Above Delhi. |
26 Julai 2011, Selasa.
Perjalanan ke India demi mencari makna di sebalik kembara diri di tempat asing. Bermula dengan sebuah gambaran dari kaca mata seorang pencari erti yang kerdil. Pertama kali menjejak mega yang bergulungan, dengan warna jingga menyapu horizon barat, seakan kerdil seorang hambaNya dikecilkan lagi sehalus seni.
Tak banyak dugaan yang mendurikan perjalanan, nyatanya tidak seperti kali pertama bagi bab-bab yang sudah. Persediaan dan keserahan diri kepadaNya mengurangkan rasa resah di hati. Malah untuk kali ke berapanya, pandangan asyik leka bertumpu pada awan-awan yang menyapu putih di pipi langit.
Makin dekat melangkaui bumi Barat di India, hening senja terurak arik menyentuh sudut hati. Maha Suci Allah yang menjadikan awan dan langit serupa itu indahnya. Bagaimana, seorang manusia mampu terbang melantaikan awan gemawan. Bagaimana, sentuh kasihNya menyelubungi diri, meyakinkan hati yang bimbang supaya tabah dan menerima hikmah kembara ini.
" Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)! "Suratur Rahman, 55:33
2 comments:
this is wonderful Hanam. i can never write this good. waiting for the next entry:)
Zamri, glad you read this. Still looking for some more materials. Gambar2 Fizry xshare lg.
Post a Comment