viewers

Friday, February 27, 2009

Biarkan Bulan itu Bermain Biolanya--


BIARKAN BULAN ITU BERMAIN BIOLANYA--
Masih aku terdengar akan gemersik iramanya,
Sering sepi dan kesit mengalun malamnya,

Sedang bulan masih tersenyum cerah,
Anak-anak bintang sedang galak bersinaran,
Sejuk ada terlekat pada wajahku,
Pucat dan lesi bersiulan,

Melihat Sang Pungguk merindu kasihnya,

Hujan yang reda, tiada lagi,

Harum malam membuaiku,

Lena dan Beradu kini bersatu,

Lalu Ibu mendongak ke dada hitam,
Berkata dia dengan perlahan,

"Biarkan Bulan itu Bermain Biolanya".

Nukilan HANAM HAMID,
430 petang, 23 Februari 2009,
Kelas Puisi Melayu, Dr. Misran.

Tuesday, February 17, 2009

FAKTOR PILIH KERJAYA


!

FAKTOR PILIH KERJAYA

<>


Apakah cita-cita anda? Adakah laluan yang anda jalani kini adalah jalan yang tepat bagi anda menggapai cita-cita tersebut? Maka, atas alasan apakah apabila anda begitu pasti mengubah cita-cita anda demi suatu kerjaya yang baru? Atau pun, atas sebab yang manakah anda begitu pasti, meletakkan kesetiaan bagi terus merealisasikan impian tersebut?

Tahukah anda, 3.4% daripada rakyat Malaysia yang menganggur sekarang menerima perangkaan sebanyak 923780 orang yang tidak mempunyai kerjaya. Malah, antara selebihnya 96.6% yang dikatakan berkerjaya, lebih daripada 53.6% berada dalam keadaan tertekan dan lebih sedia menukar kerjaya jika diberikan peluang. Lebih menarik, hampir semua jumlah pendatang asing khasnya pendatang tanpa izin mendapat pekerjaan dengan gaji yang mampu memuaskan hati mereka. Dalam jumlah yang sama, mereka telah mengisi sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah pengangguran di Malaysia. Persoalannya, mengapakah wujud situasi sebegini? Adakah benar dakwaan pihak berwajib akan senario pilih kerja oleh rakyat Malaysia khususnya graduan universiti? Ataukah suatu kepastian akan suara pihak penganggur akan sikap majikan yang lebih mementingkan orang luar berbanding rakyat sendiri? Bersama wartawan kami, Muhammad Hanam Hamid, mengupas isu yang tidak pernah selesai ini.


FAKTOR PILIH KERJAYA.

Menghurai dakwaan pihak tertentu akan sikap penganggur khususnya daripada kalangan graduan ini, mahasiswa UKM, Mohd Fared Malek memandang sikap terlalu memilih kerjaya menjadi satu faktor utama kepayahan mahasiswa beroleh pekerjaan. Pun begitu, beliau tidak menolak sebarang kemungkinan seseorang mahasiswa yang berpendidikan tinggi harus mementingkan status sesuatu profesion tetapi sepatutnya diperhalusi sebaiknya agar tidak berlakunya keadaan seperti mana ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’. Tambah beliau, seseorang mahasiswa harus bijak mengambil peluang yang ada di depannya, tanpa terlalu taksub mengharapkan kerjaya seperti mana bidang kursus yang dipelajarinya. Beliau yang juga mengagumi mahasiswa yang menjadikan bidang agrikultur dan perniagaan sebagai profesion pemula, turut menyatakan bahawa kebanjiran pendatang asing bukanlah suatu halangan yang besar buat golongan penganggur di Malaysia, tetapi seharusnya menjadi suatu penguat bagi mereka untuk lebih berusaha dan bijak merebut peluang yang ada.

Diajak berbual tentang punca bidang Sains Bahan yang diambilnya, beliau menyatakan bahawa bidang yang diambil olehnya bukanlah suatu penghad dalam memilih kerjaya masa depannya. Keadaan semasa baik jumlah kerjaya yang bersesuaian mahupun minat terhadap bidang tertentu menjadi faktor kepada pilihan kerjayanya. Bagi beliau, peluang yang ada ketika itu akan direbutnya tanpa mengira bidang ijazahnya meskipun terpaksa bekerja di stesen minyak. Malah beliau bangga untuk bekerja di stesen minyak sebagai pengepam minyak berbanding menjadi penganggur.

Lain pula bagi dua orang mahasiswa daripada Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Teknologi Kimia yang berpendapat bahawa keputusan sepatutnya dijadikan asas dalam pemilihan sesuatu kerjaya. Mereka juga bersetuju bahawa selain faktor keluarga yang mungkin menentukan hala tuju kerjaya seseorang, keperluan gaji yang bersesuaian juga harus dipandang tinggi melihat kepada status masyarakat Malaysia yang kini kian meningkat. Mengulang ayat yang serupa, ‘Segalanya kerana wang’, Mohamad Hisham Romli, menganggap kebanyakkan perkara memerlukan wang serta pangkat yang boleh menjamin masa depan mahasiswa terutamanya kos sara hidup mahasiswa di universiti sudahpun dianggap payah dan sempit. Pun begitu, beliau setuju dengan keperluan terhadap peluang kerjaya juga penting selagi dapat menambah pendapatan seseorang. Masih dengan prinsipnya, beliau menyatakan, setiap individu mempunyai pendekatan yang berbeza dalam mencari pekerjaan. Baginya, keperluan ijazah juga tidaklah begitu penting dalam mencari pekerjaan sebaliknya bidang kerja yang diceburi perlulah bersesuaian dengan keadaan semasa terutamanya dalam memberikan pendapatan yang cukup dan mungkin dapat menyediakan status pangkat yang sesuai dengan kerja yang diusahakan.


HALANGAN BERKERJAYA.

Melihat kepada situasi pekerjaan semasa, rakan beliau, Mohamad Noor Rapie, berpendapat bahawa pihak majikan terutamanya agensi-agensi besar daripada kumpulan swasta yang mementingkan pengalaman berbanding perkara lain termasuk latar pendidikan menyebabkan golongan mahasiswa sukar mendapatkan kerja yang diminatinya. Malah, isu melanjutkan had pencen/bersara seolah-olah terlalu taksub menyimpan orang lama sehingga kurang memberi tumpuan dan peluang kepada muka-muka baru yang rata-ratanya daripada kelompok mahasiswa.

Perkara ini dilihat mereka seolah-olah kepentingan pengalaman serta peningkatan had umur persaraan menidakkan graduan yang memohon pekerjaan bagi mendapatkan pengalaman pertama mereka bekerja dalam sektor yang mereka ceburi. Malah, sesetengah pihak yang mementingkan keupayaan menguasai bahasa sekunder dan status bangsa dalam menggaji pekerja seharusnya diambil fokus yang serius kerana perihal ini dianggap sebagai suatu dikriminasi bangsa atau racisme terhadap rakyat di negara sendiri. Penguasaan pelbagai bahasa khususnya apabila menyentuh sesetengah agensi atau syarikat dalam bidang tertentu sewajarnya diambil berat kerana keperluan penguasaan bahasa yang pelbagai mungkin melibatkan kemudahan berurusan dengan pelanggan mereka daripada pelbagai negara. Namun penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa universal tidak seharusnya menjadi halangan bagi individu tanpa penguasaan bahasa yang lebih luas. Lagi pula apabila isu ini turut menyentuh sentimen bangsa yang jelas sekali merujuk kepada dikriminasi seperti mana dasar Apartheid diamalkan dahulu.

Agensi-agensi besar di negara ini yang mengamalkan pengambilan pekerja secara ‘kabel’ turut menjadi penyebab kesukaran graduan lepasan universiti mendapatkan pekerjaan secara adil dan saksama terutamanya bagi mereka yang tiada kenalan di tempat yang berkenaan. Isu kemasukkan pendatang tanpa izin yang jelas tidak pernah selesai diperdebat di mana-mana institusi turut menjadi faktor yang paling hangat menghalang graduan ini mendapatkan kerja yang diingini. Bagi mereka, kehadiran pendatang asing bukan sahaja mengurangkan peluang yang ada, malah turut menutup ruang pada sektor kelas ketiga bagi graduan yang baru belajar menceduk pengalaman bekerja.


PEKERJA PATI.

Isu akan kehadiran pendatang asing yang rata-ratanya masuk secara haram mahupun menggunakan pas pelawat/pelajar bagi menghuni Malaysia dan mendapatkan pekerjaan di sini merupakan isu yang sering kali dibincangkan baik di institusi besar seperti dalam Parlimen sendiri mahupun melibatkan skala yang lebih kecil seperti di sekolah-sekolah. Bagi graduan yang bakal melangkah ke alam pekerjaan, isu ini nyata memberi kesan yang mendalam bagi mereka mendapatkan pekerjaan. Meskipun kebanyakan pendatang tanpa izin (PATI) ini bekerja dalam sektor kelas ketiga seperti buruh binaan dan pembantu rumah, kebanjiran mereka turut menjejaskan peluang pekerjaan masyarakat tempatan dalam bidang tertentu. Salah seorang mahasiswa yang ditemu ramah menyatakan kekesalannya dalam usaha kerajaan yang masih kurang efektif dalam menangani masalah ini. Bijak berbicara tentang masalah ini dalam menghakis peluang kerjaya setempat, Muhammad Hanam Hamid, Yang Di-Pertua Kelab Bioteknologi Tumbuhan, Universiti Kebangsaan Malaysia ini menganggap kehadiran PATI mampu meloloskan peluang graduan serta turut sama menyebabkan berlakunya dominasi pekerjaan oleh golongan ini. Menyusun isi hujahnya, Hanam menganggap beberapa pekerjaan yang didominasi pekerjaan asing seperti buruh binaan, pembantu rumah dan terutamanya perniagaan kecil memungkinkan perkembangan pekerjaan ini oleh graduan bakal terjejas. Sebagai contoh, kebanyakkan pelajar khususnya graduan daripada bidang perniagaan, katering dan lain-lain kursus yang berkenaan bakal mendapat saingan yang besar.

Merujuk kepada pendapat responden lain, Hanam percaya bahawa usaha para graduan bagi menceburi bidang perniagaan akan menerima saingan daripada pelbagai segi. Bercakap dalam ruang sempadan yang lebih luas, Hanam menyentuh permasalahan ini bukan sekadar melibatkan graduan malah pekerja kelas ketiga lain yang terdiri daripada rakyat setempat terutamanya kaum Bumiputera sendiri. Beliau melihat masalah ini akan sekaligus menjejaskan fokus industri pembangunan negara terutamanya apabila golongan PATI mula mendominasi sektor tersebut. Bukan sahaja membawa penyakit dan jenayah yang tanpa kita sedari turut menjelajah bersama mereka, malah dominasi mereka bakal memaksa mereka suatu masa menekan kerajaan mengiktiraf hak mereka dengan menganggap mereka telah memberi sumbangan besar dalam membangun negara yang tercinta ini. Maka di situ, masalah seperti ‘kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan’ bakal terjadi. Hanam menyudahkan hujahnya dengan, “maka, biarkan anak-anak kita mewarisi istilah pengangguran sebagai profesion generasi baru, dan teruslah menggaji PATI sehingga suatu masa mereka bangkit menjawat peranan eksekutif dan mentadbir negara kita”.

Selain menyentuh isu PATI dalam isu cabaran mencari profesion yang sesuai, Hanam turut bercerita tentang peranan kerajaan dalam membantu para graduan ini. Dimulakan dengan ucapan terima kasih yang tak terhingga buat kerajaan dalam usaha mengurangkan pengangguran di kalangan graduan, Hanam meneruskan luahan suara hatinya menyatakan betapa kerajaan seharusnya fokus terhadap setiap usaha yang dijalankan bermula daripada akar umbinya dan berakhir sehingga tercapai matlamatnya. Kecewa dengan beberapa langkah kerajaan tak ubah seperti ‘hangat-hangat tahi ayam’, pelajar ini bercerita tentang usaha kerajaan dalam memperdalam dan memperkasa bidang teknologi biologi (atau bioteknologi) ini semakin pudar warnanya. Jika dulu pelbagai kempen, usaha serta peruntukkan yang disediakan kerajaan, kini kerajaan mulai lupa akan matlamat sebenar walaupun bidang ini masih amat baru untuk diterokai. “Bayangkan, seawal 2006 yang mana saya baru sahaja mendaftar bagi menceburi bidang ini, pelbagai usaha jelas digiatkan oleh kerajaan. Di mana-mana tempat dan media bercerita tentang bioteknologi dan kepentingannya kepada negara. Kini, semasa saya di tahun akhir, dua tahun kemudiaannya, segala usaha yang dijalankan hanya tinggal angan yang entah apa ceritanya kini”. Secara ringkas, beliau melihat kita mudah cenderung kepada sesuatu kita rasakan perlu dan mudah juga melupakannya. Sebagai contoh, apabila angkasawan negara. Dr. Sheikh Muzaffar yang telah mengharumkan nama negara, kita terkejar-kejar menubuhkan pelbagai organisasi dan institusi aeroangkasa dan astronomi sedangkan bidang yang terdahulunya kita canangkan perlu dipinggirkan tanpa fokus.

Secara kolektif, cabaran dalam mencari pekerjaan bukanlah semudah A,B dan C. Sebaliknya, dalam mendapatkan pekerjaan yang diingini, pelbagai halangan mungkin mendatangi kita. Bermula dengan keluarga yang pelbagai latar belakang dan pendapat, kecenderungan kendiri, faktor sekitaran dan semasa, sehinggalah peluang dan saingan daripada pelbagai lapisan masyarakat serta kemudahan dan keboleh dapatan profesion tersebut. Waima apapun cita-cita yang diingini, segalanya bukanlah terjamin dalam telapak tangan kita yang tergenggam, tetapi segalanya terserah kepada Dia yang Maha Menentukan. Pun begitu, kita perlu percaya, setiap yang ditakdirNya adalah suatu keindahan di atas kebijaksanaanNya bagi memberikan yang terbaik buat hambaNya. Maka dengan itu, haruslah kita bersyukur dengan apa yang dianugerahkanNya kepada kita. Dalam melakukan sesuatu pekerjaan, lakukanlah dengan penuh keikhlasan dan rasa tanggung jawab serta dengan curahan usaha dan kasih sayang yang berterusan. Apabila rasa ingin terhadap sesuatu pekerjaan yang lebih baik, maka berusahalah sebaiknya tanpa mengeluh serta beristiqamahlah mendapatkannya. Jika masih sukar untuk digapai, maka teruslah bersyukur dan pasrah dengan kuasaNya.

Sunday, February 15, 2009

TAKZIAH Datuk Siti Nurhaliza

Takziah kepada Datuk Siti atas kematian ayahanda tercinta, Taruddin Ismail kerana masalah sakit jantung. Allahyarham meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, Ampang pada jam 10.40 pagi ini selepas Allahyarham menjalani pembedahan jantung tiga hari lalu.

takziah. semoga Datuk Siti dan keluarga sentiasa tabah menjalani kehidupan tanpa ayahanda tercinta. semoga Allahyarham juga ditempatkan di kalangan insan2 yang soleh.

Friday, February 13, 2009

puisi puteri khayalan

kita ada mendengar tentang kisah ini,
seorang manusia yang hilang tak beerti,
di sebalik wajah mulusnya tersimpan seribu maki,
ada kegelapan yang telah lama menyelubungi.

lelaki itu pemilik kota ini,
yang di sebelahnya tertinggal seorang isteri,
bagai khalifah dengan sang bidadari,
namun hati umpama besi berani.

tiap tika dia berdiri,
kekosongan sentiasa di sisi,
ada kehilangan setia menemani,
menjadi penghuni segala peri.

dalam baringnya muncullah mimpi,
seorang perawan bernama puteri,
ditilik nasib si laki-laki,
menjengah hidupnya menjadi mati.

lalu riuhlah seisi negeri,
serata tempat setiap segi,
perawan puteri mesti dicari,
dikerah pahlawan pergi menggali.

di hujung desa tinggalnya puteri,
dalam istana kota mahsuri,
dihadap ke bawah menjadi bumi,
dibawa ke langit menjadi mentari.

puteri khayalan menjadi seri,
setiap rakyat mencurah bakti,
hajat sang khalifah terkubur mati,
puteri idaman tidak turuti.

isytiharlah dia perang Sembungi,
darah mengalir menjadi saksi,
tubuh lasykarnya menjadi ganti,
angkara rakus raja Perwangi.

menangislah puteri dengan sang maharani,
lalu dimantera sebuah janji,
dua wanita bersatu hati,
keamanan negara menjadi panji.

mangkatnya khalifah di tangan isteri,
kamar dimohon racun diberi,
maharani kini menjadi resmi,
langkah sonsang membunuh suami.

kisah puteri menjadi basi,
lenyap bersama rahsia Dang Suri,
puteri menghilang mengikut pergi,
entah di mana empunya diri.

akhirnya permaisuri direjam mati,
angkara membunuh suami sendiri,
baik dan buruk disalah erti,
janji diikat tiadalah lagi.

kisah ini jadikan badi,
puteri khayalan sekadar mimpi,
natijahnya suami menjadi mati,
sang isteri pula terkorban diri.

by HANAM HAMID
529pm 130209
friday-

Friday, February 6, 2009

KUTUKAN ITU ADALAH UNTUK SIAPA?

Aku kaget jap dalam sebok2 bace info2 hiburan tanah air nih bila terbaca pandangan umat manusia ttg sesetengah kerja artis2 kita nih. terpanggil utk sama-sama berckp ttg isu ini melihat kpd bgaimana mnusia-manusia yg pd zahir mengaku diri mereka muslim dan mukmin serta alim dan bijak tapi kesat dan buruk lakunya terhadap saudara mereka kerana dosa yg nampak pd diri saudar mereka nih. menareknya mereka respon pada satu kisah yg baik dan positif lalu mereka hiasi dgn tanggapan negatif dan jijik. mereka canang dan uli menjadi aib dan cela. walaupun pada asasnya mereka mahu menegur dan memberi nasihat.

Isu ni aku kupaskan dgn mudah. cth2 yg ako ambil adalah respon org2 yg berkenaan..dan sejujurnya mereka lontarkan buat SITI NURHALIZA TARUDDIN. Kenal tak minah ni? buat peminat2 ct i'm so sorry la--sama2 kita fikir2kan---

udienjai: kontroversi tu korng2 jugk yg bace.. yg dok untung pon CT jgk.. x termakan la korng punye cacian tu.. lagi byk rezeki CT.. ALLAH je yang tahu..

udienjai: xtau la nak ckp ape lg kat mereka2 yg ade PHD ni.. ntah die tu sedekah ke tak la tu..

mic: paling menakutkan saya--sesuatu yg dinasihatkan berupa ancaman dan cacian berbanding teguran dan pujukan.malah ada yg sanggup mempersoalkan sedekah yg dihulurkan sedang soal bsr kecilnya itu di tgn DIA, bukan kita. DOSA utk kita mengambil hak Tuhan yang berhak dan Maha Mengetahui.

mic: dan ada antara mereka yang mengaibkan dan membesar-besarkan dosa saudaranya sedang dia sendiri tiadalah genap akalnya adalah manusia yang amat dibenci dan dilaknati

mic: sesetengah antara kita yang mengaku muslim dan mukmin lalu mengutuk dan memaki hamun saudaranya kerana hasad dan singkat ilmunya adalah seorang yang bukan di kalangannya

ZzZz: cuba belik setakat ini berapa banyak siti mbuat kontroversi. banyak. berbakul2. semua dari diri sendiri. tp bila dah kontroversi lidah bercabang. mana tak org marah kiri kanan. tp xpe hidup penuh hukum karma.lambat laun kena rasa gak.

jee: dia sendiri yang kata kontroversi buat orang menyampah. memang betul pun. sebab tu banyak yang nyampah sangat2 kat dia. tak reti2 lagi ker?

miezrina: apa lah masalah manusia ni ek..... kalo duk dediam lagi elok dari duk kutip dosa kiri kanan... berganjak ke Datuk Siti kalo korang kutuk bagai nak rak sekalipun ..ish..tak paham akulah..

miss world: sedekah hanya secebis doa??? malulah tu sebab derma setakat 2 ribu. artis terkemuka la konon. tetap jugak kedekut tahi hidung masin

name: pandai juga kata kontroverci buat org menyampah. jadi kenapa la ko siti suka buat kontroversi??????????? cakap tak serupa bikin betul minah senget ni

Pintu Kaabah: amin ya rabil alamin

Pintu Kaabah: aminnnnnnnnnnnnnnn

Pintu Kaabah: Mari-lah kita semuo berdoa agar pintu hati Datin Seri Siti Nurhaliza anak kepada Tarudin dan Siti Salmah, isteri kepada Datuk Seri Khalis Mohammad Jiwa agar terbuka pintu Kaabah menjemputnya datang kembali ke tanah suci Mekah supaya menerima azab yang setimpal atas kemungkaran-nya dalam menunaikan nawaitu di depan pintu Kaabah. Marilah kita berdoa supaya pintu rejeki terbuka luas untuk siti dan suami. semoga berpeluang menjejak tanah suci supaya menerima penghukuman di atas khianat beliau suami isteri.

WHITE TEETH: EH! APASAL GIGI SITI NAMPAK LAIN LA SEKARANG?? ASYIK TERJILAT DK KA SAMPAI GIGI TAK TERATUR

SUMPAHAN ANAKKU: AGAKNYER LA TU. TAPI TAK PA PERBUATAN NI IBARAT DURIAN. SOROK MACAM MANA AKHIRNYA TERHIDU GAK. PALING TAK AZAB BAKAL MENUNGGU. KITA TUNGGUUUUUUUUUUUUUUUU

anakku: aku baru nengok wayang ANAK. silap ari bln ct mcm ida nerina. sbb tu sampai skrg tak dpt anak

miss world: ya, betul........maya...BERSIHKAN HATI, BERSIHKAN JIWA KHAS BUAT SITI NURHALIZA BITI TARUDIN, ISTERI TERRRRRRRRRRCHENTA DATUK KHALID JIWA

miss world: ya, betul........maya...BERSIHKAN HATI, BERSIHKAN JIWA KHAS BUAT SITI NURHALIZA BINTI TARUDIN, ISTERI DATUK KHALID JIWA

miss world: ya, betul........maya...BERSIHKAN HATI, BERSIHKAN JIWA KHAS BUAT SITI NURHALIZA BITI TARUDIN, ISTERI DATUK KHALID JIWA

MAYA: BERSIHKAN HATI, BERSIHKAN JIWA.

MAYA: LEBIH BAIK ANDA MEMPERBAIKI KELEMAHAN DIRI DAN MEMAJUKAN HIDUP SENDIRI DARIPADA BERHASAD DENGKI DAN MENGUTUK MANUSIA SEPANJANG MASA

MAYA: BERHENTILAH MENGUTUK MANUSIA LAIN KERANA DIRI ANDA BELUM TENTU LEBIH BAIK DARIPADA MANUSIA YANG ANDA KUTUK ITU, MUNGKIN ANDA JAUH LEBIH TERUK DARIPADA MEREKA YANG ANDA KUTU

mandul: makan sumpah? agaknyer eyala tu. sbb tu tak bunting2 gi sampai skrg. sebab mungkir janji. jgn nanti bila Allah makbulkan ngandung dpt anak cacat....

mandul: makan sumpah? agaknyer eyala tu. sbb tu tak bunting2 gi sampai skrg. sebab mungkir janji. jgn nanti bila Allah makbulkan ngandung dpt anak cacat

mandul: makan sumpah? agaknyer eyala tu. sbb tu tak bunting2 gi sampai skrg. sebab mungkir janji. jgn nanti bila Allah makbulkan ngandung dpt anak cacat...

mandul: makan sumpah? agaknyer eyala tu. sbb tu tak bunting2 gi sampai skrg. sebab mungkir janji. jgn nanti bila Allah makbulkan ngandung dpt anak cacat..

mandul: makan sumpah? agaknyer eyala tu. sbb tu tak bunting2 gi sampai skrg. sebab mungkir janji. jgn nanti bila Allah makbulkan ngandung dpt anak cacat.

NTCT: NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,

NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,

NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,

NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,

NTCT: NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,

NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,

NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,

NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,

NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,

NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,NTCT,

bbtasya: benci nmpak ct nurhaliza...dahla gemuk,x sedar dri plak tue...perasan cantik n perasan cute...kesiannnnnnnye! pkai tudung pun mcm X IKHLAS....BOLE BLAHLA

adiq Qiss: ct 2 pgkat je dh hajah tp pkai tudung cm xikhlas jd baik xpyh pkai..wt tmbh dosa je lg...klau btl2 ikhlas xpyh nk heboh2 kt org la

MIA MACADAMIA: kesian ct, sebab dia dah t'lepas cakap, bile blik haji nak pakai tudung, so t'pakse ler tunaikan, ha..ha..ha..

aina izzati: Siti Nurhaliza pakai tdng tpi nmpk lhr lbh x pyh pkai tdng

cik biedah: alaHai....napa lah ct 2, f pas naik hj 2, baiklah kai tundong, tutup aurat... jgn sekadar 2tup kepala aja...f bleh kai lah mcm style bienda kah? waheeda kah?? jangan ala kadar aja

azam khairy: pakai tudung macam tak nak pakai!!! Engkau ni ape,?? nak tutup mana satu rambut. telinga and leher!! Lebih baik pecat je tudung tu!!! sabda rasullah [...]

missayu: erm..sya sokong..siti nih kalo nk pakai tudung.pakai lah betul2. nih kekdang2 mcm kelakar pulak.mcm minah2 hendon pun ader..oppss..sory terlebih sudah

nina: siti nurhaliza...pakai la tdg 2 elok2 kalo tak nak pakai, baik bukak je lah... mcm dulu2

leyle: ntah ape2 r ct 2 nk pki tudung pki lh elok2 ni pkai mcm biarawati kt church je. igt org kapir ke. x nk pki [...]

jadam: tp semua tpulang kat ct. nak pilih cara hidup yg mcm mana. hukum karma dia sdiri yg rasa. jgn pula nanti mengeluh bila dah dpt [...]

jadam: aku bukan apa tp ada 1 crita kat kg. sahih. s bini byk wat dosa. kurafat, munafik & sihir amalan hidup. bila dah lama2, anak [...]

jadam: makan sumpah? agaknyer eyala tu. sbb tu tak bunting2 gi sampai skrg. sebab mungkir janji. jgn nanti bila Allah makbulkan ngandung dpt anak cacat. malapetaka [...]

Ayu`Ayu: aku dah kata niat ct tak bersih. ada udang sbalik mee. nengoklah apa yg dikata semua betul belaka. siti tak ambil ikhtibar dari komentar org [...]

intan: tak tau la siti ni. siti bendul agaknya. tp mmg pun siti keras kepala, kalau tak manalah siti kawin dgn dk tu biar family dah [...]

umariah: mmg betul kak ien. ulangkali ct kata ingin berubah arah yg lbh baik. tp sbaliknya. kata berjinak2 sikit demi sikit utk tudung litup tp sbaliknya. [...]

niezam: Dato CT apa jua yg datang anggap kan ianya satu dugaan dan ujian yg maha Esa .im always love u dari awal lagi.Masa tu masa [...]

natijahnya, kita dpt lihat bgai2 pandangan manusia dgn cara masing2. ada beberapa perkara yang aku tak berape berkenan ngn dorg nih:

satu--dorg guna hadis n ayatul quran tp diselitkan anasir2 benci dan laknat. malah siap berdoa spy siti dpt g aji tp spy dpt azab. Masya-Allah. nampak x niat dorg? bkn spya si anu ni beroleh kebaikan dan menuju jalanNya tp didoa bnda2 yg tak baek. satu sbb doa tu dh salah, dua sbb siti bkn wat dosa kt dia pon!cubela doa spya siti menemui keinsafan dan kemudahan berhijrah sepenuhnya ke jalan Allah..

dua--bile mereka nasihat tuh. mmg btoi xde unsur spy mbawa lebih kbaekn ttp berharap ssuatu yg lebey buruk. mmgla salah tudung ala-ala men2 tuh tp suh buka trus lg la dose.bygkn, kalo siti bce respon dorg n tergerak nk bukak je tudung tuh trus, aku percaya ada jaminan mereka2 nih dpt share dose..cube la ckp bek2..dgn isi yg bek2 gak..

tiga--pasal sedekah.kalo korg bce artikel tuh..siti derma 2ribu utk tabung NSTP..btoila mcm dorg ckp. tp siti gak tnjuk sokongan utk kutip derma. g konsert spya org rmai nk dtg tgk dan bersedekah gak..smpaikan mesej utk khalayak..malah turut ajak ita sekurang2nya doa.kan ok tuh..kalo sume yg mbaca tgerak ati n bdoa..adela share nye tuh insyaAllah..btul skali yg kecik bsr sesuatu pkara tuh hak Allah..kita bising apala kesnya..ayat khutbah jumaat td taw..bsr kecik tuh dipandang Allah..bukan kita yg hina nih!lgpon siti sndiri kata bhajat mnderma mlalui yayasan nurjiwa gak..2ribu tuh bsr la gak jika dtg dgn keikhlasan..korg gak yg kate nt nunjuk2..mnela taw siti bg gak lg byk tp off record ke..mne la taw..tu urusn yg Maha Mengetahui--ntah2 kita sendiri sesen pon xbg..doa pon xsedekah..ntah2 alfatihah pon x pnah bcekn..

empat--xtawla kes anak tuh ape pasal.sebok je kite. yg kita dok kutuk2 nih keje sape?bkn ke tu keje Allah?kalo sahih siti wat keramat ke sihir ke ape..kita doala dia insaf..temui pertunjuknya..ni lg la..mcm2 kita doa..ntah sahih ke ntah tak..wat fitnah tak pernah dinyatakan dlm mne2 hadis atau ayatul quran akan beroleh pahala sebesar para anbia taw!insafla!

lima--apa la nk jadi kita nih sumpah menyumpah..benci diam2 udah..kalo skali skala terkeluar kt mulut xpela..ako xtawla nape kalo kite tegur org je mcm2 kita hambur dan sumpah seranah keluar..waktu tuh xpulak terfikir dosa pahala..kalo nk jd wali skali pon cube ikot style nabi..ada hemah dan ilmu..perkataan baik dan tegas..berunsur belas dan prihatin..mcm imam shafie gak yg tgurnnya dibuat sebaik mngkin dan dibuat pd waktu dn tmpt yg sesuai agar tidak mnimbulkn aib kpd yg ditegur..mcm tuh lah org yg bijak dan warak--
aku fikirla kn..kalo la kita berbaik sangka dan tegur-menegur dgn baik kan bgus..cube kita fikirkan..kalo mntaliti kita asik nk mngutuk dan mncela jer sdgkn kita sndiri tak sempurna, smpai bila pon xsmpai msej baik kita tuh..mlah boleyh sbbkn prgaduhan lg..berburuk sangka dan fitnah..cuba hayati lagu nirmala tuh..kalo yg tgk ajl wktu siti bertanding tuh..hayati puisinya..tinggi khilaf nasihatnya tuh--ok?

pminat2 siti pon jgn la over..yg salah ttp salah..yg nk mmbalas pon biarlah bijak..ok? kita org yg ada akal dan ilmu..perlu pndai mnyusun kata mnanam niat..agar sampainya berbuah hasil bukan berbunga ulat..

ok?


::shout box!::

"masing-masing Kami anugerahkan mereka itu dan mereka ini pun dengan pemberian Tuhanmu. Pemberian Tuhanmu tiada terlarang (kepada sesiapa jua pun)"