viewers

Monday, January 10, 2011

Review AJL25: Ana Juara Lagu!

jika anda ada terbaca entri ini. anda mungkin suka baca entri kali ini juga.

mula-mula sekali saya nak tepuk tangan kat diri sendiri. *clap*clap*. sekali lagi, tak puas plak. *clap*clap*. okeh, tak perlu standing ovation. cukuplah tu.

saya rasa saya memang budak psikikla. sebab AJL kali ini memang dalam kepala otaklah! satu-satu kita cerita.

My Prediction.
oh, saya predict, tiga lagu yang mungkin terpilh adalah: Cinta Sempurna, Tolong Ingatkan Aku dan Drama King.

alah, saya tahulah tak semua menang. sebenarnya, saya sedikit kecewa dengan opening performance Yuna sebab rasanya kurang sket. saya sangat-gemar-gila-khinzir dengan lagu tu. tapi Yunaliz nyanyi ada sikit kurang juga. lagi sedap dengar kaset pulak. pun gitu, lagu tu memang berhantu. walaupun tak pernah guna untuk OST filem seram Metrowealth atau Hantu Kak Limah Balik Rumah. Lagu tu mungkin gak terlalu simple. Tapi best je kan?

Drama King sebenarnya saya rasa barangkali bakal dinobat juara sebab lagu itu cukup kuat. lebih kurang Lagu Untukmu je kan? Vokal Black pun mantop. Still, saya predict hanya dalam top3. bukan juara sebenarnya.

Hafiz. Ye..terkejutkan semua? saya rasa daripada ramai2 duk ngutuk Ana, kemenangan Hafiz lagi orang terkejut monyet. Bila diundi Hafiz merangkul Vokal Terbaik, saya memang jangka sayalah psikik yang hebat (main2 yea). walaupun ramai agak Black bakal bawa balik award tu lagi, masa Hafiz membuat persembahan saya ada cakap kat kakak saya: "Aku rasa Hafiz boleh menang Vokal Terbaik nih. Serious!"..telinga saya memang tak pandai menipu. FT pun best je vokalnya. Terutama lagu hanyut tuh.

Persembahan Faizal Tahir bukan fave saya. Banyak gak yang hebat2 persembahan orang lain. Dengan tarian2 yang gilerrr ahhh..dan sebagainya. Tapi satu yg hebat tentang Faizal, dia sangat kreatif. Sama seperti Sampai Syurga, yang mana tak pernah ada orang terfikir nak gunting rambut atas pentas (biasanya orang make-up sebelum persembahan..faizal memang pandai guna masa nih!)...kali ini Faizal siap bawa kolam atas pentas. Maybe dia tak sempat mandi, so dia mandila atas pentas. Kreatif sungguh Pejal nih! saya suka otak dia yg kreatif tu!

Ana Raffali, Tolong Ingatkan Aku akhirnya dimahkotakan Juara Lagu 25. sekali lagi sila tepuk tangan kuat-kuat. Kali ini sila wat standing ovation yea..yeaaaaa...
Tolong Ingatkan Aku, is really the best song I ever heard. Tak kisahlah orang kata dengan suara dan cara dia. Lagu itu lagu puisi. Lagu itu yang diadun cantik dan senang menikam kalbu. You deserve it Ana! I really love that song! Tahniah!

Kontroversi.
Ramai yang tak suka kekalahan FT. Ramai lagi yang benci kemenangan Ana Raffali. Facebook menjadi medium yang paling mudah orang berkata kecewa dan benci. Loh, dah rezeki dia kan? Tuhan kot bagi. Menariknya, kebanyakkan yang tak suka tu awek2 yang peminat setia FT. Aduh ngapain..no more comment. As for me, redha je la. Tolong Ingatkan Aku terbaik je.

Radio Hotfm pun ada topik tak puas hati ni. Ramai yang komen bagai2. Suara mengadalah. Lagu taraf karaokela. Penyanyi hampehla. Vokal biasalah. Lirik tak fahamlah. Yang tak fahamnya anda yang tak belajar nak faham. Saya faham je. Lagu pun dikomposkan secara baik apa. Lagu ini memang tak berapa uji vokal macam lagu hanyut or noktah cinta or drama king, tapi cara Ana nyanyi saya kira sangat sesuai sangatlah dengan lagu ni. Kena.

Ada lagi. Yang ni, dengarnya ada artis senior, M yang menganjurkan ada korupsi dalam penjurian AJL. Adoih. ini isu lama. daripada dulu pun dah bunyi2. keputusannya tetap serupa kan? tapi pelik gak, kenapa korup tu kepada kemenangan Ana? Ana tak ramai kawan Media Prima kan???

Pemenangnya.
Biarpun menyokong sepenuhnya keputusan pada malam itu, saya masih percaya Siti Nurhaliza merupakan pemenang paling layak pada Anugerah Juara Lagu 25. APa tidaknya, persembahan beliau memukau dan meriah. Biarpun tengah sakit tekak, nyanyi all out gak. kesian pulak kat dia. She's the BEST!

kesin gak kat Ana Raffali, di sebalik kemenangannya, ramai yang membaling salah dan kerusi kat dia. manusia bila di atas pun orang tak suka. biasalah.

Ana Raffali, tahniah!

Ntahla. Saya sokong keputusan AJL25. Anda?
(micinmyearphones.blogspot.com)

No comments:

::shout box!::

"masing-masing Kami anugerahkan mereka itu dan mereka ini pun dengan pemberian Tuhanmu. Pemberian Tuhanmu tiada terlarang (kepada sesiapa jua pun)"