viewers

Sunday, November 27, 2011

Inilah Aku : Bila Kita Terlalu Baik



Sejujurnya, saya tak tahu bagaimana saya ini sebagai seorang manusia. Apatah lagi selaku anak, abang, adik, pelajar, pekerja, kawan atau siapa-siapa sahaja yang bermaksud saya. Baik atau tidak. Dan sebaik mana, atau sejahat mana. Tapi saya percaya, saya tidaklah terlalu baik. Barangkali, tidak baik langsung.

Saya masih ingat, ada masa-masa tertentu kita tidak mudah berkata tidak:

"Hanam, teman aku shopping"

"Sir, I don't have change. May I have some small changes from you?"

"Beb, tolong punch. Aku lewat hari ini"

"Makan vegetarian please hari ni. Walaupun kau tak suka sayur, tapi aku teringin sangat. Bill we split in two ok?"

"Excuse me, sir. We have this coupon. Would you like to change with us for the money worth RM20?"

"Pinjam RM100. Aku nak buka bisneslah. Tengah cari modal"

"Hanam, minta solution ni sikit" 

"Hanam, tolong beli ni.."

"Teman aku pergi KL, please. Tapi tol and minyak share yea.."

etc.


I can hardly say no. Bukan kerana saya tidak mahu. Cuma kerana saya tak rasa salah untuk membantu. Walaupun kadang-kadang apabila masa memerlukan, saya terpaksa menolak.

Apa sahaja yang berlaku ini bukanlah bermaksud kita terlalu baik. Bahkan, ini hanya cebisan kecil dalam kehidupan kita yang menjadikan kita membentuk sifat yang begini. Apa sahaja 'begini' itu membawa maksud buat anda.

Seperti orang lain, saya akui, ada masa saya mencari alasan untuk berkata tidak. Kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Tetapi itu tidak membawa maksud kita tidak lagi berlaku baik. Bagi kita, ada masa dan ketikanya, kita cuba mempercayai peluang yang cuba menyusut masuk ke dalam kehidupan kita tanpa sedar. Masa dan ketika yang mana seseorng memerlukan sesuatu daripada kita. Duit, barang-barang tertentu, atau sekadar masa dan kehadiran kita.

Andai mereka yang bertanya merupakan teman kita, barangkali situasi ini seolah-olah tidak bermakna apa-apa. Sebaliknya jika mereka adalah orang asing yang tiba-tiba meminta bantuan kita, situasi adalah berbeza.

Atas dasar kemanusiaan, kita membantu. Hakikatnya kita boleh berkata tidak. Apatah lagi jika ada orang lain yang lebih layak untuk membantu. Atau berkata tidak, mungkin sekalipun tidak mengubah apa-apa. Natijahnya, ada antara kita yang masih cuba membantu.
Kita terlalu baik? Tidak. Kita cuma mencuba untuk berlaku baik. Apabila ada yang cuba meminta pertolongan di saat kita berpeluang untuk membantu, kita sambut saja tanpa banyak bersoal-jawab.

Pada saya, seorang hamba Allah yang penuh dengan kekurangan, ada suatu sebab yang sama ada baik atau tidak, apabila berlaku untuk membantu, sebenarnya berharap supaya bantuan yang tak seberapa ini sebolehnya membantu saya pada situasi yang serupa. Kerana saya percaya, masalah ini juga boleh berlaku kepada sesiapa. Dan lebih lagi, Tuhan berjanji hidup ini membulat. Hari ini kita membantu, esok lusa kita pula perlu dibantu.

Jadi, apabila kita memberi, percaya atau tidak kita mahu menerima apabila masa memaksa kita untuk meminta. Harapan kita ketika memberi biasanya bermaksud sesuatu yang serupa:

"Tak apalah, esok lusa kalau aku pula yang kena, harap orang lain pun akan membantu"

Jadi begitulah. Bukan sepatutnya bertanya 'bila kita terlalu baik', sebaliknya mencari maksud di atas bantuan itu. 

Cuba tukar situasi itu. Jika ada yang bertanya pada hari ini akan bantuan anda, fikirlah suatu masa apabila anda di tempat mereka dan bertanya soalan yang sama kepada seseorang lain, yang barangkali begitu asing kepada anda.

Selamat memberi bantuan, dan peluang untuk membantu!

2 comments:

azhar said...

mantapla karangan ko nam.aku cadangkan ko buat olahan yang lebih kepada nilai kemanusian. Pas tu ko try bt satu novel dan cari publisher. Bleh wat duit siot..Maknenye ape yg ko tulis akan dtgkn hasil yg lumayan.

mic in my earphones said...

datuk.. mcm manalah gua nak hasilkn novel dpd karangan mcm ni..heh. genre lari sudah.

btw, isu buat duit aku stuju. tp better datuk yg bagi. heh. free, xyah menulis pn. heh

::shout box!::

"masing-masing Kami anugerahkan mereka itu dan mereka ini pun dengan pemberian Tuhanmu. Pemberian Tuhanmu tiada terlarang (kepada sesiapa jua pun)"