viewers

Saturday, February 5, 2011

you are the reason I could survive!




3 januari yg lalu, seorang kawan datang daripada jauh bertandang di teratak saya. ada teman baik kami turut serta. lama bersama sehingga ke hari ini, kami banyak berbual kisah-kisah lama.

down into the memory lane. some long chit-chat plus pillow talks by nite, ada banyak cerita sebabkan saya menjadi saya yang hari ini. ada kisah-kisah yang sebabkan kita lahir dalam keadaan tertekan, sehingga kita rasa kita patut mati terjun daripada bangunan tertinggi di dunia. ada situasi yang kadang-kadang kita tidak faham akan wujudnya mereka daripada satu golongan yang cuba menjadikan kita sasaran yang tak berguna. menjadi ancaman dalam hidup kita. serius, saya sangat membenci mereka bila saat-saat begini didatangkan semula dalam kotak fikiran saya.

ada antara mereka sangat ekstrem menentang seseorang hanya satu dua alasan yang akhirnya memberi impak yang lebih kepada mereka. ada yang menyebabkan anjakan paradigma, perubahan perspektif yang buruk seseorang terhadap seseorang yang lain. ada yang cuba meracuni fikiran yang lain, malah tega menjatuhkan seseorang yang lain, dan ada seseorang yang mengancm tanpa sebab serta yang menghasut dan memutuskan hubungan orang lain. jahat bukan?

sebenarnya, ada antara mereka, jika pernah berlaku zalim (i.e: meletakkan sesuatu 'hukuman' bukan pada tempatnya -setimpal, pada yang layak) pada diri saya, mereka yang ini ada sudah lama saya maafkan. saya lupakan dan menjalin ikatan yang baik semula. meski, masih ada yang terlalu pekat perbuatan buruk dan busuk hatinya, adalah sangat-sangat sukar saya lupa dan maafkan. maaf, terlalu jahat saya jika saya maafkan anda. sayang sebenarnya, bila alasan yang bodoh kita jadikan alasan untuk menghukum seseorang dengan harapan menjadikan mereka lebih baik, memperbaik mereka? sedangkan cara kita hanya menjauhkan mereka daripada kebenaran dan kemuliaan hidup. sekali lagi maaf, nama anda tak termasuk dalam mereka yang saya maafkan dalam tiap kali saya cuba melelapkan mata di malam hari.

bukan di situ tempatnya entri ini. terlalu banyak negatif dan hitam selalu membutakan iman dan hati saya. akal selalu kelabu. cuma saya mahu anda tahu, siapa pun saya daripada dulu hingga kini, ada banyak kerikil tajam yang menikam kaki saya tika laluan hidup saya jalani. dugaan dan cubaan yang pernah, beberapa kali iman nipis saya tak mampu menahan saya daripada berimpi memotong nadi sendiri yang sedang berdenyut. dan tiap kali peristiwa itu hidup semula dalam hidup saya, tiap kali itulah rasa benci saya sebagai manusia menyala semula. sekali lagi, ada antara anda yang berkenaan sudah lama saya maafkan. alhamdulillah, walau bukan semua.

saya percaya Allah sentiasa sayang dan kasihkan saya. meski lahir sebagai jasad hina dengan peribadi yang dicela, Dia selalu ada memahami lubuk jiwa. salah dan dosa yang banyak, masih ada rahmat yang tersimpan untuk saya daripadaNya. dan di situ saya belajar, setiap lorong ada petanda agar saya tidak tersesat. setiap luka, ada penawar-penawarnya. dalam melihat semula kenangan silam, cerita-cerita diriwayatkan semula teman-teman baik saya ini, mengingatkan semula saya pada mereka yang sentiasa ada melindungi dan menemani kembara saya. yang bangkit bersilat ketika ada yang mengancam, yang marah dan bengang bila saya diherdik dan dipukul, yang menyediakan air dan ubat ketika sakit bertamu, yang sentiasa bertahan membantu saya mengurangkan kebodohan diri, yang berkongsi makan dan pakai saya yang tidak pernah cukup, yang sama-sama mendengar cerita dan lagu, yang berkongsi khabar gembira dan duka, yang sanggup berkorban masa dan tenaga melindungi kepentingan saya, yang rela mencemarkan reputasi diri demi mengatasi mereka yang cuba merobohkan saya, yang sentiasa ada sebagai sahabat sejati.

bagi saya, inilah sahabat. biar apa cara mereka. siapa pun mereka. bagaimana pun mereka. wajah mereka. pakaian mereka. kerja mereka. pelajaran mereka. gaya mereka. habit mereka. yang pentingnya, mereka sahabat yang sanggup berdiri untuk kita. berkorban untuk kepentingan bersama. berkongsi kepayahan dan kesenangn hidup. yang sentiasa ada untuk kita. merekalah yang kita cari, sebagai teman sejati.


sekadar peringatan diri: betapa susah saya mengharungi hidup. bangkit ketika direbahkan. belajar berdiri di atas pasak bumi yang tak kukuh. pentingnya, saya kini di sini. safe and sound. menjadi yang terbaik pada dasarnya.

bagi menghargai mereka: akan setitik dua peluh yang melahirkan saya yang lebih baik. setiap pengorbanan dan keselesaan mereka berikan untuk saya. terima kasih. saya takkan mampu membayarnya sehingga mati. terima kasih. andai Tuhan tanyakan saya sebab berdirinya saya, siapakah manusia yang menjadikan saya mampu berdiri dan berlari? anda adalah salah satu jawapan yang pasti. dan takkan ketinggalan.

yes. you are the reason I could survive!

No comments:

::shout box!::

"masing-masing Kami anugerahkan mereka itu dan mereka ini pun dengan pemberian Tuhanmu. Pemberian Tuhanmu tiada terlarang (kepada sesiapa jua pun)"