viewers

Sunday, April 12, 2009

ANTOLOGI PUISI



ANTOLOGI ANUGERAH


"Masing-masing Kami anugerahkan mereka ini dan mereka itupun dengan pemberian Tuhanmu.

Pemberian Tuhanmu tidak terlarang (kepada sesiapa juapun)!"--al-Isyrak (20)


Suara Hati:

Aku berdoa, memohon dan merayu CIPTAAN TERULUNGMu,

Lalu kuLUKISkan EMOSIku sebegini,

Kosong, Kesit, Sunyi, Serabut, Gelap, Kelam

Dan di PENGHUJUNGnya,

Engkau kurniakan jawapanMu dalam Anugerah Hidup ini.


satu

Aku di sini, berdiri,

berpijak di atas jemari kakiku sendiri,

memegang pada paksi yang tegak berdiri,

berdiri dengan teguh dan tegak,

memandang ke langit,

dengan tetap,

dan mata yang terpejam.


dua

Cukup beranikah aku menghadapi matahari Tuhan?

Meniti bara hidup dengan tabah,

melontar mata hati dalam erti hidup,

menabahkan jiwa,

menghadang air mata daripada tumpah,

meneruskan langkah tika kakiku lumpuh,

menolak bata-bata tembok di hadapanku,

mampukah?


tiga

Tiada hujung sana mahupun hujung yang sini,

Pelukis emosi ini perlu terus melakar,

menggaris-garis emosi manusia,

tentang apa yang engkau rasa,

tentang apa yang engkau bicara,

dan tentang apa yang engkau nyatakan.


empat

Aku ingin menyanyi,

dalam ruang nafas yang kian habis ini,

meski akan menenggelamkan suara yang ramai itu,

aku mahu menangis dan teresak-esak,

dalam kekosongan dan derita ini,

meski akan mengejutkan teman-temanku,

dalam lena mereka yang senyap itu,

kerna tiada apa pun lagi yang tertinggal untukku,

kecuali seorang teman yang ini.



lima

Dan pelukis emosi ini,

Punyai watak tersendiri yang perlu dimainkan,

menjadi pelakon dalam drama pentas dunia,

menjadi penyanyi dalam lagu sayembara kita,

menjadi guru kepada anak-anak bangsa,

menjadi telinga dan menjadi suara,

kepada si tuli dan si bisu,

menjadi mata kepada si buta,

menjadi manusia dan seorang manusia,

manjadi jiwa dan sekeping jiwa,

menjadi kehidupan di mana kitalah isinya.


enam

Dan kekosongan inilah,

yang mengharuskan aku mengisi ruangnya,

menggenapkan kekurangan diri,

memenuhkan keruncingan hati,

pada kehendak Ilahi,

Bersoraklah, Bertasbihlah dan Menjeritlah!

Laungkan perasaanmu,

zahirkan akal fikirmu,

engkau takut dan engkau bimbang,

menemui suratan sekali ini,

dan engkau letih yang amat,

melalui jalan-jalan Tuhan,

menghadapi liku-likunya.


tujuh

Lalu kupohonkan doa,

pada Tuhan yang Maha Kuasa,

Pada Al-Khaliq,

agar Dia ciptakan seseorang untukku,

untuk mendorong,

dan menemani kembara ini.


lapan

Sesungguhnya di mana engkau berdiri,

saat dan ketika ini,

pedih yang bersarang,

sekian lama dihuni kekosongan,

lalu kau sampai kepadaNya,

dalam sujud yang panjang,

di atas tikar tempat kau bersembahyang,

kau temui kasih sesuci nian,

sebuah penderitaan dan nyawa,

di suatu tempat,

bernama penghujung.


Nukilan: Hanam Hamid

Petikan Puisi:

Ciptaan Terulung (Koleksi Puisi Anugerah),

Pelukis Emosi (Koleksi Puisi Jiwa dan Emosi) dan

Penghujung (Koleksi Puisi Langit Yang Menangis)

No comments:

::shout box!::

"masing-masing Kami anugerahkan mereka itu dan mereka ini pun dengan pemberian Tuhanmu. Pemberian Tuhanmu tiada terlarang (kepada sesiapa jua pun)"