viewers

Friday, April 1, 2011

Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.



بسم الله الرحمن الرحيم


109:1
109:2
109:3
109:4
109:5
109:6

109:1
Sahih International
Say, "O disbelievers, I do not worship what you worship. Nor will I be a worshiper of what you worship. Nor will you be worshipers of what I worship. For you is your religion, and for me is my religion."

Malay
Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku".

Dulu, selalu baca kat paper ada isu-isu hina islam..sekarang, kat news feed FB sendiri pun dah start pandai sentuh sensitiviti islam..kenapa kita masing-masing tak pandai nak hormat pendirian golongan lain?
kisahnya:


pasal isu ni, pernahlah terdengar-dengar pelbagai khabar dan cerita. tarian poco-poco ni memang sangat terkenal. biasanya kalau ada aktiviti cergas dan sukan, adalah tarian ni. program-program motivasi pun tak terkecuali. malah, dulu kawan-kawan PALAPES pun pernah maklumkan bahawa tarian ini 'tarian mereka'. biasa sangat buat. tak pernah datang usul mana asalnya, apa natijahnya. barangkali, masing-masing fikir tak ada salahnya tarian ini.

biasalah, perkara yang selalu kita buat, tiba-tiba diharamkan, mestilah sedikit sebanyak hati kecil kita menentang. hakikatnya, kita bukan pakar dalam hal ini. bukan daripada golongan mereka yang belajar hukum hakam Allah, syariahNya. sejauh mana ilmu kita cuba mematahkan hukum yang dibuat mereka?

seumpamanya, ketika yoga diharamkan dulu, kes lebih kurang sama diluahkan mereka yang bernama masyarakat. baik yang bukan islam, mahupun mereka yang menganuti agama Allah ini sendiri. itu tidak menyentuh isu valentines lagi. dulu sambut, tiba-tiba diharamkan. berjela-jela lah maki hamun pengikut tetap hari istimewa ini. yang setuju pun kadang-kadang nampak terpaksa. maklumlah dah sebati. masing-masing nak sabit menyabit.

menariknya isu kali ini, terpanggil saya menyentuh sedikit kelemahan yang nyata kita sebagai umat islam. terfikir juga, terkadang, kenapa hukum islam diwajarkan mengikut negeri tanpa difatwakan secara terus pada skala nasional? mana mungkin satu kawasan sesuatu itu islam haramkan, mana kala di satu tempat yang lain diharuskan. melihat kepada situasi, barangkali ya, namun halal-haram yang difatwakan negeri-negeri rasanya tidak menjadi untuk kita sebagai muslim.

bayangkan di satu tempat, amalan ini diharamkan kerana berasal daripada ajaran agama lain, mana kala di satu tempat yang lain hukumnya harus walau sabit perkara yang mengharamkan masih serupa?

persoalannya, adakah ketika saya menari poco-poco di Perak adalah diharamkan kerana menyerupai ajaran bukan islam, namun apabila menari poco-poco pada hari keluarga BT di Selangor, diharuskan pula kerana tiada sabitan demikian? jadi, apabila nafsu meronta-ronta ingin menari poco-poco saya harus keluar daripada Perak ke Selangor kerana hukumnya telah bertukar harus?

bolehkah agama kita mengeluarkan hukum halal dan haram semudah itu?

masalahnya, kita sendiri 'memecah belahkan' hukum kita kepada tempat-tempat yang tidak tepat bezanya, sehingga masyarakat kita terkeliru. tambahan, hukum haram halal ini bersabit aktiviti yang melibatkan ramai pihak, dan bersifat global.

saya sangat keliru dengan kenyataan Datuk Seri Jamil Khir Baharom tentang isu ini:

Jelas Jamil Khir, walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan poco-poco tidak haram, namun jawatankuasa negeri masing-masing boleh memutuskan keputusan sekiranya dirasakan perlu.

“Kalau Majlis Fatwa Kebangsaan kata tidak haram tapi akhirnya ia diserah kepada jawatankuasa negeri sama ada untuk haramkan atau tidak.

“Kalau kata ia haram, keputusan juga terletak kepada jawatankuasa negeri sama ada untuk gazetkan sebagai fatwa atau tidak, itu semua bergantung kepada negeri,” katanya.

bolehkah, satu mengharamkan, sebaliknya yang lain-lain menghalalkan sebegitu? maka mungkinnya benar kekhuatiran Mufti Perlis Dr Juanda Jay akan kebarangkalian penggubalan hukum islam bakal menimbulkan kekeliruan.

sebaliknya, saya bersetuju dengan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad agar isu ini dinasionalkan permuzakarahannya bagi mengelak kekeliruan berterusan.

baca lanjut disini, dan di sini.

berbalik kepada isu kita, adalah SANGAT PENTING bagi mereka yang bukan 'dalam kalangan kami' untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau kritikan atau pandangan berkaitan hukum hakam bagi 'golongan kami' kerana anda adalah bukan ahli yang mengikut hukum tersebut, bahkan lebih penting, kami sendiri masih berteka-teki sebelum memberi kewajaran buat anda berdiskusi akan hukum yang tidak anda guna pakai. pastinya, anda sendiri tidak mahu kami bingkaikan gambar anda dengan bingkai hitam, walaupun kami tidak pernah berasa salah berbuat demikian, selain menghormati apa sahaja pendirian dan peraturan 'golongan anda' selagi tidak menjadi tentangan terhadapa 'golongan kami'.

dan ya, FirmanNya bermaksud; "Bagi Kamu agama kamu, dan bagiku agamaku."

p/s: Ada ramai kawan dan kenalan bukan beragama islam, dan masih boleh saling menghormati. kenapa tidak anda?

No comments:

::shout box!::

"masing-masing Kami anugerahkan mereka itu dan mereka ini pun dengan pemberian Tuhanmu. Pemberian Tuhanmu tiada terlarang (kepada sesiapa jua pun)"