasa bertanggungjawab, saya benar-benar mohon maaf sekiranya saya terlanjur membabitkan keluarga beliau. Ikhlas, niat saya sekadar menjernihkan suasana.

Terbaru, bapa kepada gadis ini menyatakan rasa bersalah dan memohon maaf atas kelakuan anak gadisnya dan berjanji akan menasihati anaknya ini. Dan sebagai seorang manusia biasa, dengan penuh rasa senang memaafkan beliau. Semoga peristiwa ini tidak akan berulang lagi. Saya juga maklum bahawa blog tersebut telah ditutup (atau entri yang berkenaan telah dibuang) dan sebaiknya, isu ini tidak dipanjangkan lagi.

Tujuan entri saya ditulis kali ini bertepatan dengan beberapa perkara:
  1. Gunakan hak kebebasan bersuara dengan sebaiknya. Usah jadikan alasan ini tiket untuk menyinggung peribadi atau golongan tertentu.
  2. Baik negeri apa, bangsa apa, tempat mana, atau individu mana, baik dan buruk sentiasa wujud. Bukanlah cara kita menghina semata-mata sesuatu golongan itu hanya kerana seorang daripada mereka berbuat salah. Apatah lagi golongan tersebut masih punya nilai yang positif.
  3. Menulis memerlukan ilmu. Menulis juga perlu diadun laras bahasa yang tepat. Supaya dengan tujuan membetulkan apa yang silap, atau menggubah keburukan menjadi lebih baik itu dilihat sebagai teguran dan bukannya ancaman.
  4. Fenomena dunia tanpa sempadan harus didindingkan dengan panduan gologan matang. Kita risau, suatu masa nanti, kerana sekecil-kecil isu, perang dunia bergolak semula.
  5. We couldn’t stop anyone to judge other people. But we couldn’t let them offend others if we wish to work in harmony.

Beringat sebelum kena. Untuk makluman semua, ramai orang Kelantan turut menyumbang ke arah kebaikan dunia. Tok Kenali dan Tok Janggut memperjuangkan kemerdekaan Malaysia. Dato’ Mustafa Mohamed juga berusaha membangunkan Malaysia. Saya juga, berusaha menanamkan benih yang baik di dunia ini.

Saya sayangkan negeri saya. Tapi itu bukan alasan saya membenci negeri lain. Malah, saya punya ramai kawan dari negeri lain yang menyukai saya walau pada asalnya tidak berapa senang dengan orang negeri saya. Tak kenal maka tak cinta.  

Thursday, June 16, 2011

Tips : We couldn't think too much ...

There's a lot of things happening everyday in our life, changing every moments we have. It's so true for us to think each and every of them. For the good lesson, and a better future.

But sometimes, life is much more subjective to think about. It's a never-ending written story we could never finish to read through. When we're just about to try to understand the meaning of it, another point converged. And we met the other stringy elaborations we could never understand.

Somewhere in the middle, forget the ruthless and annoying points. Skip that part and try to learn from the  blithesome, happy scene or subject. Remember that we don't always have to accept everything in our life. So, why should burden ourselves with such negativity when we certainly could see it in a different perspectives?

Thus, choose to be happy! Think happiness. Talk happiness!

Monday, June 13, 2011

Saturday, June 4, 2011

Selamat Hari Keputeraan Baginda Sultan Yang Di Pertuan Agong Malaysia!

Wishing
Selamat Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Al-Wathiqu Billah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj yang ke 49 pada hari ini, 4 Jun 2011.
Long Live the King!

::shout box!::

"masing-masing Kami anugerahkan mereka itu dan mereka ini pun dengan pemberian Tuhanmu. Pemberian Tuhanmu tiada terlarang (kepada sesiapa jua pun)"