Setiap kali makan, banyak kali aku makan sorang-sorang. Aku rasa sunyi juga. Sekali sekala aku faham, tetapi kalau dah selalu makan sorang-sorang. Penatlah aku!
"Makan?"
"Tak kut. Takde duit la"
"Nak tengok cerita/anime, kau gi la dulu"
"Takpelah, nak baca manga"
"Dah makan"
"Aku makan ngan awek aku kut hari ni"
"Tak makan hari ni. Esok kot"
Aku tak kisah sangat. Tapi jika difikirkan, beberapa perkara di atas adalah lebih penting daripada teman member makan. Kadang-kadang aku setuju ngan Fizry, kita kadang-kadang baik sangat ngan member tapi member tak pernah hargai kita. Banyak kali juga aku sanggupkan diri teman member makan walaupun ada kerja nak dibuat atau aku dah makan. Sebab aku tak nak member sunyi makan sorang-sorang. Tapi sampai turn aku, manakah insan-insan tadi?
Bajet? Ala..aku pun pernah takde duit. Selalu. Tapi taklah aku skip setiap kali makan. Kalau tengok wayang laju jah. Wayang ngan makan, mana satu keperluan untuk kemandirian spesis? Tak belajar sains ka? Adik aku darjah 3 dah belajarlah makanan penting untuk survival taw!
Kadang-kadang aku protes gak. Masuk bilik, kunci pintu. Duk sorang-sorang layan internet. Orang selalu je komplen. Masuk bilik, kunci. Masuk bilik, kunci pintu! Tapi aku jawab dalam hati:
"Aku memang dipilih untuk melakukan segala perkara sorang-sorang kut...."
Kadang-kadang aku terfikir, kalaulah aku mati kelaparan, atau apa-apa terjadi kat aku, lima belas minggu baru orang perasan kut? Huh..aku tak mahu mati kelaparan sorang-sorang!
Ada sesetengah individu suka banding-bandingkan aku dengan member aku yang beberapa ni.
"Sikit-sikit Fizry"
"Sikit-sikit Haziq"
"Sikit-sikit Zamri"
Halo! Nilah member yang tak tinggalkan member tahu?! Well, tak la selalu. But the thing is diorang will not leave me if I'm alone and hungry. (Would you?). Macam hari tu, Fizry datang dan ajak makan sekali. Mula-mula dia cancel sebab sepupu dia tak makan. Tapi bila dia tahu aku selalu makan sorang-sorang atau tak makan langsung kalau sepupunya itu tak ajak makan, dia pun ajaklah makan sekali (alang-alang). Some words like...
"Siannya.."
"Takpe..."
"Jom.."
"Sekali.."
is kinda sweet even if it sounds hipokrit kadang-kadang (you know why guys..)
Pastu adalah yang bangkitkan suara..
"Alaa..bukan aku tak pernah ajak pun"
"Laa..asal tak bagi tahu aku"
Yo~~~berbuih kut mulut aku! Perut berkeroncong irama senandung semalam pun ada korang dengar? Tak cukup jujurkah aku?? Tak nampakkah mata kuyu, tubuh layu dan muka pucatku??
Jadi, jangan salahkan aku! And one more thing, setiap kali anda ajak aku makan, tak bermakna korang dah jadi tuan aku. Don't like when you say..
"Mamat ni lah yang baik hati bawa ko makan tahu?!"
Kenapa? Aku tak bersyukur sangatkah??Tak pandai hargai orang?Tak tahu bersyukur? Do you really need reward for saving my masa-masa sunyi dan bersendiri?? Aku akan teman if you do need me..as a repay of what you do (if you think it's necessary) but never..I repeat, never make me feel that I owe you da world for that. I'll thank you for that but there's a limit.
Save me from my self!
Don't you know?
Masa kecik-kecik dulu aku selalu skip lunch and dinner. Sekarang aku dah gastrik. Setiap kali aku skip makan mesti sakit perut. Tu tak cerita lagi kakak aku punya cerita--
Sekarang ni aku tak nak skip lagi. So I beg you to help me!