viewers

Saturday, July 9, 2011

BERSIH : ROADBLOCK is the government best strategy

ROADBLOCK is the government best strategy. Perintah berkurung is even better. At first banyak yang menunjukkan sokongan, atau menentang. Lagi banyak yang atas pagar dan tak ambil kisah. Then Goment fight with another demo to tell us berdemo ni tak bagus. Tuanku keluar titah. Goment give up. Bersih stay. PM tunjuk toleransi, buat di Stadium. Bersih setuju. Tiba-tiba stadium tak benarkan. Permit tak bagi. Roadblock. Peliknya, kenapa PM benarkan buat di Stadium, tapi still haramkan Bersih ni. Kalau tak haram, kenapa nak ber-roadblock bagai? It's about the response. Tengoklah News feed FB anda, semua maki Bersih sebab roadblock. Yeah. Kerajaan telah berjaya raih undi benci Bersih. And I'm totally understand to those who hate it. For this reason. 

Me? I do support tuntutan bersih. Regardless siapa yang terlibat. Ambiga tu gua tak kisah. Lady Gaga yang Illuminati pun kita dengar lagu dia. Ambiga tu nombor dua. Yea, bukan mudah nak buang corruption in politics. Tapi rasanya sangat berdosa bila kita menerimanya dengan mudah bila kita boleh katakan TIDAK. Kita tak boleh buang kejahatan dalam dunia. Tapi tak bermakna kita kena biarkan sahaja. Kalaulah kakak anda dirogol, anda mahukan hukuman. Kalau ibu anda diragut, anda mahukan hukuman. Kalaulah Ambiga yang tolong menangkan kes anda, anda kisah ke dia IFC punya orang? Saya cuba berlaku adil. Tidak menilai dengan salah. Ambiga minta yang baik. Bukan bahagian IFC yang saya sokong, tapi tuntutan Bersih ada baiknya. Mula-mula saya tak suka akan demo. Tunjuk perasaan di jalanan. Tapi saya belajar sejarah. Mulanya kita merdeka dengan demo. Tunjuk perasaan yang datuk kepada PM kita juga cetuskan. Dia bakar semangat kita mahukan improvement in our country. Baiknya, British yang memerintah waktu itu memahami kehendak rakyat. Yang jadi masalah, bila timbul isu provokasi. Macam lawan balik demo dengan yang lain. Seperti peristiwa 13Mei yang menggulingkan Tunku dan MAGERAN ambil alih kuasa, di bawah naungan ayah kepada PM kita, Tun Razak.

Ya, saya menyokong tuntutan Bersih. Saya juga percaya, strategi terbaik kerajaan menjadikan rakyat membenci Bersih, barangkali pintu yang lebih kuat, alasan yang lebih kukuh membuktikan something is wrong dalamnya. Saya juga sudah menyiasat sendiri beberapa perkara yang mungkin. Dan harapan saya, kita belajar akan kehendak rakyat. Bukan Bersih semata-mata. Bukan aman sekadar cuma.
 
Ya, saya menyokong tuntutan Bersih. Itu tidak menjadikan saya pengkhianat yang membenci negara. Itu membuktikan saya rakyat yang prihatin, yang mahukan ketelusan dalam pilihanraya. Hak saya untuk menjadikan negara saya lebih baik. Mustahil, tidak dalam perjuangan saya.

I never made a statement to support, but when the time comes, I have no regret saying it out loud.

1 comment:

Anonymous said...

And they still manage to gather tens of thousand supporters. U can block em but u wont silent em. One good example is Mlysn Lady of Liberty, she one tough lady even d authority cant handle.

::shout box!::

"masing-masing Kami anugerahkan mereka itu dan mereka ini pun dengan pemberian Tuhanmu. Pemberian Tuhanmu tiada terlarang (kepada sesiapa jua pun)"