viewers

Sunday, March 8, 2009

Gurindam Sengketa





GURINDAM SENGKETA

assalamualaikum dan selamat sejahtera,
silalah jawab kalau tak nak berdosa,
saya menulis sekadar bertanya,

kanapalah kita masih sengketa,

setiap hari menambahkan dosa,

kenapa tidak berbaik sahaja,

supaya kita beroleh pahala.

setiap manusia adanya cela,
salah kata dan silap bicara,

sumbang langkah dan sumbing rasa,
kadang-kadang ada yang terluka,

ada juga yang tersalah sangka,

ada pula yang terhiris jiwa,

dek sesuatu yang kita tak sengaja,
atau sesuatu yang tampak hina,
jadi perlulah kita percaya,
inilah petanda kita manusia biasa.


maka mengapa tidak maafkan sahaja,
kerana hayat kita bukanlah lama,
hidup ini sekadar seketika,

saya mengharap saudara terasa,
kita ini banyak berdosa,
Nabi kita tak mengaku saudara,

bila kita tak bertegur sapa,
tiga hari dianggap lama,
sedangkan kita lebih sepurnama,
cacat dan cela harap dilupa,
agar kita beroleh bahagia,
berkat ArRahman dapat sentiasa,

itulah sahaja harapan saya.

Hanam Hamid,
1221tghari,
Ahad, 8 Mac 2009,

Maulud Nabi, 11 Rabiulawal,
<buat yang masih menyimpan sengketa>






No comments:

::shout box!::

"masing-masing Kami anugerahkan mereka itu dan mereka ini pun dengan pemberian Tuhanmu. Pemberian Tuhanmu tiada terlarang (kepada sesiapa jua pun)"