viewers

Friday, January 2, 2009

::EMOSi::TEMAN::HIDUP

akU iNgiN mEnyANyi dALaM rUaNg nAFaS yAnG kiAn hAbiS iNi..
mEsKi akAN mEnEngGeLAmkAn sUaRa yAnG rAMai iTu..
aKu mAhU mEnAnGiS dAn tErEsaK2 dALaM kEkoSOnGaN dAN dERitA iNi..
mEsKi aKaN mEngEJutKaN tEmAn2kU dALam LeNa mEReKa yAnG sEnyAp itU..
kErnA tiAdA aPa pUn LaGi yAnG tErtiNgGAL UtKkU..
kEcUALi sEoRAnG tEmAn yAnG iNi--

-PENGHUJUNG by Hanam Hamid

EMOSI--ialah gambaran yang paling benar dan yang paling ikhlas tentang apa yang kita rasa dan apa yang kita alami. EMOSI ialah perkataan yang dungkapkan tanpa ada suara yang perlu wujud. EMOSI ialah gerak diri dan naluri yang bangkit tanpa perlu difahami dan dihayati. EMOSI ialah cerminan dan bayangan yang tidak perlu didengari atau diperhati. EMOSI ialah cebisan perasaan yang lahir kerana sesuatu yang berharga seseorang itu miliki. EMOSI ialah suara yang tiada madah, hati yang tiada salah, dan akal yang tiada helah. EMOSI ialah diri ini sendiri.

cUkUp bERaNikAh aKu mEnGhAdApi mAtAhARi tUhAn?
mEniti bArA hidUp dEnGAn tAbAh,
mELoNtAr mAtA hAti dALaM eRti hidUp,
mEnAbAhkAn jiWa,
mEnGhAdAnG aiR mAtA dARipAdA tUmpAh,
mEnErUSkAn LaNgkAh tiKa kAkiKu LuMpUh,
mEnOLaK bAtA-bAtA tEmbOk di hAdApAnKU,
mAmPukAh?

-CIPTAAN TERULUNG by Hanam Hamid



TEMAN--ialah nama atau gelaran bagi seseorang atau sesuatu yang ada dan sentiasa ada di samping kita. TEMAN ialah kelengkapan bagi yang ada dan yang kurang kepada yang kurang dan yang ada. TEMAN ialah bilangan yang sedikit atau pun yang banyak dan tidak berkurang keadaannya sama ada berubah atau pun tidak bilangan yang bertentangan ciri dan sikapnya. TEMAN ialah cahaya yang mengisi kekosongan dan kegelapan. TEMAN ialah suatu bentuk yang kekal dan teguh abadi pada tempatnya. TEMAN ialah jasad yang akan tertinggal apabila jasad yang lain hancur dan luluh. TEMAN ialah jiwa yang tiada dalam diri kita, hati yang tidak kita miliki, roh yang tidak mengemudi kita, dan anggota yang tidak akan bercerai daripada kita. TEMAN ialah dia atau pun mereka yang ada di sisi kita tatkala ini.

jALaN hidUp yAnG sEbEnAr,
adA oNaK dAn onAr mELiNgkAri di hAdApAn kitA,
adA LoRoNg-LOrOnG bEnGkOK mEnANti kitA,
AdA kEGeLaPAn mEnEMaNi sEpAnJaNG pERjALaNan kitA,
aDa kErUNgSiNgAn yANg mEnyELiMUti kEMbArA kitA,
adA bEcAk dAn LEcAh bErSeMbUNyi di bAwAh kAki kitA,
ADa kEriKiL-kEriKiL tAjAm yANg mEmERhAti LaNGkAh LeWA kitA,
adA ribUAn aRaL mENuNgGu,
sEnyAp dAn LiCik.

-JALAN HIDUP by Hanam Hamid


HIDUP--ialah riwayat atau kisah yang bermula dengan permulaan dan berakhir dengan penutupnya. HIDUP ialah suatu plot cerita yang punyai konflik dan peleraian. HIDUP ialah udara kepada nafas yang dihela. HIDUP ialah sekolah kepada pelajar-pelajarnya. HIDUP ialah kuah dalam gulai, tumisan dalam sambal, isi dalam kuih, dan air dalam minuman. HIDUP ialah ombak kepada pantai, yang berhempas dirasakan kuat, tetapi wujud untuk menjadikan pantai itu berpasir. HIDUP ialah gelas yang berisi air atau pun kosong. HIDUP ialah jalan yang tidak kita nampak penghujungnya. HIDUP ialah naskah yang hanya boleh dibaca daripada depan ke belakang dan daripada sini ke depan semula, tetapi tidak dapat dibaca akhirnya tanpa dibaca awalnya. HIDUP ialah hutan yang bermula di tengah dan berakhir dalam mana-mana arah. HIDUP ialah teman yang paling setia selagi kita hidup dan bernyawa. HIDUP ialah rumah di mana kita menghuni dan tak dapat kita jauhi. HIDUP ialah tempat di mana kita kini berdiri.

cAhAyA yANg adA kitA gELitAkAn,
kEnApA pErLu kitA sENgkEtA?
kEnApA pERLu kitA pAdAMkAn pELitA?
adAkAH kErAna,
kitA sUdAh sEdiA mEnANti,
mENtARi tErbit di sEbALiK bArAt?

-GELODAK by Hanam Hamid

4 comments:

LaDy_ZeRa said...

hehe...congrat for the existance of this blog..

akak pn baru2 lagi...n now da mule addicted..

but i know u r good n 'berkarya'..

tgk 2nd time movie?erm mmg ade rase nk tgk pn...best gler cite tu!

mic in my earphones said...

yess..
"jom kawang2..kak azra nk blnje tg movie kt alamanda spesies.."

Anonymous said...

salam....oit hanam!

nti kte linkkan blog ko boleh ker???

-s.namirah.j-

mic in my earphones said...

boleh..
sila-sila..

::shout box!::

"masing-masing Kami anugerahkan mereka itu dan mereka ini pun dengan pemberian Tuhanmu. Pemberian Tuhanmu tiada terlarang (kepada sesiapa jua pun)"