viewers

Thursday, December 30, 2010

it's 2011 ahead!

Pertama, sebelum saya memulakan tulisan ini, biar saya ingatkan diri saya sendiri, akan azam tahun 2010 saya, setahun yang lalu. Sudah tercapai ke belum?

A.Z.A.M.S.A.Y.A

by Hanam Hamid on Thursday, December 31, 2009 at 7:21pm
A.ku nak cari kerja and duit byk2.mcm biase nk tunaikn satu impian aku yang xpernah tertunai--
Z.ahir dan batin mahu lurus.nak sentiasa dekat dan ingat Dia.insyaAllah--
A.da kawan-kawan yang perlu dibalas budinya.kena kekalkan sikap mahu balas budi sebab itu sikap yang baik--
M.ahu uruskan kehidupan dengan lebih teratur dan tabah.meneima segala berita dengan redha--

S.emaikan ketelusan dan kasih sayang dalam setiap hubungan--
A.kan sentiasa memberi sebelum menerima.banyakkan sedekah yang tertangguh--
Y.akinkan diri dengan hikmahNya.percaya kasih sayangNya maha Luas--
A.jari diri tentang diri sendiri.tahu berkongsi.sentiasa ceria dan tenang--

<adaptasi:link>


A=
Andai kerja dan duit menjadi perbualan. kerjanya masih merangkak namun masih bergerak. InsyaAllah adalah masanya nanti. Menunaikan impian bukannya galak. Perlu masa lebih setahun. Adapun begitu, sudah ada yang dapat dirasa oleh lidah keinginan. [kerja kontrak di MARDI sebagai Graduated Research Assistant. Gaji bolehlaa]

Z=
Zahir mahupun Batin, senantiasa dicuba untuk dilurut agar lurus. Tuhan sentiasa hampir dan mendekati. Namun hakikatnya, hati masih merasa rindu kerana jauh tetap ada dalam kehampiran itu. [kadang-kadang rasa tak pernah cukup untuk mendekatinya. setiap masa akan mencuba untuk mendekatiNya!]

A=
Ada masa dan peluang, hati sentiasa belajar untuk menabur kasih dan budi. Lebih lagi kepada mereka yang sentiasa tampil menghulur tangan bila aku lemah dihempas kelemasan. Ada cara, ada ketika, menjadi racun yang membunuh jiwa. Berpada-padalah. [Insya-Allah, sedikit sebanyak telah cuba memberi upaya bagi menghargai jasa yang diberi. Terkadang, belajar juga usah berlebihan. Terkadang juga, mereka menolak, malah membantah. Keras]

M=
Mahu menerima, mahu redha dan mahu menyusun hidup dengan lebih sempurna? Bukankah Tuhan itu sebaik-baik perancang? Sebaik-baik penentu? Adakalanya saya lemah, ujian Tuhan berat dan membebankan. Tapi insyaallah, saya belajar untuk hidup hari ini, kala ini. [Pernah tersungkur berkali-kali. Terasa mengungkit dengan pemberian Ilahi. Lemah jiwa tak berdaya lagi. Namun kasihNya melebihi segala. Lalu aku bangkit berdiri lagi! Terima kasih, Allah!]

S=
Setiap tali yang menghubungkan, mengikat erat persaudaraan dan perhubungan, sentiasa disiram kasih dan sayang serta ketelusan yang berlimpah. Namun, jiwa yang biasa tak pernah puas. Ada tajamnya mulut manusia meratah daging kita. Ada yang berharap pilihan kita bukan sentiasa putih. Biarlah hitam, sekali sekala. [Cuba, malah berjaya. Namun pilihan ini jelas bukan yang terbaik. Ada masa, biarlah kita menjadi hadapan, dan mereka terkebelakang]

A=
Alhamdulillah, dalam menerima, sentiasa ada memberi. Ada sedekah yang masih istiqamah. Bukan bangga atau riak. Namun rasa puas dan senang membangkit. Insyaallah akan terus berterusan. [Alhamdulillah]

Y=
Yang Pengasih dan Yang Penyayang begitu tinggi tempatnya. Rasa percaya ada, rasa yakin ada. Cuma masih buta apabila derita menghentam. Hilang tempat melihat Yang Maha Bijak. Semoga lebih tabah dan tenang. [Ada ketika merasa benci diduga Tuhan. Sehingga lupa tempat kita, tempat Dia. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui dan Berkehendak.]

A=
Aku yang mahu berkongsi, mahu ceria dan mahu tenang. Cuma keadaan tak sentiasa begitu. Tidak menyalahkan sesiapa atau apa-apa. Masih mencuba untuk mengenal diri. [Ada cuba yang baik, masih perlu terus berusaha. Semoga keadaan lebih mudah didatangi]

2010. Bakal pergi. dan takkan kembali, selain memori.
2011. Akan hadir. menggantikan hari ini, untuk masa hadapan.

(Azam 2011..apakah?)



No comments:

::shout box!::

"masing-masing Kami anugerahkan mereka itu dan mereka ini pun dengan pemberian Tuhanmu. Pemberian Tuhanmu tiada terlarang (kepada sesiapa jua pun)"