viewers

Saturday, July 9, 2011

BERSIH : Personal Side Effects.

Ini bukan salah BERSIH. Atau roadblock. Tak salah sapa-sapa. Hanya diri saya yang sensitif dan kawan saya yang baik ini. Talking about how to communicate. Yeah, I failed. Read on this comment on FB and think. Mana salahnya? Saya angkat tangan awal-awal kalau anda rasa itu salah saya. Yea, I have my part to be blamed on. I do know that. Moh, kaji kes dulu:




Kisahnya statement saya pasal Bersih tu. Come on-lah, saya tak kata berarak kat jalan tu bagus. Perarakan haram ke halal tu pendekatan terbaik. Saya tak sokong apa-apa. Cuma tuntutan dia macam tak de masalah. Nak pilihanraya adil. Oklah tu. Takkan nak yang tak adil lak. Kalau anda rasa selama ni dah adil takpelah. Itu hak anda. Kita berbeza pendapat, fine.

Tapi kawan saya ni start guna ayat 'jgn faham guna akal sendiri'. Oklah tu, betul. Saya faham. Tapi tiba-tiba cerita pasal saya ni pehal? Saya ni bukan tak suka dikomen. Saya sangat suka diberi pilihan alternatif. Pandangan yang berbeza bagus. Bagus untuk kita lebih berfikir. Tapi nak komen bagilah idea pasal isu, tiba-tiba judge gua nih pehal.

Saya dengan kawan saya ni agak baik. Tapi jujur saya cakap, saya dengan dia memang selalu berbeza pendapat. Saya selalunya boo layan je. Anggap itu tak penting. Dalam FB selalu dia komen. Saya rileks je. Tapi kali ini dia straight cakap saya macam tu. Oh, dalam rasa bengkek, saya try counter attack: tu yang berjela-jela bagi point tu. Saya baca dan kaji juga. Kalau tak betul bakla poin lain, tapi cara dia... Heh?! Bila dia cakap macam tu, saya pun recall balik keadaan-keadaan yang dia main fikir sendiri. Eh, salah ke saya keluar fakta itu?

Ya, jawapannya ringkas dan padat. No elaboration regarding the issue, nor my points. Simply, "yeksss..geli baca komen ko". Apekah? Lu kutuk gua, gua bagi poin lu senang-senang bagi aku kejijikan tu. Eh, terkasar bahasa pula. Maafkan saya.

Anda-anda, saya baik dengan kawan ni. Tapi saya tak mahu ayatnya ini mencemarkan maruah saya. Sesuka hati berkata demikian kepada saya. Saya dengan jujurnya menyuruh beliau berhenti sebelum saya unfriend, sebab tak tahan dikomen demikian rupa olehnya. Nak kutuk, kutuklah isu bersih ke, perhimpunan haram ke, lu start keji gua pehal? Eh, terkasar lagi! Maaf-maaf. Saya Melayu Islam. Tak nak gaduh-gaduh.

Tiba-tiba komen 'so what?'. Plus, guna nama Allah ni pehal? Siap sindir kesempurnaan aku lagi nih. Nak kata, gunalah 'kita'. Maknanya sama-sama beringat. Kau jelas-jelas guna 'aku ni x sempurna..lain lah ko' ni asal? Ceih, bercakap pasal tak layak menghukum konon. Lu lupa ke beb, tiap kali kita jumpa ada je makhluk Allah kau tak suka. Sebab-sebab tak suka pun banyak sebab tak sebulu. Orang buat sesuatu sikit, mulalah skeptical. Nak gua sebut boleh beb, tapi gua taknakla buka pekung lu. Lu buat statement lu tanggung. Eh, kasar lagi. Sorry-sorry.

Macam nilah, kepada kawan saya, saya okay je nak kawan dengan anda. Tapi saya kena unfriend anda lagi. Sebab saya perasan awak selalu komen post saya. Dan, seperti anda sendiri mengakuinya, anda suka meng-'hanjing'-kan saya seperti mana perkataan yang anda suka sebut. Yea, saya dah tak tahan lagi anda meng-hanj-kan saya, lebih-lebih lagi di FB. Kalau nak komen jangan obvious sangat anda ingin meng-hanj-kan saya di FB. Nanti keluarga saya cakap, "Ko tak sayang diri sendiri ke kena kutuk".

Lepaklah, belum tahap tu lagi. Jom kawan balik. Tak baik gaduh lama-lama, Tuhan marah okay?


p/s: Sorry, Bersih tak berkaitan dengan pergaduhan ini. Heh!

2 comments:

Syamsuddin Faruok said...

=) senyum. kerana kita simpati.
=) senyum. kerana kita memahami
=) senyum.

mic in my earphones said...

oh syam, am I wrong for saying this?

::shout box!::

"masing-masing Kami anugerahkan mereka itu dan mereka ini pun dengan pemberian Tuhanmu. Pemberian Tuhanmu tiada terlarang (kepada sesiapa jua pun)"