viewers

Saturday, December 17, 2011

Gaduh-gaduh : Tegur dan ditegur.



Ini kisah sadis. Maka tidak seorang pun daripada anda layak bersorak dan bergembira dengannya. Sadis pada hematnya saya sebagai seorang rakan, seperti juga empunya badan yang menerima teguran ini. Lebih sadis lagi akibat yang menghentak nilai persahabatan yang tak seberapa ini.

Saya bukan insan yang mulia. Lebih lagi cuba berlagak bijak dan pandai mendepani manusia lain, lalu membelakangkan pendapat mereka yang lain. Saya cuma belajar tentang setiap perkara yang mendatangi saya. Dengan teguh berpaksi kepada pendirian saya, saya menjadi penentang yang bukan mudah digugurkan. Hakikatnya, isi yang cetek, saya bakal segera menyerah. Akur kepada fikiran orang lain yang lebih tinggi.

Dan ketika entri ini ditulis, saya sudah bersedia menerima terus cacian dan hinaan semua mereka terutamanya yang berkenaan. Tuan, yang juga sahabat saya, saya menulis tidak berniat memalukan Tuan atau seumpamanya selain menyatakan situasi yang pada hemat saya perlu saya kongsikan. Anonymously. Dan saya mohon maaf jika Tuan terasa hati. Lebih lagi Tuan barangkali membaca juga blog saya yang tak seberapa ini. Maaf. Ini lanjutan perjelasan saya.

Kisah ini bertitik tolak daripada isu hudud yang memenuh di wall Facebook ketika ini. Kutuk dan puji bersilih ganti. Salahnya saya, apabila Hamba Allah ini membuka cerita video Oley! berkaitan hudud itu, saya cuba menduga dan bermain isu. Saya bangkang itu dan bantah ini. Saja saya cuba bermain api, saya provokasikan fakta-fakta tertentu. Seperti ini asalnya:





Kemudiannya, saya bertindak salah menjadikan isu ini perkongsian di Facebook. Saya fikir ia mendatangkan persoalan yang bernilai harganya untuk kita hitung. Tapi sayangnya, cili memedaskan mata yang membaca. Kemudian saya di-PM:




Mesej ini siap disertakan tindakan unfriend dan saya di-block. Yang saya kesal, kami sangat baik walau sering berbeza pendapat. Sayang sekali. Jadi saya cuba berlaku jujur pada diri sendiri dan memberi penjelasan. Masih berharap ini tidak mengubah apa-apa:




Serta berterusan, dan berkesinambungan:






Lama menunggu. Saya mesej isi yang sama ke handphone beliau. Undelivered. Masalah talian mungkin.

Beberapa jam kemudian saya mendapat balasan daripada beliau:







Dan sejujurnya, saya tidak tahu apa lagi saya harus katakan. Benar saya minta maaf. Tapi tidakkah tindakan unfriend dan block agak terlampau. Saya masih dipersalah. Saya sedar.

*Note:
  1. Nama-nama lain yang disebut beliau saya kira tidak relevan untuk diguna pakai. Baik untuk beliau salahkan, atau untuk saya jelaskan secara lanjut.
  2. Aktiviti yang saya nyatakan dengan niat mengajak adalah aktiviti yang kami selalu lakukan bersama. Masih seharusnya dicensored.
  3. Nama Si ***** yang dimaksudkan menjauhkan diri daripada saya, saya akui kami ada konflik. Tapi itu adalah sedikit berlainan dengan isu ini. Bahkan, saya jamin, walaupun kami tidak bersahabat di Facebook atau saling menghubungi, kami sudah saling melupai. Kosong-kosong. Cuma kami tidak berniat menjadi akrab semula. Takut pisang berbuah dua kali. Malah kami bahagia dengan pilihan jalan hidup masing-masing

Saya betul-betul mati akal. No more apology is necessary. So that's that.





Hikmahnya, kita terpaksa memilih daripada berkata apa yang kita rasa, dengan apa yang bakal mengguriskan rasa orang lain. Sebaik manapun kita cuba selindung, akan dibuka juga. Kita tak boleh menyatakan kebenaran apabila ia melukakan seseorang. Kita tidak dapat berlaku jujur hanya apabila orang lain tidak suka dengannya. Malah kita tidak mampu menegur, kerana kita sering dianggap menyebarkan dusta dan kata-kata.

Saya menulis untuk menerang dan menjelaskan. Bukan menghina atau memalukan sesiapa.
Bahkan bukan saya yang setiap kali bersemuka, menyatakan benci kepada si folan dan si folan.


Peace.









No comments:

::shout box!::

"masing-masing Kami anugerahkan mereka itu dan mereka ini pun dengan pemberian Tuhanmu. Pemberian Tuhanmu tiada terlarang (kepada sesiapa jua pun)"