viewers

Saturday, March 7, 2009

AKU MAHU BERHENTI MEMBESAR DAN BERTUMBUH!




Benar, aku mahu berhenti membesar dan bertumbuh. Rasa penat menjadi dewasa. Kalaulah mampu aku kekal sebegini, aku pilih biarlah sebegini. Bukan mengeluh tentang hidup yang sentiasa pasang dan surut dugaannya atau kerana lemah dek kekurangan diri, cuma berasa janggal menjadi dewasa. Sekadar setuju bahawa Hanam yang dewasa begitu pelik---



Dalam masa yang singkat ini, aku bakal tinggalkan usia lewat remajaku dan memegang status golongan dewasa pula. Rasa rimas pun ada. Hanam yang tua. Kelakar. Mana tidaknya, Hanam yang dewasa perlu bekerja, Hanam yang tua perlu matang berfikir, Hanam yang tidak lagi remaja tidak boleh keanak-anakan, Hanam yang baru perlu kuat dan tabah. Bagai segalanya perlu sempurna bila menjadi dewasa.



Perlu ada akal mencari nafkah, perlu ada usaha menyelesaikan masalah, perlu kuat bila diduga, perlu matang bila bersuara, perlu berkawan dengan yang bijak, perlu berfikir tentang masa depan, perlu segala-galanya yang lebih berdikari dan 'dewasa'.

Dan Hanam yang dewasa tidak boleh mengharap belas, tidak boleh menjadi lemah, tidak boleh bermanja-manja, tidak boleh membuang masa, tidak boleh menonton kartun, tidak boleh menangguhkan kerja, tidak boleh itu dan ini, dan segala-galanya ada yang tidak boleh.



Memang aku tak mahu membesar.
Bila dewasa kena bekerja.
Bila dewasa hidup kena berusaha.
Bila dewasa tak boleh dilayan manja.
Bila dewasa perlu matang akal bicara.
Bila dewasa segala hiburan perlu dilupa.
Bila dewasa pelbagai pengorbanan perlu diserta.
Bila dewasa hidup mesti sendiri dijaga.
Bila dewasa menangis itu kerja gila.
Bila dewasa hidup adalah ceria yang pura-pura.
Bila dewasa kawan dan keluarga adalah berbeza.
Bila dewasa musuh selalu menunjuk muka.
Bila dewasa harus tahu segala peristiwa.
Bila dewasa nama kini menjadi tua.
Dan bila dewasa segala-galanya perlu nampak sempurna!



Dewasa adalah tanggungjawab. Tanggungjawab yang disertakan dengan bebanan. Tak cukup stress di pejabat, perlu kawal pula tekanan di rumah. Tidur awal dan bangun pun awal. Rutin harian semuanya sama. Cuti dan rehat semuanya berjadual. Hidup perlu sentiasa dikawal. Bila disoal tak boleh menjawab. Kereta dan motor mesti pandu sendiri. Lesen dan kursus kahwin suatu kemestian. Duit gaji wajib dibahagi-bahagi. Kalau tak cukup kena tanggung sendiri. Kerja yang bagus, tempat tak ada. Kerja yang biasa, tak cukup nak biaya. Hidup melarat tak boleh meminta. Sebab itulah aku tak nak dewasa!!



Siapa cakap dewasa itu permata? Dewasa itu cuma suasa. Dewasa yang datang bersama usia dan seksa. Dewasa perlu dikorbankan masa. Dewasa itu segala-galanya berbeza. Tanda kedut dan uban perlu ada. Tanda dompet dan ATM cepat berganti musim. Dewasa perlu ada keluarga. Sama ada sudah berkahwin atau pun single.



Tapi sayang dewasa itu sentiasa ada. Hikmah bagi yang panjang umur. Rambut aku gugur dan badan selalu tak selesa. Kepala sakit batin terseksa. Kalau benar aku akan dewasa, aku bersyukur Allah kurniakan aku usia---


4 comments:

Unknown said...

Hanam, aku dah link kan blog kamu. Under "mereka badut pujaan hatiku". Special treatment sebab kau kawan zamri. :D

mic in my earphones said...

thankss--

Anonymous said...

hanam!!!!!!!! x sabar nak balik msia

melerts ko nye blog
suke skalsss

mic in my earphones said...

i noe dat's u zoull--
hahah..

thnx!

::shout box!::

"masing-masing Kami anugerahkan mereka itu dan mereka ini pun dengan pemberian Tuhanmu. Pemberian Tuhanmu tiada terlarang (kepada sesiapa jua pun)"