Respon : Sejarah dan EURO
Kalau
kita masih berfikiran macam ni, kita takdela sesetengah kereta yang
kita pakai sekarang, barang-barang elektrik pun barangkali, malah kita
hilang salah satu sahabat kita yang banyak membantu kita maju.
Kita juga barangkali mengikut jejak langkah penyokong Rusia-Poland yang bercakaran kerana kisah silam.
Atuk, kita mungkin payah melupakan kisah semalam. Bahkan sejarah itu
menjadi darah daging kita dan titik pengajaran supaya kita menghargai
dan sedaya mungkin mempertahan tanah air kita yang tercinta ini. Tetapi
itu tidak bermakna sekali-kali kita perlu menolak mereka yang pernah
menjajah kita selama-lamanya, dalam segala perkara. Kerana kita sedar,
dunia hari ini wujud kerana hubungan kita yang saling menghormati. Dan
kita akan sentiasa berbaik-baik dengan mereka selagi mereka tidak cuba
memijak kita.
Untuk itu, saya menjadi dewasa dan berfikiran terbuka dan acceptance terhadap perkara-perkara ini.
Atuk, saya juga penyokong England. Tetapi lebih lagi, saya penyokong
Malaysia! Kerana seburuk mana pun negara saya, tetap negara saya, dan
saya akan berjuang deminya.
::shout box!::
"masing-masing Kami anugerahkan mereka itu dan mereka ini pun dengan pemberian Tuhanmu. Pemberian Tuhanmu tiada terlarang (kepada sesiapa jua pun)"
No comments:
Post a Comment