viewers

Tuesday, December 20, 2011

Review : Ombak Rindu, Mission Impossible Ghost Protocol & Songlap

Here are the short reviews for these three films:

OMBAK RINDU







MISSION IMPOSSIBLE: GHOST PROTOCOL





SONGLAP


Saturday, December 17, 2011

Gaduh-gaduh : Tegur dan ditegur.



Ini kisah sadis. Maka tidak seorang pun daripada anda layak bersorak dan bergembira dengannya. Sadis pada hematnya saya sebagai seorang rakan, seperti juga empunya badan yang menerima teguran ini. Lebih sadis lagi akibat yang menghentak nilai persahabatan yang tak seberapa ini.

Saya bukan insan yang mulia. Lebih lagi cuba berlagak bijak dan pandai mendepani manusia lain, lalu membelakangkan pendapat mereka yang lain. Saya cuma belajar tentang setiap perkara yang mendatangi saya. Dengan teguh berpaksi kepada pendirian saya, saya menjadi penentang yang bukan mudah digugurkan. Hakikatnya, isi yang cetek, saya bakal segera menyerah. Akur kepada fikiran orang lain yang lebih tinggi.

Dan ketika entri ini ditulis, saya sudah bersedia menerima terus cacian dan hinaan semua mereka terutamanya yang berkenaan. Tuan, yang juga sahabat saya, saya menulis tidak berniat memalukan Tuan atau seumpamanya selain menyatakan situasi yang pada hemat saya perlu saya kongsikan. Anonymously. Dan saya mohon maaf jika Tuan terasa hati. Lebih lagi Tuan barangkali membaca juga blog saya yang tak seberapa ini. Maaf. Ini lanjutan perjelasan saya.

Kisah ini bertitik tolak daripada isu hudud yang memenuh di wall Facebook ketika ini. Kutuk dan puji bersilih ganti. Salahnya saya, apabila Hamba Allah ini membuka cerita video Oley! berkaitan hudud itu, saya cuba menduga dan bermain isu. Saya bangkang itu dan bantah ini. Saja saya cuba bermain api, saya provokasikan fakta-fakta tertentu. Seperti ini asalnya:





Kemudiannya, saya bertindak salah menjadikan isu ini perkongsian di Facebook. Saya fikir ia mendatangkan persoalan yang bernilai harganya untuk kita hitung. Tapi sayangnya, cili memedaskan mata yang membaca. Kemudian saya di-PM:




Mesej ini siap disertakan tindakan unfriend dan saya di-block. Yang saya kesal, kami sangat baik walau sering berbeza pendapat. Sayang sekali. Jadi saya cuba berlaku jujur pada diri sendiri dan memberi penjelasan. Masih berharap ini tidak mengubah apa-apa:




Serta berterusan, dan berkesinambungan:






Lama menunggu. Saya mesej isi yang sama ke handphone beliau. Undelivered. Masalah talian mungkin.

Beberapa jam kemudian saya mendapat balasan daripada beliau:







Dan sejujurnya, saya tidak tahu apa lagi saya harus katakan. Benar saya minta maaf. Tapi tidakkah tindakan unfriend dan block agak terlampau. Saya masih dipersalah. Saya sedar.

*Note:
  1. Nama-nama lain yang disebut beliau saya kira tidak relevan untuk diguna pakai. Baik untuk beliau salahkan, atau untuk saya jelaskan secara lanjut.
  2. Aktiviti yang saya nyatakan dengan niat mengajak adalah aktiviti yang kami selalu lakukan bersama. Masih seharusnya dicensored.
  3. Nama Si ***** yang dimaksudkan menjauhkan diri daripada saya, saya akui kami ada konflik. Tapi itu adalah sedikit berlainan dengan isu ini. Bahkan, saya jamin, walaupun kami tidak bersahabat di Facebook atau saling menghubungi, kami sudah saling melupai. Kosong-kosong. Cuma kami tidak berniat menjadi akrab semula. Takut pisang berbuah dua kali. Malah kami bahagia dengan pilihan jalan hidup masing-masing

Saya betul-betul mati akal. No more apology is necessary. So that's that.





Hikmahnya, kita terpaksa memilih daripada berkata apa yang kita rasa, dengan apa yang bakal mengguriskan rasa orang lain. Sebaik manapun kita cuba selindung, akan dibuka juga. Kita tak boleh menyatakan kebenaran apabila ia melukakan seseorang. Kita tidak dapat berlaku jujur hanya apabila orang lain tidak suka dengannya. Malah kita tidak mampu menegur, kerana kita sering dianggap menyebarkan dusta dan kata-kata.

Saya menulis untuk menerang dan menjelaskan. Bukan menghina atau memalukan sesiapa.
Bahkan bukan saya yang setiap kali bersemuka, menyatakan benci kepada si folan dan si folan.


Peace.









Friday, December 9, 2011

My Quotes : Hudud Di Kelantan

Cerita Hudud di Kelantan. Cerita Hudud PAS nak buat di Kelantan. Kisah Hudud. Tak kisahlah anda orang Kelantan mahupun negeri bukan Kelantan. Tak kisahlah anda orang PAS ke bukan. Tak kisahlah anda sokong atau tidak pendirian ini. Tak kisahlah anda yakin atau tidak perlaksanaan mereka tentang hukum ini. Tak kisahlah anda terlibat atau tidak dengan hukum ini (kononnya). 

Tapi jika anda seorang Muslim. Sama ada secara jujurnya, menyokong atau tidak hukum ini. Atas sebab apa sekali pun, cubalah berlaku bijak dengan diri sendiri. Wajib bagi anda untuk menerima hukum Allah. Tapi anda alaskan dengan alasan politik. Dan sekiranya anda masih tega untuk tidak menyokong, selayak manakah anda selaku hambaNya mengutuk dan menghina hukumNya?

Ini tulisan saya baru-baru ini:








Sebab ramai sangat share video Sembang Rakyat, kes Hudud di Kelantan tu, saya nak kongsi beberapa keratan al-Qur'an yang saya tengah baca untuk malam ni, (Suratul Ma'idah). Kebetulan masa baca tafsir, ada beberapa ayat yang saya kira berkaitan:

40. Tidakkah engkau mengetahui bahawa Allah menguasai pemerintahan langit dan bumi? Ia menyeksakan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan dan hukum SyariatNya), dan mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan dan hukum SyariatNya). Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

41. Wahai Rasul Allah! Janganlah engkau menanggung dukacita disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran, iaitu dari orang-orang yang berkata dengan mulutnya: "Kami tetap beriman", padahal hatinya tidak beriman; demikian juga dari orang-orang Yahudi, mereka orang-orang yang sangat suka mendengar berita-berita dusta; mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain (pendita-pendita Yahudi) yang tidak pernah datang menemuimu; mereka ini mengubah serta meminda perkataan-perkataan (dalam Kitab Taurat) itu dari tempat-tempatnya yang sebenar. Mereka berkata: "Jika disampaikan kepada kamu hukum seperti ini maka terimalah dia, dan jika tidak disampaikannya kepada kamu, maka jagalah diri baik-baik". Dan sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, maka engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari Allah untuknya. Mereka ialah orang-orang yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang besar.

42. Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

43. Dan (sungguh menghairankan), bagaimana mereka meminta keputusan hukum kepadamu, padahal di sisi mereka ada Kitab Taurat yang mengandungi hukum Allah, kemudian mereka berpaling pula sesudah itu (dari hukumanmu)? Dan (sebenarnya) mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman.

44. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.

45. Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

46. Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Maryam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya; dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk hidayah dan cahaya yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.

47. Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

48. Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.

49. Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.

50. SESUDAH ITU, PATUTKAH MEREKA BERKEHENDAK LAGI KEPADA HUKUM-HUKUM JAHILIYAH? PADAHAL - KEPADA ORANG-ORANG YANG PENUH KEYAKINAN- TIDAK ADA SESIAPA YANG BOLEH MEMBUAT HUKUM YANG LEBIH BERPADA DARIPADA ALLAH.

Jadi, tak kisahlah anda penyokong PAS, UMNO, DAP, PKR, atau MCA, MIC etc., selagi anda seorang Muslim yang mengaku Allah itu Tuhan anda, sekurang-kurangnya tidak seharusnya anda memilih sesuatu selain ketetapanNya yang telah diterangkan jelas dalam KitabNya, yang nyatanya sesuai sepanjang zaman (ini salah satu mukjizat Al-Qur'an yang dijamin oleh Rasulullah). Sudahlah ramai antara kita tidak mampu mengikut landasanNya, bahkan kita begitu galak menghina hukumNya.

Dalam bahasa yang kesat, pergi jahanamlah kan korang nak sokong parti mana, aku tak kisah, tapi dah orang islam tu buatlah gaya orang islam. kalau kita yang islam ni pun tak nak cuba belajar pasal agama kita, macam mana nak tunjukkan kepada yang bukan islam tentang kelebihan islam?

Sesungguhnya anda semua bijak, jadi berlakulah bijak pada diri sendiri.

p/s: Gua memang bukan baik sangat, tapi sekurang-kurangnya takdela gua buat open statement kat youtube kutuk hukum Allah, macam orang tak pernah baca Qur'an. Siap share2 lagi tu.
Mode: Menegakkan apa yang wajib. Cuba menegur kalau mampu. :)


Pendirian saya:
1. Hukum Hudud itu hukum Allah. Jelas dan nyata. Tiada sembunyi-sembunyi. Hukum Allah yang semestinya hak Allah.

2. Allah itu Maha Mengetahui. Sudah berkali-kali disebut, dari Taurat ke Injil, hinggalah ke Qur'anul Karim, akan ada golongan yang mendustakan hukumNya. Malah dalam beberapa ayat dijelaskan dengan nyata, yang menolak hukum Allah bererti fasik dan zalim.

3. Isu politik yang dimainkan PAS seharusnya bukan persoalan yang harus diguna pakai. Tetapi hakikat hukum Allah ini hukumnya wajib. PAS atau UMNO, wajib beriman kepada hukumNya. Itu pun kalau benar kita ini Muslim, kita ini Mukmin.

4. Isu manipulasi dan eksploitasi bukan mainan sebarang. Macamlah hukum undang-undang sekarang tidak boleh dieksploitasi. Malah jika benar pun hukum ini lagu retorik politik PAS, bukankah kita seharusnya bangga mereka bermain lagu yang baik. Sama seperti lagu pembangunan UMNO/BN.

5. Tidak bersetuju itu satu hal. Malah mengkritik dan menghina lagi satu hal. Seperti kisah "I'm Gay and I'm okay". Sudahlah diri itu gay, mengaku dan mengajak pula berlaku gay.

6. Kita sebenarnya kurang ilmu. Dengan maka itulah kita membuta tuli menghukum hukuman ini. Kalau salah pada dasarnya PAS, maka cemuhlah salah lakunya, bukan pada hukum Allah.

7. (banyak sangat nak tulis tapi tak mampu), jadi kesimpulannya, cubalah jadi seorang Muslim yang kalau pun tak mampu nak berlaku mengikut hukumNya, sekurangnya tidak menghina hukumNya yang pasti Dialah yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

nak tambah? silakan..

Friday, December 2, 2011

AJL26 : Finalis Anugerah Juara Lagu 26

Here are the finalist for Anugerah Juara Lagu 26:

1. Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet 
    Komposer: Shohaimi Mior Hassan
    Penulis Lirik: Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet

2. Karma oleh Faizal Tahir 
    Komposer: Audi Mok/Faizal Tahir
    Penulis Lirik: Audi Mok/Faizal Tahir

3. Penakut* oleh Yuna 
    Komposer: Yuna
    Penulis Lirik: Yuna

4. Sedetik Lebih* oleh Anuar Zain (Jaclyn Victor)
    Komposer: Edry Abd Halim
    Penulis Lirik: Edry Abd Halim

5. Awan Nano* oleh Hafiz 
    Komposer: M.Nasir
    Penulis Lirik: Budi Hekayat

6. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif 
    Komposer: Najwa Latif
    Penulis Lirik: Ika Latif

7. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol 
    Komposer: Boy Clifford
    Penulis Lirik: Boy Clifford

8. Beribu Sesalan* oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah 
    Komposer: Kevin Chin
    Penulis Lirik: Tinta

9. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque 
    Komposer: Monoloque
    Penulis Lirik: Monoloque

10. Sungai Lui oleh Aizat  
     Komposer: Aizat/Anas
     Penulis Lirik: Aizat/Anas

11. Kisah Hati* oleh Alyah 
     Komposer: Manusia Putih
     Penulis Lirik: Manusia Putih

12. Gadis Semasa oleh Yuna 
      Komposer: Yuna
      Penulis Lirik: Yuna


Good Luck Everyone!


p/s: * are the chosen FIVE of mine to rock the AJL stage!


Wednesday, November 30, 2011

Singgah : Inspirasi Alam

Menulis berpandukan alam. Cantik alam, indahlah karangan.


"Ini adalah sebuah karangan yang serius dan berjela-jela. Jika isi yang anda cari, berusahalah membacanya sehingga ke akhir huruf karangan ini. Saya kupas dan olah mengikut acuan sendiri. Rasa dan pengalaman sendiri."


Saya seorang penulis. Apa yang penting bagi seorang penulis seperti saya ialah ruang untuk mencari idea dan ilham. Ruang ini bukan seertinya dengan masa dan kelapangan waktu sahaja. Malah, lebih lagi akal sentiasa harus peka dan tertumpu kepada inspirasi alam. Dan layaknya saya sebagai seorang penulis, isi-isi yang banyak berkisar kepada alam dan persekitaran saya.

Saya suka memasukkan latar alam dan suasana saya membesar ke dalam cerminan karangan saya. Baik puisi atau jalan cerita, mahupun pendirian dan pandangan terhadap sesuatu peristiwa, injuksi inilah peranan terpenting buat saya. Seperti sukanya saya terhadap hujan, saya zahirkan betapa langit memahami jiwa cerita saya, dan hujanlah air matanya. Atau saya nyatakan mentari itu dugaan Tuhan, atau awan yang tiba meredupkan suasana. Hujan yang tiba tika panas terik melilit kulit watak, saya andaikan suatu jirim kesegaran yang mententeramkan naluri.

Beginilah cara saya mencari ilham. Meneropong alam tanpa henti. Melihat manusia berpusu-pusu daripada perut bas yang perlahan-lahan meredah kesibukan lalu lintas. Atau diam bersendiri seketika di bangku pegun di tengah-tengah taman yang pelawatnya ramai berdua. Saya suka melihat langit yang terang. Atau angin yang tenang. Mendengar bunyi-bunyi burung yang sibuk bercerita. Desisi-desis daun-daun yang bersalaman. Atau yang kering menari-nari mengikut rentak angin. Saya suka berjalan tika hujan turun menemani hari-hari saya. Lengok-lengok bunga yang berguguran, atau yang berjuraian menyambut laluan saya. Juga tompok-tompok mega yang mahu diteka lukisnya pada langit. Cintanya saya pada kejadian Ilahi ini.

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadith Rasulullah SAW daripada Ibn Mas’ud:

Mafhumnya: “Sesungguhnya Allah itu cantik (indah) dan bersih. Dia amat mencintai kepada perkara yang cantik (indah) dan bersih.” 

Saya tak pasti bagaimana manusia lain yang diciptakan Tuhan ini merasai kehadiran alam dalam hidup mereka. Saya tak pernah dapat meneka warna hati mereka terhadap alam ini seperti saya meneka kraf awan yang berkumpul-kumpul membentuk jasad yang maya. Sama ada hijau pohon-pohon atau biru lautan bisa mewarna jiwa mereka atau tidak. Atau bau-bau angin dan hujan mampu membuatkan mereka rindu pada suasanan ini atau tidak. Atau sekadar sudi memejamkan mata merasa nikmat terik cahaya sang suria menjilat putih kulit mereka atau tidak.

Ya, saya tidak pasti. Dan hakikatnya, saya bertanya kerana saya melihat perlakuan mereka yang terkadang begitu tidak menghargai warna-warna alam ini.

Kalaulah saya bukan seorang penulis, seperti seorang jurubina misalnya, saya masih memerlukan warna alam. Bukankah saya seharusnya menghargai redup mentari yang membenarkan saya terus bertungkus lumus mencari sesuap nasi? Ataukah mungkin selaku seorang nelayan, saya masih perlu menghargai musim yang tersusun dalam jadualnya agar boleh saya atur khidmat saya kepada keluarga? Atau seorang juru terbang yang mana harus saya jaga alam agar kepanasan global tidak menukar laluan penerbangan saya ke jalan yang tidak selamat? Atau selaku seorang guru yang tidak mahu pelajarnya menghadapi peperiksaan dalam air bah? Atau seorang ibu atau bapa yang tidak mahu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dek tanah runtuh sehingga terlewat ke majlis konvesyen anak sulung saya? Atau mungkin sebagai seorang manusia, yang pastinya tidak mahu anak saya menikmati hanya makanan sintetik kerana tumbuh-tumbuhan dan ternakan sudah saya cemari dengan kimia yang berbahaya? 

Kadang-kadang kitalah yang menuduh malang sebagai penyebabnya.

Bayangkan jika saya terus menitiskan toksik ke sungai, lalu membunuh hidupan sungai dan ke lautan, atau menebang segala ladang dan kebun hanya untuk sebuah kompleks membeli-belah. Jadi, apa maknanya sebuah pasar raya jika isinya tiada? Tanpa ikan-ikan atau buah-buahan. Atau sayur-sayuran dan daging-daging. Pakaian semuanya kini terhasil daripada sintetik. Perabot juga terdiri daripada komponen yang menjadi alat bunuh kepada alam. Malah, yang dibawa untuk barangan belian juga terhasil daripada plastik dan bahan yang barangkali semakin cuba mencemarkan alam.

Rosaklah ilham saya. Yang tinggal dalam karangan-karangan saya, cuma bahasa yang mula terisi dengan benci dan kehodohan. Jijik dengan suasana yang baru. Atau rasa rindu kepada teman-teman unggas yang mengiringi simfoni alam. Mungkin juga rasa marah dek kehilangan sinar bintang atau seri rembulan yang leka bermain biolanya. Hilanglah keindahan saya. Tak eloklah rupa paras saya sebagai penzahir inspirasi. Seumpamanya muzik tanpa bunyi, wayang tanpa cahaya.

Ini suara saya yang gemar menulis. Jikalah anda penggubah lagu, jiwanya sebuah lagu akan sarat dengan dendam dan maki hamun. Amuk dan kritikan. Tiada lagi melodi cinta atau irama puisi. Atau suara seorang pemimpin, yang tatkala hilangnya bayang alam, pastinya tenggelam dalam leka dunia dan hasad perbuatan. Mana lagi tempat mereka mahu mendalami erti kehadiran Tuhannya. Atau cuba merasai tempat buatannya. Bukankah alam yang memastikan kita tenang? Seperti malam apabila diam hanya ditemani bahasa Tuhan. Atau hujan yang meredakan marah insan. Atau bayu yang menyampaikan rasa nyaman?

Bukankah kita mampu merasa tenang tanpa tekanan, apabila kita cuba memahami bahasa alam?

Saya memang seorang penulis. Dan saya juga seorang manusia yang mempelajari sains dan ilmu alam. Saya mengkaji respon alam terhadap perlakuan kita. Saya memerhati gerak-geri bumi melawan rakus kita menodai permukaannya. Saya mempelajari tindak balas gunung apabila hutannya diratah. Saya meneliti rentak musim apabila kitarnya kita perlekehkan. Saya melihat bagaimana panasnya alam mencairkan ais kutub kepada lautan yang akhirnya menenggelamkan kita penghuninya. Saya juga melayari detik amukan arusnya tika kita memperlekehkan sekecil-kecil tindakan kita kepada alam. Bahkan saya juga menyedari tangan rakus kita jugalah yang cuba membahayakan nyawa kita sendiri. Waimapun tidak mengendahkan jeritan bencinya. Untuk semua ini, bukan seorang saintis atau penulis sahaja yang boleh membacanya. Anda juga. Kita semua.



Firman Allah SWT dalam surah ar-Rum ayat 41:

Maksudnya:  "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk mereka, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)."

Kerana saya menulis sebagai seorang penulis, anggaplah saya menegur kerana sedihnya saya melihat kelakuan kita terhadap alam. Saya juga bermaksud amarah. Anda, atau kita juga mencemarkan murninya ilham saya. Setiap kali melalui denai konkrit di bandar, sampah dan kerosakan menjadi hiasan yang tidak perlu ada. Cacatlah imaginasi saya mewujudkan cantiknya jalan hidup jika kaki lima yang saya lalui juga penuh dengan kejelikkan. Bagaimana caranya apabila saya sedang enak bercerita manisnya kisah cinta sepasang anak muda, bertemu dan bermadu kasih, sedang hakikatnya minda saya disogok oleh bahan cemar, dimomok oleh keburukan permandangannya.

Bayangkanlah anda sedang menikmati ais krim coklat sedang di depan anda terletak najis anjing yang kena benar bentuk dan warnanya dengan makanan anda. Gara-gara empunya anjing yang tidak bertanggungjawab. Beginilah ilham saya dicipta.

"The interesting thing about being a mother is that everyone wants pets, but no one but me cleans the kitty litter."
Meryl Streep


Bayangkan juga anda dan keluarga sedang seronok menghirup udara yang tenang di lereng bukit. Dalam hela nafas, terhidu dek bau sampah yang dibakar. Asap hitam pekat berjelaga memenuhi ruang pandangan. Matilah keseronokan anda. Begitulah matinya ilham saya.

Bayangkan anda sedang berbulan madu di sebuah pantai yang memutih. Air yang mengalir perlahan dan bersih. Sedang leka mandi berdua, minyak likat mewarnai lautan. Akhirnya hitam mengerumuni wajah cinta hati anda. Putih pasir juga dicemari. Nama yang dilukiskan padanya hilang dalam kegelapan tumpahan minyak. Dan begitulah jua tercemarnya ilham saya.

Natijahnya, kerana sekecil sampah yang anda lontar keluar mencemari bumi Tuhan ini, tanpa rasa bertanggung jawab dan rasa bersalah, sudah cukup merosakkan kotak tonton inspirasi saya. Dan dengan sikap yang sama, kita membiarkan anak-anak kita ikut berasa tidak mengapa mengotori alam. Sebagainya mencabul cantiknya bumi Tuhan itu satu keharusan yang tidak didalangi dosa. Dan kita ajarkan generasi muda kita perilaku sebegitu. Kata pujangga, sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. Sikit-sikit lama-lama menjadi bukit. Seperti itulah kita membiarkan sampah sarap untuk terus membukit.

Sumbangan kita kepada alam barangkali entah sebanyak mana. Lebih lagi, kita menokok pula saham dosa ini hari demi hari. Terus mencemar dan tidak mempedulikan perlunya menjaga kehormatan alam. Paling memalukan, kita biarkan anak-anak kita meniru laku buruk kita.

Saya masih ingat bagaimana saya pernah berdepan dengan fakta sebuah kaji selidik kumpulan saya sendiri betapa tabiat membuang sampah merata-rata sebenarnya juga terambil oleh tabiat ibu bapa individu itu juga. Seharusnya sebagai seorang ibu atau ayah, anak-anak juga harus diajar rasa bertanggung jawab kepada alam bukan sebaliknya. Alam memberi kita tempat untuk berteduh. Alam memberi kita perlindungan. Alam juga memberi kita makanan. Bukankah Allah menjadikan alam ini sebagai medium rasa sayangNya kepada kita, umatNya? Dan beginikah cara kita membalasnya?

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Jagalah kebersihan dengan segala cara yang dapat kamu lakukan kerana Allah mendirikan Islam di atas kebersihan dan tidaklah masuk syurga kecuali orang menjaga kebersihan."

(Hadis riwayat Tabrani)

Apa yang saya pinta, cuma sebuah pengertian. Apa yang saya mahukan, cuma sedikit kesedaran. Dan apa yang saya harapkan, sekadar sedikit usaha untuk menjaga alam ini. Izinkan saya terus mencari ruang inspirasi daripada alam sekeliling saya. Usah cemarkan dengan ketamakan dan ketidak endahan kita. Biarlah kita sama-sama menjaga, rumah kita ini.

Boleh?



"There aren't many things that are universally cool, and it's cool not to litter. I'd never do it."

Matthew McConaughey         







Sunday, November 27, 2011

Inilah Aku : Bila Kita Terlalu Baik



Sejujurnya, saya tak tahu bagaimana saya ini sebagai seorang manusia. Apatah lagi selaku anak, abang, adik, pelajar, pekerja, kawan atau siapa-siapa sahaja yang bermaksud saya. Baik atau tidak. Dan sebaik mana, atau sejahat mana. Tapi saya percaya, saya tidaklah terlalu baik. Barangkali, tidak baik langsung.

Saya masih ingat, ada masa-masa tertentu kita tidak mudah berkata tidak:

"Hanam, teman aku shopping"

"Sir, I don't have change. May I have some small changes from you?"

"Beb, tolong punch. Aku lewat hari ini"

"Makan vegetarian please hari ni. Walaupun kau tak suka sayur, tapi aku teringin sangat. Bill we split in two ok?"

"Excuse me, sir. We have this coupon. Would you like to change with us for the money worth RM20?"

"Pinjam RM100. Aku nak buka bisneslah. Tengah cari modal"

"Hanam, minta solution ni sikit" 

"Hanam, tolong beli ni.."

"Teman aku pergi KL, please. Tapi tol and minyak share yea.."

etc.


I can hardly say no. Bukan kerana saya tidak mahu. Cuma kerana saya tak rasa salah untuk membantu. Walaupun kadang-kadang apabila masa memerlukan, saya terpaksa menolak.

Apa sahaja yang berlaku ini bukanlah bermaksud kita terlalu baik. Bahkan, ini hanya cebisan kecil dalam kehidupan kita yang menjadikan kita membentuk sifat yang begini. Apa sahaja 'begini' itu membawa maksud buat anda.

Seperti orang lain, saya akui, ada masa saya mencari alasan untuk berkata tidak. Kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Tetapi itu tidak membawa maksud kita tidak lagi berlaku baik. Bagi kita, ada masa dan ketikanya, kita cuba mempercayai peluang yang cuba menyusut masuk ke dalam kehidupan kita tanpa sedar. Masa dan ketika yang mana seseorng memerlukan sesuatu daripada kita. Duit, barang-barang tertentu, atau sekadar masa dan kehadiran kita.

Andai mereka yang bertanya merupakan teman kita, barangkali situasi ini seolah-olah tidak bermakna apa-apa. Sebaliknya jika mereka adalah orang asing yang tiba-tiba meminta bantuan kita, situasi adalah berbeza.

Atas dasar kemanusiaan, kita membantu. Hakikatnya kita boleh berkata tidak. Apatah lagi jika ada orang lain yang lebih layak untuk membantu. Atau berkata tidak, mungkin sekalipun tidak mengubah apa-apa. Natijahnya, ada antara kita yang masih cuba membantu.
Kita terlalu baik? Tidak. Kita cuma mencuba untuk berlaku baik. Apabila ada yang cuba meminta pertolongan di saat kita berpeluang untuk membantu, kita sambut saja tanpa banyak bersoal-jawab.

Pada saya, seorang hamba Allah yang penuh dengan kekurangan, ada suatu sebab yang sama ada baik atau tidak, apabila berlaku untuk membantu, sebenarnya berharap supaya bantuan yang tak seberapa ini sebolehnya membantu saya pada situasi yang serupa. Kerana saya percaya, masalah ini juga boleh berlaku kepada sesiapa. Dan lebih lagi, Tuhan berjanji hidup ini membulat. Hari ini kita membantu, esok lusa kita pula perlu dibantu.

Jadi, apabila kita memberi, percaya atau tidak kita mahu menerima apabila masa memaksa kita untuk meminta. Harapan kita ketika memberi biasanya bermaksud sesuatu yang serupa:

"Tak apalah, esok lusa kalau aku pula yang kena, harap orang lain pun akan membantu"

Jadi begitulah. Bukan sepatutnya bertanya 'bila kita terlalu baik', sebaliknya mencari maksud di atas bantuan itu. 

Cuba tukar situasi itu. Jika ada yang bertanya pada hari ini akan bantuan anda, fikirlah suatu masa apabila anda di tempat mereka dan bertanya soalan yang sama kepada seseorang lain, yang barangkali begitu asing kepada anda.

Selamat memberi bantuan, dan peluang untuk membantu!

Friday, November 25, 2011

Hati Kecil : Gelas Hati Menangis

Ada sebuah kisah yang terjadi. Ia seperti kisah air dugaan yang sedikit demi sedikit dicurah masuk ke dalam sebuah gelas hati. Kejadian yang tak mahu dikongsi lagi. Biarkan gelas hati itu menangis sendiri. Lalu sepatah dua kata terbit daripada hati yang simpati :



Kita tak boleh selamanya mengisi ke dalam gelas yang sama. Lama kelamaan gelas akan terisi penuh dan air yang mengisi akan melimpah keluar. Lagikan kita manusia rapuh. Terlalu lama bertahan akan buatkan kita terjatuh. Ya Allah, berikanlah aku sedikit lagi ruang sebelum Kau ambil apa yang Kau pinjamkan kepadaku.





Mereka kata hidup ini banyakkan bersabar. Sabarlah kekuatan yang paling kuat. Karang yang paling teguh. Iman yang paling tabah. Di sebalik kesabaran, kita mohon Tuhan hadiahkan kita iman yang menjadikan kita lebih kuat daripada kesabaran itu sendiri. Semoga sentiasa ada arah apabila kita bertemu suatu persimpangan yang mengelirukan, atau sebatang jalan yang mati.

Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Harimau Muda!





Well, we WON! Even if it's through penalties. It was a good match.

But may be some motivation talk will always help us out, that night.


Friday, November 18, 2011

AJL : (Muzik-muzik Semi Final) Calon-calon Pilihan Anda

Here are the calon2:


Lagu oleh Penyanyi, (Komposer/Penulis Lirik)


1.      Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)

2.      Janji oleh Akim (Akim/Akim)

3.      Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)

4.      Menyesal oleh Sixth Sense (Gjie/Sixthsense)

5.      Maaf Dari Hati oleh Sofazr (Mohd Atlas/Mohd Atlas)

6.      Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)

7.      Bagaikan Bidadari oleh Tomok (Aubrey Suwito/Tomok)

8.      Babak Pertama oleh Drama (Ammar Habir/Aepul)

9.      Perpisahan Ini oleh 1st Edition feat. Aizat (Erol 1st Edition/Jijo 1st Edition)

10.    Ilusi oleh Adira (Audi Mok/Audi Mok)

11.    Pokok oleh Meet Uncle Hussein feat. Nubhan (Taja/Tun Teja)

12.    Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet 
         (Shohaimi Mior Hassan Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)   

13.    Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)

14.    Muda oleh Hujan (Noh Hujan/Noh Hujan)

15.    Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)

16.    Kurnia oleh Mizz Nina & Noh Hujan (Noh Hujan/Noh Hujan)

17.    Luar Biasa oleh Shahir (Audi Mok/Zelfirdaus)

18.    Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)

19.    Mata Hati oleh Nubhan (Audi Mok/Audi Mok)

20.    Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)

21.    Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)

22.    Cinta Matiku oleh Sixth Sense (Sixth Sense/Sixth Sense)

23.    Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)

24.    Kisah Dongeng oleh Stacy (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)

25.    Aku Permata oleh Salma (Taja/Tun Teja)

26.    Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)

27.    Di Penghujungnya oleh Iqa (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)

28.    Cinta Teragung oleh Hazama (Kuncidemak/Kuncidemak)

29.    Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)

30.    Bila Bertemumu oleh Shiha (Ajai/Ajai)




And these are the one I am, somehow choose to be in the final:

1.     Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)

2.     Kisah Dongeng oleh Stacy (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)

3.     Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)

4.     Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)

5.     Ilusi oleh Adira (Audi Mok/Audi Mok)

6.     Pokok oleh Meet Uncle Hussein feat. Nubhan (Taja/Tun Teja)

7.     Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)

8.     Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)

9.     Aku Permata oleh Salma (Taja/Tun Teja)

10.    Luar Biasa oleh Shahir (Audi Mok/Zelfirdaus)

11.    Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)

12.    Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif) *maybe not.

13.    Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet 
         (Shohaimi Mior Hassan Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)    

Those FIVE with underlined  possibly the ones that should be in the Final for sure. Well, I can't always be true, so lets watch for all these songs, starting tonight!


Updated:
> Top FIVE Minggu 1: (Random)

1.     Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)

2.    Mata Hati oleh Nubhan (Audi Mok/Audi Mok)

3.     Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)

4.     Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)

5.    Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)


Updated 2:
> Top FIVE Minggu 2: (Random)

1.     Cinta Teragung oleh Hazama (Kuncidemak/Kuncidemak)

2.    Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)

3.     Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)

4.     Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)

5.    Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)


 

Ilham : Bunga & Bumi

"Mata yang melihat alam. Terpanggil untuk mengabadikan keindahannya. Kisah Bunga & Bumi. Gugurnya menyembah Bumi."

Sunday, November 13, 2011

My List : 13 Most Admiring Voices of Male Vocalists/Singers

Here goes the list for 13 Most Admiring Voices of Male Vocalists/Singers which certainly could kill your heart with their voice somehow. They are all extremely admirable!

The 13 "Killing Voices of Male Vocalist/Singer":

(They're arranged alphabetically) 














Friday, November 11, 2011

Puisi : Pergilah Mentari

Tribute buat Saudara Rizali Afiq Razak sempena keberangkatan beliau sebagai tenaga pengajar.


Cuba kita lihat di atas sana,
Menonton mega yang berarak sayu,
Seakan langit juga tahu,
Bagaimana rasanya,
Kehilangan mentari daripada dadanya,
Hujanlah dia.

Katakanlah padanya,
Pinjamkan kita air matanya,
Tika mentari disorok pergi,
Dalam senja yang sunyi,
Tanpa pengganti.

Lalukan pada sang angin,
Lirih hati yang berterima kasih,
Atau deru halilintar yang menerpa,
Mendakap suram bayang-bayang malam,
Gelap dan suram.

Tidakkah kita mendengar,
Suara alam yang turut merasa,
Sedih dan hiba mengiringi pergimu,
Pulang bersama sedih yang bertamu,
Namun hati tetap bangga,
Lahir seorang sahabat untuk tangannya kujabat.

Tuhan,
Hilangkah bayang dalam gelap langitku?
Saat mentari beralih arah,
Pada bumi yang satu lagi,
Seperti edar orbit takdirMu.

Aku ini pelari masa,
Yang lari daripada hakikat,
Walau dakap dan jabat kularikan daripada erat,
Hatiku rupanya tak larat,
Menanggung hari-hari yang memberat,
Seperti diterkam ribut yang pekat,
Memusat.

Percayalah,
Sedih ini tanda rasa,
Kelak bangga bersarang jua,
Pergi membawa amanat,
Mengajarkan ilmu yang sentiasa lekat.

Terima kasih sahabat,
Untuk pergimu,
Selamat berjaya.

(Buat Saudara Rizali Afiq Razak, melabuhkan tirainya di sini, perginya untuk terus memberi bakti. Terima kasih atas segalanya.)

Hanam Hamid
Jumaat, Hujan. 6.11pm
11.11.11

Tuesday, November 8, 2011

Ilham : Lagu Cinta

try to write something beautiful tonight. but nothing came to my mind, except THESE memories.


Saturday, November 5, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha



Selamat Hari Raya Aidiladha. Ikhlaskan pengorbanan. Maaf setulusnya.

Semoga setiap jalan yang kita lalui diberi kesempatan olehNya. Ikhlaskan hati kita dalam menjalani hari-hari mendatang. Kita kadang-kadang memberi tanpa pernah dihargai, tetapi percayalah bahawa Allah sentiasa membalas setiap kebaikan yang kita lakukan.

Selamat hari raya, semua.

Wednesday, November 2, 2011

Hati Kecil : Luka. Patah Seribu

I don't know why. To love somebody that can never love you.
Even when you keep yourself out of the line.
Your heart still remember the special one.

Love, is an everlasting pain.

When you run away, the memories will stay.
When you try to forget, it'll never lose your bet.
When you think you're done, another story will still undone.
You will never get over it. For the love who hurt you abide.

















You used to break my heart. And I guess we're done with it.
Until I find myself hurt, today.

Hati Kecil : Hujan. Di dalam hati.

I have nothing else to say. Just this.


Friday, October 28, 2011

Inilah Aku : Jujur Dalam Berkata-kata



Yes. I am kinda an outspoken person. I guess. I really thought it's what we called as honest. But yeah, it could be the same. You see, the point is, I said what I meant. But it doesn't mean that I have to say everything.

Kadang-kadang saya sendiri sedar. Kata-kata saya terlalu lurus. Saya kata Ya atau Tidak dengan jelas tanpa selindung. Saya tak akan kata Ok kalau saya tak rasa sesuatu itu Ok. Saya akan kata Ok kalau saya rasa Ok. Atau Tak Ok kalau saya rasa sesuatu itu Tak Ok. Terutamanya bila ditanya, saya beranggapan mereka bertanya sejujurnya dan bukan mengharap saya berkata sebaliknya atau sekadar menyedapkan hati mereka.

"Jujur pun perlu bertempat", kata seorang kenalan. Dia bilang kita kena pandai bermanis mulut. Biarpun jelek, katakan sahaja cantik. Aduhnya, saya tak pandai bermain kata. Kalau ditanya, saya jawablah apa yang terlintas. Kalau tak enak barangkali untuk didengar, saya cuma letak beralas. Kerana saya percaya, bukan isi yang jadi perhatian, cuma cara yang kadangnya melukakan. Saya, sebaiknya cuba berlembut. Kata yang salah tak boleh saya katakan benar. Cuma bila ditanya, sekali lagi saya menyusun ayat berkata semolek-molek mungkin. Biar maksudnya tepat, caranya hemat.

Kalau tidak ditanya, masakan saya berhabis air liur menempelak orang. Baik sahaja saya mengulum senyum. Diam, tapi faham. Iyalah, tak ramai sudi ditegur. Kalau salah caranya bermusuh sehabis masa. Tapi kalau sudah lama dipendam, esok lusa saya menghambur. Sikit-sikit kritikan tertabur. Mulalah, masing-masing menawarkan kelat di hati. Cara saya, katalah sebetulnya yang kita rasa. Berlaku jujur lebih lagi kepada diri sendiri. Tapi sentiasalah bijak menutur kata. Jangan semua ingin mencerca. Gunalah sinis dan sindir sebagai bahasa. Biar cukup semua rasa.

Teman kata kita kena bermanis mulut. Saya kira bukan pada tipu kata-kata, tetapi helah dalam bersuara. Tipsnya, hadirkan senyum dalam muka. Elak kata-kata menjadi peluru tak bermata. Sekadar menembak tak tentu hala. Nada disusun merendah sentiasa. Sematkan ilmu dalam isinya.

Betul, saya tak pandai mengolah bicara. Kadang-kadang telus saya menjadi salah. Mereka terasa di lubuk raga. Saya juga rasa bersalah. Tak bijak bermanis kata. Jadi hari ini, untuk semua, saya pohonkan rasa rendah jiwa. Mohon ampun, maaf dipinta. Saya harap bila saya berkata-kata, jujur saya tak disalah sangka. Lawak saya tak dibezakan makna. Sinis saya tak memakan jiwa. Sindir saya tak menikam jiwa.

Saya benar-benar minta maaf. Hendaknya, kita berkata benar. Bijak dan benar. Bukan benar semata-mata. Dan saya sedar, kadang kala emosi saya seperti musim yang tak menentu. Andai bicara saya menjadi kilat yang membelah bumi rasa, maafkanlah saya. Mungkin juga, lama sangat 'cara' anda beruntaian di kotak minda saya, hingga gunung berapi meletus bukan dengan bijak. Maaf.

Hate me. For the truth that I kept saying and honesty that you can't tolerate. Hate me. And tell everyone else to hate me. Ask everyone to take their turns to hate me. Because I know that you never knew when it's your turn to be hated. 

p/s:
Bila berkata yang kurang elok tentang hari ini. Lupakan ia untuk hari esok.

::shout box!::

"masing-masing Kami anugerahkan mereka itu dan mereka ini pun dengan pemberian Tuhanmu. Pemberian Tuhanmu tiada terlarang (kepada sesiapa jua pun)"