viewers

Tuesday, February 22, 2011

We are waving Goodbyes in February.

We are waving Goodbyes in February.

It’s a lovely month of February when I thought that it’s a month of fabulous things to happen. Before I could see all of these coming, I already hit by the sudden news of the letting them go. Everyone will take their turn leave-taking the workplace to another place they will thrive the life they own.

It started with Hamidun, for whatever reason he could say, he suddenly asked to quit his job and leave us all. It’s a mystery and we don’t really know why but to accept the fact he is quitting the day he told us that he’s going to quit. And then, there goes the story, the first good bye of February.

As the time pass through, Shafiq told me, about quitting his job too. He’s hesitated at first but then he gathered all of his courage to tell his supervisor about quitting the job, and as a penalty to it he offered his friend to replace his current position. And by the end of this February, he’ll not be here anymore.

Well, the story never get enough of loosing these two until Azhar told us an immediate news of his wife will be transferred to Kuala Terengganu to work with Jabatan Kesihatan Kuala Terengganu. And since his wedding is just around the corner plus the fully-packed tasks to be settled for his wife’s transfer, he asked for 24hours notice ending up the remaining one month contract he left. Yeah, another hero shot out from this terra firma of BT01.

Honestly, I’m feeling a little mix up with all these sudden “I-am-quitting-my-job-a.s.a.p.” that trending here. Feeling lost and denied. Feeling helpless and unarmed. Feeling alone.

A few days onwards, the emptiness started to call my focus out. Mr. Bad Mood darkens my routine. Hell, the works all are ruined. Thanks to me, lots of my works messed up. Okay, maybe I’m a little too much of exaggerating my points, but the fact is, I am having a whole sucking of nothingness in me. And this feeling reminds me of myself few years ago.

He is one of my best friends who happened to be the only one got to go to the same matriculation college with me. I was so glad we did to be together so at least I shouldn’t rush my butt off knowing people which I don’t really good at. But after awhile, he had been offered for a prep-class (A level) in KYUEM College as he would be studied overseas. The exact feeling I’d been felting that days was emptiness+disappointed+happy. I wished he might stay so I will certainly have friend like forever but at the same time I know that he’s leaving for good. So, I should be happy for him. And the hardest part is, it’s not so easy to feel happy and sad at the same time.

Life should go on. I and my life are here till now. So, I have to stay for my sake. And they will remain going to wherever place they should to further their dream, achieving what they ever wanted in their life. As a human, a friend, it’s completely normal to feel this kind of emotion but the path we all are walking through might have it separated into a few other ways. So, run through it everyone!

Good luck for your future undertakings! Thanks for everything, friends. I will always pray for each and every of you reaching for your dreams. As the days went by, we will always be friend. Forever!

Saturday, February 12, 2011

sebab saya kurang ilmu..

mula-mula sekali, tiada niat to harm others, reputability or personally. cuma berharap apa yang ditulis, dan dipersoalkan menjadi jelas buat semua. sama ada wujud atau tidak agenda tersembunyi, saya harap kita sama-sama letakkan di tepi dan menganalisa atau mengkaji isu ini dengan bijaksana dan ilmu yang berguna. let go to the same goal: of why this should be said as it is.

berikut merupakan post seorang kawan saya di universiti dulu. tempted by the facts of Genetics knowledge being pledged out, saya menyatakan pendirian saya. jelas, beliau yang saya akui kebijaksanaannya punya lebih idea dan pemikiran yang bernas. saya cuba menegakkan akal saya namun sering tersempit di balik persoalan dan idea yang dibawanya. saya tak pernah berubah pendirian walau sesaat namun masih sukar menyatakan kenapa.

bacalah isu ini. dan beri pandangan anda. jujur, saya sekadar mencari ilmu.

Pembelajaran ilmu genetik perlu diharamkan kerana ia diasaskan seorang paderi Kristian, Gregor Mendel. Ia adalah tradisi kristian dan merupakan satu agenda kristinisasi yang makin berleluasa dikalangan umat Islam.


    • Hanam Hamid
      Asal lak!! Byk2 benda yg diasaskn org bukan islam, genetik dak diharamkan. FB xharamkan plak. youtube..microsoft..jelas2 bkn org islam. kapal terbang pun kristian gak. so pasni nk g mekah sila jalan kaki..huhu~~

      belajarlah genetik. belajar t...ak semestinya menerima. byk yg bljr genetik mendekatkan diri kpd Allah. cuba baca buku Harun Yahya..See More
      Yesterday at 7:02pm · · 1 personNoor Muhammad likes this.
    • Asrulfeezam Haniffa Valentine's day?
      Yesterday at 7:03pm ·
    • Hanam Hamid
      yeah. yg tue sbb jelas2 ditafsir 'hari st. valentine' bg mengingati paderi yg bla2 bla2.. ada unsur kristianisasi.
      wlpun hari kasih syg dijdkn alasan, still, asalnya hari valentine lahir atas rasa kagum dan memuja jasa paderi tu..sila baca ...sejarah dan tujuan asal hari ni disambut. (malas nk tulih)See More
      Yesterday at 7:07pm ·
    • Asrulfeezam Haniffa oh.
      Yesterday at 7:07pm ·
    • Hanam Hamid yg masalah bukan siapa asaskan. cuma tujuannya.
      Yesterday at 7:08pm ·
    • Asrulfeezam Haniffa hmm..
      Yesterday at 7:08pm ·
    • Asrulfeezam Haniffa tapi serius la, sy rasa genetik perlu diharamkan.. ilmu yang diasaskan paderi kristian.. tidak boleh dipercayai.
      Yesterday at 7:29pm ·
    • Hanam Hamid pernah belajar tak?
      Yesterday at 7:30pm ·
    • Asrulfeezam Haniffa xpernah..xnak belajar..nanti minda diracuni..
      Yesterday at 7:30pm ·
    • Faisal Latios Anwar Besanding, berinai semua ikut adat Hindu. JAKIM pls haramkan dengan segera.
      Yesterday at 7:32pm ·
    • Asrulfeezam Haniffa Yaa betul tu. New Year dan Hari Buruh pun perlu diharamkan, lagi tradisi kristian.
      Yesterday at 7:34pm ·
    • Hanam Hamid
      eh..Rasul Allah dulu pun belajar mencari Tuhan. Disebabkan belajarlah baginda temui Allah. In fact, subjek teology sbnrnya dianjurkan Islam spaya bg yg blajar mengenal Tuhan. Belajarlah bible. sbb, bila kita belajar dgn betul kita dpt tahu ...salah betul sesuatu tu. Dlm genetik yg ditolak asas Darwin je. mulanya kita percaya sbb beza dgn ajaran islam. tp up till now, Darwinisme mula ditolak sbb ada percanggahan.
      isu ilmu sains ni satu btk kajian, kita kaji dan buat pdirian dan alasan.
      hukum Mendel sbnrnya ada dalam Islam. tak payah cari jauh2. dlm Quran pn ada.cuma tak dinyatakan dgn jelas sbb Allah nk kita belajar. bkn main terima je. mendel jumpe tu skdr nasib dia la Allah pilih dia jumpe hukum tu kn??
      satu lg penekanan slalunya ttg budaya halal atau haram based on nilai keAgamaan..bkn Adat istiadat.
      nk tulih, explain saya xpndai encik2 skalian. sila lah rajin2kn cri web majlis fatwa ke mufti ke apa. pakar mna2 yg ley explain.huhu
      [penat mnaip]
      See More
      Yesterday at 7:38pm ·
    • Hanam Hamid *rasul Allah=ibrahim
      Yesterday at 7:38pm ·
    • Asrulfeezam Haniffa Hari Valentine tu keagamaan ke. Kenapa gereja kristian sekarang tak sambut ye. Mesti ada sesuatu agenda kristinisasi yang halus ni.
      Yesterday at 7:40pm ·
    • Asrulfeezam Haniffa Tapi Gregory Mendel tu paderi Kristian. Kalau kita belajar genetik, bukankah maksudnya kita memperingati seorang paderi Kristian? Hukum Mendel. Nama hukum diasaskan seorang paderi kristian, dan disebut pelajar2 sains masa kini, betapa bahayanya agenda kristian ini.
      Yesterday at 7:43pm · · 1 personFaisal Latios Anwar likes this.
    • Hanam Hamid
      saya bukan pakar. dlm islam, yg tak byk ilmu terima dpd yg lebih berilmu dlm mnentukn hukum yg tidak ada nas hadis atau quran.
      namanya qias dan ijmak.

      http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-orang-islam-menyambut-perayaan-valentines-...day

      tu je yg mampu sy kata. nk tolak yg ijmak dh wat fatwa. sy bljr dulu psl syariah, "apabila sampai pd hukum yg tiada nas, jatuhkn hukum ikut qias (menyamakan) atau ijmak (perbincangan)".

      saya xde ilmu sejauh tu nk kata halal haram. saya ikut lah ahli sunnah wal jamaah as-syariatul Islam: ikut qias atau ijmak ulama'.

      mendel dan valentine: putar belit dan manipulasi fakta sedang anda lakukan. kan?? hehe--
      See More
      Yesterday at 7:45pm ·
    • Noey Izwan Hashim ape masalah ko nie... klu belajar gak jd kritian ker... ko ko nk ckp aku kristiann... skng ko nk ckp ape?... aku dah tamat belajar dah pun bidang Genetik nie... ade aku suruh ko g gereje ke?... nie ko serius ker sj membuat provokasi... ko nie sukar diduga...
      Yesterday at 7:45pm · · 1 personYou like this.
    • Hanam Hamid haha.
      Yesterday at 7:48pm ·
    • Asrulfeezam Haniffa Apa fakta yang saya manipulate? Mendel seorang paderi kristian. Hukum Mendel diasaskan nama beliau kan?
      Yesterday at 7:51pm ·
    • Noey Izwan Hashim "Kalau kita belajar genetik, bukankah maksudnya kita memperingati seorang paderi Kristian? Hukum Mendel"... dah tue ilmu die kire takyah belajar?... abis cammn nak wat kajian genetik?!... ke nk kene letak Hukum Nik Aziz?!...br kire Islam? opsss
      Yesterday at 7:55pm ·
    • Asrulfeezam Haniffa Noey: Nik Aziz seorang ulama. Ulama perlu sentiasa diutamakan. Pls jgn cuba bandingkan seorang ulama tok guru dgn seorang paderi kristian ok.
      Yesterday at 7:58pm ·
    • Noey Izwan Hashim bukan perbandingan... skang persoalannyer... cammn nak belajar genetik klu ianye diharamkan?... nak diharamkan psl memperingati kapir... so supaya ilmu tue dpt dipelajari... perlu diislamkan... tak gitu?... jd kene la letak... Hukum Nik Aziz... mn ade berlaku perbandingan... kecuali kenyataannyer... bgmn Hukum Nik Aziz berbanding Hukum Mendel... br la kenyataan perbandingan...
      Yesterday at 8:01pm ·
    • Leeya Yana ilmu ttp ilmu.yg ptg mcm mane nk aplikasi dgn betul.ilmu drpd pengasas mcm mane pun kalau di aplikasi sec positif ttp berguna
      Yesterday at 8:02pm · · 1 personMuhammed Zamhairee B M.Zaman likes this.
    • Noey Izwan Hashim k... panjang dah takkn ckp ape2 dah... thnx leeya
      Yesterday at 8:17pm · · 1 personYou like this.
    • Suharfizza Senawi Kenapa nak tengok semua benda dari sudut negatif? Lets be positive. Kalau nak ikutkan banyak lagi yang haram tapi kita manusia tetap buat kan? Contoh paling mudah, kita tengok diri kita sendiri pun dah cukup. Janganlah libatkan ilmu dengan pemikiran mengarut macam tu. Ke ko ni dah jangkit si obe tu? Nak troll je keje.
      Yesterday at 8:28pm ·
    • Leeya Yana bak kate org puteh dulu (zmn menjajah), org melayu ni nk buat benda kecik mcm jarum pun xmampu.skrg bnyk je kejayaan malaysia.ilmu dr penjajah tp faedah tok org kite.
      Yesterday at 8:33pm ·
    • Muhammed Zamhairee B M.Zaman hahahaha no komen
      22 hours ago ·
    • Hanam Hamid
      saya rasa, ni sbnrnya nada sinis kenapa nak haramkn valentine's day sbb pengasasnya kristian. tu yg kuar statement ni.
      my point is tujuan tu pnting. plus, hukum genetik utk kita bljar dan tntukn betul atau x. itu cara sains bljar. bkn yg blj...r semua btul.
      (tp hukum mendel mmg terbukti btul..kn? sila bljar dlu)
      valentine's day diragui sbb asal usulnya mngaitkan pristiwa keagamaan..(dan mcm2 lg yg bkenaan.)
      bila sbut pasal sahih atau x fakta tu. saya ada cri tp mcm xpasti lak kalo btul2 nk check. e-gemilang xjumpe.
      yg pasti mjlis fatwa yg pakar dh kuar statement. hamba yg tak pandai nih ikut jela.
      See More
      21 hours ago ·
    • Leeya Yana hanam:valentine's day mmg xpatut kita rai.2 budaya agama lain.ilmu genetik xsame dgn budaya.bc balik def ilmu n budaya.
      21 hours ago ·
    • Hanam Hamid ok. itu salah satu pointnye.
      saya nk tegaskn pndirian sy di sini: hukum genetik harus belajar.
      hari valentine haram. itu je.
      21 hours ago ·
    • Noey Izwan Hashim Eh panjang. Ko bkn hari2 valentines day ker
      20 hours ago ·
    • Asrulfeezam Haniffa
      ya, ilmu dan budaya adalah lain. budaya dan agama pun lain. 'budaya agama' tu xwujud. mungkin amalan agama yg dimaksudkan.
      tetapi kalau budaya itu salah, maka sbnrnya sudah byk budaya asing ditiru, mungkin semua perlu diharamkan kalau begini.... tapi satu yg saya pelik, kalau hari valentine adalah amalan agama kristian, kenapa tiada gereja kristian yang menyambutnya.See More
      14 hours ago · · 1 personLeeya Yana likes this.
    • Leeya Yana betul gak kan? bengong gak liya ni..hikhik
      13 hours ago ·
    • Hanam Hamid
      sbb valentine disambut penganut, bkn institusi? meaning, valentine's hanya hari peringatan bkn hari pergi gereja dan sambut.

      seriously, rasa tak patut kita mempolitikkn hukum agama, KALAU memang ada kita mpolitikkn agama. cuma, bezakn ngn ag...ama sebgai politik. sbb tu mmg strategi Nabi masa pembukaan Madinah kan. (rujuk teks sejarah form5)See More
      about an hour ago ·
    • Asrulfeezam Haniffa
      wah betul tu. Tahun Baru, Mothers Day, Fathers Day, pun disambut penganut..looking forward hari2 ini pun diharamkan. Persoalan saya jika Hari Valentine, adalah satu amalan Kristian, dan memperingati seorang 'saint', mesti ade upacara gereja.... Saint itu amat tinggi kedudukannya dalam kristian.

      Mempolitikkan. Saya pelik penggunaan istilah ini. Pertama sebab saya tak nyatakan pun sebarang parti politik dalam perbincangan ini kalau itu yg dimaksudkan. Kedua politik ini terlampau luas - kuasa, pengaruh, sehingga penggunaan kata itu terlalu subjektif dan general - bukankan semua kata2 kita adalah sedikit sebanyak ingin mempengaruhi orang lain? Cubaan memberikan implikasi negatif kepada perkataan politik itu adalah sesuatu yang amat tidak matang. Penggunaan label seperti 'mempolitikkan' 'sinis' 'kurang ilmu' untuk menjatuhkan kredibiliti 'messenger' instead of the 'message' juga adalah suatu yg amat menyedihkan. Bak kata Eleanor Roosevelt 'Great minds discuss ideas, average minds discuss events, and small minds discuss people'. Dan kalau ada fakta yg ingin disampaikan janganla diminta orang lain mencarinya, menjengkelkan. Lebih-lebih lagi di zaman Internet ini, semuanya di hujung jari.

      Berbalik kepada mempolitikkan, saya rasa istilah yang lebih tepat adalah mempersoalkan, kan lebih mudah perkataan itu. Saya pun kurang gemar perkataan2 sofistikated ini, melainkan penggunaannya difahami dan relevan. Saya rasa saya berhak mempersoalkan Majlis Fatwa, disebabkan saya kurang jelas dengan penjelasan disebalik pengharaman ini dan sebab2nya telah saya nyatakan sebelum ini. Saya rasa penting penjelasan yang diberikan adalah jelas dan menggunakan maklumat yang tepat kerana barulah dakwah itu berkesan. Dan fatwa2 ini tidak semestinya sempurna, kerana ia tidak melibatkan persetujuan semua ulama Islam, hanya di Malaysia saja. Dan ada juga rekod fatwa yang terpaksa dibatalkan kerana berasaskan fakta tidak tepat, contohnya pengharaman minyak wangi beralkohol atas alasan dikatakan alkohol didalam minyak wangi itu adalah arak.

      Kalau saya masih dianggap berpolitik dan sebarang tindakan mempersoalkan sesuatu itu adalah politik, mungkin selepas ini saya perlu kumpul duit dulu dan tubuhkan parti politik, baru boleh saya mempersoalkan sesuatu yg sy anggap sebagai tidak jelas. (Pelik kenapa pensyarah di Uni. dulu suka suruh pelajar tanya soalan, mungkin ini agenda rahsia supaya semua pelajar berpolitik dalam bilik kuliah)
      See More
      49 minutes ago ·
    • Hanam Hamid
      1. hari2 tu xde plak mperingati saint ke ape. gereja involve ke x xpasti plak knapa. sorry for lack of info.
      2. isu mpolitikn, jujur xde niat nk kata pape. sbb tu pkataan KALAU dijelaskan. psoalan mncul sbb trendnye skrg isu ni byk kuar dlm... media politik: gov and opp. kalau takde kaitan, a simple "no, it's not politic' cukupla. then, i'll be notice you're just curious to know. tak salah kan tanya.
      3.isu majlis fatwa, i'm the least of all to say anything. dah maklum sy xpandai nih.
      4.sorry, if my opinion do offence anyone. just telling what i know, and clearly never enough for someone who seriously know more than me.
      5.glad you are good at it.
      6. serioously, tidak berlaku sinis. just honest telling my thought.
      7. i may remain silent if it's good for all. or my opinion is rubbish.
      :)
so, just to let you know, persoalan politik keluar akhirnya sebab kawan saya ni berpengaruh juga di uni dulu dalam politik uni. but please, itu sekadar persoalan yangg timbul tatkala saya menyampaikan buah fikiran saya. plus, kenapa tiba-tiba dia bercakap tentang soal ini. mungkin betul, dia sekadar ingin tahu dan mahu penjelasan. yang jelasnya saya tak tahu macam mana nak explain.

no.1: saya tahu saya punya ramai teman yang bijak. jadi saya sendiri tertanya-tanya, dalam ramai-ramai siapa yang mampu beri penjelasan yang terbaik untuk isu ni.
no.2: sensitiviti sentiasa main peranan. kadang-kadang hukum dan poilitik susah nak sebut sebab ia berlarutan sehingga menghentam peribadi seseorang. saya mahu jelaskan di sini: niat saya untuk dengar penjelasan yang sewajarnya. tiada niat menyentuh mana-mana sentiviti agama, budaya mahupun politik seseorang. sekadar budak mentah mahukan penjelasan
no.3: apa kata kita berbincang dengan bijak dan baik serta tidak menjadikan isu ini sebagai alasan kita bermusuhan.

dan saya betul-betul ingin tahu kenapa? sebab saya kurang ilmu..

Tuesday, February 8, 2011

OPEN YOUR EYES. LEARN FROM IT. AND MOVE ON.


INTRODUCTION. Saya menulis ketika ini sebagai bentuk rasa syukur dan perkongsian kata. Saya bukanlah sesiapa yang mampu menzahirkan kata-kata nasihat yang mampu memberi sepenuh impak yang berguna buat semua. Malah, pengalaman saya yang secetek ini mungkin tidak mampu menenggelamkan sengsara dan masalah yang menimbulkan susah di hati sesiapa. Namun saya percaya, setiap antara kita punya pandangan dan buah fikiran yang jika tidak banyak, dengan sedikit mampu meringankan berat beban yang tergalas di pundak seseorang yang lain. Untuk makluman anda, ketika entri ini ditulis, saya diserang sakit yang teramat sangat meski sedang asalnya bahagia melingkari hari-hari saya yang sudah.

OPEN YOUR EYES. Saya percaya ada antara kita kini sedang merasai sakit dan perit kerana kejamnya (pada pandangan kita) seseorang yang kita percayai mengkhianati apa yang kita amanahkan padanya. Mungkin ada tanggungjawab, hati dan perasaan, atau barangkali perhubungan murni yang kita mahukan ia menjadi telus dan berkekalan. Namun, dibalik hari yang mendatang, dugaan dan aral tiba-tiba menerpa dan melintangi impian kita. Seperti saya katakan, bukalah mata. Sebagai manusia, kita berhak berasa sakit dan marah. Mengambil tindakan untuk menangis dan memaki mereka. Menidakkan takdir Tuhan pada kembara hidup kita. Kenapa hitam mewarnai putihnya lembaran hidup kita tatkala kita berhabis sudah memperjuang dan mempertahankan matlamat tersebut. Malah, banyak antara masanya kita berkorban segala yang kita punyai buat mereka yang lain semoga Tuhan bersama-sama melindungi matlamat kita hingga ke akhirnya. Kejamkah Tuhan merotan benak kita sedang kita sungguh berusaha melindunginya?

Persoalannya di sini, apakah yang terbaik untuk kita?

Saya menganjurkan untuk kita terus melindunginya. Dalam harapan yang menggunung, saya percaya kita tega melakukan segalanya yang mampu untuk menggapai impian yang disemat. Tika tangan yang sama kita tadahkan menaruh simpati Tuhan, gagal mencecah apa yang diimpi, bukalah mata kita. Ada dua sebab yang penting: satunya, bukan kita yang tahu apa yang terbaik untuk kita tetapi Dia yang Maha Mengetahui. Jika sungguh kita sentiasa merapatkan diri padaNya dan berusaha percaya pada hikmahNya, maka buat kali ini percayalah juga, mungkin, kesudahan yang begini adalah tanda kasih sayangNya dan telah pun Dia tuliskan yang terbaik untuk kita.

LEARN FROM IT. Belajar. Sampai bila-bila pun kita perlu belajar. Tika jatuh kita mendaki bukit hidup, sentiasalah belajar untuk mendaki dengan lebih baik ke puncaknya. Apa yang perlu kita tahu, setiap jalan yang dilalukan Tuhan buat kita adalah pelajaran yang harus kita belajar melaluinya. Jika begini, akhirnya begini. Apabila sesuatu tiba, ada masa begitulah kesudahannya. Apa yang kita lakukan pada masa silam, memberikan rasa kita pada masa kini dan buat menyimpulkan satu kesudahan pada masa hadapan. Mungkin kita menaruh harapan pada sesorang dengan terlalu tinggi pada masa yang sudah sehingga kita dihiris pedih pada masa kini dek perbuatan yang begitu mudah, dan sebenarnya untuk kita lebih berhati-hati pada masa hadapan. Jadi, belajarlah. Supaya kita tak mudah mengalah.

AND MOVE ON. Setiap jalan cerita sentiasa ada penyudahnya. Dan apabila ditunjukkan kepada kita jalan yang begini atau begitu tatkala ini, penyudahnya adalah untuk kita meneruskan hidup dengan tabah. Andai tiba di fasa ini, ucaplah tahniah pada diri sendiri kerana kita telah berjaya melalui liku tajam dalam hidup ini. Terpaksa mengharungi hidup, dengan disakiti atau dikhianati, mungkin lumrahnya kerana kasih sayang Tuhan menemukan jalan yang lebih baik di hujung kembara kita. Jadi untuk itu bukalah mata. Lihatlah segalanya daripada mata kepala seorang hamba Tuhan yang kerdil yang tidak mampu melawan kehendakNya. Daripada setiap sisi, sebelum boleh kita berkata kita memahami agenda Tuhan, maka perlulah kita belajar daripada Irhadah Tuhan. Setelah jelas setiap kemahuanNya, maka lepaskan sakit itu perlahan-lahan. Carilah kasih sayang Allah yang mahu ditunjukNya kepada kita. Dan apabila sudah kita sedar tempatnya kita berdiri, teruskanlah hidup mengikut halanya takdir Allah yang Maha Mengasihi.

CONCLUSION. Dalam tiap sakit dan derita, semuanya atas dugaan Tuhan mengajar kita erti hidup yang Dia satukan untuk kita. MatlamatNya adalah untuk kita membuka mata melihat kebijaksanaan dan kekuasaanNya, dan menyuruh kita belajar setiap ketentuan yang disusunNya atas landasan hidup kita, supaya akhirnya kita redha dan bersedia meneruskan hidup ini dengan lebih tabah.

Sakit kepala saya, waima betapa berat pun ia, barangkali tak seteruk remuk rendamnya hati anda yang diduga pelbagai cabaran. Kita semua pelayar di lautan luas yang tak pernah kita tahu hala angin dan isi lautannya yang menunggu kita. Jika kita percaya padaNya dan berserah diri, pasti, Dia sentiasa ada untuk menunjukkan jalan yang terbaik. Bukankah Dia yang Maha Mengetahui?

www.micinmyearphones.blogspot.com

Tabahlah semua.

::shout box!::

"masing-masing Kami anugerahkan mereka itu dan mereka ini pun dengan pemberian Tuhanmu. Pemberian Tuhanmu tiada terlarang (kepada sesiapa jua pun)"