viewers

Tuesday, February 9, 2010

Hitam atau Putih?




"Mengapa ada Sang Hitam,
Bila Putih menyenangkan"

Mungkin wajah hitam putih blog ini sedikit sebanyak membantu entri kali ini diilhamkan. Kita barang kali sering sahaja disogok ungkapan antara "Syurga atau Neraka" atau "Ya atau Tidak" mahupun "Kiri atau Kanan". Perkara serupa yang dibawakan adalah persoalan memilih antara dua subjek yang jelas berbeza maksudnya. Apatah lagi dalam hidup ini kita sering bergelumang dengan persimpangan yang mengharuskan kita memilih satu antaranya. Di sinilah kita diuji ke mana halanya kehidupan kita. Hitam atau Putih?



Kadang-kadang kita perlu bagi kita meneliti setiap pilihan yang ada supaya tidak menyesal di kemudian hari. Apabila sesuatu jalan dipilih, jangan pula kita senang menyangka yang baik itu berpanjangan atau yang berlopak itu akan berterusan berlopak. Setiap jalan yang dipilih ada beza panjang pendeknya, ada beza juga hala tuju destinasinya. Maka, setiap jalan hitam atau putih itu sudah jelas ada perinciannya juga.

Terus-terang, entri kali ini sebenarnya nasihat ikhlas kepada semua supaya bijak menilai antara hitam dan putih, serta pandai memilih yang sepatutnya. Berdasarkan kisah yang telah saya lalui, saya pernah beberapa kali memilih jalan yang tidak dapat saya berpatah balik memilih yang lebih baik. Jalan yang mulanya nampak putih namun dibajai hitam yang tak berkesudahan. Setiap kali saya mengerahkan keringat yang ada memutihkan keadaan, akhirnya saya bertemu semula ruang hitam yang menghalang pandangan.

Bijaklah memilih siapa orangnya, apa perkaranya dan ke mana tempatnya yang akan kamu lalui dalam jalan yang dipilih itu. Jika kamu memilih orang yang salah, maka sukarlah perjalanan kamu. Jika salah perkara yang mengisi jalanmu, maka kaburlah kembaramu. Dan jika kamu silap memilih hala tujunya, maka hilanglah arah destinasimu.

Ingatlah, saat putih menerangkan cahayanya, hitam akan tiba membutakanmu---


Jadi, Hitam atau Putih?



No comments:

::shout box!::

"masing-masing Kami anugerahkan mereka itu dan mereka ini pun dengan pemberian Tuhanmu. Pemberian Tuhanmu tiada terlarang (kepada sesiapa jua pun)"