viewers

Tuesday, March 3, 2009

Seronok Bersiram dengan HujanMu--





Hujan hampir setiap petang sudi menziarahi bumi UKM ni. Maka, setiap petanglah aku terpaksa berjihad melawan kepayahan meredah hujan bagi menghadiri kuliah.

Semalam peperiksaan Interaksi Mikrob-Tumbuhan dimulakan dengan kedinginan hujan. Kuyup aku dijamah hujan. Mujurnya ada hamba Allah yang sudi tumpangkan keretanya, menghantar aku ke bilik peperiksaan. Hari ini, selesai kuliah Interaksi Mikrob-Tumbuhan aku sambungkan sahaja masa senggangku di fakulti. Hajatnya mahu meneruskan prosedur eksperimen Interaksi Mikrob-Tumbuhan yang belum kuhabiskan semalam.

Hampir sejam masa yang menjadi ruang selepas kelas aku penuhi dengan makan dan berborak. Pukul 2.07 petang aku berangkat ke lab. Hafiz sudah sedia menanti.
Seketika, apabila sebahagian kami ada, Dr. Kalaivani muncul, mendemostrasikan cara mengambil bacaan OD bagi mengesan bakteria yang dieram semalaman. Masih belum baik. Sedikit masa lagi untuk bacaan yang sesuai diperoleh.

Kami ambil keputusan menjalankan ujian morfologi bagi Fungi dan Bakteria yang dikulturkan sebelumnya. Satu demi satu kami jalankan ujian tanpa disedari jarum jam menjengah pukul 415 petang. Seronok dengan pelbagai jenis Fungi dan Bakteria yang diperhatikan, dengan kecantikan mereka yang tersendiri. Aku harus pergi.

Hujan sedang melebat. Aku meniti susur gajah ke kolej sehingga ke Kolej Dato Onn, KDO. Oh, sebelum terlupa, aku sempat singgah di sebuah gerai di Pusanika yang dibuka sempena JUSA (Jejak Usahawan) oleh UPSM UKM. "Bahulu Classiq" jualan bahulu yang beraneka. Sedap sungguh. Terutamanya perisa pandan dengan "chocolate rices". Memang 'favourite'!. Semalam, RM6.50, harganya tidak sampai 30 minit sudah habis. Lagi pula jiran-jiran tetanggaku ini tengah lapar.Haahahah!

Hujan masih mengaum bila aku tiba di hujung susur gajah di KDO. Mahu atau tidak, aku redah sahaja hujan petang itu. Dengan lagu "Beradu di Khayalan" (Siti Nurhaliza), "Biar Akhirnya Di Sini" (Dayang Nurfaizah) dan "Cold As You" (Taylor Swift) menemani sepanjang langkahku, hatiku berasa girang. Seronok bersiram hujan Tuhan. Rasa segar apabila sekali sekala bermandi air mata langit ini. Malah, langkahku yang laju aku perlahankan pula agar lebat hujan membasah terus rambut dan mukaku. Segar!

Hujan masih ada. Aku teringin minum Nescafe dan bahulu yang kubeli tadi. Sedapnya menjamu selera di kala hujan. Mahu sedikit?



Gambar Kulat (Fungus) yang aku kulturkan daripada daun Bougainvillaea sp.



Gambar Bakteria yang Hafiz kulturkan daripada sampel daunnya.




Gambar Bakteria yang aku kulturkan daripa daun Bougainvillaea sp.



Permandangan luar tingkap bilik aku semasa hujan (sudah reda)



Plastik Bahulu Classiq yang masih dibasahi hujan



Ini bahulunya. Sedap! RM 10.00. Semalam RM 6.50 tak cukup..hehe..


2 comments:

LaDy_ZeRa said...

sedap nye baulu tu, nak 1!

mic in my earphones said...

belilah sendiri--
sedap gileeerrr wa ckp lu..
lg2 mkn mase ujan..ngn tea o panas--

::shout box!::

"masing-masing Kami anugerahkan mereka itu dan mereka ini pun dengan pemberian Tuhanmu. Pemberian Tuhanmu tiada terlarang (kepada sesiapa jua pun)"