viewers

Monday, March 9, 2009

...sebab kita adalah manusia yang malas membaca..that's why--

"blog jangan tulis panjang2"

"buat sakit mata jeh"

"tengoklah dulu"

"ko wat la point-form"

"malaslaa--"


..semuanya kerana kita malas membaca. Lagi pula ramai yang bersetuju meski membacanya sampai habis pun, tak banyak isi berguna yang boleh diceduk pakai dalamnya. Jadi, kesimpulannya, tak perlulah membaca sampai habis. Atau tak perlu pun mula untuk membaca. Dengan demikian jugalah, harapan si penulis yang mahukan isi dalamnya yang tersirat itu diperhalusi tertinggal tanpa ada sesiapa yang memahaminya. Jadilah ia rahsia buat selama-lamanya.

Malaysia pernah mencatatkan angka yang menarik dengan purata rakyat Malaysia membaca adalah setengah muka surat untuk setiap hari. Impressive right? Tepuk tangan, tepuk tangan. Kontranya, kita agak terkehadapan dalam senarai celik huruf. Jadi, kenapa tak ramai yang membaca andai ramai yang boleh membaca?

MALAS---

Setuju?

p/s:
Terima kasih kepada respon yang diterima. Percayalah ianya amat berguna buat saya!

Kenapa kita tak ramai yang membaca? Mungkin sebab ramai antara kita yang lebih suka menulis!

No comments:

::shout box!::

"masing-masing Kami anugerahkan mereka itu dan mereka ini pun dengan pemberian Tuhanmu. Pemberian Tuhanmu tiada terlarang (kepada sesiapa jua pun)"